Banyak benda nak cite sampai taktau nak cite apa..
Banyak pengalaman ni since cik ubah angin..
nanti la cik karang dulu atas kertas.. baru sedap kita kita bergosip.
hehehe
~chow nak pi open house... fuhhhh banyak tul undangan..
Showing posts with label raya. Show all posts

Thursday, August 25, 2011
Ampun Kan Cik
Malam ni cik dah gerak balik kampung. Dan hari ni last kat ofis mental. Kat sini update blog sangat heaven. Lepas ni kat ofis baru taktau lagi boleh curik line ke tidak.
If lamaaaa tak update tu maksudnya line internet sana kena block. Jadi, sekiranya ini last cik update.
Cik nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Maaf dari rambut/ tudung sampai hujung tapak kasut. Tau ada entry entry cik buat korang annoying, makan dalam, rasa tercucuk cucuk sembilu... Ya Ampun cik pinta.
Jadi pengakhiran kata ni, doakan cik berjaya dalam kerjaya. Aminnn...
Tapi nanti benda2 besar cik akan update. IF nak akad nikah ke, benda benda penting la.. kalau setakat keluar dengan scandal tu memang tak kann cik update lah.. (gilo ke ape bukak tali bra depan orang. benda buruk2 simpan kemas2)
pape pun, syok la ada kawan cam korang..
adios

Salam Aidilfitri dari Cik xxx
Monday, August 1, 2011
Pengumuman Puasa
Dari kecik sampai besar serius cik nantikan pengumuman puasa. Baru nampak meriahnya sambutan disitu. Tapi malam tadi tukang umum bertukar rupa.. Bukan lagi pakcik yang tahun lepas
Datuk Syed Danial Syed Ahmad
Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Malaysia
Pakcik ni umum nak cepat habis lah.. Direct strait to the point. Tak sempat nak feel dah setel.. Cik agak dia ni neves masuk tv kot. Mana ek pakcik slow and steady tu? dah pencen ka!..adui, ahchik rindu die iye pun nye.. :(
Dulu dulu kann, cik kalau tak sempat tengok pengumuman puasa dan raya ni. Mesti cik pesan kat sape sape "Jangan lupa tengok pakcik tu pakai baju melayu kaler ape tau!".
Just nak tau dia pakai kaler apa. Bukan nak tau bila tarikh puasa and raya. haha.. memori!
Selamat berpuasa semua...
Friday, December 24, 2010
Xmast Tahun Ni Nak Wish.... tettttttttttt
Sape sambut,,
Pandai Cakap Melayu tak... kalau tak pandai pi dok luar Malaysia... ko tak pandai memang sengal la... cik reti je ckp omputeh.. cuma tak show off je. kang kata english berhabuk pulak..
Dah beli ayam turkey lum? jom shopping petang nie. gila kau turkey besar saiz ayam biasa berharga RM100++... ko dok Malaysia kann.. makan ayam saje sudahh..
pokok hias hias ni dah beli lum.. Gila kau, pokok layu camni pun harga RM499... akai mana? pi tebang pokok sawit. cantik gak letak kat rumah..
Hadiah dah balut lum.. Murah murah sudahh.. janji ada.. to Santa Claus, i wish a HUSBAND. agak agak Santa perkenan tak wish ni. bangun pagi sok sebelah ada jantan.. :P
Pape perayaan pun. kitakan 1Malaysia... I wish you Merry Xmast...

Tuesday, November 16, 2010
SELAMAT HARI RAYA
sure korang takmau klik entry cik ni sebab just nak wish
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..
semoga tahun ini kite berkorban apa adanya..
~cik tak balik kampung pun. stay KL sajork melayan airmata dengar takbir.
huahuahua
Friday, October 15, 2010
Rumah Buka Raya 1 zulkaedah, walaupun....
Tan Tin Tun buat rumah terbuka tuk pertama kalinya, rumah anak dara okk.. anak dara mana sanggup buat open house tanpa dikelola mak ayah... tetttt
Menu tuk hari itu, dari hujung sana air sirap Tun, Tembikai Tan, Segala Puding Tin, Kek Batik Tun, Nugget Tun, Nasik tomato ayam merah Tan, Acar Tun, Nasi impit kuah kacang Tun, Bihun Singapore Tun..
Seee, byk juadah cik yang buat. pedas gilos gasak ar.. cik suke ikut tekak sendirik jeee.
Tetamu datang tanpa henti dari kul 1ptg sampai kul 10. Walaupun begitu, ada ofismet tanpa segan silu datang kul 10. Nampak sangat lapar..kannnn.
Yang tudung krim tu Tan, tudung Hitam Tin, tak bertudung Tun.. selebihnya ofismet yg dtg awal tu.ngehh!!
Tetamu terakhir datang jam 930malam. Sampai tetamu layan diri sendiri lah. Serius penat weh. Tapi seronok sebab makanan kami budget cukup cukup. Siap ada tapau bwk balik lagi. Ayam 5 ekor selamat masuk perut tetamu..
~ mission accomplish. Dah kawin sok mesti tingat open house anak dara nih.. weeeee
Friday, October 8, 2010
Esok Open House.. Jemput Datang
Esok 9hb kan.
Wohoho, esok hosmet Tan Tin Tun buat open house woo..
tau, esok dah habis Syawal. Tapi nak jamu kawan2 makan. tak salah kann
First time dalam hidup nih buat open house tanpa dikelola mak ayah.
Cane le jadiknya yea..
akan di update nanti
Tungguuu
~ Risau kot kot tetamu datang tuan rumah tak bangun tido lagi. kui

Wednesday, September 29, 2010
Satu Gambar Sahaja Di Pagi Raya
Percaya tak ini je gambar raya cik tahun 2010 dalam henfon. Hari tu kata TakNak raya kann. hah hambik, satu gambar di pagi raya. Dah la ada satu je pastu gelap pulak tu. Ni abang le yg tangkap ni. Ok takpe, memang cik low profile ape. mana boleh snap cerah sesuka hati kann.
Lokasi masa beraya rumah orang. Bersama adik gedebam macam cik jugak. Dah macam bodyguard tau dia ni. Rasa selamat je jalan ngan dia.

Kalau dulu cik la yg basuh berak dia. Jangan tak tau, cik beza 10 tahun ngan dia. Sekarang dah bujang. Ada misai, bulu kaki lebat, dada bidang.. Baru tingkatan 3. Dah pandai bergerpren dia ni. Gatai noo!
Kalau seberang jalan selalu nak pimpin tangan dia. sekarang maluu. 'Apa kakxxx ni, malu ar. org dah besar laa.'
Haha, akak lupa ko dah besar panjang. Jangan ko langkah bendul akak sudeh. kasi akak kahwin dulu hek.
Monday, September 20, 2010
Mesti Poksu Bengang..Bengang ker? Hoho
Cite raya tak habis lagi nih. Ada pulak suatu kesah tertinggal nak cite minggu lepas. Basi sikit la tapi cik nak gak cite. Ni kan blog cik. :D
Berbalik cerita malam menjelang hari raya. Cik ada cite balik Melaka kann. Cik sefamili tumpang bermalam kat rumah Poksu. Poksu ni adik paling kecik emak Cik. Mak cik kakak sulung dari 9 beradik. Selalunya tiap tahun famili balik rumah nenek. Nenek kan dah takde dan, memandangkan pergaduhan dan rampasan kuasa adik badik mak. Jadi Mak mendecide kita raya kat umah Poksu je. Cik sebagai anak hanya menurut perintah. Kang kata derhaka pulak.
Tapi bukan cite itu yang cik nak sampaikan. Cerita ini sebenarnya. Malam raya tu Poksu sonok menayang bodynya yang macam body builder tu. Tak la sangat, cik tengok masih nampak lemak sana sini. cuma perut dia tak boroi dah. Kalau setahun lepas macam bunting gajah. Yea sekarang lengan dia macam tertanam besi. Keras kenteel. Jalan Robocop. Hebat Poksu. Usaha dia tak sia sia pi Gym malam malam.
Dia bawak keluar whey protein dan segala supplemen tuk menaikkan muscle kat cik. Cerita yoyo o kat cik nih macam mana dia diet dan blablabla. Cik senyum. Dalam hati 'ye ye ye'..
Keesokan harinya, keluar beraya sama. Makcik pakcik cik semua terperanjat tengok cik dah kurus. Siap puji melambung nih. Kata dah kurus ada pape ke. Mana tak nye, diorang tengok cik setahun sekali. Raya lepas ngan raya ni beza berat 23kg. Mana tak nampak bezanya kann. Cik hanya mampu tersenyum manis.
Apalagi Poksu berbulu ar dengar orang tak puji dia sekali. Secara logiknya, memang Poksu dah kurus. Tapi dia bina muscle. Jadi kekurusan dia tak nampak sangat. Lagi pulak makcik pakcik cik selalu tengok dia. Jadi perubahan tu tak nampak sangat.
Bagi cik pujian itu tak membawa apa makna sangat sebab target cik bulan April tak kesampaian.
sila selak entry U Dah Kurus Mae untuk makluman lanjut. Yea yea, hakikatnya cik masih gemuk. Tapii, niat cik memeranjatkan orang kampung menjadi. Ngehh, terbeliak poksu orang puji cik lebih dari dia. Siap sepupu mintak petua apa cik buat boleh turun banyak.
Tu la, orang kata jangan yoyo o puji diri sendiri. Buat senyap sudah. Takyah suruh orang tengok perubahan kita. Biar orang perasan sendiri. Itu lebih baik kann. Jangan sampai orang cop 'POYO'..
Kahkahkah, dalam hati ada jahat. ngehhh

Monday, September 13, 2010
Perkembangan Raya
Hollaaaa..
Selamat membanting tenaga sesiapa yang keje hari ni. Cik keje.. ofis cik 3/4 orang hilang dari pandangan. Staff melayu 4 orang je. Ada teman kuar lunch kang :-D
Camane raya selama 3 hari korang. Cik Rabu balik Pahang, Khamis balik Melaka, Ahad balik KL. Pastu Rabu nanti lepas keje balik Pahang semula. Pasai cik angkut mak ayah adik balik KL sekali ni. Ada la kat rumah tu. Nak suh ayah drive sendirik balik Pahang. Takde deh. Ayah mata tak clear. Baik depa dok diam diam kat umah cik sampai hari Rabu.
Raya tak meriah macam dulu dulu pasai nenek dah 2 tahun meninggal. Ziarah rumah nenek kat kubur je le. Pastu raya umah sedara sikit sikit. Topik hangat tahun ni. Pertembungan kes percakaran mak pak sedara pasai harta. Mendengar je le. Malas masuk campur hal orang tua. Jangan sampai pegang parang dahh. Tak mau esok sok masuk Metro muka depan. Malu weh
Selain itu Sosilawati kena bunuh dan bakar sampai abu menjadi topik hangat. Nak komen ke? ok komen sikit lah. Cik kenal sosi ni gitu gitu je. Dia glamer sebab kawin ngan Nash, pastu cerai, pastu gaduh pasai harta, pastu tangkap khalwat ngan orang lain, pastu tunjuk surat nikah. Terlebih ngan cerita kontroversi. Produk dia, NV? apa tu apa tu, tak pernah beli ke pakai ke eh...Cik rasa, bagus la Nash bercerai ngan sosi awal awal. Ha, tengok. Ada hikmah sebalik kejadian. Tak la orang suspek si suami pedajal isteri sebab harta. ok, tutup komen. biar polis buat keje. Kang polis takde keje pulak.
Topik suam suam kuku tahun ni pulak bila ziarah umah mak pak sedara dan tanya kat cik pasal kawin. Ayat biasa dengar 'bila pulak ni?'. ok takpe, ayat standard. boleh terima. Tapi Ayat paling menusuk kalbu dan geram tetapi berbaur pemperlian paling tajam tahun ini,
Lakonan semula,
Pelakon; Syiqin (sepupu), Sham (abang pada Syiqin), Makngah (mak Syiqin)
' Syiqin lambat lagi. Diakan belajar. Lagipun dah la si Sham kawin hujung tahun ni. Tak boleh si Syiqin pun langsung sama. Sian kat kak xxx, dah la Sham langkah bendul. takkan si syiqin pun nak langkah bendul sekali' - Makngah (yang bukan mak sedara cik, cik bersedara ngan laki nye sahaja okk)
SIBUK!!
meh cik jawab,
' Bila pulak aku ber-adik beradik ngn anak ko? aku tak terpikir pun ko nak langkah bendul bagai. Along aku dah kawin lahh, abang aku pun dah kawin. adik aku kecik lagi. maknanya takde sape berlangkah bendul ngan aku. Yang ko sibuk sibuk bab aku tak kawin lagi tu apesal. Lagipun, duit belanja kawin aku nanti famili aku uruskan. Ko datang dok makan je. eh, ko takyah le sibuk sibuk hal aku belum sampai jodoh. Jaga tepi kain anak ko je sudah.'
Unsur pemperlian itu disaksikan oleh famili dan suku sakat yang lain. Dah lah volume suara Makngah ni rosak. Ko bayangkan la betapa bergema nye sore nye memperli cik. Tergencat makan? huh tak selera weh makan kat umah dia. 'Dah dah jom balik' (dalam hati je la berani).
Cik tak pressure pasal kawin, famili tak tanya lebih lebih, orang lain pulak yang bengang cik membujang. Apa daa. akai letak mana. Bukan ke 'Jodoh di Tangan Tuhan'. Ada jodoh ada la. Takde jodoh tunggu je la. Adoi makcik makcik ni. Hingat perempuan dah kawin tu masalah settle ke?!. Dah la cerita pasal makngah tutt tu.
Topik yang cik sukee dengar pulak, kan raya setahun sekali. maka balik kampung pun setahun sekali. Ramai suku sakat kata cik kurus. kurus sikit la dari tahun lepas. Bukannya kurus macam model tuh. Padahal bentuk badan ni tak berubah pun. sebabkan perkembangan setahun punya diet. Depa kata cik kurus. Weee, cik sukee. Bese bese je ngan pujian. takde la kembang semangkuk. Cik kan down to earth. Jadi ayat bese ' mana ada, gemuk lagi nih'. cik taknak cite lebih pasal pujian ini. kang ada orang muntah.
Kisah diet pulak, cik akan start pose 6 dan pose ganti minggu depan. Balik je dari Pahang, cik nak kosongkan perut, mulakan workout, jog dan diet. Tengok hasilnya hujung tahun nanti. Setting harapan balik nih! hoho
Kisah lain, kadang kadang otak ni terimbas muka scandal lama. Kadang kat ofis zzupp, boleh plak dia lalu kat otak cik. Macam scanner tau. pastu Kadang tengah uk uk pun boleh teringat dia. Adakah kumerinduimu..Hampeh betul, dia takkan ingat cik deh. cik pulak yang emo teringat dia. Dah..yang lepas biarkan berlalu.
Back to Normal bebeh,
~ Rindu kat ahli blog semua... wee, bila korang nak update cite korang nih? cik nak baca

Tuesday, September 7, 2010
Kosong Kosong 0 - 0
Sedikit demi sedikit Cik dah boleh terima yang Ramadhan bakal berakhir
Sedikit demi sedikit Cik terima hakikat yang 1 Syawal pasti ditempuh
Dan dengan itu Cik nak susun jari tangan dan kaki
Dari anak rambut sampai hujung kuku kaki
Untuk meminta AMPUN DAN MAAF jika korang hangin dan terasa dengan Cik dan Blog Cik
Kot la umur Cik tak panjang ke
Atau blog ini dihentikan terus ke
Kira O-O ea,
Cik nak kurangkan dosa ni, korang tolong cik ea.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
maaf tiada duit raya tuk kalian.
Ya salamm

Saturday, September 4, 2010
Ko Tak Nak Raya Ea?
Hari ni hari Sabtu. Seharian cik duduk kat rumah. Hosmet lain semua keluar. Ada yang dating, pi shopping raya, buka puasa kat luar. Cik? hmm, kemas rumah basuh baju basuh cadar. Rumah bersih tiptop sekarang.
Rabu depan lepas keje naik bas balik kampung. Tahun ni sambut raya......kat pekan then balik Melaka. hmmmm. Kenapa cepat sangat raya. Cik nak sebulan lagi puasa boleh tak. Puasa adalah bulan paling best dan paling aman dalam hidup cik. lepas raya hidup mesti kacau bilau balik. tak suka nye tak suka nya.
Tak tau kenapa tahun ni macam malas nak raya. Persiapan raya....hmmm. Takde persiapan lagi. ok la, baju raya sepasang. itupun along belikan kain then tempah tanpa pengetahuan cik. Balik puasa hari tu tengok dah siap baju sepasang atas katil kat kampung. Cik pernah kata tahun ni tak buat baju raya. Ala, pakai je baju kurung pi ofis. orang kampung bukan tau pun tu baju raya ke tidak. Janji pi beraya umah orang pakai baju kurung kann. Pastu kasut ke beg ke pakai je yang lama. No baru baru tahun ni. Barang baru ke lama ke raya tetap jalan jugak kann
Lagi satu hal, ofismet berlumba lumba pi tukar duit raya kat bank. cik wat dunno jugak. Bila tanya cik jawab dah tukar. Padahal malas nak tukar duit raya. Ingat nak bagi duit merah kat anak buah yang tujuh tu then duit besar sekeping kat adik. Done. Kalau budak datang beraya bagi je duit kat tangan diorang. takde deh pakai sampul angpau ke hapa. Gila kedekut cadangan dalam pala cik ni.
Shopping raya tak dibuat langsung. tiada mood ke arah itu. Orang lain sibuk beli belah cik sibuk beratur beli tiket wayang. Cik menyampah tengok orang kulu kilir memilih kat mall. Kalau dalam LRT tu cik boleh paling tempat lain. punye la menyampah tengok orang bawak beg plastik shopping. Bodoh ar, itupun nak jadi bahan benci. Aku ni meroyan ke hapa weh?
Pukul 5 pagi tadi along hantar mesej tanya dah berapa jenis beli kuih raya. Dia bab bab loghat ni nombor satu. Beriya iya bab persedian raya nih. Macam tak Dan tunggu siang. Ha ni lagi satu hal. Cik baru beli tart nenas sebalang je. itupun pasal ofismet tanya tak nak tempah ke tahun ni. ok la, cik beli tu pun teringat ayah suka tart nenas. kalau tak, tak beli kot. Usya kuih raya pun belum lagi ni. Bila nak pi beli ni weh. Eh, aku nak raya ke taknak raya nih. Aduyai!
Petang tadi lama sembang along dalam fon. Along tanya taknak tukar langsir rumah mak ke? boleh cik jawab "takyah la long. yang nak raya kita, rumah langsir lama pun takpe. esok dah buruk baru kita tukar eh. kita basuh je pastu gantung balik." Eh, malas gila aku tahun nih? cerita lain pulak. along tanya mak, nak cat rumah ke tak, mak kata tunggu cik kawin baru kita cat. nak raya ni tak payah. Along balas, "hmm tah bila ko nak kawin, xxx! mak harapan tinggal harapan je la" Boleh pulak cite kat cik dalam tepon. Weh, tersiat hati cik weh.
Selalu tiap tiap tahun seminggu sebelum raya mesti pi buat rambut. Wajib berambut baru sempena raya. Tapi... tahun ni. tiada rancangan ke arah itu. no potong, no treatment, no highlight, no rebond or wavy. Okk, stail rambut tahun lepas. cuma semakin panjang. Akan ku biar rambut panjang original terlepas. kalau rimas ikat satu. kalau kat dapur buat sanggul mak enon sudah.
Apa penyakit melanda cik ni. Ish, malas bebenar wat persiapan raya. Apa yang dah merasuk cik tahun ni? Nak ikutkan takde cerita buruk berlaku pun. Cuma mood raya super duper tak berperasaan tahun ni. ok, senang kata tak nak raya le. Nak dalam mood puasa jee...
Sedihnya nak tinggalkan bulan ni. Dah 10 malam terakhir pun. Tika entry ni di karang berjuraian air mata. punya la sedih menghadapi hujung ramadhan.
~Mood Sedih~

Subscribe to:
Posts (Atom)