Showing posts with label tULUNG. Show all posts
Showing posts with label tULUNG. Show all posts

Wednesday, September 7, 2011

Attention friends

Reminder,

cik too busy mengalahkan first lady.. even bik mama pun boleh pi shopping lagi.. tapi cik.....hai la... nan ado..
fyi, ofis baru cik takde internet. yang ada hanya la intranet.. muehehehe.. padan la dgn muka cik kannn...
kalau ofis lama cik panggil 'ofis mental'.. yang ni cik nak gelar 'ofis kilang'... macam gilak sume kejar productivity.. no time to chill lor..

lupakan daku dalam memori blog mu.. pasal..lepas ni kebarangkalian untuk cik bloging adalah sangaaatttt tipis. lagipun siapa le cik yang korang nak ingatkan kann.... bukan cik bayor gaji korang tiap bulan pung

ok chow dulu
~ using cc pc.. doh, usaha tul nak check email, fb, blog bagai. kalau ada yang nak sponsor laptop (ipad lagi dialukan) bersama2 sponsorship berukband.. adalah sangat heaven..

soalannya, ada sape2 nak sponsor cik?





Friday, June 17, 2011

Kesah Beg Tak Mesra Alam


Pagi tadi 710 bangun tido. agak lambat untuk buat bekal, mandi, pilih baju, mekap, dry rambut. Tengok jam kul 8 buat buat rilek lagi. Masuk ofis 830 nih.. Mujur la ofis tak pakai punch card. boleh kawtim ngan bos alasan datang lambat. tapi biasa dia takkan tanye deh. Bos = kamcing. Bos = member. heheh

Tengah siap siap tu, kepala nak cek touch n go ada ke tak. Kelebet zip satu satu. hah, takde.. gilak.. masuk bilik carik jeans yang pakai semalam. takde jugak.. Cik cepat gelabah kalau barang hilang. Malas nak carik sebenarnye. Sebab kalau tak jumpa perasaan boleh bertukar jadi moody then mula la nak marah sana sini. Eh, tak bley tak bley. Jangan bagi muka stress terpancar kat wajah. nanti cepat dapat kedut tua.

Pusing pusing carik, rupanya dalam beg jugak. Ni menyampah pakai beg banyak zip compartment nih. Sejak pakai beg ni selalu barang misplace. Adakah ini satu sumpahan. Siapakah pengguna beg ini dulu (kalau secondhand la, tapi ini baru punya). jeng jeng jeng.. Menyesal pulak beli beg ni..susahkan hidup cik je


Nak tunjuk beg tu sebenarnye. Jangan telek sangat 3 wanita nie.

Berkenan sebab kaler merah - favvy kaler, godang (besar)- boleh selindungkan lemak dari site tepi, ada sling- Ceh, konon muda remaja la kan pakai sling sling ni. Tapi menyusahkan tuan dia pasal banyak sangat tempat letak barang.

Ini beg cik yang dulu,


cap MNG kot. lupa dah. Tapi cik berkenan gila gila sebab dia langsung takde zip. Satu kompartment. boleh sling. Hah, ambek ko. Campak je semua benda dalam nie. Kalau cik lepak rumah kawan nak bawak baju salin sume cik sumbat dalam nie. Magik beg nie. Dia boleh kembang kuncup macam tuan dia jugak. Selesa gila. barang hilang tak kesah. selongkar je kat satu tempat.

Tapi dia dah lunyai. terpaksa tukar baru. Nak cari pengganti bukan senang. Bila dapat yang merah tu, cik kecewa. sebab dia tak boleh berkhidmat sama macam beg hitam nie.

Cik suka kalau beg tu boleh berkhidmat lama dan tahan lasak. Kau ada tak suggestion beg yang sesuai dengan cik. Kalau ada feedback ok

Thursday, April 28, 2011

Nak Tanya Lar.. JAM

Agak agak kalau cik jual jam POLAR heart rate for fitness ni ada orang nak beli tak?

sesuai tuk count heart rate, calories, fatburn and etc..

Bukan jam biasa tau

sape nak beli sini?

Wednesday, April 6, 2011

pengumuman

Pada siapa siapa nak dvd jm 3o days shred. tuan jual dvd tu ada komen kat previous entry. korang add la dia kat fb.sebab katanya dia stop bloging untuk tempoh masa yg tak tau sampai bila. see enaz, cikxxx tukang promot bisnes u..apa yg ai dapat ek..agak dapat percutian 2 hari 3 malam kat genting tak? hehe..

Monday, November 15, 2010

RM10,000 FOR ME TO KEEP SLIM

Weekend tiada aktiviti di rumah sangat tak cool beybeh. Panas bontot. mana leh dok umah lama lama. mulut ni nak mengunyah je. Jalan terbaek marilah jalan jalan habiskan duit. Duit kann byk.. habis boleh carik lagi. hahahahaha

aksi kaki dan dada tergeliat

Asyik pelancong jepun je snap2 sini. cik pun teringin jugek.. klu malam lagi cantik. 'Tan, sila jalankan tugas photog anda'. bagusss, pandai pose sembunyik lemak belakang. Syabas tuk Cik. ;-).Sape lemak terlebih tu boleh guna aksi ini


Tan harus masuk dlm gambar juga


Tunggu Oder

Ada satu tempat makan kat BBPlaza yg sedap terutama mee kari n telur bistik dia. Hanya yg bekerja kat sgwang je tau port nie. Kalau orang lain tau memang hebat ar. nama dia SERAMbi. taktau nama dia gitu tapi tempat dia serius tersorok...dan seram..


masuk Contest DIGI walaupun bukan pengguna DIGI.. hmm


tekun siapkan slogan

Tu nak lukis orang bolat. pastu anak panah lukis org slim pulak. dah siap snap2 gmbr guna kamera DIGI pastu dia akan upload kat FB.

klu cik menang RM10,000 nak wat ape ngan duit tu

RM10,000 FOR ME TO KEEP SLIM


vote tuk cik vote tuk cik. mudah mudahan dapat pi slimworld.

muahahaha...


Tuesday, September 7, 2010

Kosong Kosong 0 - 0

Sedikit demi sedikit Cik dah boleh terima yang Ramadhan bakal berakhir

Sedikit demi sedikit Cik terima hakikat yang 1 Syawal pasti ditempuh

Dan dengan itu Cik nak susun jari tangan dan kaki

Dari anak rambut sampai hujung kuku kaki

Untuk meminta AMPUN DAN MAAF jika korang hangin dan terasa dengan Cik dan Blog Cik

Kot la umur Cik tak panjang ke

Atau blog ini dihentikan terus ke

Kira O-O ea,

Cik nak kurangkan dosa ni, korang tolong cik ea.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,

maaf tiada duit raya tuk kalian.


Ya salamm



Monday, August 23, 2010

Sengal Ar Kau

Bahu belah kiri cik dah 4 hari lenguh. Tahap dia sampai boleh terjaga dari tidur. Sengal je rasa. Adakah hantu dok kokkong atas bahu macam cite SHUTTER. Adakah.... weh, aku tak buat jahat ngan mana mana lelaki okkay.. Lagipun ini bulan pose. Bulan murni mana ada hantu. setan kena gari.

Rasanya ini gara gara workout lebih kot. Tapi angkat dumbell 5 paun je. Apa barang. Ada orang tu angkat 15 kg tak sakit pun. Yang cik pulek lebih lebih. urut manja manja dah. Tapi..... Korang ada petua tak. Meh kongsi ngan cik tuk menghilangkan kesengalan ni.

Tuesday, August 10, 2010

Anonymous (Dari Lubuk Hati) Jerkah Cik

Belek entry dulu dulu dalam blog ni membuatkan hati cik sebak. Tengok gambar tepi tu lagi la sedih. Apesal awal tahun dulu cik kemain lagi nak kurus. semangat berkobar kobar. ribut datang melanda pun cik boleh tepis. tapi sekarang macam lalang. Berpantang jugak tapi pantang jumpa. Nak nak lagi jumpa coklat. terus kaut.

Ya Allah, apa nak jadi ngko ni CIK!. Apesal tak ingat akhirat ni. Makan macam esok hari kiamat. Perasan tak perut ngko mengembung balik. Perasan tak lengan ko mengembang balik. Perasan tak belt ko pakai sampai lubang terakhir. perasan tak perasan tak!?? ke buat buat tak perasan!

Nak berjalan pun mengah. bawak wedges 4 inci naik tangga pun tak larat. kalau dulu heel 3 inci ko boleh berlari tau. Apesal ni apesal ni. Tu la, hadap makan lelebih pastu workout malas. Jogging jangan cakap la. terpandang taman mata ni boleh kalih kat tempat lain. Pandang makanan boleh lak mata ko tak berkedip iyee.. pandangan bernafsu lagi.

Di mana janji janji ko dulu. Target sebelum birthday ko nak berat angka depan 6* pastu konon nak badan macam Jue Aziz.. Dimana Haaah! Tinggal lagi 4 bulan setengah. Berat ko 85kg lagi, nak capai 6* lagi 20++ tahu. Ngko ingat sempat ke? Hah Cik?!!

Cepat la ko bangkit dari mimpi. Aku takut ko terlambat je. ko nak ke di hinggap penyakit. Dah la ada semput, pastu ada baka diabetis, hypertension, kegemukan terlampau. ko nak keluar masuk hospital lagi? hah!! nak ke nak ke?

Aku cakap sebab ko ni cepat lalai. Cepat terbuai dek pujian. Cepat tersungkur dek kejian. Jentik sikit nak nangis. Tolak sikit jatuh longkang. Jiwa tak kental langsung. Tak pikir jangka panjang. Asyik pikir nak senang je. Pastu ikutkan hati sangat. MANJA!!!! ingat, IKUTKAN HATI MATI IKUTKAN RASA BINASA. hABIS NAK IKUT APA? IKUT AKAI AR!

Ha, tengok kan aku dah membebel. NgKo ingat ko sorang je boleh membebel? Cepat la sedar weh. Tak tahan tengok badan ko yang macam tong air ni.



* Mula diet komando bermula esok. Sila tahan mental dan fizikal. Aku tak suka orang cengeng. BlaBlaBlahh

Thursday, July 22, 2010

Nak Mintak Tolong Korang - TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK


Korang, cik nak mintak tolong. Ada tak sesaper pernah tengok buku ni. Cik nak beli Novel TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK oleh Dr. Hamka ni secepat mungkin. Emergency!

Alkisahnya, cik nak ganti buku kawan cik. Pinjam2 pastu terbuat hilang. Nak ganti. Dah cari kat kedai buku tapi semua edisi baru. Buku sama tapi cover dia dah lain lah. Cik nak ganti sejibik cover ni. Yang ni Cover edisi lama. Yang baru tu belakang dia kaler hitam. Cik taknak. Pastu saiz pun tak sama. Edisi baru tu lebar macam novel cinta. Yang lama ni besar sikit.

Kalau ada sesiapa nampak buku ni sila bagitau cik. Cik mintak tolong sangat2 nih..

Cik besarkan, kot kot korang tak nampak

TERIMA KASIH SEMUA