Belek entry dulu dulu dalam blog ni membuatkan hati cik sebak. Tengok gambar tepi tu lagi la sedih. Apesal awal tahun dulu cik kemain lagi nak kurus. semangat berkobar kobar. ribut datang melanda pun cik boleh tepis. tapi sekarang macam lalang. Berpantang jugak tapi pantang jumpa. Nak nak lagi jumpa coklat. terus kaut.
Ya Allah, apa nak jadi ngko ni CIK!. Apesal tak ingat akhirat ni. Makan macam esok hari kiamat. Perasan tak perut ngko mengembung balik. Perasan tak lengan ko mengembang balik. Perasan tak belt ko pakai sampai lubang terakhir. perasan tak perasan tak!?? ke buat buat tak perasan!
Nak berjalan pun mengah. bawak wedges 4 inci naik tangga pun tak larat. kalau dulu heel 3 inci ko boleh berlari tau. Apesal ni apesal ni. Tu la, hadap makan lelebih pastu workout malas. Jogging jangan cakap la. terpandang taman mata ni boleh kalih kat tempat lain. Pandang makanan boleh lak mata ko tak berkedip iyee.. pandangan bernafsu lagi.
Di mana janji janji ko dulu. Target sebelum birthday ko nak berat angka depan 6* pastu konon nak badan macam Jue Aziz.. Dimana Haaah! Tinggal lagi 4 bulan setengah. Berat ko 85kg lagi, nak capai 6* lagi 20++ tahu. Ngko ingat sempat ke? Hah Cik?!!
Cepat la ko bangkit dari mimpi. Aku takut ko terlambat je. ko nak ke di hinggap penyakit. Dah la ada semput, pastu ada baka diabetis, hypertension, kegemukan terlampau. ko nak keluar masuk hospital lagi? hah!! nak ke nak ke?
Aku cakap sebab ko ni cepat lalai. Cepat terbuai dek pujian. Cepat tersungkur dek kejian. Jentik sikit nak nangis. Tolak sikit jatuh longkang. Jiwa tak kental langsung. Tak pikir jangka panjang. Asyik pikir nak senang je. Pastu ikutkan hati sangat. MANJA!!!! ingat, IKUTKAN HATI MATI IKUTKAN RASA BINASA. hABIS NAK IKUT APA? IKUT AKAI AR!
Ha, tengok kan aku dah membebel. NgKo ingat ko sorang je boleh membebel? Cepat la sedar weh. Tak tahan tengok badan ko yang macam tong air ni.
* Mula diet komando bermula esok. Sila tahan mental dan fizikal. Aku tak suka orang cengeng. BlaBlaBlahh
3 comments:
cik
jom!jom! chaiyok! chaiyok!
esok kita semua start hari baru..akak pun dah byk kantoi and pantang jumpa,...dah lupa diri,..asyik dok kata sikit jer, sikit jerr,..tapi lama2 jd bukit,..nanti ketosis hancusss,..and sugar spike kan,..
ok,.we start a new day tommorow and amik timbangan yer,..sblm puasa,..chaiyok! chaiyok!
semua pakat bergaya dihari raya,nanti,ok..;D
selamat berposa,cik!
heheh kembalilah kepada pemakanan sihat.. makan seimbang..
Atkins Diet nih cerita dongeng je.. turun kejap.. tapi cuba kalau tak control makan untuk 2-3minggu terus jadi belon..
-KuraKura-
halo cik..
situasi yg u hadapi skrg ni pun sama la dgn i.. beberapa bln dulu awal2 tahun semangat berkobar2 nak kurus.. turun je berat badan mula la lupa.. x hingat dah, hilang kawalan.. walaupun x mkn nasi tp still ambik mknan manis walaupun x melampau.. rase bersalah tu ada tp tolak tepi je.. well, baru nak start balik diet nih.. insaf, huhu.. i pun target berat 6x kg gak mcm u.. berat skrg pun sama dgn u.. good luck to both of us.. :)
Post a Comment