Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Friday, February 24, 2012
jiwang jiwang tak main ah.. Tangkap lentok je terus
kalau bangsa kedekut tu kedekut jugak. sori la korang. bukan cik malas nak update. tapi jenis malas nak taip guna fon. tak feel ah. nak beli ipad2 atau laptop jauh sekali ah. baik simpan duit wat harta karun. lagi cerah masa depan kannn. walaupun sorang dua kata miss kat cik. time kasih tapi tak payah le. baik korang miss insan tersayang. cik ni insan yang memungkiri janji. lama gila tak update. bf cik kata. jangan keluar ofs. klu tidak gaji hujung bulan dia potong. ececeh.busy ah sekarang. takdenye bf. tu ha. keje je manjang. sikit lagi boleh dah beli pavilion. tengok kaya tak kaya cik sekarang. kau ada?.. jadi ceo pun belum tentu kaya mcm ni tauuuu. cik nampak ramai kawan2 blog yang dah beranak pinak. congrats. korang dah meramaikan umat islam. alhamdulillah..cik belum bersedia meramaikan umat. nanti nanti kalau green lite cik cite yea. skrg traffic lite pun belum jumpa. ouw, nak bagitau. berat cik naik 5kilo. sila gelak puas2. sebab, keje cik memerlukan pembesaran bontot. pembakaran lemak tidak digalakkan kat ofs itu. kau yang sedang diet jangan begitu hampa yea. cik dah tarik diri dari pertandingan. nahhh, amek la marie france bodyline korang. cik tak hadap. oK LAH NAK TIDO DAH. APEHAL LAK TULISAN NI BESAR.ADEH..TERUK AH COKIA NI. TAK MESRA ALAM PENGGUNA BETUL. BENCI BENCI.. DAH AH XTAU CELAH MANA WAT PERENGGAN.. HAISHH!.. OK LA.. BABAI KORANG. MISS XXX A.K.A CIKXXX
Sunday, January 1, 2012
apa itu tahun baru
siapa yang sambut tahun baru? angkat tangan... soalannya sekarang. korang paham ke erti tahun baru tu? pada cik tahun baru hanya tukar kalendar baru. yang lain masih sama kalau dalam diri and hati tu maintain dan tak berusaha untuk berubah. thats it. ok lah u all... kosong kosong ea? babai
Monday, November 7, 2011
Hai kawan kawan
Holla
eh, camne ek nak bagitau kat orang tu yang mulut dia berbau. Tuan mulut busuk ni tak tau ea dia ada nafas berbau?.. aish, kang beli listerine satu botol kang kata menghina pulak.asal nak cakap nak dekat2.. tengah kumpul strategi nak bagitau dia yang mulut dia busuk.. bley?
eh, lupa nak tanye. korang sihat ke?..
cik sihat alhamdulillah. cumanya sekarang hidup cik upside down sikit.bukan sikit la.. mungkin 180 darjah kot. tapi cik ok. cumanya. kawan sembang cik besenya hati cik je la. ko nak mengamuk ke ngutuk orang ke.. sorang2.bley?
ouw, nak bagitau. cik kat kampung. tunggu orang bagi daging sembelih je. nama nak beraya memang tak le. ada ke raya haji orang pi beraya weh? seumur hidup cik. raya haji orang sibuk dok sembelih lembu. keje cik kemas uma macam nak sambut raya puasa. cumanya, pagi raya pakai baju kurung. mekap cantik cantik. makan. dok depan tv. tido.. nah.... itu la rutin raya.. bley?
Apa jadi kat dunia maya weh..? still rancak macam dulu dulu ke? selain dengar good news orang buat anak, tambah anak, dapat anak, kenduri kawen, cite pasal laki.. ada tak gudnews baru yang cik taktau. Alahai, pe benda je cik terlepas. bese la.. orang dok hutan konkrit tapi tak bukak tenet gini la. serasa ketinggalan zaman lak. Jangankan cite artis, cite kawan kawan pun cik ketinggalan zaman. cite la korang pe news hot skrg?
eh, abby abadi ngan zul muka mamat melayu tu dah break up ek? alololo.. bagus lah.. ada can cik nak ngurat hero hensem tu.. eh? korang tak baca gosip minggu lepas ke? muehehehe.. (ke cite tu dah lapok)
Perkembangan terbaru cik. keje separuh nyawa. keje keje dan keje. lepas ni kalau tak kawin kawin jugak cik. boleh ah post moterm penyebabnya kerja meragut kebahagian. bley?
Serius babe, cik sekarang ni tak ingat hidup. keje cik segala galanya sekarang. tapi elok ah. tak de la cik mengangkang je pikir nasib tak sudah sudah. Bagus takde masa nak pikir tu semua. Ni pun ada masa update sebab cik balik kampung cuti 3 hari raya. pinjam netbook adik. nama cik nak beli laptop sendiri memang tak ah. tunggu la harga laptop cecah 500 nanti. baru rasa nak beli kot. kedekut tak? heh
eh, ok lah. xtau nak update apa since skill cik menulis pun dah tumpul. Rasa macam pelik pulak taip kat sini memandangkan cik rasa takde sape nak baca dah.
K la, take care jaga diri. kalau terserempak cik kat luar tu. say hi hi la ea. boleh kita borak sakan.. babai beybeh.. ingatlah daku dalam blog mu..
,muawh!

Wednesday, July 13, 2011
Perkataan
Ya Allah, kau tahankan lah hati ku dari menyebut perkataan perkataan yang tak sepatutnya..Aminnnnn
Tuesday, July 12, 2011
Sila Kental
Cik kan. Dah sampai muntah darah keja kat sini. Mood asyik ke laut je. Nak nak lagi tak de perubahan pun dok sini lama lama. Apa yang cik dapat? zero.. keja tanpa keihklasan..
Ya Allah, please please please kentalkan kesabaran ku. Jangan lah bagi aku pikir nak balik kampung tanam jagung. Walaupun hatiku telah tertinggal lama kat Pekan nun.
Masalah diri yang tak pernah setel... = Tiada Perubahan dalam hidup... :(
Wednesday, June 22, 2011
Hello Si Stalker..
I know u just a normal person. Nak usha blog orang tapi dok diam. Dalam hati teringin nak nasihat macam macam. Pastu komen tapi letak anony..,
Apesal? kau takut dengan bayang bayang sendiri ke.. Komen buruk takut, kang kena sembur balik. ea?
U better look your own life before leave a comment. Sebab life kau tu pun kadang lebih kurang sama je dengan cik.
If life cik ni kau banyak nak komplen, kau komplen dulu diri kau. Pastu kalau rasa kau betul baru komplen jugak pasal diri cik.
Sebab in the end of the day. Cik akan baca komen kau. yang baik cik amek, yang berbaur jelesy cik letak tepi.
DONE

Tuesday, June 21, 2011
Mari Ubah Persepsi Tentang Asthma
Anda ada asthma? adakah asma anda
1 - Light light je
2 - Standard
3 - Heavily till feel half death
Orang kat luar sana mesti pandang remeh tentang asma. Sebab bila tengok cerita kat tv. kalau seseorang tu keluarkan sedut pam (INHALER) confirm penonton akan gelak sakai. Lawak ke penyakit asthma nie. LAWAK? LAWAK? LAWAK? tanya la diri sendiri
Pada cik yang bawak asma sepanjang hayat (MUNGKIN). Ini tidak lawak.
Orang yang pikir lawak tu adalah orang yang tak rasa macam mana rongga pernafasan kau tersumbat. Yang tak pernah pikir macamana jadi ikan ditarik ke darat dan cuba untuk bernafas.
Yang tak pernah pikir pun yang kau akan mati sebab tak cukup oksigen untuk bernafas.
Liang pernafasan menguncup time attack
Asthma dirasakan tidak serius sebab ia ada ubat. sebab ia hanyalah masalah pernafasan dan ubatnya adalah oksigen. Dan tak mungkin oksigen kat bumi ni habis. Dan asthma itu sendiri orang tak panggil sebagai barah/kanser. Walau pun ada kes orang mati sebab asthma.
Apa yang cik lalui sepanjang hayat. Cik belum boleh berbangga bila berdepan dengan asthma. Apa yang cik rasa, pikir dan hadapi tentang asthma. Orang lain takkan paham. Tapi cik rasa, ayah cik saaangat memahami. Sebab bila cik semput, cik dapat rasa dia turut sama semput (RISAU) tengok cik separuh mati. Dialah insan paling memahami cik bila bercakap tentang asthma. Adakah lelaki yang sanggup jaga cik ambil alih tugas ayah cik. Mari sini datang isi borang.
Bukan saja hutang budi tapi jugak HUTANG NYAWA
camne nak balas ni ayah
SELAMAT HARI AYAH
Umor 2 tahun sampai 9 tahun
~ Semput akan datang time 2 3 pagi.. ayah akan jadi ambulan on call. kadang kadang tu satu pagi sampai 2 kali pi hospital semata mata bagi anak dia amik nyawa (Sedut gas)
9 tahun sampai sekarang
~ Berjinak jinak guna inhaler.. pelbagai bentuk, rupa dan function.. Sampai sekarang jadi hamba ubat..
~ Start umur 9 tahun.. badan dari cekeding membesar bagai johan (effect steroid)
~ Keluar masuk hospital, itu biasa
15 tahun sampai 17 Tahun
~ Bila nak exam besar je, harus masuk hospital (wad biasa)
~ Exam atas katil hospital, bayangkan nak conquer nafas dan brain nak jawab soklan peksa.. feuh, letih
18 tahun 23 tahun
~ Asthma paling menggila dalam hidup cik
~ Sampai terpaksa beli mesin nebulizer letak kat dorm (hospital bergerak)
~ Pernah koma, ICU, Intubate (bantuan pernafasan) -tak pernah kira tapi lebih 10 kali (Nyawa hujung tanduk) orang bacakan yasin pun pernah.
~ Pengsan muka biru banyak kali
~ Lagi gila time minggu exam (STRESS)
~ Alhamdulillah habis jugak belajar walau pun result cukup makan
24 tahun sampai sekarang
~ Belajar manage asthma sendiri tanpa bantuan sesiapa
~ 2 tahun lalu alhamdulillah tidak lagi masuk ward (good achievement)
~ But still tiap bulan amek stock inhaler kat hospital
~ Still main cucuk cucuk kat tangan
Cik anak yang degil. Kalau itu impian, cik akan dapatkan jugak. Macam cik nak berdikari kerja jauh dari keluarga. Kalau dulu ayah paksa cik study dekat dengan rumah. Yes, cik ikutkan. Tapi lepas study. Maaf, Cik nak cuba hidup sebagai manusia normal. Susah senang tanggung sendiri. Ayah kat kampung nauzubillah risaukan kesihatan cik. Pahit maung dok kat KL ni dengan asthma kronik sangat la azab. Tapi cik redha dan tempuh jugak walau pahit. Belajar bergantung dengan diri sendiri.
Cik start sembunyikan masalah kesihatan dari kenalan. Yang betul betul rapat je tau. Sebab mengikut pengalaman. Orang risau nak berkawan kalau tau cerita sebenar. Dan cik tak suka orang berkawan sebab simpati. Biar orang nak berkawan sebab diri cik, bukan asthma cik.
Apa kau rasa bila kaum kenalan kau mencop kau sebagai Orang Kurang Upaya. Segala aktiviti dianggap kau-takkan-boleh-buat-punya. Pernah sorang makcik nie dengan lantang nya cakap ' E eh, habis belajar rupanya. Ingatkan separuh jalan. Amek sijil ke dik?'.. apa muka aku ni boleh sampai amek SIJIL je ke? Degree la makcik... Pastu bila kau panjat pentas amek Scroll konvo. Lecturer lecturer kau bercakap sesama sendiri dengan berkata ' Ini la budak yang semput masuk ICU tu'.. Macam kan dahi ni ada cop 'SEMPUT'. ok, kau tak hadapi. Dan bila kau bercadang pi holiday, kawan kawan kau takut nak bawak kau sekali. SEDIH tahu.. Kau umpama bebanan orang lain.
Banyak kerja cik reject bila ditawarkan, sebab bila interview tu tengok environment keje dia menSTRESSkan, nope cik tak sanggup. Orang takkan paham kenapa cik tolak peluang sebab orang tak rasa Asthma menggila disebabkan stress. Haih, susah nak explain.
Diet and workout tak konsisten sebab nak balancekan asthma dan situasi. Tak dapat push diri macam orang sihat. Dan result dia pun macam Yoyo.. Sangat jeles bila orang sihat jalani diet. Result mantap badan cepat slim..ok jeles jeles. Bila orang jogging layan lagu.. Cik jogging layan breathing.. sebab kalau lain rentak heartbeat boleh dapat asthma attack.
Sentiasa pantau cuaca. Ok ini kelakar. Cuaca sejuk cik derita. Cuaca panas cik gembira..
Apa kau rasa kalau tiap kali holiday ada 2 tempat kau menginap? Hotel and hospital. Frustrated tahu. Benda buruk ni selalunya tak berbau. Bila cuti kat johor dapat rasa sekali fasiliti hospital Johor. Balik Kampung Melaka, dapat rasa belaian nurse kat ICU melaka. Ada sekali tu, cik holiday seminggu kat Jakarta. 2 hari jalan, 5 hari lepak kat ward. Ok, jakarta sangat debu. kalah KL. Balik pekan pun camtu jugak. Cuti seminggu mesti ada hari yang pi hospital. Pekan ada kilang kayu.. HABUK!
Siapa yang mintak kann.. Cik pun tak suka menyusahkan diri inikan pulak nak menyusahkan orang lain. Sangat sangat blame myself.. Tapi sebab asthma ni jugak cik menjadi orang yang kental. Berusaha menjalani hidup normal macam orang lain. Walau masalah lain datang cik akan usaha tangani sebab Asthma paling mengganggu dalam hidup cik. Kau takkan paham apa yang cik rasa walau pun explain berjela jela. Sebab dalam kepala kau ASTHMA itu BIASA.. Tapi dalam kepala Cik ASTHMA itu boleh bawak MAUT..
Kalau diberi pilihan apakah penyebab MATI?.. cik akan ban ~sebab kematian :ASTHMA~.. please
Thursday, June 16, 2011
Dapat Berita Kecewa
isk, sedih pulak hati ni
Rasa tergugat pun ada jugak
cik yang yoyo o carik keje lain
Orang lain yang nak blah dulu (ok, ini konsep rezeki masing masing)
Ini tak boleh jadi.. harus tingkatkan pencarian kerja
~ tengah kecewa gini nape perut lapar... nafsu nafsu... tapi kalau dapat aiskrim sedap nie lepas geram.. eh jangan jangan... kepala sila ikut arahan.. jangan ikut nafsu nafsu last last sendiri gak kecewa..
Doakan cik kuat menempuh kesedihan ini..

Masalah SAIZ
O.M.G ...O.M.G...
Ini ini problem besar..
Pada pendapat korang..
dalam masa 2 minggu start hari ini..
boleh kah kecikkan saiz badan??? (tak kesah berat turun ke tak tapi nak nampak fit)
Problem besar adalah, kawan cik tempah baju tuk committe. The problem is baju yang nak di beli tu hanya ada saiz sampai XL je..
Dalam kepala tengah fikir adakah XL itu BESAR ini..atau BESARRRRRR ini..
Ahhhhhhhh, tengok dalam almari tshirt bodo cik sume saiz XXXL..
Adakah...?
It was a nightmare kalau kena sarung jugak tapi badan macam balut nangka..
SEDANG BERMIMPI NGERI...
~ to think solution rite now i have to think positively

Monday, June 13, 2011
I sound stupid when i speaking
Baru tadi cik sedar yang english cik bila speaking lintang pukang habis grammar. Sampai stranger tu cakap 'please go to class learn english'....
ouh, satu tamparan wanita disitu..
sebenarnye, cik tak boleh gugup. Kalau gugup habis idea and otak pegi lain.. lidah jugak kebas time nie.
Balik balik ofis, dapat email dari bos kl... ajar when to use is, are, and give a perfect AYAT to describe the company. ' ok, ini cik memang malas buat panjang panjang. sebab tu banyak je short form.. gila punya pasal nak kejar dateline. lagipun cik tulis camtu pun orang faham wat (mode malas)
Bila dapat semua problem tentang bahasa omputih ni. I should talk english frequently for now. Kalau menulis pandai for sure speaking pun kena gaya LONDON BriGDE sikit kann. Bajet bajet paris hilton ke...
Punya lah nak develop my english.. masuk teksi tadi cakap ngan driver tu gaya gaya orang pangkat MANAGER .. " Ampang Park Please.. hurry eh hurry.. im in the middle of something"
Tak tau la abg india tu paham ke tak..? Ah gasak... orang bajet bajet hot memang cenggini.. konon orang yang keje gaji 5 angka la.. Padahal whatthehell... tak mampu pakai kereta pung.....
:p
Wednesday, June 8, 2011
How Life Kau Lepas Kerja
Sejak dua menjak ni, balik kerja je terus lepak depan tv. Sampai rasa tvholic pulak sekarang nie. isk, itu tandanya cik kurang aktiviti. Risau betul kalau oneday jadi kaki tv.. serius babe... takmo ar anti sosial.. :(
Kalau dulu banyak inviting kawan ajak cik keluar. tapi sekarang ni.. haih, sepi je.. Mana korang wei.. ouw, lupa ramai dah kawin.. Ini nota serius babe. Once kawan kau dah kawin. Kau akan rasa kehilangan sorang demi sorang kawan kau. Walaupun korang boleh je kuar lepak lepak tapi keadaan akan berubah.. Sekarang dia akan angkut sekali laki masing masing. kalau single kau angkut apa...Angkut la bakul sendiri! Nak sembang pun topik terbatas. takleh topik lucah sangat. Kang ada yang sangap. Eh?
Sabtu Ahad pulak cik akan menggigil keGianan kalau takde aktiviti. Serius babe. Panas bontot ni dok rumah. Cik bukan lah kaki dok rumah. Cik kaki jalan.. Kalau bengong sangat dok rumah. Cik akan tawaf Jusco 3 kali sehari. Pagi, petang, malam complete full set.. Kau ada nak window shopping banyak banyak kali? Gila la kau sorang sorang layan jusco.. kalau muka cik ni ada sticker. Confirm orang cop cik staff jusco..huhu
Kalau cekai boring tahap bengong pun, cik akan pi umah kawan kat bukit jalil. Layan swimming pool.. mengadap la muka kawan tu sampai penghujung ahad. Tapi cik suka selagi happy..
Sekarang ni kalau stranger nak kenal cik taktau kenapa akan fikir negative dulu. CONTOH... motip dia berkawan sebab dia nak jual insurance.. takpun promote join MLM.. takpun still cik akan carik sampai lubang cacing 'apakah motip kau nak berkawan dengan aku?'..gila tak gila kepala negative cik sekarang nie. Kalau orang tu kata im self employed lagi la cik berjaga jaga.. erk, ni takleh wat kawan ni... tak bley tak bley.... Band MLM siap siap.
Lepas tu kalau ada orang datang dekat nak kenal lebih rapat. Ouw ini lagi bahaya. Cik akan fikir.. Erk, kau ni ada bini ke belum? ke kawin PJJ? ke... gersang nak carik kekasih gelap... Then tengah tengah siasat tu, cik akan TAK berperasaan bila dengan dia. Kalau suka cik akan cakap suka dari awal. Kalau tak suka.. Cik tak akan bagi harapan pape. Treat aku sebagai kawan. jangan layan lebih lebih plis...
Kalau mesej pun.. kau akan boring mesej dengan cik. sebab kau akan terima lambat gile reply mesej dari cik. Cik tak suka mesej, Cik suka bercakap.. jari jari cik nak simpan tuk sarung cincin nanti. Eh!. Lagipun cik lebih suka lelaki pakai suara, bukan hanya pandai mengarang ayat. Time ni lah nak uji perangai dia camne. kau tak kedekut nak invest sedikit duit, masa dan suara berborak dengan cik..... kau boleh go on further. heheh
Harap dengan terkarangnya entry ni, setiap hari weekdays cik tidak lagi anti sosial.. :( dan harapan hujung minggu cik pack dengan jadual sosial sosial yang berfaedah.. Dan Kepada sesiapa nak kenal cik bersedialah dengan bill telefon bakal di bar.. tapi tapi tapi demand cik tak tinggi kan kan kannn..
hehehe ~ Jangan fikir orang gemuk kena terima je yang lalu depan mata. Kita juga ada hak untuk memilih babe! :) cheers happy life!
Friday, June 3, 2011
Apa Kau ingat Aku Takut?
Bukan nak cakap besar la kannn. Tapi semua cerita hantu takkan menEffectkan perasaan cik.
Maksudnya cik tak de perasaan langsung. Even seram gila gila pun cerita tu. Kalau seram pun sebab cik terperanjat tapi bukan takut. Kalau nak layan cite hantu anytime lah.. Sebab cik berfeel feel time cite tu je. Habis cite cik takkan teringat ingat atau masuk mimpi.
Ada sorang ni ajak cik tengok wayang. Cerita karak. Eleh kalau takat hantu MELAYU.. celah gigi je tengok (BONGKAK)..
Dia ingat cik takut then boleh peluk peluk la.. nan ado.. Cik statik macam tugu sepanjang cerita.
Hahaha, kesian.. rugi je dia belanja tengok wayang.
Lenkali belanja je cite Kungfu Panda. Sure cik tutup
~ kalau cite orang saiko suke bunuh bunuh..ha itu cik takut. sebab dia ORANG bukan HANTU.. possibility berada dikalangan kita adalah sangat tinggi.. U better watch out for orang mental (tiba tiba teringat mamat mental belakang cik ni) :S
Friday, May 20, 2011
Blogger TelurDiBasuh, Rambut, Dottie
Salam petang korang..
Cik mc 2 hari. Demam kuskus cukup pakej plus semput. Terpaksa berlawan dengan cuaca. How ar nak mantapkan paru paru? tengok orang lain redah hujan macam takde masalah je. Yeah rite. kau sihat. kalau cik Belum pun hujan turun dada cik dulu turun naik. Nampak sangat sat sat lagi hujan. Kau kalau nak tau jap lagi hujan ke tak. kau tanya cik je. Confirm cik boleh jadi pakar kaji cuaca. kau paham ke. tak paham leave it je. orang masalah paru paru memang camni.
Tadi usha blog favvy cik. tetiba orang kecoh cakap alfatihah kat sorang blogger nie. Empunya blog telurdibasuh dah meninggal. Innalillah.Alfatihah untuk beliau. selalu gak baca blog dia nie. sempoi tulisannya. Last entry dia 5 hari lepas. Dia meninggal sebab jangkitan paru paru. paru paru jadi keras. yang asalnya hanyalah sesak nafas. dalam erti kata lain asthma. er okk, ajal dia dah sampai. Hari kau, hari cik, kita tak tau bila. kalau tau confirm hari ni jugak kau bertaubat kann.. Mode insap.
Part dia asthma tu yang buat cik terkesima jap. its same problem with me. Erk, kalau lama cik tak menulis nanti. kalau ada yang perasan. or ada orang inform kat kau. atau ajal cik dah sampai. kau bagi alfatihah banyak banyak kat cik yea. time sampai alam lain esok duit harta pangkat dah tak guna lagi dah.. Doa jugak yang mahal. Ingat pesan cik ni tau.
okk, insap lagi. tapi bila kau nak betul betul alim beriman ni cik. insap insap tak wat pape tak guna jugak kann. Tudung tak pakai pakai jugak. Yang wajib.. haih, malas nak bukak pekung di dada.
Adeh. tapi baru je sat tadi potong rambut lagi. sejak tahan sakit kepala dua hari ni. cik tak sanggup berambut panjang. panjang ler sangat. baru cecah bahu je kot. so cik decide pi salun belakang rumah potong rambut sependek mungkin. Hilang nye nak simpan rambut panjang ala ala manja macam jue Aziz. eh! bukan dia ex idol cik ker? :P nope, dia gilak. pangai tah pape. dressing out. personaliti pun out. out of my list idol.. sekarang cik minat kat diri sendiri je..ke nak jadikan DOTTIE sebagai idol..hahaha
Ha, sebut pasal dottie. pada satu hari cik naik lrt di hujung minggu. Cik dapat duduk. seat lrt kan mengadap hadap kan. so boleh nampak orang sana kalau takde orang berdiri kat tengah tengah. Ada budak kecik ni dengan mak dia. Dia perhatikan cik lama gila.. dia tenung je. pastu cik senyum lah.
Pastu dia panggil ibu dia. pastu dia cakap 'ibu ibu, DOTTIE!' ...sambil menunjukkan jari telunjuk pada cik. Cik angkat kening. orang keliling pandang cik pastu senyum senyum. Yang mak budak ni lagi best. dia tekup mulut anak dia. Okk, budak kecik tak reti menipu. kalau dia nampak cik ni macam DOTTIE. Cik redhaa.. maknanya ada harapan la cik berlakon kann kan kann.. hahaha... tapi serius cik tak rasa itu satu kejian. kepala kena positive kann. so cik anggap je budak tu nak cakap cik comel macam DOTTIE. :p
Entry hari ni campur campur. sori la babe. Cik pun kepala berdengung nie. Tapi nak cakap sini. Cik sayang blog nie. Cik sayang kawan blog. cik sayang kau. Kalau kau benci cik pun takpe. sebab tau. Kita tak akan menjadi orang yang sama.
Ok bye!

Friday, April 29, 2011
Cuak Je Hati 2 3 Hari Ni
Mak ayah kalau kes mencuakkan anak memang serius pandai.
Boleh buat cik tak dapat tidur 3 hari 3 malam memikirkan masalah..
In the end, rupanya masalah tu boleh setel and in the control.
Adoiyai, tak payah la buang air kat tempayan sebelum hujan melanda. last last hujan tu setitik dua je turun. ha, kan sape yang rugi.
Moral of the story,.. tak perlu kita marah membabi buta kalau kita tak paham situasi sebenarnya macam mana.. chill chill sudah!
Monday, April 25, 2011
Thursday, April 21, 2011
Dalam Dilema...Antara Hidup Dan Mati..
Diet ke laut.. aah, berat badan cik menjangkau 88 sekarang nie. gilak ah.. tak sedar sedar diri lagi ni.. ouh lupa, 8 kan nombor ONG.. eh, bukan nombor KEOK ke? :p
apa yang cik boleh simpulkan. bukan salah sesiapa. Cik yang kuat makan. lepas tu tak konsisten.. Haih, sape boleh ajar camne nak disiplinkan diri ni.. bodo betul ar..
punca punca berat naik,
1. Semua time nak makan. Time makan cik makan. time stress cik makan. time sedih cik makan. Time gembira lagilah makan.. See! berat melambung naik ah. Harus carik hobi baru untuk melepaskan stress instead of makan. any idea hobi baru yang sesuai tuk cik? kau jangan suruh cik menjahit menyembat mengubah bunga pulak eh. tak IN ar..
2. Terlalu ikutkan nafsu. serius weh. nafsu bergelodak je sekarang ni. Disebabkan nafsu yang lagi satu tu belum boleh buat lagi. hahaha, ok lawak!...jadi semua makanan nampak sedap. semua nak cuba rasa. Sampai kalau cik makan semua orang nak rasa sebab cara cik makan nampak sedap sangat dimata orang. weh, korang tertipu la weh. Memang cik suka menghayati makanan. tak sedap pun jadi sedap. apa yang tak sedap? batu ngan kayu pun cik makan!
3. Acara aktiviti luar semua mengandungi aktiviti makan. Pi meeting makan, pi dating makan, balik kampung makan.. semua nya nak makan. Apa daa aktiviti cik nih.haih,
4. Workout totally out. just turun naik tangga je. itupun sebab kat lrt ada tangga. kalau la cik bawa kereta maunya lagi malas kot bergerak.. Erk?
Camane nak start balik ni. taktau nak start celah mana. Ilmu diet ada tapi tak aplikasi tak guna jugak. Dah la badan cik ni jenis lambat terima signal. Ambik masa gila nak naikkan balik metabolisme. Stamina di tahap bateri kong dah nie.. Pastu nak jaga jaga dengan semput lagi.. fufufufu..k betul la..
Ok, dah sedar salah sendiri. pastu buat apa kann.. start diet balik lor. Dah la malam tadi mimpi ngeri. Nampak diri sendiri kena usung pi kubur. Mati kerana obesiti.. Ya Allah.. taknak ar mati melekat kat kerusi.. waaaaa, taknak la dah matipun menyusahkan orang.. waaaa, insap insap..
Kurakura,
tolong aku weh.. ko tazkirah sikit kat aku yang degil comel nih..
:-s

Tuesday, April 5, 2011
Serasa Diri Ini Semakin Tua
Lama tak luah perasaan..
Sejak dua menjak ni menyampah tengok berita. merosakkan Malaysia je dengan taktik kotor menjatuhkan pihak lawan dengan DVD seks. Tiap kali nak mengundi itu je la taktik menyelowkan pihak lawan. Menang kerusi parlimen dengan otak suci boleh tak. kalau betul pun aksi seks tu. plis la tak payah publish sangat cite macam tu. kotor lor. Menampakkan lagi yang orang kita ni bangang dan duduk dibawah tempurung. Gerunnya tengok orang otak tak berkembang camni. haih.. tak berpihak kat mana mana parti.
Sori lama tak menyelam blog blog geng. nak bukak kemain payah sekarang ni. nanti akan cik carik masa sehari suntuk tengok perkembangan korang ek. Geng geng diet mesti dah kurus macam liyana jasmay kann.. hmmm,
Emosi agak stabil sekarang nie. walau pun berstatus solo dan masih kekosongan. Cik chill hidup solo. Bak kata mimy, 'enjoy ur single life'. yeah i am.. tak mati pun takde pakwe. tapi mati kalau takde family. itu cik akui siang siang. ada sini nak bagi candidates kat cik. email cik k.. :) akan cik shortlistedkan segera .hehehe (kurakura, kau tak kesian ke kat aku weh. pass ar sorang :P)
Kerja kat ofis mental berlambak seperti selalu. mana pernah habis. Sebab tu cik on blog tapi tak buat pape pun. Minggu lepas buat farewell tuk staff lelaki kat sini. Dia dapat keje baru lagi terjamin. bagus lah tu. itu tandanya dia normal. lelaki normal akan cepat blah dari sini. Hanya lelaki lelaki tak normal je bertahan kat ofis ni. Maka tersimpanlah mental mental tak berapa nak normal bekerja. Sebab keje cik ni sesuai tuk kaum wanita. duduk dan buat keje masing masing. lagi sesuai kalau kau dah kawin. duk buat keje boleh pikir hal rumahtangga lagi.. cayo lah cakap den.
Serasa diri ini semakin tua. camne nak awet muda ek? ada tips tak tuk cik.. huhu

Monday, March 21, 2011
Blur Masuk Toilet
kau penah kepala blur sampai pi toilet nak bawak handwash tapi terbawak botol air tak?
cik pernah,
Baru sat tadi ni ha...
Gilak keBLURan hari ni
adoi,
tapi kepala cik pikir bukan pasal masalah member tu bank in duit lense. bukan bukan..itu a pisces of life je.
tapi benda lain..
adoi, tensi... apa lagi nak kunyah ni ea...hmmm

Tuesday, March 1, 2011
Aplai Aplai
Weh, pehal pulak cik beli no pin DPLI.. tak penah penah terlintas difikiran nak menghambakan diri menjadi cikgu. alih alih, dengan tindakan refleksi 10 saat. cik membeli jua no pin tuk borang DPLI kat BSN tadi.
Apakah?..
Nak mengajar orang, diri sendiri pun kucar kacir
Nak mendidik anak orang, adik sendiri pun tak terdidik
Nak bagi contoh yang baik, cik bukan lah elok sangat perangainya..
Adeh,
Stigma cik tentang imej cikgu adalah saaaangat kolot. Untuk menjadi cikgu perlulah manusia yang berilmu, ikhlas mengajar, berwatakan baik baik alim... supaya ilmu yang diberi mudah sampai kat anak didik..
Cik?
Bab bab simbah mulut berAsid pandai ar.. ataupun menjuihkan ayat ayat pedas.
Kau mintak ilmu kannn, sekali ajar je.. Tak pandai, gasak ngko lah.. aku penat mengajar wokeh!
Hahaha, bley?
Gara gara 2 orang cakap 'Aplai je, tak rugi apa pun'
Baik, cik tanamkan azam.. ' ala, isi je la macam aku mau audition Jangan Lupa Lirik...suka suka je kannn'
Lama weh tak fotostat sijil cop bagai segala. Nak tadah muka orang mintak sain otograp lagi..
Ish, maleh nya maleh nya...
jap.. Website DPLI pe erk
wakakaka,

Thursday, February 24, 2011
Bila Korang Sedar Yang Blog Nie .....
Bila korang baca blog ni nampak macam cik negative thinking. Sume benda nak komplen. Ada je tak kena ngan orang keliling cik. no no no.. ini bukan real cik 100% pun. Kalau korang jumpa cik kat luar. I am a different person. Blog ni kan tempat luah perasaan. Luahkan je la.Takkan kau nak pi kat person yang kau hangin tu. Kau ludah kat muka dia.. tak kannn.. Manusia seperti kita perlu berfikiran waras. Tapi takde niat sampai nak membunuh lah. tu dah jadi lain cite.
Bila korang baca blog ni nampak macam cik tak diet. No no No lagi sekali. Korang tau ke jadual pemakanan dan workout cik sepanjang minggu. Kalau dulu yea, hari hari cik update 'Apa Yang Cik Makan'. tapi bila dah lama lama. No point cik bagitau kat sini. Ada point ke kau nak ikut diet cik. result cik yang kadang ke laut. Eh, buat malu kaum je la.. Once berat cik angka 70 akan cik bukak pekung di dada apa yang cik buat dan makan dalam satu entry.
Bila korang baca blog ni nampak macam cik menggedix dengan ayat tak censored. No no no. Itu sifat sementara. Cik yang sebenarnye adalah wanita melayu terakhir. Cakap lemah gemalai. jalan catwalk muka tunduk bawah. Kat luar adalah malu malu kucing wokeh. Kucing kalau jumpa cik, cik lari sembunyi. Malu tahap macam tu sekali. Ada percaya? tanyalah sape sape blogger yang pernah jumpa cik kat luar. hehehe.. (kalau perasan cik tu tegur la, InsyaAllah korang dapat senyuman manis cik..freeeee)
Bila korang baca blog ni nampak macam tak banyak komen. Ha, ini betul. Takde sape nak komen pun. Entry tak berilmu. Tapi kalau korang sekejam KuraKura. Cik Sukaaaa... Walau pahit ditelan tapi manis bila hati tersentap. Heh, bakpe puji mu KuraKura haih...! kembang kempis ar tuh,
Bila korang rasa cik ni sebenarnya ada couple. No no No. Cik single and available. Borang menimbun takde sape nak aplai.. Sape nak nikah ngan cik nie.. tak sabar heh nak jadi bibik kat rumah..
huwaaaaaa
~ Entry penambah perisa..

Subscribe to:
Posts (Atom)