Reminder,
cik too busy mengalahkan first lady.. even bik mama pun boleh pi shopping lagi.. tapi cik.....hai la... nan ado..
fyi, ofis baru cik takde internet. yang ada hanya la intranet.. muehehehe.. padan la dgn muka cik kannn...
kalau ofis lama cik panggil 'ofis mental'.. yang ni cik nak gelar 'ofis kilang'... macam gilak sume kejar productivity.. no time to chill lor..
lupakan daku dalam memori blog mu.. pasal..lepas ni kebarangkalian untuk cik bloging adalah sangaaatttt tipis. lagipun siapa le cik yang korang nak ingatkan kann.... bukan cik bayor gaji korang tiap bulan pung
ok chow dulu
~ using cc pc.. doh, usaha tul nak check email, fb, blog bagai. kalau ada yang nak sponsor laptop (ipad lagi dialukan) bersama2 sponsorship berukband.. adalah sangat heaven..
soalannya, ada sape2 nak sponsor cik?
Showing posts with label Ofis Cik. Show all posts
Showing posts with label Ofis Cik. Show all posts
Wednesday, September 7, 2011
Wednesday, August 24, 2011
Sekitar ofis Mental (akan tidak lagi)
Kalau korang terlalu kat CM ni. kau usha usha la bangunan tinggi. Ada satu bangunan yang terletaknya ofis mental cik xxx (suatu ketika dahulu)...mueheheh
Akhirnya, Cik bakal meninggalkan ofis ini.. Kalau korang terkeje kat sini. Stress dengan boss dan staff staff mental. Kalau rasa nak terjun bangunan ke hape. Sila tatap pemandangan indah Kuala Lumpur dulu sebelum bunuh diri k. (if jeee)
Kuala Lumpur.... Ahhh, nyamannya udara
itu bangunan takaful, jalan lrt tu menghala ke KL sentral
itu lrt pasar seni, Stesen komuter Kuala Lumpur, dan belah kanan Hotel baru (tah bila nak bukak)
itu kuil, dan hujung tu Uo Superstore (kau tahu,time lunch atau lepas keje cik singgah sini beli coklat)
Tapi kann, orang Uo cakap (bukan OU yea, itu kat damansara) bulan 9 ni UO dipaksa tutup. kerajaan nak wat ketapi bawah tanah. Ini stesen utama dia. Macam KL sentral tu jugak la. So, bustand klang sampai UO ni akan di runtuhkan. Sedih!
Itu pos besar, kubah biru tu masjid, sebelah dia ada TV AjHijrah..
CM belah belakang, so tak dapat snap.
Gambar ditangkap di tingkat 15. Kalau kau ada ura ura Fail untuk teruskan hidup. Meh sini terjun bangunan. Bukan cik nak ofer ke jalan neraka. Cuma nak ofer tempat tempat menarik di KL ni yang boleh putuskan riwayat kau.
hehehe. Ok. Selamat beramal.. Teruskan hidup k walaupun tangan hancur kena mercun..
Ok cow!
Monday, August 8, 2011
Loya
Holla
Sekejapan je dah puasa ke 8. Tahun ni senang sikit kira pasai kita start puasa betul betul 1 Ogos kann. Jadi date Ramadhan supe tule je dengan kalendar omputih. Pada yang tengah period tu tahniah. Kau kategori raya awal.
Sejak dua tiga menjak ni.. Mood marah cik dah kurang le. Bermakna mood segmen-membebel-kat-blog juga berkurangan. Bersamaan mood takde cerita luar biasa nak story kat sini. Bermaksud jugak lepas lepas ni tak payah le klik dah blog cik ni. Sebab akan datang cik akan lagi susah mengupdate.
Apa yea... nak story... hmmmmm hmm hmm,
Ouw, minggu lepas khamis dan Jumaat cik berkubang je kat rumah. Sakit perut.. Sistem pencernaan problem. Biasa la. bila jumpa doktor dia kata gastrik. Bila tak uk uk maka demam kurakura pun datang. Bila datang, baik kita berehat aje dari datang ofis. Mintak mc 2 hari...yeah!!! heaven...
Apalah sangat 2 hari MC. campur sabtu ahad. Baru 4 hari.. Takat celah gigi je rehat tu. Cik perlukan more than that.. Seminggu ker? sebulan ker? setahun ker? baru namanya cuti. Dan ketiadaan cik kat ofis mental ni tak membawa pape effect pun. Diorang tak akan perasan kewujudan cik disini sebagai staff.. heh..
Ouw, blog blog korang cik masuk baca. cumanya kalau takde benda nak komen cik akan diam dari meninggalkan komen. Sebab kadang kadang kau tak perlukan moral support cik tatkala kau tau apa nak buat kepada penyelesaian masalah hidup kau.
----------------------------
eh, tadi kann. Cik masuk toilet. Terasa loya lah pulak. Cik muntah kat mangkuk jamban. Perut cik tak stable lagi ni. Masih bergelodak mintak dikeluarkan isinya. Dah sudah muntah tu, cik pi sinki. Then ada amoi office sebelah tegur.
amoi - U pregnant ke?
Cik xxx - nope, i tak kawin lagi lah
amoi - zaman sekarang apa kesah. belum kawin pun boleh dapat anak mae
Cik xxx - I bukan macam tu (sambil senyum)
amoi - thank god u bukan macam tu. The thing is i slalu baca malays yang slalu buang anak (senyum makna)
Cik xx - (senyum je lah). u see, Perempuan muntah doesnt mean pregnant also..
Itu tanggapan bangsa lain terhadap bangsa kita. Malu? Takde Perasaan? Counter back? Apa reaksi kau kalau situasi ini terjadi depan kau. nak bela Bangsa atau nak dedahkan realitinya.. hmm, fikir fikirkan!
Last 2 weeks aritu pun sama. Cik nak xray. Kitaran period cik tak stable (terlewat). Tukang xray tu lebih kurang 5 kali tanya cik soalan yang sama to reconfirm.
are u pregnant?....
dan jawapan cik OF COZ NOT!
Nowadays, Status single dalam borang tak membawa pape makna dari maksud berkahwin dan belum berkahwin. Sebab segelintir orang single pun terlibat dalam kehidupan seks yang aktif..
Apa nak jadi dunia sekarang nie
Hai la...
Friday, July 29, 2011
Keputusan
Pagi Jumaat.. Hujan gerimis.. suasana redup.. Tarik selimut lama lama lagi best nih..
Tapi hari ni menjadi titik sejarah dalam hidup cik.
Pertama kali dalam hidup menghantar surat resign secara rasminya.
Dengan berbekalkan tekad. Cik dah bersedia tempuh benda baru dalam hidup.. well yeah.. sedikit sebanyak akan merubah cara cik berfikir, mematangkan diri, menghargai masa di tempat baru nanti.
Ala, rileks la..semua orang akan punya fasa dalam hidup. Pedehal takat tukar keje je kann.. Bukan tukar keluarga pung.. deh!!!
Cik dah bersedia. lepas raya la tapi.. hahahaha
Apa pun cabaran, bolos saja dinding itu... yeahhhhh!!!!!
* Apehal pepagi ni jiwa motivasi lak.. alahai labu
Thursday, July 21, 2011
Mamat Mental Punya Kisah
Tadi kan. Cik nak keluar dari toilet. Luar pintu toilet ada perempuan india dari company sebelah nak masuk. Lepas tu ada mamat mental lalu nak pi toilet lelaki kat hujung sana. Space Lorong ni kecik je. Kalau badan slim tu boleh la dua orang jalan bergandingan pimpin tangan rapat rapat.
Dalam pertembungan simpang 3 ni. Mamat mental hampir terlanggar cik. hampir yea! Sikit lagi dia dapat rasa dada cik. Euw..Cik dari dalam toilet, mana nampak sape lalu lalang luar toilet kann. Dia ni jalan menonong je. Kalau laluan dia tu, takdenya nak berhenti bagi laluan kat orang lain. Jalan dia jalan dia ah..laju menusup. Tadi cik terperanjat tahap 'Anjat Boboi!!!'. Jantung dup dap lagi ni sampai sekarang. Kalau dia dapat rasa badan montok cik ni.. apakah?..ah takmau pikir.
Yang India ni tadi, Siap membuntangkan mata pandang cik. Lepas tu dia senyum simpul. Boleh agak kot apa yang cik rasa tika tu.
Mamat mental ni kann, kalau jalan tak dengar derupan kasut pun. Tup tup dah ada kat sebelah. Siut, macam hantu. Kau kalau ditempat cik, kau akan rasa dag dig dug la bila berhadapan dengan mental ni.
Ada kes haritu. Dia masuk tempat solat perempuan. Dia boleh masuk, bukak pintu, pandang orang lima saat, carik kotak rokok kot ada belakang pintu. Lepas tu dia keluar. Hei, tak nampak ke ni, perempuan 2 3 orang tah tengah free hair ke, tengah solat ke, tengah betulkan kain ke. Melulu je masuk. Sebab tempat ni kadang kadang port dia merokok.
Kalau tengah buat keje tu. Pandang orang macam ni. Dia akan toleh kepala dengan sekali badan badan kat titik fokus. Duduk atas kerusi so dia akan pusing kerusi sekali. Tenung lama lama benda yang dia nak pandang tu sampai orang perasan. Kalau orang tegur, Selang 5 saat baru toleh balik buat keje. Lima saat tu lama yea. Seakan hililintar menusuk kalbu si mangsa. Mata dia terpancar takde perasaan bersalah wokeh. Cik bajet refleksi badan dia ada shot sikit. Tindak balas lambat ke atas haba. huhu
Kadang tu dia gelak sorang sorang. Apa dia teringat adegan panas malam tadi kah?.. For your info. Dia tak kawin lagi. Kalau berminat boleh email dia usha line. hahaha.
Tekan keyboard pulak macam tengah penyek penyek plastisin. Punya bersemangat sampai hentak hentak. So cik bajet dia sangat focus dalam pekerjaan.
Kalau dia bosan, dia akan goncang botol air mineral. Takpun tepuk lutut sendiri berulang kali. Takpun bergendang atas meja. Cik agak dia ni stress kot keje ofis yang senyap sunyi macam nie. Perlukan bunyi bunyian tuk hilangkan tension.
Orang keliling dia hanya berjaga jaga je ni. Kot la dia mengamuk tak terkawal. Takut jugak kann. Cik doakan dia makan ubat mengikut jadual (kalau dia makan ubat la). Takut sangat kalau kalau meroyan dia ni datang. Tah apa lagi lepas ni dia nak buat.. fuhfuh
~ Mode ketakutan
Wednesday, July 20, 2011
Dilema Ofis Mental Lagi
Dilema berkenaan ofis lagi.
Cik kann. Kadang kadang berbelah bahagi untuk move forward ke company lain. Kadang rasa best sangat keje sini.
Kalau dengan orang orang kat sini. Cik bahagia. Sebab, makcik kerinting tu dah resign. Oh sangat bahagia wokeh. TerKecuali mamat mental. Ini kes tak settle settle lagi. Dengan staf lain tiada isu berbangkit. Best sangat.
Big boss pulak suka buat lawak. Kau tau je la macam mr.bean kann. Ada je nak pekena cik. Tadi tengahari dia tangkap cik tengah makan aiskrim. Dia kata 'omg, u crash ur diet. ice cream got a lot of chemical u know!'. Dia sergah kaw kaw punya. Cik cakap la stress..haha.
Pastu cik pindah meja sebelah. memandangkan old staff berhenti. So, boleh la sikit menjarakkan diri dari mamat mental. But still rasa mengerikan. Sebab sekarang cik boleh nampak dari ekor mata mamat mental tu mengereng telek cik lama lama. Oh., ngeri tahap cipan. But then big boss datang cakap ' U always want far away from me rite!" haha, macam berscandal pulak kann. ok.. cik ni kan dah macam secretary dia. cik senang cara dia layan staff. be nice always.
Dan.. staff kat sini. Yang seangkatan dengan cik semua sekepala. Even time keje semua senyap sunyi. Kalau nak borak time lunch je la. Tapi cik dah anggap diorang ni macam kakak adik tiri semuanya. boleh buat lawak bodoh.
Antara kelebihan ofis ni yang jarang ada kat ofis lain.. dress code suka hati. Kau nak pakai jeans ke, skirt pendek ke, baju singlet ke..sume on. Tapi kalau client oversea datang akan diberitahu by email suruh dress proper. Save duit baju kat situ. Baju keje Baju jalan = sama
Lunch hour tiap hari sejam kann. tapi cik boleh buat dia jadi 2 jam. Hari hari.. sape nak bagi weh. Dan memandangkan takde punch card. kau boleh datang keje suka hati. Nak datang kul 9 pun takdak hal. walaupun ofis hour 830-530. Lunch pun suka hati.Pastu Balik awal, selama ni tak la suka hati. 530 sharp blah dari ofis. watpe nak OT2 bagai ni. TIADA KEPENTINGAN.
Tak akan ada sape marah kau. Kau akan duduk tempat kau sampai balik. Pape interaksi by email. Takat mana je la marah bos melalui ayat kann.. So telinga tak panas.
Youtube, Blog, YM, Facebook, dan seangkatan dengannya boleh bukak all the time. So pandai pandai la nak sorok dari staff baru. Kalau cik, lagi kata takleh bukak. Lagi cik nak bukak. So time keje boring boring tu invite satu ofis lepak kat FB.. Jom kita mengumpat. Muehehe
Cumanya, cik stress tentang gaji and benefit. Instead of keje rileks. Padah kemudian hari kau akan bosan bila tiada rules keje untuk di aplikasi disini. Dan sampai satu saat. cik perlukan cabaran untuk membina kerjaya lagi best dengan gaji yang tiptop.
Itu la dilema cik. Lepas ni kalau transfer keje lain. Of coz akan ada stress dan konflik antara staff. Ni yang kena prepare mental fizikal nih. Adeh! Lepas tu. Keje stayback sampai malam? keje hari sabtu? lunch hour 1 jam? APA TU? adoi, strict nya company kamu..
I want this environment but with good salary..mana nak dapat ek!
Tuesday, July 19, 2011
Vacant
Lately, berhabuk sepai sepai lak cik cakap omputih.. Sampai balik kampung haritu speaking london dengan along. Alamak, terlepas. Kau paham ke long.. Idak ler.. ouw, sorry
Ini gara gara cik practise tuk interview. Supaya tak gagap bila jawab soalan. But then minggu lepas cik dipanggil interview lagi (ini je la kejenya. interview interview interview. Dapatnya tidak jugak.). Good effort tho. Cik fluent giler dengan vocal, consonent, grammar yang teratur. Hambik kau!..angkat kening poyo poyo berlagak~
Cik ni certificate atas kertas tak la bagus sangat. Tapi kalau buat keje tu focus boleh tahan. Tu pasal tak layak aplai keje bank. Bank? huh, takmo. Keje takde life.hahaha.
Cik ni communication skill tu boleh la tahan. Tapi dok berkawan kawan je la pandai. Kalau sembang dengan bos agak malu malu sikit.
Cik ni happening kena tempat jugak la. Kalau kau hire cik kat company korang. InsyaAllah company kau akan happening. Kalau cik tengah bercuti tu. kau akan terasa sunyi tanpaku.. cewwaah!
Tapi, tak guna cakap lebih lebih. Tempat kau ada kosong tak? cik nak jaja diri ni..
huhu~
Simpati lah diri ku inii..
Friday, July 1, 2011
Campur
Ah... malas nak taip. Kepala macam buah tembikai banyak masuk air. Migrain migrain..
Since hujung minggu ni ada big event. So banyak benda kena pikir. Nanti cik up gambar berbaju sarung nangka di tempat kejadian ek. Kau tengok la badan cik macam kungfu panda. ;(
Terima kasih kepada pengomen gambar bersama pelanduk dua serupa tu. Thanks kata body cik tak gemuk and still berbentuk. Kau taktau tu cik sarung apa kat dalam. Kalau tak lemak tersembul sembul jugek!.. (Sama tala je kita) orang gemuk masalah yang sama.
Pape pun cik berjaya kurangkan 3 kilo dalam masa 2 minggu nie. Kau jangan tanye apa yang cik buat. Short term cik nak dapatkan badan fit and lemak tak lembik lembik. And its work. Walaupun perubahan dia sikit at least cik rasa ringan sikit bawak badan. Naik tangga semput tak hinggap. OK done.
The rest, pasal ofis. Makcik kerinting dah resign.. hoyeh!.. Tiada laie kedengaran insan melepaskan virus ke udara. But still MAMAT MENTAL semakin teruk mentalnya.. Kami yang duduk kawasan ini semakin risau dan keadaan amat amat membimbangkan. Mungkin tengah bulan ni cik akan mintak transfer.
Yang lain hidup cik berjalan seperti biasa. Cumanya kepala otak tak cukup ruang untuk berfikir.
Bye
Friday, June 24, 2011
Ofis Mental Hangat di FB
~ kesimpulan nyer sindrom2 tu da merebak di sepanjang kawasan mereka duduki,....
ini bukan cik yang cakap. Ini kawan cik yang cakap. hahaha
see, it was true story.. cik bukan mereka cerita tahu.. orang yang tak kenal mamat mental pun turut join bagi idea..
just lol!
Virus
Euwwww, makcik kerinting ni bawak virus lagi.. yark.. bersin tak tutup mulut, batuk ikut dan.. syuh syuh syuh, jangan hinggap virus kat cik. Selsema babi tu..
Cepat la kau blah dari sini.. Aku tak tahan menghadap muka kau hari hari.
Yang mamat mental ni lain hal pulak. Tiap petang ada je bunyi mengganggu cuping telinga cik. Bunyi pelik.. macam ahhhhhhh., ah ah ah.., ehuk,.. susah pulak nak terang bunyi dia camne.. tapi kau imagine la sendiri camne.
Mamat ni pun cik tak tahan jugak. Mental tak habis habis. ngeri woo dok belakang dia. dia selalu intai monitor cik. Apa dia belek tak tau la. Yang ni kena hati hati.. even kawan pun cik tak nak. Sebab dia mental (serius)..
Uwaaaa, cepatla keluarkan cik dari ofis mental nie..
Stress!
Wednesday, June 22, 2011
Interview
Isnin lepas cik ada cakap ada interview kann SINI .
Ini hari ni punya cerita. Interview 930am, kul 8 cik dah tercongok kat depan building dia. Bagi mengelakkan sesat, jem dan rushing. Ia bukan la kriteria elok pi interview.
Alamak tang mana nak duduk nie. Takde lak tempat lepak nak tunggu kul 9. Bawah tu ada kedai coffee je.. untuk duduk kat situ kena beli air dia..
So cik oder mineral water (MURAH). nan ado. alamak, kena oder Latte jugak ke ni.. okk, tengok menu apa boleh masuk tekak. done. Green tea satu..
Tak sedap. Green tea dia kaler kuning. Macam kencing kucing.. Euwww
Kau faham tak konsep green tea. Haruslah kaler hijau. Nama je kedai omputih. Tapi basic tea pun kau tak tau. Sedap lagi green tea cap Cosway aku woh!..
Tapi memandangkan nak interview so kena la baca pape yang patut. Sampai waiter coffee ni perli. Kata nak amek SPM ker.. cit, nasib baik kau hensem dik. Sweet charity je muka. Siap bagi 10% diskaun kat air tak sedap nie. diskaun for gudluck wish. Auwm.. ahkak sukeeeee!
Cit podah,. penat mengerah ayat apa nak cakap kat interviewer rupanya assessment je. aptitude test and group discussion. Hah, apa lagi, cik bantai cakap omputih bersepai sepai. Hambek kau. yang india kemain lagi enterframe bajet outstanding sangat la. Kau tak kenal la ni sape.. iNI CikXXX woh, berani berani la bangkang idea aku.
Done. 2 stage dah lepas. Sok sok dia akan kol lagi tuk 2 stage interview. Gila betul company nie. Sume atas atas dia foreigner. Yang HR tu india dari India. Hensem jugak. Ala ala Amir khan (tu je pun muka bollywood aku kenal) tapi english nan ado. apesal kau cakap belit belit, kemana hilang fullstop kau. Penat telinga cik nak focus. Mana tah orang kita. Diorang ramai keje kilang agaknye.
Dalam interview tu ada ramai candidate. Muka tala fresh grad je sume. Yang jenis muka cuak pi interview (lack of experience) pun ada. Ada mamat ni nak usha cik ke apa tah. Siap mintak no fon, ym, FB bagai. Yea tau, kau tu comel macam aku jugak. Tapi cik datang sini nak carik keje. Bukan carik jodoh.
Sila jangan spoil mood cik. Tapi lupa nak pesan kat dia. DIK, LENKALI PI INTERVIEW PAKAI KEMEJA LONGGAR SKT EK. SEKSA AHKAK TENGOK LEMAK TERSEMBUL... Hadoi,badan six pack pakai fit takpe jugak. Ini.....! pastu ada hati mengurat kakak kakak. Eh, ke muka cik nampak muda belia remaja.. Aum,., i like.. hah, kalau dapat keje ni kau nak masuk minang terus pun takpe. Cik redhoo..
Pastu cik lalu depan bangunan ini
Kenapa la cik tak aplai sini. Kot la boleh dok sebelah M Dzul (MHI)..oh, so sweet.
Kau pagi pagi bukan bukak TV kann.. Tengok ke MHI.. ini dia M Dzul yang dok tengah tengah tu.
Nampak sangat jenis low profile. Search dia kat google, gambar dia bersorangan pun tak de.
Ok la M Dzul, Aii nak cari kot kot ada keje kosong kat TV3. Nanti kita terlanggar bahu kat kantin ek.. eh eh eh..
hikhik
Monday, June 20, 2011
Interview
Apa la yang kau belek belek blog nie. Takde update pun kau bukak jugak. Kau stalker eaaaaaa..
k takpela, mungkin kau jenis banyak free time.. klik lar klik lar.. Cik redhooo :D
Pagi tadi payah betul bangun gi keje. Badan sakit, peha sakit, tapak kaki nak pijak macam kena paku.. Gilak!, Letih woh.. semalam buat keje amal..
So, tengahari baru cik masuk keje. AL tak banyak lagi mau cuti kann.. Lepas ni perabiskan MC pulak la nampaknya.
Rabu ni ada lagi satu interview. Harapnya cik tak blur nak cakap omputih. padahal boleh je cakap fluent (KONON) tapi memandangkan gugup tiba tiba blank tak reti nak cakap pape. Isk, sekali bantai cakap melayu. Pernah sekali tu cik cakap melayu ngan big boss cik. Ternganga nganga mr.bean tu. Ouh lupa kau omputih. Ingatkan melayu berambut Richard Gere. hahaha
Tak harap tinggi pun dengan interview kali ni. kalau ada rezeki ada la. Kalau takde, kau cakap la sebest mana pun masa interview tapi kalau bukan rezeki kau memang kau tak dapat jugak. Cumanya, cik akan being natural. Tak perlu hipokrit masa interview. Kalau tau cakap tau. Kalau tak tau cakap je taktau tapi counter back balik dengan ayat ayat sedap. Gitu la,
Bz kepala otak sekarang nie. mana nak pikir masa depan, berat badan, semput, keje (nan Ado), famili, bakal boyfriend (dalam MIMPI) ..isk, esok esok kalau tambah pasal suami, mak mertua.. haih, cukup ke space Kepala otak ni nak pikir semua tu.
Kau yang dah kawen tu camne la kau hadapi ek. Jangan gila meroyan dah la.. Jangan stress bunuh diri dah la.. eceh ceh ceh.. salut ar jadi Perempuan... APA PUN BOLEH BUAT>...
Thursday, June 16, 2011
Farewell Dan Makan Bagai Irama Dan Lagu
Penat leher nak geleng TAK..
Meja cik depan pintu. Asal orang nak keluar lunch je diorang tanya "CIK TAK MAKAN?"
Aish, Sibuk je Farewell tengah tengah bulan gini.. Dah la buat kat KFC..fast food wokeh fast food.. Kau tak reti kira kalori ker.. Dengan minyak segala lagi.. KALORI...! tahu
Asal farewell je mesti makan. Ce farewell buat lain sikit. Kita pi titiwangsa jogging ramai ramai ke. kan berfaedah tu. Pastu last jogging tu salam laga pipi bagi peluh sorang sikit.. Aw, seksi!
Pelik sangat ke cik tak join diorang makan?. lantak la orang nak pikir apa.
Pi makan ramai ramai bayar asing asing..
tak effect wokeh tak effect!
ha, kang kumpul ramai ramai tu dok ngumpat jugak la tu.
Takpe, cik redhoo.. Ngumpat yang baik cik terima.
Ngumpat yang buruk pun cik terima.
Terima kasih la banyakkan pahala cik yang tersedia kurang nie
Anyway, cik tengah uji diri SEBULAN TANPA FAST FOOD.. kalau sukses nak buat SETAHUN TANPA FASTFOOD..
marilah kita bawak bekal pi ofis
oh nice sangat kalau dapat capai..
Monday, June 6, 2011
Corporate Website Awesome
Ini starter poem selepas enter the website
Tak perlu la cik terangkan scope kerja cik. Tapi tengah tengah cik bekerja tadi. Cik jumpa company website yang .... sangat menarik.
This Company are doing advertising and how they attract client with their website was so cool. Kalau cik nak guna khidmat agency. Cik akan percaya yang this company will do the best on behalf my marketing site..
This is the website www.180.com.my
Tak tau la korang tapi..cik tertarikdengan ini
"Your Business is like a game of chess,
there are just as many different ways to win as there are to lose
Sometimes, all it takes is one small move to switch the game around"
Tak perlu la cik terangkan scope kerja cik. Tapi tengah tengah cik bekerja tadi. Cik jumpa company website yang .... sangat menarik.
This Company are doing advertising and how they attract client with their website was so cool. Kalau cik nak guna khidmat agency. Cik akan percaya yang this company will do the best on behalf my marketing site..
This is the website www.180.com.my
Tak tau la korang tapi..cik tertarikdengan ini
Friday, April 15, 2011
Who Is This Stubborn Women!!
Got this email yesterday. Wow, there is no sivic person in this mental office..
Dear All,
As you may notice, we are facing a VERY STUBBORN & INCONSIDERATE & SELFISH WOMEN /WOMAN who is still stepping on the toilet seat despite THE OBVIOUS REMINDER not to do so at the back of the toilet wall.
To anybody who has THE "PLEASURE" OF MEETING THIS VERY STUBBORN & INCONSIDERATE & SELFISH WOMEN / WOMAN PLEASE PLEASE ASK HER TO CLEAN UP THE TOILET SEAT OR JUST MAKE PUBLIC ANNOUNCEMENT TO THE OTHER USERS..
IF THIS VERY STUBBORN & INCONSIDERATE & SELFISH WOMEN / WOMAN IS READING THIS E-MAIL I REALLY REALLY HOPE YOU CHANGE YOUR WAYS OF UTILIZING THE TOILET SEAT BECAUSE YOU ARE USING IT THE WRONG WAY AND WHO KNOWS MAYBE ONE OF THESE DAYS YOU WILL GET YOUR COMEUPPANCE.
SERIOUSLY CONSIDER THIS.
--
~ seem like the Ahkak so emo when become the proper use of toilet..
hahaha

Wednesday, April 13, 2011
FuFuFuhhh.. Seorang Lagi Kelahiran Mental Dari Ofis Ini
Ingat tak belakang cik adalah seorang mamat mental. Sebelah mamat mental staff baru. ada la keje dah 3 bulan kot. Budak india. tapi muka dia kategori hensem dan boleh ditonton. Dan tiada bau bau minyak atar India. Maksudnya jenis mamat tidak berbau la. Lagipun dia ni couple ngan girl mamak, satu ofis ngan cik jugak.. For sure, sok sok dia kawin kena masuk Islam kann.
Ok, berbalik tujuan gosip ini. Mamat India ni dah mental. Berjangkit daripada mamat mental sebelah dia barangkali. Aritu dalam lift dia dengar Mp3 sambil menghentak hentak kan kakinya. Kau tau la dalam lift camane kan.. cik takut lift tu terjunam jatuh sampai tingkat G je. Jangan la wei, patah riuk cik kang. dah la tak nikah lagi ni . gila hape. berdiri diam diam la. nak sampai ke tingkat 15 tu azab je rasa. Istighfar banyak banyak.
Pastu sehingga ke semalam cik mengesahkan yang dia ni mental jugak. sebab cik keluar bilik air tengok dia menyanyi sambil bersandar kat dinding. sambil menggeleng gelengkan kepala (tengah zikir). tengok kat telinga takde pulak Mp3. hmm, nak je tanye kau hafal lagu nak masuk AF ke, dik?.. Selalu tengok dia ni menyanyi. tapi bahasa yang tak difahami la. Pastu selalu keluar toilet nak dok balik kat meja pun bernyanyi dengan kuatnya.
Ya Allah, kuatkan lah hamba mu ini menempuh laki laki mental kat ofis ni.. aminyarabbal al amin..

Wednesday, March 9, 2011
LED Monitor Bak Cinema
shit shit shit..la..
ha, kan mula mula je dah hangin. Company cik baru tukar LED monitor baru. Dan yang terkena adalah cik. Sebelum ni pakai monitor gedabak je. alah monitor zaman jepun tonggek tu. 14" je kot. Sekali dia mau tukar LED hambek ko 20" terus. lebar tahap gaban ar. Mula mula dapat monitor ni terus mau adjust font. Bukak internet kecikkan page segala bagai dulu. Gilak. kalau original size font dia. orang dok 1000 meter pun boleh nampak apa cik bukak.
Dah la tempat cik tak strategik. Depan pintu wokeh. Boss ni saje je kannn.. ke dia dah aim lama yang cik bukak tenet macam macam. Bluwek ar ko BOSS. gila suruh keje 8 jam tanpa henti. kau nak suh pekerja ko mental cepat? ha!..
Memang la ofis ni bakal pengumpul orang orang mental.
Adeh!

Thursday, February 24, 2011
Mamat Mental Keluar Dengan Senyuman
Ini berita yang baru cik terima..
Mamat Mental masuk meeting room di evaluate. keluar je dari meeting senyum simpul..
Cik agak probation dia dah habis.
confirm...!
confirm dia menjadi permanent staff kat sini..
Nah,.,, jadilah ofis pengumpul staf staf mental di abad ini..
Cik tau kenapa company ni carik orang sebegini..
sebab, orang macam ni akan kekal lama dan tak akan carik keje lain... dah save masa company carik staf baru.. kannnn
owh, plis plis plis letakkan dia jauh jauh dari cik.
* Ini pulak gosip yang cik terima. tak tau kesahihan. akak yang dok sebelah dia tertengok dia bukak laman web ala ala Jobstreet.. tapi cap USA..hah ngko..USA! ... Kau ade nak aplai keje kat US?
ura ura bekerja di Amerika tu.. cik yang lagi terror cakap omputih pun takde keinginan nak keje kat Indon. Dia pulak lebih lebih..
Allu Mamat? ko nak keje apa kat sana?.. doktor saiketrik?!

Friday, February 11, 2011
Cara Cara Menggunakan Tandas (Pelajaran Budak Umur 3 Tahun)
Eh, Meh sini cik ajar cara cara gunakan tandas..
Dowh, malu weh.. atas bawah berbulu masih tak reti menghygienekan penggunaan toilet. Ofis cik ada 2 toilet. Toilet banyak pintu jamban. Dengan toilet Executive yang kecik. Cik suka masuk toilet Executive. Walaupun cik bukan berpangkat Exec.. feeling pun cukup ar.
Tapi tadi masuk masuk ada sisa kaler coklat kat mangkuk tandas. Weh, orang sebelum cik membuang camane ni...memang Cheese la...! Dulu cik masuk toilet banyak pintu. Sering kelihatan sisa kumbahan tak terhadam. Tu pasal cik beralih kat toilet exec. Sedikit hygiene. Tapi tadi....Euwww. Kadang tu ada darah. Ni sah flush terus blah. tak cek cek dah..
Orang kata nak tau tuan rumah tu pembersih ke tidak ce cek tandas rumah dia. Ha ni nak tukar sikit. Nak tau perempuan tu cantik ke tidak tengok cara dia guna toilet. Orang cantik macam mana pun kalau berak bersisa, akan nampak sangat buruk. Buruk perangai!
Cara cara menggunakan toilet yang betul, (aktiviti pelaburan)
1- Flush dulu, yea tau mangkuk jamban tu dah bersih tapi kau tau tak dia kering! lembabkan jamban tu supaya tak terlekat sisa di kemudian. PAHAM!
2- dah buang tu, seperti biasa basuh.. ikut dan camne la korang nak buat.
3- Flush, sambil2 nak zip seluar tu.. tunggu. tengok ada lagi tak sisa. kalau ada flush lagi sekali.
4- Makesure clean, baru keluar..
Adoi, itu pun nak ajar ke.. apa..kau ingat ini sisa makanan ke? nak tinggal dalam mangkuk
Baca LINK terdahulu ==> Terlalu-kreatif-sampai-hurmmm DAN Kesah-kedai-jamban-lagi
Ini kes lain, kau sanggup makan tak?
Lepas ni kau mesti terbayang makanan best dalam toilet bowl nanti...
Hahahahaha

Wednesday, February 9, 2011
Ofis Mental Suram
Banyak sebab kenapa ofis ni jadi suram;
PERTAMA
Cik tak larat nak happening happening lagi. Muak, jelak, bosan.. Bosan mengadap keje yang sama, dan situasi yang cik rasakan dah tiada cabaran hari hari tuk ditempuh. Arg, desperado nyieee carik keje lain. Nak jumpa keje baru lagi mencabar, orang ofis baru dan mungkin jodoh (:P) dan paling penting hari hari belajar benda baru. Tak sabarnya...
Jadi kat ofis ni cik suka diam dari bercakap. Selamat tinggal MULUT MURAI ku
KEDUA
Minah poyo nak berhenti dah. Aritu tanya cik camne nak print surat resign. Oh Nice.. kau nak berhenti dah yea. Nak sambung MASTER dah yea.. tapi bukan hari tu kata bulan 4 ke. ooo kau pun tak tahan ngan ofis mental ni ke? Okk, mungkin berita baik buat cik tapi berita buruk jugak. sebab lepas ni takde assistant tolong bukak kan pintu ofis. Tettt.. ouh, minah poyoku..jangan la kau pergi.. :D ok gimik je
KETIGA
Mamat mental tidak lagi melakukan aktiviti bergendang di petang hari. Boringnya cik tak dengar bunyi drum :( ..Sejak system elok bulan lepas. Dia semakin tekun buat keje. Kalau intai pc dia. Mana ada icon internet explorer kat tepi button START tu. Clean n Clear okk.. Buat keje tak mengular langsung bukak tenet.. Wow, bakal pekerja cemerlang tahun ni. Kalau dan la cik tengok.
KEEMPAT
Bila melihat Makcik Cina acum acum Terkena gencatan masa press button pintu.. Kau sorang je kot kena letrik, orang lain ok je cik tengok.. Muahahaha.. begitu suram ofis mental hari ini :)) :p

Subscribe to:
Posts (Atom)