Showing posts with label Question and Answer. Show all posts
Showing posts with label Question and Answer. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

Mari Menjawab Soalan ETIKA DIRUMAH ORANG

Cik ada 10 minit untuk up entry ni. Pasai gaya orang banyak keje.

Apa definasi kau kalau tuan rumah cakap 'BUAT LA MACAM RUMAH SENDIRI..'

adakah jawapannya;
a) Menyelesakan diri di rumah orang tetapi menganggap seperti rumah sendiri 
~ contoh, pandai bawak diri. reti basuh pinggan lepas makan. reti carik penyapu tolong kemas rumah. Reti bahasa keluar dari rumah tika tuan rumah tiada dirumah.

atau

b) Menyelesakan diri di rumah orang tetapi menganggap seperti rumah sendiri tetapi buat betul betul macam rumah dia. suka suki
~ contoh yang menyokong pernyataan di atas. Tak reti bahasa. Bila tuan rumah cakap tak masak still tunggu tuan rumah belikan makanan. tak reti reti beli nasi sendiri. bila tuan rumah tengok cite kegemaran, dia selamba badak amek remote control dan cakap nak tengok channel lain tanpa green light tuan rumah. Bila tuan rumah kata nak keluar dia tak reti reti packing barang blah dari situ, still dok tengok tv sambil tak berperasaan.. eh, kau tau tak apa hukumnya dok rumah orang tapi tuannya takde kat rumah?...

apakah jawapan yang sesuai tuk diri kau kat atas..




Wednesday, April 28, 2010

TAG UNTUK ANDA YANG INGIN KURUS



Tag ni adalah dari Mr. Bam. Cik cuba jawab ek. harap dapat full mark. Huhu..
STEP 1 - Jawab semua soalan di bawah
STEP 2 - Copy Logo Kelab Mr. Bam dan link kan ke blog ini..
STEP 3 - Tag kepada 10 kawan anda yg anda tau dia ingin kurus..Kalau ada ramai yg nak kurus, lebih 10 pun boleh:P


Soklan 1
Sudah berapa lama anda berhasrat ingin kuruskan badan? Dan kenapakah agaknya?
Jawapan: Lama. Tapi seriusnya sejak 3 tahun lepas. Sebab;
1- Nak hilangkan semput kronik cik ni.
2- Nak chubby n cantik macam Jue Aziz. haha,..
3- Nak sosial secara sihat macam org lain.

Soklan 2
Target anda..agaknya by 2011, adakah berat anda masih seperti sekarang, atau sudah mulai turun? Berapakah sasaran anda agaknya ketika itu?
Jawapan: by 2011 paling berat 63kg(BMI ideal), paling comey lote 55kg (klu dpt la).
sekarang dah nampak turun. Mestilah nak turun lagi. Cik cantik tau bile kurus. org cakap la, bukan cik.

Soklan 3
Apakah usaha yg anda lakukan sekarang untuk mencapai target anda..
Jawapan: Huih, banyak. Dulu diet low kalori, masuk gym, jogging ber lap-lap,crash diet, jamu ratu, sendayu tinggi, guna yusmira halia, pakai bengkung, stres hari2 timbang, makan JM5..mcm2 la,
Sekarang workout ngn Jillian, diet Atkins, dan sentiasa happy. stress2 berat tak turun lar.  

Soklan 4
Adakah usaha-usaha anda tersebut telah menampakkan hasil? Berapa kg kah berjaya turun?
Jawapan: Ha, org kata diet smart not diet hard. skrg berjaya menanggalkan separuh lemak dgn diet yg menyeronokkan.. lagi separuh nak kasi buang.

Soklan 5
Adakah dengan menyertai Kelab Diet Mr. Bam membantu anda mencapai target anda.
Jawapan. Betul. Membantu sangat pasal rasa diet beramai2. klu diet sesorang rasa cepat je nak makan coklat kat peti ais tu.

Adakah cik menjawab soalan?

Cik taG kat sume yg baca entry ni. yg agak2 berat tak ideal tu. yg berat dah ideal tapi gatal2 nak wat pun silakan

Monday, April 19, 2010

Q&A bersama Cik

Ni email dari kawan Cik. tapi ni dah 3 hari lepas. Sori ek lambat jawab. Nama dia Syuk. Cik cuba jawab ek.

Question
thnx cik sbb sudi msg..
hmm syuk nak sgt kurus cam 5 tahun lepas...
tggi syuk 161cm..
berat skrg 70kg...
syuk penah try minum jusmate 5..
tp turun 3kg je dalam masa 2 bulan...
x berkesan pownn...
syuk hrp cik ley tlg syuk...
syuk nak ikut diet cik...
sudi x cik tlg syuk??
syuk dah  try diet low carbs nih to slalu kantoi...
asyik terpakse mkn nasi je sbb g knuri la...kgkawan ajak mkn aa...
adoih...cne ni cik....


Answer
 klu ikut BMI, syuk ni overweight je.
Nak bagi nasihat cik tak pandai sgt. Tapi ikut pengalaman cik,

1- JM5 ada bagi cara diet ikut saranan Dr rozmey. ada ikut tak. klu ikut btl2 boleh turun. Cik makan JM5 thn lepas, boleh turun smpi 10Kg. tapi tak tahan mahal sgt so cik berubah ke Atkins.

2- kenal pasti badan syuk ni gemuk ape, kan ada gemuk daging(pejal), gemuk air, gemuk angin (selalu kuar angin tu). then baru syuk cari diet apa yg sesuai. ada diet low carbo-Atkins, low fat-normal diet, diet ikut darah..dan byk lagi.

3- 3 kg dalam 2 bulan ~ kadar metabolisme seseorg tak sama, klu berat turun lambat cuba postmotem blk apa yg syuk wat sepanjang 2 bulan tu. btl tak pemakan n exercise yg syuk wat. biar turun lambat tapi konsisten. misalnye, setiap 2 bulan pastikan turun 3kg. klu setahun dah 18kg. byk tu!

4- Tips pi kenduri kawen, kawan2 ajak mmg susah kite nak tolak, cik pun.
kwn amek pinggan, syuk amek pinggan. kwn amek nasi, syuk JGN amek. kwn amek lauk, BARU syuk amek lauk. tapi awas, buat pilihan tepat. amek daging jgn kuah, amek ayam jgn minyaknye, elakkan dessert, elakkan air manis, jadi ratah lauk berdaging sahaja. so syuk still boleh enjoy makan ngn kwn2 kat kenduri. pedulikkan kwn2 perli tu.

5- Banyakkan membaca pasal artikel or pengalaman org berdiet. InsyaAllah, syuk sentiasa berada di landasan. Klu diet sengsorang rasa cepat je nak give up..iye dok