Showing posts with label Aktiviti Komando. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Komando. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Karaoke Orang Tua... Adeh!

Siapa tengok cite 360 kat tv3 minggu lepas? Pasal karaoke..

Ada mak moden bawak anak 3 tahun pi layan karaoke dengan kawan kawan dia. apa pendapat kau?
Pada cik, kalau niat mak dia bawak anak tuk datang makan, lebih elok bawak anak tu makan kat restoren then lepas tu bawak balik rumah. Walaupun pusat karoke tu dilabel FAMILY KARAOKE.. tapi awal awal kau dah rosakkan anak kau. baik ajar dia benda berfaedah, ajar mengaji ke. Kalau nak berhibur sangat kat rumah pun boleh berhibur. Banyak aktiviti boleh buat bersama anak. apa, kau nak ajar anak kau jadi artis ke? buat rosak budak budak je. Sekalipun kau gian sangat nak karaoke. tinggalkan anak kat laki. hah, ko gi la berjimba kejap releasekan tension.

Dan ada pulak warga emas datang karaoke tempat terbuka. Ok la, karaoke tu tempat terbuka. yang datang menyanyipun warga warga emas je. ada yang suami isteri dengan alasan memang dari kecik menyanyi. tapi makcik pakcik.. lagi elok beli set karaoke kat umah. layan kat umah lagi afdal. boleh peluk peluk.., ada tu pakcik yang datang sorang dengan alasan tension ngan anak anak. Wow, tension ngan anak kau layan karaoke. kalau kau tension ngan bini, kau gi mana pakcik?.. Walau pun karaoke ni taraf kampung kampung punya tapi sangat mendapat sambutan.. tapi, makcik pakcik? malam malam dok rumah je lah..sesuai dengan usia. umah kata pergi kubur kata mari.

Dan ini lagi mengharukan, ada karaoke terbuka dalam hutan nama RIMBA.. macam clubbing cuma tempat terbuka. ada orang karaoke dan ada terkinja kinja menari kat depan pentas. Ini gila punya tempat. Walau pun dah letak sign, no drink no ecstacy no unmoral activity still cara diorang berhibur theres something wrong somewhere. Dah serupa tak betul.. Still cik budget diorang ni ramai indon. yea la nak masuk red box tak mampu kannn.. cepat lah pihak berkuasa datang rush tempat macam ni. banyak benda buruk dari baik tu..

Yes, Cik suka karaoke. Tidak dinafikan suara cik sedap menSUMBANGkan lagu. Dan cik datang karaoke dengan kenalan rapat. tak roomate cik, dengan kawan rapat cik. Takpun kami datang ramai ramai by group. hah nyanyi la kau sampai pengsan. Kalau by group tu tiada unsur unsur lucah even berpegangan tangan pun takde. inikan pulak nak berciuman.. nope.. semua dalam kawalan. kami enjoy tapi masih ada batasan.

Tapi ada segelintir masyarakat yang band sungguh sungguh orang yang datang ke pusat karaoke. Kononnya meruntuhkan akhlak. Gila babi ni sumpah seranah orang yang suka menyanyi ni. Dalam kepala diorang fikir semua negative site. ada pempuan dok atas riba. ada air setan. ada menari macam orang gila.. Eh, itu standard karaoke cina je weh. Kalau kau pegi 5 star punya karaoke semua tu takde la.. CCTV merata merata. kau berani la nak cium bagai. sat sat diorang datang jenguk kau buat apa. Ke yang kutuk kaw kaw tu kau takde bakat. menyanyi tahap suara lekat celah kerongkong. ke kau sengau nyanyi kot hidung. untuk menutup kelemahan kau tu kau cakap la yang kau anti karaoke.. kannn

Kalau orang tak minat nyanyi, diorang tak heran deh nak kutuk bagai. Diorang mesti dok diam atau menolak cara baik kalau takmo karaoke. Dan diorang takkan blame bila orang menyanyi. Sebab diorang ada pengalaman pi karaoke teman kawan kawan..

Pada cik, karaoke lepas tension. yes boleh. serupa jugak kau main futsal petang petang tuk lepaskan tekanan keje. pi karaoke tapi dengan gaya yang betul lah..Pada cik sampai satu tahap kita kena berubah. sesuai dengan umur, cara hidup, dan komitment yang kita ada. Bukan umor semakin meningkat still tak sedar sedar diri. itu salah la.. Bukan sebab orang pandang serong je. Tapi hati. Hati pandang serong tak dengan diri sendiri. Sendiri punya akal fikiran sendiri  jaga la ok.

sampai satu tahap..Start umor angka 3 je kat depan. Cik akan cari hobi lain untuk lepaskan tension selain menyanyi. Nyanyi suka suka boleh la.. nyanyi dalam kereta..

Tapi malam ni kawan cik ajak karaoke sebab dia dah habis exam.. huhu, ok. siap.. malam ni cik nak duet lagu cinta.. lalalalala



Tuesday, May 10, 2011

R.U.N.N.I.N.G


Cik suka masuk kedai buku. Walaupun kadang kadang. telek je, baca situ. beli tak jugak.. Last month cik ada terbaca buku ni kat MPH..pastu.. balik rumah teringat ingat.. ah sudah.. aku kena beli ke ni ha....? masuk mimpi woo..

Minggu lepas dapat gaji tak tunggu tunggu dah. Terus beli. Nasib la buku ni ada. tapi memang cik budget ada lagi pun. walau satu tu je bukunya. Orang Malaysia mana de interested buku buku gini. kannnn...

Cik gila sebab buku ni ajar cara lari.


Lari pun kena belajar? Bagi cik. eh, mestilah..Kau yang sihat boleh la kot lari sehardcore yang boleh. cik yang asthma ni kena jaga breathing. kang satgi pengsan mati kejung kat situ jugak kang. Ada sejarah. so kena hati hati.. bersyukur la kau yang gemuk tapi sihat tu. perlu GUTS je nak kurus.

Buku ni dia ajar untuk orang firstime exersice, atau tuk join marathon. Untuk cik ni cukup la yang baru berjinak jinak nak lari secara serius.. ha tengok tu, dia ajar.. run then walk..run then walk.. baru la kau tak sampai rasa tertanggal lutut. Bila stamina hebat boleh ar lari strait..

Semoga cik tamat baca kitab ni dan aplikasikan masa jogging nanti.. aminnnn

Doakan cik..




Friday, February 11, 2011

Im Into It...

I LOVE U...

..Heart Rate Monitor Watch...

jap jap lagi cik cite pe dia nie... :)

Wednesday, October 20, 2010

Ngeng Punye Cik

Pernah buat keje gile. Buat dulu baru nak pikir? Ni hah contoh paling ngok ngek. Tapi fun..


Patut bangun mandi pi keje tapi cik... berada suatu tempat di pertengahan minggu. Hari Rabu yang hening

'Jom kita pi Genting!'

Dan yang lain kata 'Jom'...

Mari kita lupakan baju kerja yg telah di iron... mari kita amek EL bersama sama.. dan mari kita lupakan jalan ke ofis.. mari kita lupakan masalah diri seketika.

Moh la kita,
Genting Here We come...


Serius tak ramai orang, cik main game2 tu sampai taknak dah. Kalau pi weekend harus bosan menunggu berjam jam nak main satu game.


Pirateship ni naik 4 kali. Takyah turun beratur balik. Dok je kat situ tunggu next round.. Perasaan?... tak berperasaan!



Cik berduet ngan sorang kawan yang sama tak berperasaan macam cik. sume game main. Solero, cyclone, rollercoster, buai pusing2, flying dragon.. kami tak takut pada ketinggian.. Tapi solero dah tak laju. rasa menjunam slow slow jer.. ahh, tak thrill. tapi masih tak jejak pungggung. View kat atas 10 sec tu Terbaek! 2-si-penakut pulak main buai budak2..Dowh, tak thrill. rugi bwk diorang. Asyik duduk je tunggu 2-Tak-Berperasaan main.


Makan makan beli kat bawah. murah dan sedap. kat atas tu apa yg sedap. mahal pulak tu. Ada ke megi cup RM5.50. tak berkhasiat!



Tan Tin Tun tak pi keje harus lah pelik kann. Satu ofis tanye apesal tak datang. Ada aku kesah! Akibat aktiviti ngeng yg tak di planning tu datang keje Khamis meja menimbun keje. Pastu pakGuard cik pun marah nape sanggup tinggal keje semata pi Genting. 'u takkan paham dear.'

Serius bulan ni hormon cik tak betul. Semuanya Malas. Malas nak keje, Malas nak tidur, malas nak mandi, malas nak makan, malas nak workout, malas nak sembang... tah lah weh, angin meroyan ke hape. But thank kwn2 sanggup EL temankan cik Chill out kat Genting.



~ pakGuard = ?

Monday, October 4, 2010

INSAP

setelah sedas penumbuk kat muka bila tengok gambar sendiri semalam cik memasang azam baru. azam yang mungkin lapuk bila sesetengah ikut blog ni.

Iaitu, cik mula diet hari ini. Macam bosan je dengar kann.

yea yea, cik insap. keluar air mata darah sekali tau. huhuhu...sadis betul tgk pmpuan baju kuning tu. lemak sana sini tersembul..

Tuesday, August 10, 2010

Anonymous (Dari Lubuk Hati) Jerkah Cik

Belek entry dulu dulu dalam blog ni membuatkan hati cik sebak. Tengok gambar tepi tu lagi la sedih. Apesal awal tahun dulu cik kemain lagi nak kurus. semangat berkobar kobar. ribut datang melanda pun cik boleh tepis. tapi sekarang macam lalang. Berpantang jugak tapi pantang jumpa. Nak nak lagi jumpa coklat. terus kaut.

Ya Allah, apa nak jadi ngko ni CIK!. Apesal tak ingat akhirat ni. Makan macam esok hari kiamat. Perasan tak perut ngko mengembung balik. Perasan tak lengan ko mengembang balik. Perasan tak belt ko pakai sampai lubang terakhir. perasan tak perasan tak!?? ke buat buat tak perasan!

Nak berjalan pun mengah. bawak wedges 4 inci naik tangga pun tak larat. kalau dulu heel 3 inci ko boleh berlari tau. Apesal ni apesal ni. Tu la, hadap makan lelebih pastu workout malas. Jogging jangan cakap la. terpandang taman mata ni boleh kalih kat tempat lain. Pandang makanan boleh lak mata ko tak berkedip iyee.. pandangan bernafsu lagi.

Di mana janji janji ko dulu. Target sebelum birthday ko nak berat angka depan 6* pastu konon nak badan macam Jue Aziz.. Dimana Haaah! Tinggal lagi 4 bulan setengah. Berat ko 85kg lagi, nak capai 6* lagi 20++ tahu. Ngko ingat sempat ke? Hah Cik?!!

Cepat la ko bangkit dari mimpi. Aku takut ko terlambat je. ko nak ke di hinggap penyakit. Dah la ada semput, pastu ada baka diabetis, hypertension, kegemukan terlampau. ko nak keluar masuk hospital lagi? hah!! nak ke nak ke?

Aku cakap sebab ko ni cepat lalai. Cepat terbuai dek pujian. Cepat tersungkur dek kejian. Jentik sikit nak nangis. Tolak sikit jatuh longkang. Jiwa tak kental langsung. Tak pikir jangka panjang. Asyik pikir nak senang je. Pastu ikutkan hati sangat. MANJA!!!! ingat, IKUTKAN HATI MATI IKUTKAN RASA BINASA. hABIS NAK IKUT APA? IKUT AKAI AR!

Ha, tengok kan aku dah membebel. NgKo ingat ko sorang je boleh membebel? Cepat la sedar weh. Tak tahan tengok badan ko yang macam tong air ni.



* Mula diet komando bermula esok. Sila tahan mental dan fizikal. Aku tak suka orang cengeng. BlaBlaBlahh

Esok Puasa Bermula Pengorbanan

InsyaAllah esok puasa. hmm, kejap je dah nak puasa. Rasa baru je raya dah nak raya lagi. okk, kena puasa dulu baru boleh raya.

Puasa itu kan nikmat. Sesiapa yang susah betul nak tinggalkan hobi makan. Makan tak hingat akhirat. Mentekedarah macam sok nak mati. Boleh lah cover sikit perangai buruk tu bermula esok. Semoga permulaan puasa ini menjadi jalan terbaik tuk mulakan diet. Diet korang rabak ke, diet korang lompang ke. boleh dibetulkan sepanjang Ramadhan ini.

Cik pun sama. Hehe, nak nasihat orang. Diri sendiri pun tak betul. Antara planing sepanjang Ramadhan ini; jangan gelak ek,

1- Target berat turun 10kg. sekarang 85kg( naik 3kilo OK) jadi Target berat 75kg

2- Sebelum sahur workout bersama Jill 30-1jam, guna tangga naik ofis, 630ptg jog kat taman tasik. balik rumah terus berbuka.

3- Sahur dan berbuka amek protein dan lebihkan sayur. no minyak, no lemak

4- Jangan lupa makan supplemen

5- Air kosong sahaja dibenarkan, air panas nak minum green tea je

6- Tgk tv sila memegang dumbell. Lengan bagi kecik yea cik

7- Tak dapat Jue Aziz saiz sebenar dapat Jue Aziz saiz xl pun dah bagus.

8- Seminggu sebelum raya nak beli jeans yang saiznya 29, sekarang 32

9- Nak pakai baju kurung siap saiz L.

Agak melampau tak target cik tuk Ramadhan ni? tak kan tak kan.. harap boleh konsisten lah. Pasai ramadhan je boleh jaga kalori in dan lebihkan kalori out. lagi pulak setan kena ikat. Takde sape jadi batu api melainkan diri sendiri. Minda kena positif. Hati kena bersih. badan kena kuat. Jangan pengsan sudah.

Ya Allah, bulan puasa adalah bulan mulia. Semoga puasa ku tahun ini di terima. Amin ya rabbal 'a lamin.

* korang, malam ni jangan lupa niat puasa tuk sebulan. Ha lagi satu, dah mandi wajib lum?

Tuesday, June 22, 2010

Aktiviti Hari Isnin, Harap Konsisten!

21062010 ISNIN

400am   - Tengok bola, layan mood kasi up pepagi
600am   - Rebus telur 2 bijik
630am   - Workout JM setengah jam
815am   - Naik tangga ofis 15 tingkat
930am   - Hot green tea (imagine Hot Chocolate) 
1230pm - Makan salad
1245pm - Pi Post ofc bayar bil
130pm   - Daki tangga ofs lagi
400pm   - Green Tea lagi
415pm   - kunyah roti wholemeal 2 keping (dinner awal)
630pm   - Jogging sejam keliling tasik lepas keje
1000pm  - workout JM setengah jam

* Anda boleh ikut diari camni?..jangan pengsan weh
* All u have to do is active
* Cik Target turun 5 kilo dalam 10 hari.

Boleh tak agak2