Showing posts with label Kesah Rumah. Show all posts
Showing posts with label Kesah Rumah. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Lelaki Mati Hidup Semula


JOHANNESBURG, Afrika Selatan - Seorang lelaki mendapati dirinya berada di dalam peti sejuk sebuah rumah mayat apabila tersedar hampir sehari selepas keluarganya menyangka dia sudah meninggal dunia, kata seorang pegawai kesihatan.
Jurucakap jabatan kesihatan, Sizwe Kupelo kelmarin berkata, lelaki berkenaan tersedar pada tengah hari Ahad lepas, 21 jam selepas dia dibawa ke rumah mayat berkenaan selepas keluarganya menyangka dia sudah mati akibat serangan asma.
"Kakitangan kami memeriksa tubuh lelaki itu dan mendapati dia tiada nadi atau degupan jantung," kata pemilik rumah mayat itu, Ayanda Maqolo.
Namun, hampir sehari selepas pekerja rumah pengebumian itu memasukkan lelaki itu ke dalam peti sejuk mayat dan menguncinya, mereka terdengar seseorang menjerit meminta tolong.
Magolo yang ketakutan, bertindak menelefon polis. Mereka kemudian membuka peti sejuk mayat itu dan mendapati lelaki tersebut masih hidup.
"Lelaki itu kelihatan pucat dan bertanya bagaimana dia boleh berada di situ. Dia dihantar ke hospital untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan pulang," kata Magolo.

~ Gilak la. Kalau cik keje rumah mayat tu. Takdenye nak bukak tengok si mati. Si mayat tu mati kerana asthma? erk! apakah?..

sihir voodoo kot.. tu pasal hidup balik

ngeri!

Thursday, July 7, 2011

Gangguan Bunyi

Gangguan bunyi ini bermaksud bunyi yang kau dengar berulang kali sehingga tension.

1 - Ringtone ofismate cina yang dari cik masuk keje 3 tahun lepas sampai sekarang tak tukar tukar..
Lagu dia camni " I FEEL NUMB.....lalalala it Felt nothing. lalalalal ". ok bosan. Kenapa la kau tak Silent. tak pun kasi volume dia slow sikit kalau tau ramai nak kol kau time ofis hour..
Lagu ni ada dalam henfon sony ericson je. Huh, Band henfon cap ni. Sampaikan roomate cik pakai lagu ni cik cantas siap siap suh tukar ringtone lain. DONE (taknak nightmare office even dok rumah)

2 - Hon kereta kat parking rumah flat. Eh hello, kalau setiap malam alarm kereta kau tu berdering itu tandanya kereta alarm kau dah rosak. Tak reti reti pi hantar repair. Ouw, kau rela la orang flat sumpah seranah kau dari kau paham paham sendiri yang kau tu telah membuat pencemaran bunyi. Adeh!

3 - Panggil nama anak sampai Keliling flat boleh dengar. Ada budak ni nama Haikal. Duduk umah bawah sekali. Selalu dengar penjaga dia asyik terjerit nama dia. Cik assume budak ni tak makan saman. Nakal punya spesis nie. Ada satu hari tu, Budak ni main hon dalam kereta. Berulang ulang kali. Lepas tu atuk dia kejap kejap jerit "Haikal Haikal... Dah la tu".. jap jap kang dengar balik bunyi hon. pastu atuk dia jerit lagi. Ada la sampai sejam. Eh, atuk.. dah tau budak tu tak makan saman. Kau pi la ambik budak tu bawak masuk rumah then kunci kereta. Settle masalah. Dari kau terjerit sama naik dengan buyi hon tu. Baik kau jimat anak tekak panggil nama dia.

4 - Ini cannot help.. Bunyi kucing sedang mengawan.. Ah gilak. kang cik buat aduan kat DBKL bahagian musnahkan binatang kang... mengganggu tidur malam ku tahu...

Friday, March 18, 2011

BreakFastFood Jam7

Bersarapan pagi kat luar pada jam 7 pagi atau masih enak diulit mimpi? kau pilih...!

Untuk weekdays, mungkin boleh diusahakan. Memang bangun pagi nak pi keje kann.. tapi tuk weekend oh no.. kederat bangun tuk jogging. Yes, boleh amalkan. tapi tuk bangun gosok gigi semata satu hidangan set Mekdi.. Baik lupakan saja niat tu.

Pagi tadi buang tebiat satu rumah kuar awal semata nak rasa feel western food kat Mekdi. Konon!

Semata vaoucher free memiliki 2 set breakfast dengan hanya membeli hidangan RM5 ke atas.. eksaited gila masing masing nak sarapan.

Mari sama imagine yea.  2 hotcake (pancake atau melayunya lempeng yg boleh buat sendiri kat rumah) 1 keping daging berger, secawan air kopi,1 harsh brown (atau begedil) boleh dimiliki dengan harga RM9.70.. WTH! beli nasik lemak dapat 5 bungkus ko. ok, jangan kedekut disini.. cuma ingin kelogikan.

dan set free breakfast itu adalah begini rupanya


roti beger, telur hancur tasteles dan 1 daging beger (bawah telur)
not bad la sbb free

itu cik letak black paper satu guni tu. klu tak letak tak boleh telan woo.. bukan breakfast mencapai piawaian cik sebab no HOT!

Apa yang cik dapat simpulkan kat sini. Orang malaysia kaya kaya. Mekdi dibanjiri orang ramai semata inginkan BreakFast Food terkemuka. Beratur macam  time lunch ko tau. meja pun tak cukup. Can u imagine makan pagi je dah spent RM10..

Wow, Orang Malaysia terlebih mampu dan terlebih berat badan..

amazing!
tepuk tepuk bangga

Tuesday, January 4, 2011

Gaduh Besar Petanda Melangkah Satu Tangga Di Hadapan.. Ya Betul

Akhirnya, mereka bersatu..


Cik telah kehilangan seorang rumet yang banyak berkongsi susah senang bersama selama tiga tahun ini.. Azue..


Kau cantik.. sama padan..


Walau aku sedih hang bukan lagi rumet aku. Tapi aku redhoo hang pergi menapak selangkah lagi dalam kehidupan hang.. Tahniah Azue.. Sungguh gembira melihat hang atas pelamin setelah pelbagai cabaran sebelum nie. Hang tau tak aku yang berdebar debar menunggu ketibaan mempelai. haha



Wedding hang perfect segala segi..


Tahniah..

~ Budi hang tak terbalas dan akan melekat kat pala aku selagi aku tidak alzheimer..

Jangan putus kawan !

Friday, October 8, 2010

Esok Open House.. Jemput Datang

Esok 9hb kan.

Wohoho, esok hosmet Tan Tin Tun buat open house woo..

tau, esok dah habis Syawal. Tapi nak jamu kawan2 makan. tak salah kann

First time dalam hidup nih buat open house tanpa dikelola mak ayah.

Cane le jadiknya yea..

akan di update nanti

Tungguuu

~ Risau kot kot tetamu datang tuan rumah tak bangun tido lagi. kui

Tuesday, September 28, 2010

Baby Tua Baru Nak Kenal Dunia..pigi daa

Kat ofis panas hati, kat rumah panas hati. perasaan tension menyelinap seluruh badan. Kalau kat ofis ada MAKCIK CINA. kat rumah ada BABY TUA. Baby yang perasan comel lote konon.

Biar gelarkan dia sebagai minah. Baby macam geli pulak nak panggil. Minah ni budak praktikal dok menumpang. dek kerana kakaknya dok ngan cik jadi adiknya pun tumpang sekaki.

Mula mula macam ok. tidur kat bilik. Menganjak sebulan dah tidur depan tv pulak. tilam toto angkut skali depan tv. Tilam dan toto cik punya hokay. ok la fine. ko dok sementara. malas nak bawak barang sendiri. cik paham. Gunalah selagi ko nak guna.

Tidur bergelimpangan depan tv. kul 9mlm mula bentang. Dah la cik ni jenis baring tgk tv. ko nak amek space aku pulak. sekarang kena dok atas kerusi. Dok alim alim macam bertandang rumah orang. Pastu kalau tengok tv sampai lewat malam, dia dok pusing kiri kanan kononnya macam takleh tido. Nak sound aku le tu  tutup tutup la tv tu. Ah, gasak ar Tv aku.

Paling hangin bila susah nak workout ngan Jill pasal ruang tamu dah jadi bilik dia. Sape tak hangin weh, tak malam lagi dah bentang nak tidur. pagi kul 6 belum tentu dia bangun lagi. Waktu membakar lemak dengan selesa hampeh lah. sekarang cik workout dalam bilik. Bilik sekangkang kera je pun. tak selesa la. DVD player kat luar. Bila tanya nape tak tido dalam. katanya 'bilik bahang la kak'. Banyak cekadak ko kann. Dok free nak komplen lebih. Pi lepak beranda nak sangat sejuk.

Ni minggu lepas ari sabtu ajak teman pi klinik gigi. Giginya patah separuh. See, macam baby kan minah nih. Ok la, ko pun bukan tau jalan. Meh cik tunjukkan lagipun kakak dia takde. Dah balik teman dia tu sempat cik masakkan bubur tuk dia. Dr kata makan benda lembut je. see, cik baik hati jaga adik orang. Lepas tu cik kuar ngan kawan. Balik lewat. Sampai je rumah tak sempat lepas lelah dia ngekor dari belakang. kata gigi yang doktor tampal tu tercabut. Dok nganga mulut luas luas depan cik. Loh, ko ingat aku ni assistant dentist ke. Macam le aku tau mana satu gigi ko berlubang. Geli hokay. Dah le time tu cik nak tukar baju. tak reti reti nak kuar bilik. huh angin sungguh lah.

Nak pakai baju apa pun tanya orang. Bergayut tepon cakap kuat kuat nak bagi satu rumah hangin. Nak kuar dating pun mintak nasihat orang. Poyo ar ko. Pikir sendiri lah. benda simple camne nak hidup pun ko tak reti ke? pening la orang berperangai baby gini. Bila sembang pasal dia ngan Rumet, dia gelak gelak je. katanya, 'budak baru nak kenal dunia tu. biarkan je la'. Memang le, ko selalu takde kat rumah. ko taktau aku yg hari hari ngadap muka dia ni.

Ish, tak sabar tunggu dia habis praktikal. Lepas tu syuh syuh. Tak sabar nak rasa dunia ni aman.

End

Wednesday, September 22, 2010

Tan Tin Tun Tu dari Komik Kan?

Cik tinggal bersama 4 orang berpewatakan berbeza. Dalam 5 orang ni. sorang ahli lama (rumet cik yg cik angkut dari rumah lama kami) dan 3 ahli baru. Dalam 5 orang ni jugak. 3 orang adalah ofismet cik. 2 lagi keje diluar bidang kuasa cik. Perasaan duk satu rumah ngan ofismet adalah Bowwringggg.

Adegan semalam, kat ofis

"Hah, Dora nak wat open House. yang Tan Tin Tun ni bila nak wat open house?" - kakak cantek

"Sape Tan Tin Tun?" - cik. Blur kannn

" korang lah." - Kakak cantek

Lor, belakang kami dia gelar Tan Tin Tun rupanya. Agak tak sedap bunyiknya. adakah kerana kami bertiga anak dara sunti. kalau gitu cik nak amek 'Tun'. sebab,

Tun cikxxx. agak sedap. seperti Tun Mahathir.


Seee.. ada Tun

Tun. perkataan last. Seperti adik bongsu dan cute dalam rumah. Walaupun...

Tan. JanTan Bunyiknya. Tin. Tin Coke kahh.. tak sedap

Apa apa pun, cik tak perkenankan Tan Tin Tun digunapakai. Bengong ar. kami bukan ber3 hokay. ada 2 lagi mahkluk tinggal kat rumah tu. Jadi kami

Tan Ten Tin Ton Tun



Wednesday, September 8, 2010

Umpama Kain Buruk Tak Diterima ...sobsob :-(

Mesej jam 930 pagi tadi,

Xxx, baju putih kain burok dok atas penyidai bulat kat ruang tamu pulak. Nak aku boh hanger ka? hahahaha - Rumet cik

Adakah rumah tak terima donation yang aku buat? - Cik

Hahaha. xpe la aku tulis 'KAIN BURUK' pahtu sangkut bawah sinki tu. - Rumet cik

Semalam kemas kain baju dalam almari. Mana baju taknak pakai nak campak masuk tong. Ada satu Tshirt putih cik donate kat dapur tuk buat kain buruk. Cik letak kat atas meja tepi microwave.

Sahur pagi tadi, tengok kain buruk tu dok atas iron board. Sudah sahur kain buruk tu dok atas katil kat bilik pulak. Cik letak balik atas meja kat dapur. Jam 930 terima mesej dari rumet yang kain tu dok atas penyidai bulat pulak.

Suddahh!! Kes kain berjalan sendirikk. Harus tepon wartawan Kosmo nih

* Weh hosmets! Tshirt tu dah ditabalkan sebagai kain buruk le. Jangan musnahkan niat suci murni aku tuk menderma di hari raya ini. Murni hatiku bak Tshirt putih kain buruk itewww..

~ Karam Singh Walia, ko boleh guna peribahasa cik

'UMPAMA KAIN BURUK TAK DITERIMA LAGI'

muahahaha