Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Friday, July 8, 2011

Lembab Dalam Segala Segi


Cik ni kalau selsema mesti cukup pakej dapat kepala tingtong, hilang deria rasa n bau, telinga kurang dengar, lembab dalam pemikiran, rasa diri ini di awang awangan (walaupun dari segi berat tak dapat deh terbang ringan di angkasa). Hai la

Dan bila orang tanya, Kau Sihat.. jawapan cik AKU BLUR.. See, terima lah hakikat bila orang tanya lain Cik jawab lain.   Haritu kutuk sangat manusia manusia yang tak menjawab soalan kann. Hah hambik rasakan sendiri. Insan yang dah ludah jilat balik.

Lepas tu bercakap dalam fon.. "bila nak balik, Sekarang ke? " ..cik jawab "aik, bersayang sayang pulak sekarang ek?".. Bila tau soalan sebenar, cik jadi malu.. Ooo SEKARANG... bukan SAYANG?.. hahah, nampak sangat cik ada feel kat dia kann. Eh?!

Paling blur semalam cik masuk jamban KLCC. Nak terberak. Dah bukak seluar.. termenung 5 minit then baru carik ada pili ke tidak. Kau tau je lah jamban KLCC kann. Mangkuk ada, air ada, paip takde. Paip getah tu mahal agaknya. Tu pasal di designkan tiada salur paip. Adoyai, nasib baik tak uk uk lagi. sarung balik seluar. Cari jamban kat LRT.. haih, wahai kepala kenapa kau tak berfungsi. Macam kan first time kau datang KLCC kann.

Time selsema jugak deria rasa hilang seketika. Kawan cik suruh rasa kek sedap. Dia kata ada peanut butter. Tapi kenapa lidah cik ada rasa pisang. Ah, sudah...Hah, dulu punya cerita, dengan member ni jugak. Time selsema jugak. Makan buah celup celup coklat tu. amek potongan buah tu then celup kat coklat. cik kata 'Sedap rasa peach ni'.. member berkerut. "Manade peach babe. Ini oren la.".. IYEKE? ...hmmm

Redho je la nikmat sense di tarik time selsema. Selsema ni lagi teruk dari demam. At least demam dapat MC. Selsema liat betul doktor nak kasi MC. Pasai jawapan doktor... Selsema je kot!!!..


Rasakan!

Wednesday, July 6, 2011

Sakit FastFood Femes..


Mata berpinar, panas dalam, hingus meleleh kena hirup setiap 10 saat.. Well Done.. Semalam cik MC. konon gagah lah pi keje hari Isnin. Nan ado. Balik rumah terus collapse. Pastu ada hati lagi lepak makan A&W.. (kau senyap. Diet cik ke laut sekarang nie) tension punya pasal. So esok nye Selasa cik terus tido tak bangun bangun.. Adeh!

Doktor kedekut bagi MC sehari.. Weh, aku demam la DEMAM.. patutnya kau kasi la cik 2 hari paling koman pun. Ini sehari? rehat celah gigi je kot. Lepas tu dia bagi ubat migrain. Owh no.. Cik tak migrain la. Dah demam of coz la menangkap kepala sekali. Sakit kepala tak bermaksud migrain. Nak suruh pulak aku telan pil pil migrain.. Lenkali nape tak bagi terus pil perancang, kan senang.. 

Sekarang ni konsep pi klinik dah berubah. Jumpa doktor sebabkan MC, bukan jumpa mintak ubat. MC sangat bermakna woo kalau kau jenis insan pemalas datang keje. Nak AL sayangkan cuti. Tindakan bijak la jugak cuma kau kena invest sikit uwang ringgit to those yang medical tak dicover. 

ubat ni jangan dimakan sangat. Badan kita dah cukup antibodi tuk heal segala penyakit. Unless la kau ada HIV ke. itu kena hati hati la. Ubat2 ni cik jadikan bahan tontonan atas peti ais. Lepas expired buang tong sampah. Begitulah hayat menjadi ubat ubatan. 

Kau ikut cara cik. Lagi kau batuk selsema demam..kau telan aiskrim.. Sure cepat baik woo.. Dia kasi kau penangan batuk paling azab. Kasi semua kahak lendir lendir bagai keluar. Pastu kau HEAL.. tak caya cakap cik. Kau TRY! esok kau baik datang jumpa cik. Kalau kau masuk spital jangan datang mengadu kat cik pulak. Itu kau punya pasal. eh?..

Berkenaan anti-FASTFOOD. Rasanya sebulan tanpa fastfood berjaya. makan A&W pada tarikh 4hb 7. Assume sebulan dah. So, berjaya la menkuarantinkan diri selama sebulan. Lepas ni nak planning tuk setahun tanpa fastfood pulak. tapi macam mana la nak mengelak dari belanja kat kedai fastfood nie.. Godaan keliling woo.. Dah la kalau bersosial je mesti ada acara makan sampai pengsan. Betul lah Malaysia ni kaya dengan makanan.

Salah satu usaha eat clean food adalah kurangkan fastfood. French fries? burger? ayam goreng? cheesy wedges? air gas? apa tu...! semua FAT tahu FAT.. badan dah berlemak lagi mau tambah lemak lagi ka?.. ok insap diri jap.. kalau pun rindu makan kat fastfood. Jom kita terjah SUBWAY.. 

Sejak dua menjak ni identiti cik sedikit tercalar. Semakin ramai kenal siapa cik xxx. Ni yang nak privatekan blog nih.. Risau la kot kot satgi orang datang umah nak meminang ke apa.. hahaha,

Tapi serius. Cik seriau kalau orang kenal luar dalam cik. Cik ni kan berlemak.. Sape suke orang berlemak jadi fames.. Dah dah la.. kau tak yah la admire cik lebih lebih.. Kita ni sama tala je.. Semua pangkat kawan kawan..kannnnn

Tuesday, June 21, 2011

Mari Ubah Persepsi Tentang Asthma


Anda ada asthma? adakah asma anda

1 - Light light je
2 - Standard
3 - Heavily till feel half death

Orang kat luar sana mesti pandang remeh tentang asma. Sebab bila tengok cerita kat tv. kalau seseorang tu keluarkan sedut pam (INHALER) confirm penonton akan gelak sakai. Lawak ke penyakit asthma nie. LAWAK? LAWAK? LAWAK? tanya la diri sendiri

Pada cik yang bawak asma sepanjang hayat (MUNGKIN). Ini tidak lawak.
 Orang yang pikir lawak tu adalah orang yang tak rasa macam mana rongga pernafasan kau tersumbat. Yang tak pernah pikir macamana jadi ikan ditarik ke darat dan cuba untuk bernafas.
Yang tak pernah pikir pun yang kau akan mati sebab tak cukup oksigen untuk bernafas.

Liang pernafasan menguncup time attack

Asthma dirasakan tidak serius sebab ia ada ubat. sebab ia hanyalah masalah pernafasan dan ubatnya adalah oksigen. Dan tak mungkin oksigen kat bumi ni habis. Dan asthma itu sendiri orang tak panggil sebagai barah/kanser. Walau pun ada kes orang mati sebab asthma.

Apa yang cik lalui sepanjang hayat. Cik belum boleh berbangga bila berdepan dengan asthma. Apa yang cik rasa, pikir dan hadapi tentang asthma. Orang lain takkan paham. Tapi cik rasa, ayah cik saaangat memahami. Sebab bila cik semput, cik dapat rasa dia turut sama semput (RISAU) tengok cik separuh mati. Dialah insan paling memahami cik bila bercakap tentang asthma. Adakah lelaki yang sanggup jaga cik ambil alih tugas ayah cik. Mari sini datang isi borang.

Bukan saja hutang budi tapi jugak HUTANG NYAWA
camne nak balas ni ayah
SELAMAT HARI AYAH

Milestone tentang asthma cik,

Umor 2 tahun sampai 9 tahun
~ Semput akan datang time 2 3 pagi.. ayah akan jadi ambulan on call. kadang kadang tu satu pagi sampai 2 kali pi hospital semata mata bagi anak dia amik nyawa (Sedut gas)


9 tahun sampai sekarang
~ Berjinak jinak guna inhaler.. pelbagai bentuk, rupa dan function.. Sampai sekarang jadi hamba ubat..
~ Start umur 9 tahun.. badan dari cekeding membesar bagai johan (effect steroid)
~ Keluar masuk hospital, itu biasa

15 tahun sampai 17 Tahun
~ Bila nak exam besar je, harus masuk hospital (wad biasa)
~ Exam atas katil hospital, bayangkan nak conquer nafas dan brain nak jawab soklan peksa.. feuh, letih

18 tahun 23 tahun
~ Asthma paling menggila dalam hidup cik
~ Sampai terpaksa beli mesin nebulizer letak kat dorm (hospital bergerak)
~ Pernah koma, ICU, Intubate (bantuan pernafasan) -tak pernah kira tapi lebih 10 kali (Nyawa hujung tanduk) orang bacakan yasin pun pernah.
~ Pengsan muka biru banyak kali
~ Lagi gila time minggu exam (STRESS)
~ Alhamdulillah habis jugak belajar walau pun result cukup makan

24 tahun sampai sekarang
~ Belajar manage asthma sendiri tanpa bantuan sesiapa
~ 2 tahun lalu alhamdulillah tidak lagi masuk ward (good achievement)
~ But still tiap bulan amek stock inhaler kat hospital
~ Still main cucuk cucuk kat tangan

Cik anak yang degil. Kalau itu impian, cik akan dapatkan jugak. Macam cik nak berdikari kerja jauh dari keluarga. Kalau dulu ayah paksa cik study dekat dengan rumah. Yes, cik ikutkan. Tapi lepas study. Maaf, Cik nak cuba hidup sebagai manusia normal. Susah senang tanggung sendiri. Ayah kat kampung nauzubillah risaukan kesihatan cik. Pahit maung dok kat KL ni dengan asthma kronik sangat la azab. Tapi cik redha dan tempuh jugak walau pahit. Belajar bergantung dengan diri sendiri.

Cik start sembunyikan masalah kesihatan dari kenalan. Yang betul betul rapat je tau. Sebab mengikut pengalaman. Orang risau nak berkawan kalau tau cerita sebenar. Dan cik tak suka orang berkawan sebab simpati. Biar orang nak berkawan sebab diri cik, bukan asthma cik.

Apa kau rasa bila kaum kenalan kau mencop kau sebagai Orang Kurang Upaya. Segala aktiviti dianggap kau-takkan-boleh-buat-punya. Pernah sorang makcik nie dengan lantang nya cakap ' E eh, habis belajar rupanya. Ingatkan separuh jalan. Amek sijil ke dik?'.. apa muka aku ni boleh sampai amek SIJIL je ke? Degree la makcik... Pastu bila kau panjat pentas amek Scroll konvo. Lecturer lecturer kau bercakap sesama sendiri dengan berkata ' Ini la budak yang semput masuk ICU tu'.. Macam kan dahi ni ada cop 'SEMPUT'. ok, kau tak hadapi. Dan bila kau bercadang pi holiday, kawan kawan kau takut nak bawak kau sekali. SEDIH tahu.. Kau umpama bebanan orang lain.

Banyak kerja cik reject bila ditawarkan, sebab bila interview tu tengok environment keje dia menSTRESSkan, nope cik tak sanggup. Orang takkan paham kenapa cik tolak peluang sebab orang tak rasa Asthma menggila disebabkan stress. Haih, susah nak explain.

Diet and workout tak konsisten sebab nak balancekan asthma dan situasi. Tak dapat push diri macam orang sihat. Dan result dia pun macam Yoyo.. Sangat jeles bila orang sihat jalani diet. Result mantap badan cepat slim..ok jeles jeles. Bila orang jogging layan lagu.. Cik jogging layan breathing.. sebab kalau lain rentak heartbeat boleh dapat asthma attack.

Sentiasa pantau cuaca. Ok ini kelakar. Cuaca sejuk cik derita. Cuaca panas cik gembira..

Apa kau rasa kalau tiap kali holiday ada 2 tempat kau menginap? Hotel and hospital. Frustrated tahu. Benda buruk ni selalunya tak berbau. Bila cuti kat johor dapat rasa sekali fasiliti hospital Johor. Balik Kampung Melaka, dapat rasa belaian nurse kat ICU melaka. Ada sekali tu, cik holiday seminggu kat Jakarta. 2 hari jalan, 5 hari lepak kat ward. Ok, jakarta sangat debu. kalah KL. Balik pekan pun camtu jugak. Cuti seminggu mesti ada hari yang pi hospital. Pekan ada kilang kayu.. HABUK!

Siapa yang mintak kann.. Cik pun tak suka menyusahkan diri inikan pulak nak menyusahkan orang lain. Sangat sangat blame myself.. Tapi sebab asthma ni jugak cik menjadi orang yang kental. Berusaha menjalani hidup normal macam orang lain. Walau masalah lain datang cik akan usaha tangani sebab Asthma paling mengganggu dalam hidup cik.  Kau takkan paham apa yang cik rasa walau pun explain berjela jela. Sebab dalam kepala kau ASTHMA itu BIASA.. Tapi dalam kepala Cik ASTHMA itu boleh bawak MAUT..

Kalau diberi pilihan apakah penyebab MATI?.. cik akan ban ~sebab kematian :ASTHMA~.. please






Tuesday, February 8, 2011

Injection Bila Perlu

Holla...

Henfon cik masuk air.. Cinnabon betul la.. Baik punya tadah kat paip time basuh muka kat bilik air. Mata cik rabun tahap 5. tak pakai lense tak pakai spec. Nampak kaler itam tu ingatkan katak. Separuh sawan bila tengok henfon lemas. poket seluar bocor la ni.

Lepas 5 tahun pakai N70 cik terpaksa say babai kat dia. Henfon ni tahap 3310 jugak. Hempas kat dinding pun tak jadi apa. Lama tak usha henfon kat kedai. Agak terkejut beruk bila tengok harga fon ni jatuh jadi RM299. Gilak. Dulu beli RM900 woo.. Patut ar orang cakap henfon cik cekai. Yeah rite. 'Aku tak malu pun pakai henpon nie. Ada aku kesah?'

Relatenya dengan cerita di atas. Masa cik kat Wad kecemasan tempoh hari. baca link ni => sakit, time menunggu nebulizer nak habis. Ada gak cik snap snap gambar. Gmbr ubat, jarum, darah.. eh, banyak la.. Sume tu tak transfer lagi. nak letak kat blog la konon.. Tinggal harapan je la.

Jadi, menggantikan gambar original yang takde, mari kita saksikan gambar ala ala macam cik punya..

Marih...


Hardcore tak.. ni spesis takde penyakit carik penyakit. Mat gian

Gambar kedua tu memang saja nak kena la tu. Eh, napa tak hunus je kat leher. Biar keok terus. Diorang ni jenis senang carik urat gamaknya. jenis urat tak berselirat. cucuk sekali je dadah masuk darah. pastu lalok. 'oh indahnya dunia..' Ea?..

Sepanjang hidup cik la.. Dari sehalus halus jarum sampai sekasar kasar jarum pernah sumbat kat urat ni. Tak jumpa kat tangan, kat kaki.. kalau tak jumpa jugak nak shave rambut cari urat kat kepala pulak. Janji boleh sumbat dadah cepat. Tu kerana cik sakit. Ni yang sihat walafiat sejak azali sesaja nak tempa maut pehal?..

Pengalaman paling sial pernah cik lalui pasal pencucukan ni. Doktor nak amek darah kat nadi tangan. kau tau ke nadi kat mana. dia terletak betul betul tengah tulang pergelangan tangan. bila hunus jarum halus tu 3/4 mesti terbenam. Jarum pulak dicucuk menegak.

Rasa dia macam shit sikit. Ngilu campur sakit campur nak hentak kepala doktor. Lepas doktor main mainkan jarum bagi betul masuk kat nadi. Rasa jugak jarum tu macam terlanggar tulang. Tak dapat kanan pi kiri pulak. Paling lama dia menggode tangan cik dalam sejam gitu. Selagi tak dapat darah selagi tu dia takkan blah dari katil. Mau tak mengalir airmata. Dalam otak pikir 'hancur la daging aku'..

Bila doktor cakap sikit je lagi sikit je lagi. Dalam hati cik 'kepala hotak kau Doktor. Aku da sakit la bodoh..' memang rasa nak terajang dia time tu jugak. Motif amek darah ditempat paling sensitif? kononnya nak cek samada cukup oksigen tak dalam darah. oh niceeeee sangat. Meh aku cucuk kat nadi kau pulak meh!

Pendapat cik la. Doktor ni bukan tau buat keje sangat. Baik cik serah lengan kat MA takpun nurse. Doktor ni tau teori je. Praktikal hancur. Serius weh. Ni kes hospital gomen la. Kalau swasta cik tak pakar. Ha, lagi satu. Jangan la pi hospital yang banyak doktor pelatih. setiap 5 minit sekali akan ada diorang datang kacau kau kat katil.

Bila pergelangan tangan lebam lebam harus lah orang consent kannn.. makcik tukang jaga katil sebelah tanya,

Sakit apa masuk hospital,nak? Cuba bunuh diri ke - makcik sibuk

Eh, memang pantang bagi cik orang sendiri bertanya sendiri nak jawab kannn..

ooo, nie?! (sambil show off lengan lebam) saje main toreh toreh. Nak nak lagi ada orang tolong torehkan. Memang suka suka, makcik - cik

Cinnabon.. apa, kau suka ke tengok orang mati bunuh diri kat sebelah katil anak kau.. cis makcik. ni semua angkara doktor lahh..

So, sape sape rasa nak cuba dadah baik jauhkan la.. tak pekdahnya.. mula mula rokok, pastu main pil, pastu dadah pulak.. ada otak pikir la.. Yang sakit tu nak sangat baik. yang sihat tu jangan la tempa penyakit. Memang tak sayang nyawa la diorang ni.

~ Ada ke mat gian baca blog blog ni sume.. takde kot.. jadi ini dibaca buat tatapan kaum keluarga si mat gian. cepat la hantar orang tersayang tu kat rumah pengasih.

ok bye