Showing posts with label Teringin. Show all posts
Showing posts with label Teringin. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Di Penuhi steamboat, makan dulu baru stimm..hahaha


Minggu lepas pecah rekod. 2 kali layan steamboat. Ini topik makan tapi to those yang tengah struggle diet tu jangan berani berani kutuk cik.. tonyoh cili mau..! hahaha (sedapkan hati sendiri). Sebab bila bab steamboat, takde nya kau makan tertahan tahan.. sekali makan macam hantu raya. sebab buffet kannnn..

First layan masa hari isnin. time lunch dengan kawan ofis cik,

bukti,

Orang jakun guna chopstik..gini la jadinya..


Macam makan tuk 4 orang.. tapi hakikatnya 2 orang je. lagi 2 adalah hantu raya


Tengok la kepala udang yang telah dipenggal.. menimbun macam makan nasi..gilak la..


Aksi terbaik dr. Rozmey, sila lah beli jusmate5. muehehehe



Secondly, ahad..semalam.. layan lagi steamboat.

Bukti,

sampai sampai terus tuju kat aiskrim.. Ini mangkuk pertama..


tak cukup, ini mangkuk kedua..,

Mangkuk ketiga tak sempat snap..

tapi macam sial makan tak ingat dunia.. Semalam membela hantu makcik karipap.. MUNGKIN!...tak layan menatang steam2 or grill sangat. layan aiskrim je 3 kali ulang. yang lain tolak tepi..

Dan terimalah wanita yang semakin membulat model aiskrim anda...

Ini bukan aksi tutti frutti.. Ini model anti-tuttti fruiti.. jangan kau sebut sebut depan cik cap eskrim tak sedap tu. baik cik makan yang ni. lagi heaven..

~ Ubat Semput.. hehehehe






Wednesday, February 23, 2011

Snow White Mirror Mirror on The Wall

Mirror mirror on the wall whose the beauty of them all?

no answer

Mirror mirror on the wall whose the fairest of them all..

no answer
Mirror mirror on the wall whose the fattest one of all..

yeah, its me..

ko hade?

kelemak, ular melingkar kat perut, bumper besar, muka bulat, daging lembik lembik.. ketinggian yg kelihatan ayam katik sebab gemuk

Nah.... serahkan pada yang berhak..


Kalau lah Dean Supernatural ni coach training cik.. Mwuah la.. membakar lemak dengan jayanya sebab boleh cuci mata sekali..

Alololo, comelnya kau..


Wednesday, December 22, 2010

IKAN Mana Yang Tak Hot Hot Cili

 I ADMIRED U
I ADORE U



BUT



IN VERSION OF








JUE AZIZ
can ar?

:D

Tuesday, September 21, 2010

Buat Anak Cepat

Ah sudah! dah datang meroyan nie.

Rindu weh kat anak. Terutama Ameerul. Teringat ingat gila bayang dah nie. Anak buah panja atteh sorang tu baru 6 bulan umur nya. Baru pandai meniarap. kalau ada anak sendiri mau tak tidur malam nih.

Owh no, mesti kahwin cepat buat anak nih. Dah tidak tertahan lagi ni. Haruss.. eh eh silap Wajib.

siapa ada calon. bagi kat cik sorang. weeeee

Friday, August 13, 2010

Kueh Wajib Telan

Bila menjelang Ramadhan kat bazaar dah jadi macam pesta kuih. Macam la hari lain korang tak jumpa kuih kan. Sampaikan kuih kuih ni khas keluar time puasa je. Korang mesti ada favourite kuih masing masing. Bila time puasa tekak akan teringin makan kuih tu je.

Betul la Malaysia ni kaya ngan makanan. Mr Bean (bigbos cik) pun akui. Dia sanggup fly away dari vietnam semata mata mengidam nasi kat Malaysia. Macam kat Vietnam takde nasi kan! 'I fell in love with Malaysian food' katanya. Negara lain takleh challenge variasi makanan macam Malaysia. Semua makanan kita nak pulun. Janji Halal.

Seperti biasa setiap Ramadhan akan cik makan kuih ini,


Tiap tahun makan sekali dua je. Nikmat kuih ni bila masuk peti ais, tuhan saja yang tahu. Sedapnye!!! Tau tak kuih apa ni? ni NEKBAT. kuih lama dari pantai timur. Tapi sekarang kat KL pun ada. Dia ni bahulu tawar makan ngan air gula. Tapi cik ngidam yang ayah belikan kat bazaar kampung. Beli sendiri kat KL tak sedap. :-(



Ni nama dia LOMPAT TIKAM. Ha ngko, sambil melompat sambil tikam orang. Ahha, atas dia santan (rasa masin) yang bawah tu pandan (manis) dimakan ngan air gula. Ni kuih pahang. Tak silap cik kalau lompat tikam kelantan dia ada yang hijau tu, pulut kaler merah, santan cair dan air gula. Lain matam sikit rupanya. Cik tak pernah beli kuih ni pasal ayah buat sendiri. Dulukan, sebelum berbuka cik letak kat peti ais, kul 10mlm baru makan. Sejuk je kat mulut. Yawww!!. Ayah buat tuk jual lagi tahun ni. Balik kampung harus dimakan.



Tak jumpa gambar exactly yg cik nak. Tapi ni ala ala lah... Namanya AIR PISANG. tapi ni gambar Sira Pisang. lain. :-( Takpe anggap je sama. Harus ada dalam menu berbuka. dalam seminggu 2 kali jugak buat. Takde jual kot. Kalau ada pun jarang jumpa. Ni resepi ayah turun temurun. Bahan dia letak pisang emas/lemak manis, bunga cengkih, asam boi, daun pandan, air dan gula. Jangan masak lama, nanti pisang lembik. Pastu masuk peti ais. Makan sejuk. Rasa dia macam pisang bersama aiskrim asam masin yang cair. Ya-a-aww! nikmat. Cik pernah wat kat KL, housemate cik pelik katanya tak pernah makan. Gasak la korang, cik sukeee. Ayah, nanti balik tolong buatkan ek.

Kenapa keluar entry terliur di petang ini? sebab cik mencari kuih kat bawah ni tak jumpa jumpa. Last makan masa sekolah rendah dulu. tak pernah terliur sampai sekarang baru nak mengidam balik. Cik penggemar kuih lama. Kuih baru tak pandang sangat. segala jenis lepat, bengkang, telinga keling dan seusia dengannya cik sukee. Yang baru macam puding ke hapa ke, sebelah mata tak pandang. Kuikui,

sapa tau KUIH TOPI ni. tak tau nama betul dia :-P. Rasa sama macam kuih telinga keling tapi tekstur dia lembut dan tepi2 dia rangup.




* Kata diet!! eh, memang la diet. Balik kampung baru nak makan kuih kuih ni. sebijik takpe kan?
   Mak, orang nak Balik!!!!

Monday, July 5, 2010

Sexy Hot Heel Turquoise


Serius cik berkenan ngan kasut ni. Dipadankan ngan skirt paras lutut kaler hitam then pakai kasut ni. Wallah, mesti meletup kan. Pastu bawak pi dinner. Wah, seksi weh. siap ada riben kat belakang tu. Comel kan. Design yg sama ada 3 kaler. Kuning, merah dan turquoise. Jatuh hati ngan turquoise sudeh.

Tapi memandangkan taktau nak bawak pi mana terus cik letak balik. Kalau selalu pi Dinner ke event malam ke tak pe jugak. Ni malam dok terperap kat umah, kannn. 

so, benda yang cantik tak semestinya sesuai ngan kita. Sesuai tak semesti diperlukan. Cik mengambil tindakan bijak dengan pikir dulu sebelum beli. Demi mengurangkan kos shopping jugak mengurangkan pusat mengumpulan koleksi dirumah. Jadi cik reject kasut ni tuk dijadikan koleksi.

Nasihat khidmat masyarakat dari,
cik xxx