Showing posts with label Jalan Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan Jalan. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Signboard Yang Kurang Impak


Signboard kat Kuantan...

Pemandu dapat kesedaran ke letak macam ni?

Lagi nak potong kot?!

Lagi satu


Cik rasa lagi diorang nak buang sampah dari kereta ada la.. sebab pemandu kita guna tagline

'AKU PEDULIK HAPE!'

Sila lah letak signboard yang lagi hardcore.. baru driver kita KESAH..

:)

Friday, June 3, 2011

Tom Cruise Tasek Putrajaya


Nampak tak sign kat belakang tu. Nape malam dia tutup.. kalau naik bot malam lagi best apa... lagi adventure, lagi sejuk, lagi romantik..Eh!

Alaa, harus usulkan kat putrajaya nie.. buat Cruise nite.. mesti cantik kannn..

cik kempunan weh!

Friday, February 25, 2011

Little Pantry ioi mall

Ini cerita lama, tapi memandangkan patut di kongsi..
so mari kita terjah...

marihhh

tengok ke-eksaited-an muka dapat menu

Restoren ini namanya LITTLE PANTRY..tapi sekali imbas macam LITTLE PINKY.. sebab... kedai dia banyak base kaler pink.. termasuk pelayan dia.. bertempat di IOI mall..


view dalam restoren

 
Dan lagi..

attractive bila masuk kedai ni rasa macam berada dalam WALT DISNEY. cik rasa macam dalam cite Fantagiro, ala pe tah tajuk penuh. ingat THE GOLDEN ROSES je..
dan lagi..

See decoration.. kau tau tak? (mood jakon)..  dinding kaler hijau tu adalah wallpaper rumput timbul.. eh ,memang rumput pun. serius unik.. macam karpet hijau lekat kat dinding


Order air mint laici (berdaun tu) and sea coconut klu tak silap

pendapat : Rasa dua2 air ni tak berapa nak sedap. firstime cik rasa daun mint. rasa dia ala ala sirih. bukan berangin pun tapi pedas. ha, boleh ar letak kapur, pinang lepas nie.. nyut nyut macam makan sirih..

 
Ni chicken chop kot..

pendapat : rasa = tasteless. dalam rate 10 cik kasi 4.


cake choc moist

pendapat : Rasa keras dan kering. kek moist perlu lembab tapi nan ado.. dan manis yang amat. betul la orang kata. kalau dah makan kek secret recipe, kek lain jadi tak best. setuju sangat. apa secret recipe letak dalam kek dia ha.. ! ish, nanti cik siasat

bukti pelayan dia memakai baju kartun

pendapat : sweet gile sume pelayan kat sini. pakai gaun pink, ada apron, pakai topi nurse. yang pasti sume badan kecik kecik. comel lah.. ce pikir kalau cik pakai gini..mesti terlebih comel!!!. pelanggan berduyun duyun masuk..! mau aplai partime kat sini lah! heh


Terpaksa rela..makan brokoli je kononnya diet.. nan ado

Pendapat

Restauran ni tarik pelanggan dengan decoration yang amat cantik dan sweet. Tapi malang, semua menu kat sini bese bese sahaja. untuk makanan cik bagi 3/10

confirm, sape datang sini sure first and last masuk. so,

 to manager restoren nie.

 "fire old chef, hire new chef that can cook taste good"


~nak cuba silakan, mungkin expectation cik terlalu tinggi masa tu.. tapi cik boleh jadi juri Top Chef tahu.. percayalah pendapat2 cik diatas

Friday, January 21, 2011

Galeri Petronas KLCC

Pernah jejak tak Galeri Petronas. Sesiapa minat seni datang la jenguk jenguk apa ada kat sana. Walaupun tak reti melukis tapi seni itu unik. ia boleh ditafsir dalam pelbagai cara. Subjektif bukan..

Setiap 3 bulan, pameran akan ditukar ganti. Dan terbaru ' Somewhat Different-An Exhibition of European Product Design'. Yang menariknya sekarang ni pameran takde lukisan. Lebih berbentuk perabot dan barang kegunaan seharian yang pelik. Kau takkan terpikir boleh create macam tu sekali.

Takde gambar nak tepek sini sebab memang takleh snap pun.

kalau pi KLCC tengah tunggu wayang start apa kata lepak Galeri dulu. tapi tutup pukul 8malam..

Cheers,

~ Seni lebih dari Lukisan..



Thursday, January 6, 2011

Bunga Api New Year Dalam Kenangan

Tiap kali new year..cik akan berdengkur dulu sebelum tepat jam 12. Ape ke hal nak celebrate kann.. Tiada kepentingan. Tapi tahun ni mengidam fire work aka bunga api. Mungkin ni tahun terakhir sambut secara solo. Eh!

Walau demam + semput. Eh, sume lengkap lah.. ko nak apa? hingus pun cik boleh kasi free..

Lokasi KLCC


Sebelum gerak.. tutup mata tu sign TERUJA


Gila penipu cermin ni. Nampak Panjang dan tirus..
Khayalan belaka.
Jangan ar percaya tengok cermin di malam hari



Kau nak pi mana pakai gini? Mengedate? Tengok bunga api je pun..
Tusuk jantung jap ayat ayat gini ditelinga..
Gasak ar, aku ngidam pakai gini time demam biar ar. nampak aku sihat sikit kannn..



Bila ada kahak hijau kat dada. Semput harus lah kann.. siap beli ubat ventolin kat Guardian. Adeh, makin sesak dada ni. Carik air hot dengan harapan paru paru kembali warm. Tak jalan jugak.

Haih, punah harapan tengok bunga api. Belum lagi bersesak dengan orang ramai kat taman dah tunjuk sign semput. Marilah balik. kita sambut new year kat rumah je. kang pengsan ada ko sanggup usung aku.. tak kannn!



Tuesday, January 4, 2011

Dah Alang Alang Kat Perak

Kenduri Azue dilangsungkan kat Perak. Gogeh Gogeh seisi rumah pecut ke Taiping. Balik Hari jerp. Nak homestay bagai memang tak ar.. sume sibuk time new year. Yang penting datang. Tak datang tu bukan sahabat la.. unless la ada hal kecemasan yang sememangnya takleh di elakkan.

Kami sewa kereta. Tan Tin Tun mana ada kereta. Kami pingitan yang tak punya apa cuma ada dara. hahaha..

Isi perut Kat R&R Tapah Utara. Baru cik tau R&R tu Rehat dan Rawat.
Sape bagi nama ni.tak sedap di pendengaran ar.


Tengah2 highway ada taman atas bukit. Pe nama tah. Belakang nampak sayup2 tu IPOh menurut kata driver.


Makan Cendol dan Laksa kat Kuala Kangsar. Kalau suka Otak Udang. Jadi favvy laksa korang lah. Cik tak IN segala bentuk otak udang dan makanan berkuah.. otak? udang?


Menyusuri Kuala dengan bot.. sekepala Rm3. terbaik lah pakcik bot..


Sepohon kayu kat masjid ape tah kat Perak. Erk, no Komen beraksi baik jap :p



Kat Muzium lama Perak.. Kuning betul kaler dia..


Dan, cik beli ni ole ole tuk diri sendiri kat Kuala Kangsar. Terbaek lah. Murah dan bakal mengentutkan cik setiap hari. Bagus untuk mengalirkan darah dalam badan juga angin.



aksi manja

Cik happy dapat pergi tengok kawan kawin. Supaya hati ni puas. Pernah ar tak dapat pi kenduri kawan dan sampai sekarang rasa ralat je. Tengok anak dia lagi la cik sedih. sebab tak sempat tengok mak ayah dia buat. Eh !

Kalau korang kawin jemput la cik. InsyaAllah cik akan penuhi undangan. Kalau takde benda kecemasan macam kenduri Mimy tempoh hari la. Ni ralat lagi ni tak dapat gi kenduri Mimy.. sori babe form head to toe

Thursday, December 23, 2010

Toto Sport Fitness Guest Lagi...

Budget dengan sehari datang kat sini boleh workout bakar lemak la.... nan hada...

Tengok Jam la. 830 baru nak lokleh lokleh..
malam okehhh

Last last,

setengah jam di sini


tak smpi lima minit disini
serupa dikerumuni penghisap rokok tegar..
Tak IN ar ngn cik

Pembakaran lemak tanpa usaha. Er, malu nya nak cite.. budget badan peluh peluh tu lemak tanggal la.. motip?

Supaya kepala saiko cakap 'ye, sebenarnya supe tule ngan ko workout jugak. Berpeluh apa'... ada tak mainan minda macam ni. Rugi tak blaja Psycology dulu..

tapi sauna ni sesuai kalau ko tengah stres... release tensi jugak tau.

and the result,


Ada perubahan tak? ke sama je...
ke lagi mengembang

Nak dapat terus badan Jue Aziz tak dapat la.. santa claus pun tak perkenankan wish cenggitu.. tapi timbang ada la turun sekilo. Ni sure turun air punya. takde dehhh lemak la la tu boleh pecah. kannnnn

Patut la lari sakit pinggang. upper body besar dari lower.. so tak balance punya badan. Macam makcik 50an pun ada gak. Macam dah mengeluarkan 3ketul anak pun ada jugak.. :( sedihnya tak reti jaga badan. Kalau dari dulu sedar diri takde la badan mcm ni.


Terima kasih daun keladi invite cik...lagi..  kau memang best.
'Takyah la ajak orang lain pi gym. cik kan ada'...
nada tak malu.




~ Ajak join taknak, free free sume nak.. :P





Monday, December 20, 2010

Cik Nak Jadi Superstar.. Ko Ada

Dulu kecik kecik suka nyanyi depan cermin ngan botol bedak kononnya mikrofon. Imagine ala ala artis kat stage


Artis tunggu turn nak perform. artis pun tunggu turn ko tahu.

Budget konon cabut nombor giliran tuk anugerah Juara Lagu :)


Debaran sebelum naik stage.. butterfly in my stomach la.. See, artis pun pandai speaking tau. kau ada?


Alih alih orang lain yang nyanyi. Adoi :(


Dan lagi.. feeling giler


Hanya mampu berposing je la :(


Dan menunggu turn jika di beri belas kasihan

So tak IN pi karok ramai ramai. tak puas pegang mic. Last last semlm dan sabtu pi RED box berdua dan melalak sampai pengsan

:P





SURE diHEBOHkan

Lagi 2 jejaka tak IN dalam gambar

3 Tahun kot tak pi SureHeboh.. Sampai nama dia pun dah bertukar JomHeboh. Kan? ke cik je yang tak alert.. agak kurang ke tempat ramai orang dan merimaskan ketiak.

Kalau takat nak beli barang dalam plastik kain berharga RM10, cik tak pegi kot. Tapi sebab nak jumpa geng geng pala angin ni.. cik gagahkan jua.

Puteri lilin mana leh dok lama bawah panas terik. :P korang jeles ar tu.. tapi serius weh.. tak nampak tu merah padam dah muka.. euwww, sun burn.. tak IN ar.. tak sampai sejam cik dah ajak sume balik. Ko nak tengok konsert? korang stay ar. cik nak balik jugak..

alih alih sume ikut balik.. kuasa veto jangan main main..

~ jangan simply borong barang RM10 kat Jomheboh. Tengok expired date dulu.. Diorg kan org bisnes. Mana mau rugi mae !



Friday, December 10, 2010

Kau Berani... Cik Bran..

Tanda telah menjejakkan kaki ke sini.. ko ingat 'jalan jalan carik makan' je boleh. cik pun buleh tau

Dalam sejarah bawak camera pi KLCC. korang ada? perasan pelancong jap


Indahnya klu boleh panjat jambatan tu malam malam. sure bergegar bila tiupan angin kencang


Bermanjaan dengan Tan. pembikinan filem 'Kami Bukan Les' bakal berada di pawagam berdekatan anda


Nak manja tiada tempat tuk bermanja. Nak peluk tiada siapa yang sanggup. jadi tongkat dagu tunggu pinangan..

Nah ciuman manja tuk korang sempena mood DECEMBER cik...
Sayang korang..

~ I feel Romantik.... muawahhhhhhh ! :*