Showing posts with label Jengok Tengok. Show all posts
Showing posts with label Jengok Tengok. Show all posts

Monday, August 1, 2011

2 Alam


Hosmet cik bawak pendrive cite ni dari ofis dia. Nampak benar taknak invest tuk filem melayu kannn. tengok pendrive bukan tengok DVD. Ini konsep menyokong filem melayu jugak. At least cik mengomen selepas menonton. Bukan macam sesetengah orang. Belum tonton kelebeng sana sini cakap tak sedap :P

Teringat zaman cerita ni kat panggung. Cik tengah Q beli tiket wayang. Orang belakang serba salah nak beli tiket cite ni. Takut cashier GSC gelak melambak.

bf - " kita tengok cite 2 alam nak?"
gf - " Euwww, uuuu!.. orang tak sanggup tengok cite tu la. confirm panggung kosong. if u beli, u penyumbang 40 juta profit dia tau" sambil tayang poster Dr. Rozmey

 Ini semua gara gara marketing produser filem ini. Akibat tersilap percaturan. Filem ini pecah panggung dek sunyi sepi penonton.. (rasa nye lah) Dan automatik cite ni jadi bahan lawak.

Cerita 2 alam pasal lelaki tukar jantina ke perempuan dan in the end dia gantung diri sebab murung terlampau. Dan orang kampung azab menguruskan jenazah beliau. Elok ar cik bukak cite ni. Kena sangat lepas tengok berita Aleesya meninggal.

Apa yang cik nampak. Walaupun filem ni berlambak pelakon hebat. kalau storyline dia hampeh. Pengarah dan produser jugak hampeh.. Maka terhasil lah cerita sampah. Jadi sesuatu cerita itu tidak bergantung kepada kehebatan lakonan pelakonnya sahaja

Dalam cerita ni kau akan tonton babak flashback banyak banyak kali. Dan scene terlampau tak dapat difahami sebab dek potong2 oleh badan penapisan filem. Lagu background spoil mood penonton. Dan nak tunggu ending cerita ni sangattt terseksa.

Apa yang cik boleh simpulkan kat sini. Allah menguji umatnya dengan pelbagai cara. Contoh. Amy yang dulunya lelaki sebagai Adam. Penuh didikan agamanya dari kecik. Hantar belajar kat London terus culture shock. Terus tukar jantina and kahwin dengan omputih. Kau tau tak betapa luluhnya hati mak pak bila dapat tau anak dia jadi perempuan?.. Jadi jangan culture shock. Kalau dok jauh jauh tu sila hati ingat Allah, Ingat Mak Pak, Ingat kampung. Supaya kau tak terjerumus benda benda sial.

Segala yang berlaku jadilah pengajaran. Walau hanya cereka atau realiti. Yang buruk jadikan tauladan. Tidak perlu menuding jari salah kan sesiapa. action are most important weapon. Tapi mencari jalan selesaikan virus virus dalam masyarakat kita ini..

iaitu...kecelaruan identiti


Penunggu Istana


Semalam kat astro citra kul 10 malam ada siarkan cerita PENUNGGU ISTANA.. katanya 1st cerita paranormal Di Malaysia.

Kesah ni kau boleh bajet ending dia sebab for sure akan ada orang diganggu/ mati/ hilang dekat last cerita ni. Seram yang boleh dijangka.. Ending so so la.. sama jugak macam cerita SERU


Tapi dalam cerita ni, pelakon utama dia sorang pun cik tak kenal (gambar kat atas ni). Tapi untuk pelakon baru not bad. Uncle seekers yang berskandal dengan Aisyah pun ada kat dalam ni.

Apa yang cik belajar dalam cerita ni.

 'Orang tamak selalu rugi'. Kau dah dapat 1 footage bukti kewujudan entiti kat istana tu sila lah packing barang2 balik kL cepat. Jangan dok lama lama sampai entiti tu muak tengok muka kau.

'Jangan sesekali guna pad berdarah dari wanita perawan' untuk menyeru entiti. Hagak hagak la kann. Bukan semua roh boleh diseru dengan benda kotor. Kau bagi kemenyan pun dia boleh datang ape. Tak pun kau guna papan Ouiji. Hantu omputih boleh invite sekali.

'Kalau dah sorang kena rasuk. Itu tandanya first warning dari entiti'. Kau dah nampak kawan kau tak sedar diri mengadap camera berjam jam. Lagi tak paham bahasa ke. Kalau cik ni entiti pun cik bengang. 'Blah la dari tempat hamba' kata entiti kepada mereka.

Tengok cerita ni hati cik membuak buak nak pi kelly's castle. Kecik kecik dulu baca Mastika. Rasa macam best pulak kalau dapat jumpa si Kelly tu. Castle ni kat Perak jugak kannn? sape nak teman cik pi sana.. jom kita carik hantu!

~ Ini lah filem melayu. Tak payah tengok wayang.. selang beberapa bulan akan ada tayangan kat tv. Free. Along cik pi subscribe astro first nak tengok KARAK.. weh, rugi la.. raya nanti for sure masuk tv punye. Kau kena belajar bersabar jeee



Thursday, July 21, 2011

Mr. Popper's Penguins


Semalam nak tengok transformer. Tapi time dia lewat sangat pulak. So layan je cerita ni.

Kau jangan gelak. Cik belum tengok Transformer. Memang dah tertinggal ketapi pun. Cite tu dah basi kannn. Ada kang layan CD cetak rompak je. Masa tak mengizinkan. :(

Cerita Jim Carrey ni kau akan rasa E eh, tua dah hero THE MASK ni. Nampak kedut kedut di muka.. Tapiiiii... lawak still mantap. :) tidak mengecewakan.

Cerita sesuai untuk keluarga. Boleh bawak budak budak yang suka penguin comel

Ada 6 ekor penguin yang ayah Jim Carrey bagi sebagai souvenior.

Yang 1st sampai dia panggil KAPTEN, sebab dia sampai dulu by pos.

Yang lain lain pos kedua.
LOUDY - Suka menyalak (penguin menyalak ke?),
STINKY - suka kentut,
NIMROD - Jalan asyik terlanggar dinding,
LOVEY - Jantan gila seks. Sampai 3 dari penguin ni bertelur. hahaha. sweet. dan
BITEY - suke menggigit orang.

Diorang ni comel. Walau pun muka sepesen tapi kau boleh recognise diorang berdasarkan personaliti masing masing.

Jalan cerita kau boleh agak dari awal sampai ending. Kau nak gelak gelak release stress boleh la cite ni. Tapi kalau mengharapkan action, sound effect takyah buang duit ah.. beli CD je. tak pun tunggu setahun lagi. Confirm masuk tv slot MEGAMOVIE..

:)







Friday, June 24, 2011

KL Gangster


Lepas keluar berita  filem ni capai 10 Juta, Cik nak tau jugak apa hebatnya cerita nie.

Lepas tengok semalam..hmm, expectation cik kat cerita ni tak menepati kriteria maksimum untuk mencapai 10 juta.. cik masih mencari kenapa cerita ni orang canang BEST SANGAT..

1. Mungkin sebab zizan bawak watak pak lawak.

2. Muka hensem Aaron aziz and nama dia naik sebab Nora Elena pun yea jugak kot.

3. Aksi gaduh bunyi macam filem tamil..dush dush dush

The rest, Cik kurang paham jalan cerita dia. Tak sempat paham scene ni dah keluar scene lain. Apa cite pun tak tau. kena potong oleh FINAS ker?

Cik kurang faham bahasa gangster dalam cite nie. Selain cakap jerit jerit (suara tengah marah), Lu Gua jugak banyak pakai. Yang peliknya, even melayu sama melayu pun nak cakap slang Cina melayu. hmm, bahasa jiwa bangsa. Tetibe!

Yang tak bestnya. Diorang berlakon kat petaling street. Belakang ofis cik je kot. tetiba takut lalu situ. Nampak sangat yang china town ni gangster berlambak. Jangan ada peluru sesat singgah kat cik sudah la. Kot la kannn.

dari 5 bintang cik boleh bagi 2 bintang je.

~ memandangkan ini cerita lama, tak eksaited pun nak tengok. sekadar layan heal stress.


to MIMY,

Dylan dog aku layan dengan kawan. Yang ni aku tengok sorang. Sebab member aku sume busy.. what a sedih life.. hahaha


Thursday, June 23, 2011

Dylan Dog - Dead of Night


Tengok poster bajet seram la cite ni.. hampeh.

Lawak kelakar lagi ada.

Dalam dunia ni, Manusia tidak lagi asli.. Manusia jugak berkongsi space dengan WereWolf, Vampire, Zombie, dan Mutan (taktau mix apa dengan apa) yang asalnya dulu manusia tapi dah terbahagi dengan pelbagai bentuk.

Werewolf kategori paling berkuasa dan jenis tak kacau hidup orang. Tapi pantang kalau orang lain tuduh dia pembunuh. Siap la kau kena gigit nanti

Vampire, Sukekan berparty. Darah dijual macam dadah. Diorang kalau tak dapat darah jadi macam drug addict, . Once minum darah diorang 10x kuat dari biasa. taring ofcoz wajib ada.. pastu suke cari pasal.

Zombie, insan paling kesian. Lepas manusia mati kena gigit or whatsoever..diorang dibangunkan balik menjadi zombie. Makanan diorang adalah worm, sampah n semua benda benda kotor. Paling best ada kedai jual sparepart (pasaran gelap mungkin) untuk zombie zombie yang nak ganti organ hilang atau buruk. (ok, ini tak terjangkau dek akal, best). Lepas tu ada kelab  zombie if ada yang tak boleh terima hakikat diorang adalah zombie. kelakar gila. Yang pasti zombie tak berfungsi sangat.

Hero cerita ni Dylan, seorang manusia. Jadi tugas DYLAN ni sebagai pendamai (Orang tengah) untuk kesemua makhluk2 ni. siap ada hubungan baik dengan semua makhluk ni. Diorang tak boleh mati sebab akan menjejaskan ekosistem dunia (KONON). So, Manusia, Werewolf, Vampire, Zombie harus hidup normal kecuali diorang ada kelebihan dan kelemahan masing masing.

Kalau kau jenis orang mementingkan realistik. Cerita ni bukan untuk kau. Sebab cerita ni mengarut yang amat. Tapi ia sesuatu yang unik if kau nak tengok apa akan jadi kalau semua ni hidup aman damai.

~Cik suke cerita nie


Friday, June 10, 2011

KungFu Panda... PO

PO, saya saya saya.. jatuh cinta sama awak


Setelah penantian 3 minggu cik nak tengok cite ni tapi takde sape nak teman. Semalam is a payback time. Cik layan cite ni sorang.

Sekarang puas hati cik dapat tengok perut boroi dia.. comel gila...

Budak budak ramai tengok cite ni. Mentang mentang la cuti sekolah.. Sebelah cik adalah budak darjah dua. Dari seremban. Datang ngan family. Mulut tak reti lah diam. Eh, budak budak sekarang ni memang kuat bersembang ek? tak takut stranger ek?.. isk.. ada ke dia panggil cik (mak)CIK.. Gila apa.. tak nampak cik muda belia nih..

Pastu kakak dia kat sebelah (tingkatan 2 dah pandai sikit la telek orang kannn. Dia panggil cik (KAKAK) then terus adik dia sambung panggil cik KAKAK pulak.. ha, kan nice tu...

Soalan paling bengong cik bengang.. " akak tak sedih ke tengok wayang sorang sorang?" WTH.... kau boleh tak jangan tanya soklan sensitip.. Dah akak sorang je minat panda ni. kawan kawan akak mana minat?
"akak bawak la anak akak".. ini lagi bengong.. "akak tak kawin lagi lar.."...

Dok la tanye macam macam. Dah dah... dok diam diam.. layan je cite ni. Aku bayar 10 henggit nak layan PO bukan layan ko..

Tapi tapi tapi... kat mana ek nak carik teddy bear Panda nie. Comel giler. Tang perut tu asset paling best nak peluk. Buat tidur malam ku menjadi lena nih...

Kau tau tak, panda PO ni di inspirasi dari siapa.. tau..? tau..?




sama tapi tak serupa



Tang perut sama... auwm, nak peluk abang ADAM (PO) lehh?


Dia ni pengacara cerita makan tak hingat dunia


Alolo, comel gila dia nie... are u single?

Adam dan PO bagai irama dan lagu.. tak dapat dipisahkan persamaan perut boroi... 

Gara gara Adam, cik tengok cite Man vs Food. Tapi takut gila tengok dia makan. Perut full pun boleh sumbat sumbat lagi. Jangan kau mati sebab terlebih makan sudah. Pi check colestrol ko pih..

Gara gara PO, cik layan kartun. Gila kau pi wayang tengok kartun. tapi disebabkan kecomelan perut dia dengan mata eyebag dia.. cik gagahkan jugak invest beli tiket wayang....

Bukan kah mereka sama.... 


hikhik (mode gatai)

Thursday, June 9, 2011

Ahhh Tak kire..

Memandangkan hold lama baby kesayangan cik nie.

Takde sape sudi teman cik.

Petang ni jugak cik nak gi tengok dia..

Biar la.. sorang pun sorang la..

Tak tahan dah menanggung rindu kecomelan dia..

Biar biar... layan sorang pun ok what..!

Jangan cakap cik kegersangan wokeh..






sayang, tunggu kedatangan cik wokeh..

akan ku belai perut boroi mu

lalalalaa

Monday, May 30, 2011

Lanun Jacky



Oh Jack Sparrow..

Kali ni kau kurang melawak.. Kenapa sayang ku

Adakah kerana kau jumpa cinta dalam cerita ni.. Penelope, akan ku sula kau.. hahaha

Tapi, mermaid mermaid cantik tu sangat mengiurkan

Mana ek kau beli baju sisik tu... Cik mau!

hehehe


K.A.R.A.K


" Incik,,, cik nampak anak saya tak cik...? " scene hantu..

komen cik tentang cerita ni,

kalau kau suke kat muka hensem shahir. Ha, kau boleh tonton keromantikan shahir melayan awek dia.

Kalau kau suke adegan hantu hantu nampak fake. Kau juga boleh menonton.

Kalau kau suke scene scene yang biasa di lihat dan boleh agak jalan cerita macam mana. Kau boleh la pi panggung.

Dan paling special, kalau kau nak tengok bibir angelina jolie dan aksi berkemban nampak tetek separuh.. sila simpan sifat ingin tahu yang membuak buak sebelum filem ni start. Confirm cerita ni kau akan hayati dengan penuh semangat.

For me, Cik tak minat rupa hantu yang tak realistik..

Well done yusry

Monday, May 23, 2011

Nur Kasih The Movie


Dah tonton? siapa yang dah tengok apa komen kau?..


Apa Yang Best tentang Cerita ni,

1. Filem ni best kalau kau layan masa drama dulu.

2. Adegan tembak menembak yang macam dalam game n letupan keretapi yang erk!.. ok untuk drama Melayu

3. Cinematografi tiptop

4. Mia berlakon jadi Mariam. The skrip paling best is ' paksu, sakit sikit ke sakit banyak? nasib baik sakit sikit kalau sakit banyak tentu dah mati macam ibu.'. well, serius.budak budak takde mulut sensor. mereka sangat jujur. Good side of it.

5. Melihat contoh wanita Islam menutup aurat dengan sempurna. WAJIB punya jubah dan baju longgar longgar dalam almari. big minding set tho.. dan bukannya WAJIB ada baby t sendat nampak lengan dan legging tapi im wearing tudung k.


Apa yang TAK best tentang cerita ni,

1. Kau kalau jenis takde feeling toksah la tengok cite drama melankolik macam nie. Confirm nak muntah sebab takleh keluarkan airmata

2. Perasan tak Adam selalu keluar rumah tanpa berbincang dengan isteri dia. Ini konsep tulis nota sebelum bini bangun tidur.  Kau apehal pi carik cincin kalau dah tau tempat tu bahaya. Pastu menyusahkan orang sebab tak dapat dihubungi. Lepas tu isteri pasti mencari suami dengan hati risau gundah gulana. Ini dah berapa kali Adam menyusahkan bini dia. Kalau cik jadi Nur Amina tu. Bila jumpa je Adam terlantar tu. datang dekat. lempang pipi dia laju laju sambil sebut 'maap maap'..sebab asyik nyusahkan orang mencarik dia. Dari drama lagi Adam buat perangai macam ni tahu..Erggggg!

3. Selalu kita dengar ayat...'Ini adalah ketentuanNya' dari filem ni. Tapi cik nak ubah... 'ini adalah ketentuan kabir bhatia'.sebab dia tukang arah.. Apa kes kau nak matikan watak Ayu raudhah dilanggar kereta sebab kejar LAYANG LAYANG? u what!... kejar anak boleh diterima akal lagi..ini LAYANG LAYANG?..



Ramai masuk panggung dari baby kaler merah, mak dalam pantang, mak mak, nenek nenek.. orang tak pernah jejak panggung pun sanggup datang sebab nur kasih. big achievement tho..

KONGSI


Sabtu lepas tengok cite ni. Boleh ditonton untuk satu cerita melayu yang tiada pembaharuan dengan lawak yang biasa ditonton.

The best part is bila keluar panggung terus cik lupa ingatan akan cerita ni. So boleh labelkan cerita ini sebagai Filem-Yang-Mudah-Dilupakan.

Good job to Farid Kamil. U did a great job..

Monday, May 9, 2011

Five Furious Untuk Tontonan Dewasa


Apa yang Best tentang cerita ni

1- Himpunan botak2 yang hensem.. vin diesel, the rock and 2 negro pala botak tapi cik tak tau nama :D

2- Bawak kereta laju laju

3- 2 heroin perempuan yang badan gila hot

4- Jalan cerita yang super duper action best gila babeng. Bila Malaysia nak budget filem macam nie

5- Mencapai piawaian cerita yang cik gambarkan


Apa Yang tak best tentang cerita ni

1- Ada adegan taik manusia merata rata setelah bom diletupkan kat salur najis sebuah balai polis (kau akan teringat sampai masuk mimpi dan tekak kau loya macam mak buyong) tak caya? tengok ar sendiri

~~~~~~~~~~~~~~~~

Moral of the story.. kalau orang dah cop kau tu jahat.. biarlah jadi betul betul jahat.
Peribahasa orang tua..kalau menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. eh, patutnya rendam terus satu badan. lagi afdal.. kalau mati kena tembak pun tak menyesal.. Rompak lah mafia dari menjadi peragut jalanan  yang pasti kau takkan kaya kaya.

Bila berkisar tentang duit. semua benda boleh dibeli termasuk suap kat polis dan orang politik.. Jadi pikir lah sendiri kalau nak direlatekan keadaan di Malaysia :P

~ Filem yang kau wajib tonton.. Cik serius







Thursday, April 28, 2011

Scream 4


cik pernah letak status ni kat FB..

Being psyco much better that split personality. agree?

one of my friend replying a comment,


watch scream 4 and the room mate,then answer the question again.


ha okk, tengok dah.. sekarang tau dah yang psyco pun bahaya kalau dah main dengan pisau.


hikhik..


~eleh, kalau takat pakai baju hitam then sarung kepala ngan menatang tu... its not seram for me. its klisye for a film..


hmm

Thursday, April 14, 2011

The Eagle


Terkesima nak tengok sebab ada Channing Tatum. Aktor punya bibir seksi seperti Justin Bibir..muahaha.. !

Tapi tujuan asal cik kepenatan. Nak tidur dalam wayang. Ce kau pikir. takkan nak tido kat taman KLCC pulak. Tak pasal pasal kena kacau ngan Negro pulak kang. Cubaan terbaik bayar tiker wayang untuk tidur.

Bila aktiviti orang tak sihat baru balik dari spital tapi taknak rehat kat rumah.. yeah, serasa di hell.. Degil tahap maksim.. Marih jalan2 kat KLCC

Cerita ni apa yang cik paham. Dia cari ukiran patung helang.. pastu lawan lawan. sape kalah mati bersepah.. the rest, tonton la sendiri. sebab 3/4 cite ni cik tidur..

Thursday, March 17, 2011

Merong Mahawangsa/Mahasuasa


Apa yang dapat cik simpulkan..

1- tak malu nak bawak filem  malaysia kat luar negara. cinematografi cantik. mix bahasa. dan mix pelakon.

2- cite ni epik. ada sikit sikit Pirates caribbean. unsur unsur Ong Bak. lawan lawan macam  Troy. Not bad at all tuk filem  melayu.

3-  Jehan Miskin tak dibagi dialog. alolo, kesian..

4- Kamawas gilak best. dapat peluk puteri china.. hehehe

5- merong not bad.. even Hang tuah masih melekat dalam  diri dia.

Cik takleh bagi bintang. sebab berbaloi tengok wayang. tapi lepas habis macam  ..erk, taktau nak komen apa..

:)

Tuesday, January 25, 2011

Susuk Amanda

Susuk Amanda

Ni jue Aziz..hahaha.. Hantu amanda..

Semalam takleh tido. Astro prima kul 11 ada cite Susuk Amanda. Ni sure tah bape kali dia ulangtayang. Astro..bese la..Layan sorang sorang sampai habis cite ni..

Kesah dia gini. Rusdi ramli(tah ape watak dia) kawin ngan Amanda. Amanda ni tak cantik. Dan dicemuh oleh orang kampung. konon tak layak kawin ngan Rusdi. Rusdi ni digilai gadis gadis kampung. Amanda tension dengan rupa dia dan boring dicemuh mak mertua ngan orang kampung so dia carik jalan mudah tuk cantik. pakai susuk.

Makin hari makin cantik. Rusdi bangga isteri dia pandai jaga imej. Pemuda kampung pun tergoda, lebih kepada sangap actually.. mak mertua pun jeles. Sehari ke sari Amanda terpaksa langgar pantang susuk demi jaga hati suami dan mak mertua. Lalu bawah ampaian, makan sayur menjalar (pakai susuk mesti leh kurus, banyak lak pantang larang takleh makan), takleh makan sate (jap2, takleh makan daging jugak ke? ke sebab ada lidi).

Malam tu, bila suami dia dah tido. Amanda selinap keluar dengan tujuan perkasakan susuk dia. Nak pegi mana tah malam malam. Pastu 3 kutu kampung follow dia dari belakang. Berlaku la adegan setan mau merogol Amanda. Dalam pergelutan tu, kepala Amanda kena hempuk banyak kali then mati. Amanda dah mati tapi 3 kutu ni still nak rogol dia. Kesian. Rogol Mayat? biar betik Nafsu serakah betul diorang.

Nextday, suami dia carik Amanda. Dengan mak dia cucuk cucuk kata Amanda ni lari la apa la.. Hari hari suami dia nangis kat tikar semayang. Kesian. Setia betul suami Amanda nie. Tak pandang orang lain dah

Tiap tiap malam 3 kutu kampung ni kena kacau ngan hantu Amanda. Sorang mati tembus pacak kelapa (apa nama tah, ala yang org kupas sabut kelapa tu. besi tajam pacak kat tanah tu. korang paham paham sendiri le). Sorang mati terbakar ada besi jugak kat dada dia (pelakon Yus rajalawak), Sorang lagi tak sempat mati. Ni kepala kutu tu la. Hantu tu kacau dia sampai dia sendiri pi kat Tok imam mengaku bunuh Amanda.

kepala kutu pi tunjuk mana dia campak mayat Amanda. pastu jumpa. Pastu habis cite.

Jue Aziz kalau mengilai boleh tahan. Kat Tv je kot. rumet cik tersedar dengar hantu mengilai. Thril tak thrill sore dia. pastu dah mengilai mesti tunjuk belakang badan berulat.. haha, macam Sundebolong Suzana Indon tu.. sejibik. Rambut panjang toksah cakap la. cuma hantu ni baik sikit. dia pakai baju kurung.

Moral of the story, nak menuntut susuk jangan la keluar malam malam. Ajak org teman. Haih,. pikir le sendiri baik buruk susuk ni. Tapi zaman moden orang takyah ilmu hitam dah. pakai je botox. sure sume senyum mulut ikan. hahaha..

Tengok cite hantu malam malam sorang sorang sangat heaven k. dah la jam 11 sampai 1 hantu baru nak keluar sarang..

~ tingkat 4 takde hantu kannnn. lalalalala

Friday, January 21, 2011

Khurafat.. Baru Sedar Yang Shamsul Tu Boleh Berlakon..huhuhu



Not typical type of Yusof Haslam Product. Kalau setakat cerita kontrol jalan, sembang kat restoren air kaler kaler, Intonasi setiap pelakon hampir sama seperti ada guideline menjadi pelakon Yusuf Haslam.. baek takyah. Berapa banyak cerita sampah production ni. Sembelit, Sembelit kasih, Maria Mariano, yang filem di bawak ke drama.. Dan cerita dalam dunia kayangan je. Kaya, banglo 7 tingkat, bisnes juta juta...Deh, bukan dunia masyarakat sebenar lah.. Pengarah jangan bising la kalau filem tak pecah panggung. Dah cerita macam sampah kannn..

Berbalik cerita khurafat. Untuk Jalan cerita cik bagi 3 bintang. Ending dia best. Hero mati terbaek punya. Roh hero ikut tengok sampai liang lahat. Macam oversea punya cerita.

Untuk adegan hantu cik bagi 1 setengah bintang. Tak takut langsung. Rupa hantu macam Ju on.. Dok merangkak kat tangga.. pe la..

Untuk adegan Mayat dan kain kapan. cik bagi 5 bintang. seram woo.. walau muka serupa manusia letak mekap pucat2 dah cukup menggerunkan. Pastu van jenazah bawak mayat malam malam. akai ada ka..

Untuk aksi terperanjat. Cik bagi 4 bintang. kejam ar cerita nie.. satu babak tu terkujat cik sampai terpegang tangan mamat sebelah. ceh, malu tak yah cerita la. nasib mamat tu datang sorang. buatnya datang ngan makwe. *&^%%() kena pang ar pipi cik.huhu..

Cerita ni Fullhouse ok.. Hall besar lagi.. Ini lah filem orang kita nak tengok.. Cerita nak chill kepala hotak..

~ Shamsul tu smart jugak ek. Part dia tahan seram tu.. peluh2 comel kat pipi dia. Boleh tahan gak dia ni berlakon. Kalau asyik kontrol macho je orang meluat k. tayang harta juta juta lagi le meluat. Ha, gini la ok.. malu malu ayu gitu.. huhu

Wednesday, January 19, 2011

Orang Kata Khurafat Best...

Rata rata cakap cite KHURAFAT nak terburai jantung. dupdapdupdap sepanjang masa. Malam ni cik nak QC.. betul ke terperanjat sangat cite tu. ke sekadar mitos.

Kepada kakak kakak adik abang yang kurang berperasaan seperti cik.. Marihhh! kita serang pawagam. sok kan cuti.. pedehall balik malam bertemankan pocong kannnnnnn

Muehehehehe

~ Rabu hari wayang.. :P

The Last Song atau P.S. I Love You.. Yang Mana Sesuai tuk Mula

Weh, sekali cite pasal anonymous tak habis lagi da. tak hagak hagak yang komen sume tak nak letak nama.suka ea nama anonymous.. Even nama Peah pun takmo letak ker.. Nak kena korang nie.

Anony anony sekelian.. kalau pun korang suka tengok cik yang kiut lagi miut nie. letak le nama. boleh cik ucap terima kasih sayang..

contoh terbaik si kura kura tu. even dia anony letak jugak nama. Hah, ada cik marah sape nak kutuk lemak lemak cik. tak de kan... cik baca komen dengan hati terbuka k. Kalau pun korang ni dikalangan kawan dunia realiti. Apesal taknak bagitau yang kau dah jumpa blog aku ha?..

Dehhhh...

Tutup jap bab Anony.

Sekarang cik tengah mood baca buku. Biar galak sikit mata yang sepet ni. biar power lense lagi naik. biar biar biar. Sedang bermoody menyahut saranan PM membaca sebulan sebuah buku. heh!

Antara



dan buku ni,


Dua dua dari novel ke filem.

The Last Song cite dia best tapi buku dia best ke? berjurai gak la airmata cik tengok filem ni.
P.S. I Love U tak berkesempatan tengok filem dia. tapi buku dia best tak baca..

Cik jarang baca novel omputeh, nak la jadi orang KL jap bila masuk LRT bukak buku international. Jadi bahasa yang digunakan dalam novel haruslah yang mudah difahami supaya cik tak bukak kamus tuk cari maksud. Malu weh baca novel siap ngan kamus2 sekali..

So, pe pendapat korang.

which one better for me to start my reading in english?
 or any other suggestion..

Hambek kau, kuar slang British terus

~Muehehehe

Tuesday, January 18, 2011

Masih Setia... Nak Sangat Setia Kannnn

Kelakar sungguh komen korang. serius senyuman pertama petang ni bila baca..

Anony tu ber dear dear tak membawa pape maksud pun. Hati ini tegar menyatakan dia tu Perempuan. Perempuan kannnn.. Anony? keluarlah dikau tunjuk siapa kamu. :))

Ni nak cerita komplen pasal novel nie,



~ AISYA SOFEA terpampang besar kat novel ni bermaksud dia jual nama tak jual cerita. Sebab bila novel baru keluar je for sure pengikut dia terus beli takyah baca sinopsis kat belakang. Sebab biasanya Novel dia tiptop menyelam jiwa baca..

~ MASIH SETIA, novel terbaru dia.. tak ter agak agak cik terus beli. susah tau cik nak beli novel. selalu pinjam kat library @ kawan.. muahehehe. tapi part Aisya Sofea wajib beli.

~ Bila baca dari mula sampai habis, CIS CIS CIS...

  - sebab separuh cerita ni lokasinya di Indonesia. Pe kes? guwe ngak selera bangat! eh...?

  - Mana feeling feeling cintan..mana?.. asyik asyik la cite keadaan selamatkan penduduk gempa bumi. Ni travelog ke novel cinta? penulis?..jawab?...

  - Ending tak dan dan nak habis. putus tunang pastu mintak maaf pastu dalam satu page boleh lak buat kenduri kawin, pi honeymoon kat Indonesia pastu mengandung. Ekspres sangat. Patut penulis bagi la dr Malik tu menyulam kasih. Motip? Memang nak cite pasal Indo je penulis nie....! weh, cik pun penah pi la...

  - Dalam semua Novel Aisya Sofea. dari tajuk JAUH sampai ini. MASIH SETIA paling mendukacitakan.. penulis.. dah takde idea ke ape? .. takde idea, pakat pakat tanya pembaca depa nak apa.

  - Bak sini RM19.90 cik.. rugi woo.. boleh makan tuk seminggu

bye