Showing posts with label C to the I to the N to the T to the A. Show all posts
Showing posts with label C to the I to the N to the T to the A. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

CINTA vs SUKA


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

:D

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

:D

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

'<

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

;)

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

:)

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

'<

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

:)

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.


Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama
kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata.
Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini
dalam hidup mereka.

~ Dicilok dari email zaman jepun tonggek.. tak tahu la betul ke tidak quote ni tapi to those yang mengalaminya..tahniah lah... pada cik CINTA and SUKA adalah subjektif.. setiap orang lain penilaiannya..

So chill!

Wednesday, June 8, 2011

How Life Kau Lepas Kerja


Sejak dua menjak ni, balik kerja je terus lepak depan tv. Sampai rasa tvholic pulak sekarang nie. isk, itu tandanya cik kurang aktiviti. Risau betul kalau oneday jadi kaki tv.. serius babe... takmo ar anti sosial.. :(

Kalau dulu banyak inviting kawan ajak cik keluar. tapi sekarang ni.. haih, sepi je.. Mana korang wei.. ouw, lupa ramai dah kawin.. Ini nota serius babe. Once kawan kau dah kawin. Kau akan rasa kehilangan sorang demi sorang kawan kau. Walaupun korang boleh je kuar lepak lepak tapi keadaan akan berubah.. Sekarang dia akan angkut sekali laki masing masing. kalau single kau angkut apa...Angkut la bakul sendiri! Nak sembang pun topik terbatas. takleh topik lucah sangat. Kang ada yang sangap. Eh?

Sabtu Ahad pulak cik akan menggigil keGianan kalau takde aktiviti. Serius babe. Panas bontot ni dok rumah. Cik bukan lah kaki dok rumah. Cik kaki jalan.. Kalau bengong sangat dok rumah. Cik akan tawaf Jusco 3 kali sehari. Pagi, petang, malam complete full set.. Kau ada nak window shopping banyak banyak kali? Gila la kau sorang sorang layan jusco.. kalau muka cik ni ada sticker. Confirm orang cop cik staff jusco..huhu

Kalau cekai boring tahap bengong pun, cik akan pi umah kawan kat bukit jalil. Layan swimming pool.. mengadap la muka kawan tu sampai penghujung ahad. Tapi cik suka selagi happy..

Sekarang ni kalau stranger nak kenal cik taktau kenapa akan fikir negative dulu. CONTOH... motip dia berkawan sebab dia nak jual insurance.. takpun promote join MLM.. takpun still cik akan carik sampai lubang cacing  'apakah motip kau nak berkawan dengan aku?'..gila tak gila kepala negative cik sekarang nie. Kalau orang tu kata im self employed lagi la cik berjaga jaga.. erk, ni takleh wat kawan ni... tak bley tak bley.... Band MLM siap siap.

Lepas tu kalau ada orang datang dekat nak kenal lebih rapat. Ouw ini lagi bahaya. Cik akan fikir.. Erk, kau ni ada bini ke belum? ke kawin PJJ? ke... gersang nak carik kekasih gelap... Then tengah tengah siasat tu, cik akan TAK berperasaan bila dengan dia. Kalau suka cik akan cakap suka dari awal. Kalau tak suka.. Cik tak akan bagi harapan pape. Treat aku sebagai kawan. jangan layan lebih lebih plis...

Kalau mesej pun.. kau akan boring mesej dengan cik. sebab kau akan terima lambat gile reply mesej dari cik. Cik tak suka mesej, Cik suka bercakap.. jari jari cik nak simpan tuk sarung cincin nanti. Eh!. Lagipun cik lebih suka lelaki pakai suara, bukan hanya pandai mengarang ayat. Time ni lah nak uji perangai dia camne. kau tak kedekut nak invest sedikit duit, masa dan suara berborak dengan cik..... kau boleh go on further. heheh

Harap dengan terkarangnya entry ni, setiap hari weekdays cik tidak lagi anti sosial.. :( dan harapan hujung minggu cik pack dengan jadual sosial sosial yang berfaedah.. Dan Kepada sesiapa nak kenal cik bersedialah dengan bill telefon bakal di bar.. tapi tapi tapi demand cik tak tinggi kan kan kannn..

hehehe ~ Jangan fikir orang gemuk kena terima je yang lalu depan mata. Kita juga ada hak untuk memilih babe! :) cheers happy life!





Monday, March 7, 2011

Apa Korang Jawab Kalau Orang Cakap Kau M.A.T.U.R.E.D

Sabtu lepas beronggeng kat kenduri belah perempuan kat area Cheras. Tengah tengah gosip ngan famili tu. Lalu sorang pakwe dan cik rasakan kenal yang amat muka dia. Member sekolah cik dulu. Wow, makin smart woo..Lahiriah Cik yang pemalu. Memang takkan tegur orang dulu. Bagi hint hint suruh dia nampak cik. Yeah, berhasil. Dia datang kat meja. Sembang lebih kurang. Agaknya malu kot mak ayah cik yang tengok dia tak berkelip. Dia balik semula kat meja ngan kawan kawan dia.

Pastu Dia text cik, Auw..

'hehe, tak sangka jmp xxx kat cni. xxx nmpk len..hehe' - Dia

'Lain, da makin bergaya' - Dia lagi

'blh ke nnt kite minum2..no prblem.. hehe,mane ad ansem. bese je. xxx tu mmg matured giler da. hehe. da makin mnawan.hehe' - Dia lagi

'Matured la. bukan tua. hehe.kawen? tgu xxx dl la..hehek' -Dia lagi..

Matured di sini mungkin pujian dan mungkin perlian. Nak tunjuk yang cik semakin T.U.A. Atau memang membawa maksud yang cik semakin berG.A.Y.A. Well, think logic la. umur 17 dengan umur 26. banyak beza weh. Even lelaki pun nampak pendek dah nampak tinggi sekarang. Same goes to perempuan. Dah pandai mekap sikit sikit. apa kau mau tengok cik tak makan dek zaman?..Sunburn-bulat-tembam-berlengas sentiasa? Heh,

Tapi serius, pakwe ni makin smart bergaya. Dulu dalam kelas memang kamcing la. Cik mana ramai kawan perempuan pun. cik Tak suke renyahkan kepala otak dengan berkawan set set gosip girl. Buget dapat pakwe hensem pastu gila glamer. Owh, bukan pilihan hidup yang cik cari. Kawan ngan geng lelaki yang mulut boleh tahan tapi confirm tak ngutuk belakang.

yang bestnya,.dia tak lupa nama panggilan kami masa sekolah dulu. Panggil nama manja kat rumah k. Cik panggil dia wan. Then dia panggil cik, XXX (bahye show of kat sini) ..haha, dulu pernah lelaki tegur. Korang bercinta ke. Manjanya panggil nama.. ngek ar..hehe, but i like

tak terserempak kat kampung, kat KL lak boleh terjumpa. Adakah ini jodoh? adakah!...Tengah siasat adakah dia belum berpunya.

hikhik, gatai..

lalala, dia ajak minum.. lalalala.. eh tak, belum lagi.. ala, wan.. cepat la text me balik..

Muehehe!








Friday, December 17, 2010

Boyfriend Tak Boleh Pakai.. Lelaki Watch Out Jumpa Cik

Mood Hangin...

Ni kisah Pak Guard bekas ex boyfriend cik.. Bekas ke? k la, kategori stok geli geli je kot. dia bukan security. Nama tu sempena kononnya dia boleh jaga cik. tapi ko nak imagine dia pakguard jugak. silakan.

Mesej 2 hari lepas di malam hari

Sombong btl la skrg pe kes

Setelah kol dan mesej tak dibalas sejak pagi. Weh, kau tau tak aku tengah keje.. ape kejadahnya campurkan hal ofis ngan peribadi..

Stil tak balas. Dan selang beberapa minit. Dia kol.

PungPangPungPang 5 minit dia cakap, cik diam. Still taknak letak tepon.

Pastu cik letak kol. Dia kol balik. cik ni jenis tak sampai hati tengok hp berdering. sayang kat bateri fon. angkat jugak la kol dia.

PungPangPungPang lagi.

Dey!
ko tak reti bahasa ea. Perempuan kalau dah bagi pelempang kat ko tu tandanya ko tak hormat dia sebagai perempuan, Tahu!

Tahu pulak carik aku balik. ko dah takde perempuan lain ke nak rosakkan.. cet, tak berlaki pun takpe la kalau perangai sejibik macam ko...

Tak sedih, cuma terkilan jumpa lelaki tak respect perempuan macam nie.

Cara layan lelaki macam ni. Jangan maki hamun dia. kite treat baek punya. cuma layan cara halus. kang di mandrem nya ko tak pasal2 pulak.

walau pun cik ni nampak desperado tapi takle rembat sume laki yang datang. perempuan perlu ada maruah yang mahal tahu. Biar yang berkualiti je dekat kat kite. Baru value couple tu up sikit. Entri ni nak bagi peringatan kat korang sebab korang kawan cik. memang nak bukak pekung di dada. Alhamdulillah cik jumpa ramai insan yang salah supaya cik akan menghargai 'insan yang betul' dalam hidup cik satu hari nanti.

~Jangan innocent sangat zaman ni. buat buat innocent takpe. tapi kita tau apa nak buat. sebab dunia ni banyak insan topengkan setan. Jangan ko terperangkap jadi setan jugak dah la..

Thursday, November 18, 2010

Ko Klu Tak Suke Org Tu Plis La End-Up Cara Baik

Hati manusia sukar diramal. Benar kann. Cinta tu pelik sangat. Kalau dah suka sangat kat orang tu.. Berbulan bulan angau kat dia. Tah apa suka tah pun taktau. nak kata hensem...nope. nak kata bergaya..jauh panggang dari api. nak kata kaya.. lagi lah tak. Nape boleh tersangkut ngan dia pun tak tau lar. Insan yang dikategori tak punya apa apa. haih, hati... hati.... (bukan kesah cik)

Tapi bila dah tak suka tu.. macam macam benda jadi benci. dulu suka bau dia, sekarang nyampah. dulu suka pandang muka dia, sekarang jeling pun tak sudi. Dulu suka angkat fon dia. Sekarang terus off fon. Ha ngko. penangan benci sudah mari. Tapi hati.. tak boleh menipu. benci macam mana pun kita rasa. Tu semua ego je. sayang tu tetap ada. Betul tak cakap cik! (bukan kesah cik jugak)

kepada perempuan perempuan di luar sana. ni nasihat cik. kalau korang tak suke kan seseorang. atau lelaki tu suka korang tapi korang tak suke dia. plis cakap baik baik ngan dia. slow talk omputeh kata. sebab, perempuan ni kalau buat taik. buruk betul rupanya. serius!

Tak perlu hamburkan perkataan menyakitkan jiwa dia. tak perlu merendahkan martabat lelaki. sebab lelaki ni lain matam sikit. sekali ego dia tercalar. macam macam dia boleh buat kat ko. kalau tak kenapa ada masuk sohkabar cite bf jirus asid kat muka gf. bf bakar gf.. dan sebagainya. itu gara gara cinta lah tu. lagi perit ada bomoh bomohkan. hantar santau la, hantar setan lar. ha takpun dia terus rogol ko. mau?!

Orang perempuan ni terkenal ngan sifat lemah lembut nya. kalau ko toleransi sikit. pasti lelaki tu paham. Dan plis la, kalau ko kategori perempuan cantik. Jangan main hati dan perasaan lelaki. tak kemana deh. plis jangan bagi orang label ko playgirl.

Wahai perempuan, jagalah maruah mu...

~Nasihat tak seberapa dari cik.










Friday, October 15, 2010

Kimia aka Chemistry

Lagu Melda Ahmad ni buat cik tersenyum lahh

KIMIA

aku mula jatuh hati kepadamu


setelah kau kata cinta padaku

masing-masing dulu punya pasangan

akhirnya kita bersama

pertama kali kita bersua bertentang mata

terasa ada kimia di antara kita



kau kucup pipiku

kau bisikan cintamu

kau kata baby I love you

kau cairkan hati ku



bahagia,

kurasa,

disaat kita berdua bersama

memandang bulan terang

menyaksi bintang-bintang

kau seru akulah pelangi cintamu



kau kucup pipiku

kau bisikan cintamu

kau kata baby I love you

kau cairkan hati ku



bahagia,

kurasa,

disaat kita berdua bersama

memandang bulan terang

menyaksi bintang-bintang

kau seru akulah pelangi cintamu
 
~ nak dengar pi carik kat 4shared naa...

Thursday, October 14, 2010

Gila Ah Panahan Nih

Tak pernah pernah dalam hidup cik ada penyakit nih..

INSOMNIA..

Serius tak lena tidur sejak Rabu minggu lepas sampai malam tadi.

Sampai rasa macam nak beli ubat tidur kat farmasi.

Dan hidup selama seminggu ni agak porak peranda.

Perasaan campur baur

Harap2 minggu depan kembali seperti biasa


Tuesday, October 12, 2010

Cinta Angau Rindu

Macam ni ke rasa CINTA...ANGAU...RINDU...

Adeh terseksa batin.

Rasanya betul dah kot pilihan ni. Tapi yang mengerikan tu tak sempat nak pikir. semua berlaku sekelip mata. jumpa, kenal, bercinta, then seterusnya....hehehehehe

agak terharu bila ini betul2 two-way-loving. Bestnye rasa..

Moga2 betullah dia orang nya yang cik tunggu tunggu..

~ Doakan yang terbaik tuk cik yea kawan kawan

Monday, October 11, 2010

Opss Perasaan

Cik mula percaya pada pepatah

MAKAN TAK KENYANG MANDI TAK BASAH TIDUR TAK LENA

tettttt