Showing posts with label Kutukan. Show all posts
Showing posts with label Kutukan. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

Pendiam..ada percaya ka?

Holla korang..

Cik kembali.. di lebaran baru hari baik bulan baik ni.. (macam kan bulan bulan lain tak berapa nak baik kannn)...
Haish, cik rindu ah kat korang.. tapi rindu nak ngumpat pasal dunia sebenarnye.. heh

Cik kat kampung ni. Melawat anak along cik kat hospital. budak kecik tu demam tak baik baik. masuk hari ni da 8 hari tak keluar keluar wad lagi. Oh, dapat ku rasakan.. betapa peritnya dok lama lama kat hospital. kalau esok tak keluar jugak. Mau pengsan along dok bertapa kat situ. kalau kau peram lama boleh jadi keluar henfon samsung OMELET kat bontot.. ok semoga budak kecik tu cepat baik.

Ha, elok jugak anak along masuk wad. ada alasan cik amek EL jumaat lepas. Kau tau je la ofis kilang tu. takde alasan kukuh jangan harap dapat cuti. Ada sekali hari tu, cik nekad nak balik awal. Sharp kul 5 cik IM boss.  "Boss, my work done. can i back early today. 515?".. "is that urgent?".. oh! rasa nak korek je lubang hidung dia. Part kerja cik dah siap kau nak perap aku lama lama kat ofis apehal kann..boleh lagi tanya urgent ke tidak!?.. "Aah urgent, nak gi berak"..

Consider la sikit weh.. Hujung bulan balik lambat.. Awal bulan balik lambat. tengah bulan pun kau nak cekik masa aku?. itu tak masuk lagi staff lain MC, cuti, EL... Oh, sangat la terasa masaku dirogol dengan rakusnya sekarang ni. Tapi di sebalik ke-kilang-an ofis tu. Dia mengajar cik menjadi fast learner. Boleh dikatakan setiap core proses kat situ dah masuk kat memory kepala ni ha. Kerja 2 bulan macam rasa 22 tahun berkhidmat. Kau ada?

Kau lemah lembik tak payah la kerja situ. Ada je vacancy tu ha. tapi cik tak sarankan sahabat handai pergi situ. Sebab...kalau jenis jalan lenggang kangkung. lemah gemalai. enjin lambat start pagi pagi.. Ada kang salah proses. Ada kang orang singapore turun KL mengamuk ngamuk kang.. Serius, Cara bekerja haruslah macam orang singapore. Sangat particular and less error. kau nak rasa pengalaman kerja environment sebijik macam Jepun.. meh roger roger cik. Nanti hantar resume ea. Cik introduce korang. Mau?

Khamis lepas cik pi dinner company. Sangat lah over. Tajuk malam tu. Dinner & Dance Shanghai Jazz. Dan semangat la semua pakai cheongsam cheongfu bagai. Cik dapat top 3 best dress. Usah ditanya menang ke tidak.. tak pun... tersungkur atas stage masa catwalk lagi ada. Stage tak rata, heels 3 inci punya pasal buat malu jer. tapi ok what!..semontel montel cik macam Adibah Nor ni tercalon best cheongsam dress. bukan senang wo naik atas stage buang kemaluan show lemak lembik lembik kat penonton. Kau berani?

Bila tu masa AIM, cik pi sebagai penonton bidan terjun. tidak la menjadi anti sosial seperti digembar gemburkan sangat (nak sedapkan hati sendiri). Still hang out walaupun masaku dirogol oleh pihak tertentu. Memandangkan kawan cik ada tiket free dan semua sepupunya takmau pi. cik ikut tengok artis artis sekangkang kera. Sori to say. Kebanyakan artis baru sorang pun cik tak kenai. Paling baru pun cik rasa Shila Hamzah. itu pun kawan cik sound
 "dey, sappana. Shila hamzah kategori artis lama wokeh"..
 "ooo ey?!"
"tu ha, Neolofa tu ha yang baru.."
"oooo, dia nyanyi lagu apa?"
"ayoyoyo, dia tak nyanyi la. dia pelakon."
"then, buat pe dia kat sini. ini kan AIM.. MUZIK.. salah entry ke?"
Sori kepada kawanku. kau offer tiket pada orang yang salah. haktui... tapi dalam banyak banyak persembahan cik enjoy segmen lagu karaoke.. mengintai di tirai kamar... rahmat Mega... AXL's..Zamani.......fufufuhhh.. nah, ini baru jaman guwe... enjoy habis babe!

Cerita lain........Ada mamat kat ofis cik. Sejak kewujudan dia kat ofis tu. Cik teramat lah meminati raut wajah dia. Saling tak tumpah macam pelakon Nas_t. Korang bayangkan lah sendiri. tak kenai sila Google. ouh, sangatlah kemelayuan. Dengan hitam manisnya.. kesopanan dan sesusilaan.. auw, minatnyeeeee.

Sehari sebelum raYa haji haritu. Cik terserempak dia kat pantry.
" harap tak hujan lah arini.." -si dia..
"oo, aah. kalau hujan lagi lah jem yea. tak balik kampung ke?" _cIK (gaya gaya mengorek cerita)
"Balik, Jap lagi nak amek adik kat HKL. pastu kawan dia nak tumpang..So berempat la balik Pasir Mas malam ni"
"ooo, berempat?? sape sorang lagi?"
"haah. dengan isteri!"""

dalam hati cik... "WHATTTTTT!!!" kau da ada isteri ke...
Serius terperanjat. Macam Bintang bintang berguguran kat kaki. Mujur tak pengsan kat situ. Serius weh. Kalau korang tengok gaya dia, muka dia. korang mesti tak rasa dia dah kawen. Jalan pun tak betul lagi. jalan macam kasut ada spring.. Rupanya suami orang. Mujur cik tak amek keputusan tackle dia lebih lebih..

Sejak hari itu,. Bila dia pass by kat meja cik. rasa Gelihati. Sebab orang yang muka hensem jalan tak berapa betul pun da nikah. perempuan dah kaut. Yang tinggal hanyalah..........................kau sambung la sendiri..

loh, kul dua dah ke? ok ar.. korang.. babai.. hope cite cik kali ni tak buat korang muntah darah..

Mat malam..










Tuesday, August 23, 2011

Pempuan Kebaya Singkat


Eh, cik kann. Kalau tak membebel satu hari rasa jiwa ni jadi pekasam tau. Tak sempat nak update pagi tadi. Tapi takpelah, walaupun terlewat rasanya cite ni macam hot hot chicken chop lagi. Kot?!

Pagi tadi dalam nak pi keje.

Lokasi :dalam LRT (dari wangsa maju ke Pasar Seni)
Jam : 740am
Mangsa Kejian : Wanita berbaju kebaya

Dari station cik, ada tempat kosong. So cik duduk. Eh, jarang lah pagi pagi dapat duduk. Memang rezeki pucuk dicita ulam mendatang lah. Bila duduk tu, mata ni suka meliar tengok perut orang. Kot kot ada ibu mengandung ke. 1st priority kena kasi diorang duduk lah kann. Yang lain lain tu, kalau ada orang bawak anak kecik ke, pakcik makcik veteran yang tak larat ke..pun kena utamakan jugak.

Tapi ada jugak mamat mamat sial celaka yang duduk tu tak paham bahasa bila nampak wanita perut terjojol depan mata. Harem dia wat dunno. Tak dak telur agaknya? ke nak kena sunat lagi skali.. pastu ada jugak makcik makcik pelbagai bangsa yang tengah syok bersembang bila ibu mengandung berdiri depan mata, diorang buat buat tidur pulak. Konon tak perasan. Ha ini namanya perempuan zaman jepun tonggek. Takde sivik. Makcik Bengong!

ok berbalik pada kesah pagi tadi. Bila sampai setiawangsa je. Ada sorang wanita berdiri depan cik. Berkebaya singkat. Bercutting, Erk!.., chuby chubby lar (perkataan sedap dibaca)... Bila dia berpaut dalam tren. Haruslah pemegang tu kat atas kann. Bila lengan ke atas effect pada pakaian dia la. Senteng sikit (banyak) kebaya tu. Apakah yang cik nampak...jeng jeng jeng. Perut-berlemak-terjojol-sekitar-2-inci-tanpa-seurat-benang strait dari paras pandangan mata cik. Gilak!

Nauzubillah (berkata kata cik dalam hati). apakah yang kau nak tayang pempuan? perut flat kulit lembut seindah bayi?! hai la.. Dah ada depan mata kann. laki kata rezeki jangan ditolak. Sambil cik menyilangkan tangan sambil mata cik pandang pempuan tu atas bawah. Focus mata : perut dia.

Bentuk Badan? lebih kurang cik je. Perut terjojol itu pasti. Salute la kat dia berani pakai kebaya. kebaya yea puan puan. yang cangkuk 3 kali tu je. Bukan kebarung. kebarung lagi labuh dari kebaya. memandangkan tayangan free. cik perhati tak berkedip.

Maka timbul ketidaksenangan hati pempuan ini. sikit sikit dia tarik baju tu kebawah. Motip?..!

Adakah tarik baju itu dapat menutup perut kau yang berlemak?,atau adakah sign nak menunjukkan 'hey, jangan tengok perut aku lar!'..cik kurang pasti. Tapi lagi dia main tarik tarik lagi cik nak tengok reaksi dia. muehehe!

Dia tak senang hati, dipaling pulak badan ke kanan. so cik dapat tengok sisi dia je. Kat Station Dang wangi kot. Tren break rakus. pempuan ni hilang timbangan. Maka hampir hampir nak jatuh atas cik.

Dia kata sorry. Cik hanya mengukir senyuman. Tapi dalam hati kesian. Tah kebaya tahun bila lah tu dia pakai. Macam balut nangka satu hal. Perut terjojol ada hati pakai cutting seksi nih. Cik rasa dia menahan nafas sampai balik keje tu. tak ke seksa namanya.

Dah kau tak selesa, sarung je la baju lain. Bulan bulan pose ni saje je bagi pose cik nipis. Haish!..

~mood : kesian, annoying, pengajaran tuk diri sendiri.

ok chow



Tuesday, August 9, 2011

Gelaran Radio Dan Tv Kita


Ini gelaran yang boleh cik kasi kat radio/Tv kita


Lebih struggle daripada biasa

Radio tak hot lagi dah.. Deejay suka gelak purak purak. Makin ramai deejay makin buhsan. Seelan paul. kau kena ajar anak buah kau berlawak original. Jangan sendiri lawak bodo sendiri gelak..spoil


Radio poligami Malaysia

Boleh jugak digunakan untuk Radio MakJan/PakDude Malaysia. Walaupun lagu evergreen cik IN. tapi deejay2 dia fail. Yang boleh masuk pun dengan Abby Fana. Sebab ada jugak informasi dia nak kasi kat pendengar. 

segmen pagi tu.. telinga cik nak terkeluar gegendang telinga dengan Kak Engku jerit2. Boleh cakap tone suara molek sikit tak?..Topik, mostly pasal asam garam rumah tangga. To those peminat setia, hah.. korang ada masalah dalam kain boleh la kol radio ni.. Salih yaacob n Kak Engku boleh selesaikan masalah rumah tangga korang.

Hidup pasti Fail

Erk, sorry... tak layan. Walaupun Deejay kau sogok dengan Linda Onn dan Halim.. Kau tak berjaya menambat telinga ku. Sebab deejay kau dah expired.


To those yang suke lagu barat,
Kalau nak koya koya duk London sila bukak radio omputih. Kat situ kau akan banyak dengar lagu yang di tutt tut tutt banyak kali.. censored sangat ke lirik dia.. hehe


Tapi tuk TV,

Saluran cekik darah Malaysia

Walaupun harga pakej dia tak setimpal dengan cerita yang disogok. Tapi masih boleh bayar la bulan bulan. Kau nak semua channel mati la nak bayar. amek yang kau rasa nak tengok je.

Cik suka time Ramadhan ni dia bukak channel baru tuk orang melayu. Mostly Islam. Channel Ramadhan.

Cik suka jugak dah ada channel tuk budak budak sekolah. UPSR, PMR, SPM. Tak lah tengok tv cite tak semunggah je, at least berguna tuk exam nanti... and channel tuk baby pun dah keluar sekarang. Elok ah tuk mak mak mengemas rumah. pasang channel baby bagi anak diam.

Tapi kenapa ada INDO pack.. saluran BINTANG ngan apa lagi satu tah. Kat Malaysia ada indo pack?!!! Channel khas untuk indo??  Tapi kat Indonesia ada tak channel MALAY khas tuk orang kita kat sana. ADA? ADA?.... This is unfair. Silalah sikap keterbukaan tu berpada pada.. tengah pikir target penonton untuk channel sebegini. adakah untuk bibik bibik yang berkhidmat di rumah? tak jadi keje la jawabnye.

Kenapa la, Malaysia nak disogok dengan cerita cerita diorang.. tak cukup ke cerita kita. Drama drama sekarang pun ok wat. ada isi n maksud pedas nak sampai kat penonton. 


Hai la.... 




Monday, July 18, 2011

Komplen Hot

Ini komen anony yang cik dapat Khamis lepas..

Helo makcik! Yg ko nak sebok gan student wic napa gk? Dorg nk nek lif dr tgkt 3 ke tgkt 4 sukahati dorg la. Dorg pn byr gk lif tu kn? Bkn makcik sorg je. Makcik, if dorg nk dressing cmna ke, nk bogel ke napa makcik nk kesah? Makcik tu perfect sgt ke?? N if male nurse sukahati dorg la k? Dorg pn wat Keja iklhs x Mcm makcik asyk mgutuk dorg je! Bkn makcik pn byr gaji dorg kn? I rase lbh bel makcik naik tgga je smp tgkt 15, bole gk slimkan bdn makcik tu. If mk ckp sal isu snsitif ati2 kit! Tgk prasaan owg! Makcik nk juge ke kena kutuk???? Thks upload photo wic, popular gk dorg :)
By Anonymous on Kisah Budak Budak Nurse on 7/14/11


Jumaatnya, cik terima ini pulak


Tq
By Anonymous on Kisah Budak Budak Nurse on 7/15/11

semua gara gara kisah-budak-budak-nurse yang cik buat pada tanggal 16 July 2010

Dik, 
dah setahun pun entry tu. kau tak nampak ke tarikh time kau klik entry cik tu. 

Lepas baca komen dia ni. Cik bajet dia salah sorang student nursing yang sayang sangat kolej ni. Itu bagus

Dan dia jugak yang menggunakan lif dari tingkat 4 turun ke tingkat 3 guna lift.

Dia jugak yang dressing bogel. beraksi lucah dalam lift.

Dia jugak yang bersepah dok kat tangga beromen romen. 

Tu pasal dia MARAH sangat. SEBAB DIA PUN BUAT... tu pasal dia terasa kannnn..?

Dik, kalau kau marah Ahkak.. Takdenye Kau seronok masuk blog ni dua kali. Apesal guna Anony.. Takut?! then kau tunggu cik komplen kau punya komen kannn

Yea, kau takut. Sebab kau golongan student yang cik ceritakan.

Terima kasih deer!


Friday, January 21, 2011

Perbualan Hangat

by phone,
Serius lah, apa pendapat u tentang gambar i - cik

mula mula tengok macam garang, tapi memang u garang pun. lama lama tengok macam friendly pulak - Harihari bukan nama sebenar

i memang garang, so? - cik

Garang bahaya woo, lelaki takut dekat - HariHari

~ada cik kesah! serius weh. perempuan sekarang ke speak up outstanding. lemah gemalai sure sure je lelaki amek kesempatan. I am garang. Tunjuk manja pada yang rapat dengan cik je. I am Friendly. u will fallin love with me for the first meet. :)

i u i u hokeyyy.. :p

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Apa lagi nama karaoke yang ko pernah pi? - Azed bukan nama sebenar

Superstar... Ktv... RedBox... SongBox...Mana lagi yea...ha, Neway aku tak pernah test.. awat? - Cik

superstar, Ktv, Redbox,SongBox.... JukeBox ! - Azed

*(*&^&^&*% - cik..

Sialangsipilis, tu bukan kedai kasut ker.. :))

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

by Phone,

Ateh, semalam ateh masuk TV kannnn - Fit bukan nama sebenar umur 6 tahun

Hah, manade.. takde pulak ateh pi audition mana mana. awat? - cik

iyeaaa, ateh nyanyi lagu pe tah, pakai baju merah - Fit

takde takde, ateh dok umah je smlm - cik

Iyeee, muka supe ateh.. ibu cakap nama dia Adibah Noor - Fit

~ Siap kau aku kejakan Fit.. Tunggu ateh balik kampung naaa...

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Thursday, December 23, 2010

Hitam Kaler Penyelamat... Kaler Kau?

Pink? Purple? euwwwww.... sangat tak IN tuk cik.. Berperasaan badan sangaaaaaatttt gemuk okk.. plus feel so gigirl...and gigirl looks sooo lembik. and lembik person so merimaskan. boleh?

Badan tengah mengembang bukan masalah.. Pedehal... tutup ar ngan baju hitam. sebelum dpt balik cutting badan selesa. Cik rasa kurang konfiden level sekarang nie..

dah la, gelak la... cik tak kesah.. :))

Arghh, nak outing pun takde mood sekarang ni. korang ada tak perasaan macam ni. Dah dah la makan mengarut ngarut pastu nak blame berat naik. memang shit shit lar .. wahai nafsu makan ! janganlah bermaharajalela lagi.. goooo syuh syuhhhhh !


hitam


Dah gemuk kena ar pandai cover pose..
kalau tak tersembul isi isi lemak


korang yang pernah gemuk dulu sure tau pose gini
amek beg cover perut
budget boleh tutup perut 5 bulan
kannnn
(kurusnye kawan cik...kau tak normal ea?! )



lipat tangan pun tak selesa
lemak mengembang dengan jayanya
(babe, jeles tgk kau pki baju merah.. aku pandang je baju aku kat almari tu )



syhhh, jangan cakap pape
yeye tau...
nak SEDAR DIRI balik la ni :(

Thursday, November 11, 2010

Berghet Bater Pudeng

Ko pagi pagi dah nak mengumpat kannn.. haha, perangai paling heaven bagi setan berkeliaran. Ngeh!

Ingat tak ofismet cik yg branded sesangat tu. Sume cite takmau kalah.
Pagi ni dia bawak resepi baru kat ofis.
Dia ni spesis pelat Lisa Surihani. Contoh 'Margi Menargi!'..ataupun 'Gerghak Gerghi!'....
Dengan Bangganya mempersembahkan....

Cik tanya, 'apa ni. kuih baru ker?'
'Aah, 'Berghet Bater Pudeng'!'
erk, tak pernah makan. ko baru create ker
Tergeliat lidah aku dengar ko sebut. takyah sebut byk kali boleh tak. -kutuk dalam hati je la. :P..
'First time buat ni, sedap tak kak?'
ko nak suh aku puji kannnn
'yea, dik. sedap. lain kali buat lagi. Bagi ahkak lagi yea.'

Selang beberapa minit,
sehingga cubitan kuih terakhir
ngeh. ko cakap je puding Rhgoti. Sure cik pernah makan.
Takyah le nak seWestern sangat. Ko sembang ngn org melayu je pung. asal kampung je pung.
Lagipun ko kan pelat. Malu weh nak ckp omputeh.
Malu nak dengar..
hehehehehehehe


Haih........