Showing posts with label kisah orang. Show all posts
Showing posts with label kisah orang. Show all posts

Saturday, September 29, 2012

Kampung Misteri

salam..

sepanjang bermastautin kat key ell ni kann. tempat paling seronok di duduki cik rasa wangsa maju. walaupun duduk rumah merpati tapi dekat dengan jusco. jalan kaki je. pi klinik belakang umah. salun. nak pi wangsa walk 5 minit naik kereta. sekarang ada pulak klfestival city. takat tengok wayang takyah masuk kl dah. sonok gila.

tapi apakan daya. sekarang cik dah pindah. nak duduk kawasan kampung pulak. rumah atas tanah. dengan syarat. pijak kaki atas tanah. nampak lalang lalang depan rumah. tak mahu lagi pijak kepala orang rumah bawah dan orang atas pijak kepala kita pulak. not nice tau.

sejak mendiami kampung ni. pelbagai perkara pelik terjadi di kampung ini. baru duduk 3 bulan makcik tuan rumah ni dah nak naikkan sewa. rumah sewa kiri kanan tak pulak sewa naik. dwngan alasan mereka rumah family. kami ni satu rumah 4 orang bekerja. pelik gila makcik ni. kami sewa satu rumah kot. bukan sewa bilik. takde takde. see agreement ea.

lepas tu. ada satu gerai kuih kat kampung ni. cik gelar gerai ni nasik lemak di persimpangan dilema sebab gerai makcik ni kat simpang tiga. makcik ni pun pelik. bila beli kuih kat situ 3 biji singgit. tapi bila tempah seratus kuih tu jatuh sebijik harga empat posen! apakah cara berniaga ini? pelik betul makcik makcik kampung ni.

kalau bulan tak puasa adalah tapak pasar malam. cik gelar pasar malam sekangkang kera. sampai nak singgah pun tak sampai hati sebab gerai yang ada 4 je. sorang jual ayam, laksa, Kuoytiaw, apa tah satu lagi. tapi tatap mendapat sambutan. ramai berduyun duyun beli. apa tah yang orang kampung hurung sangat tah.

bila datang bulan puasa. bazar ramadhan dia juga sekangkang kera. tapi boleh lagi la nakmembeli. tapi.masalahnya. orang kampung sini suke beli tanpa turun dari kereta atau motor. apalah pemalas cara ini. si pejalan kaki serius bahaya nak membeli
kebangkalian untuk kaki dilenyek amat tinggi. fuyoooo.

walaupun kampung ini pelik dimata cik. cik akan bertahan selagi mampu. payah betul bila hati kat kl yapi jiwa sangat kekampungan. macam mengada kannnn. ok lah nak sambung kerja
 kau kerja hati sabtu.. hade!...

Wednesday, September 14, 2011

Manusia Yang Punya Idea 5

Cik rindu sangat ayat pujangga dari dia. Susah nak online hari hari sekarang ni.

Adakah korang pun rindu dia?

updated story bout him,

Setelah menerima khidmat pesanan ringkas bergambar orang yang tersayang sedang bibir ke bibir bersama lelaki yang lebih sasa , hati kecewa lagi untuk kali yang ke 14. Menghisap rokok berkotak-kotak bukan penyelesaian. Memaki hamun sesama sendiri tidak memulihkan keadaan. Air mahal dan daun khayal hanya bentuk pelupaan yang seketika. Hanya Coke dan Dunhill 20 yang akan menjadi lagenda bulan Aug ini, peneman setia.

Maaf kepada rakan2 n sahabat2, +++ muncul seperti biskut... 

Penantian ni mmg membosankan... .
Teh O ais laici 3 gelas bersamaan RM12 di Jumma Setiawangsa. Patutla perompak target mamak sekarang.

"Sila jelaskan pembayaran ansuran bulanan kereta anda dgn segera, jika gagal pihak kami akan dtg ke rumah, sila sediakan kuih raya" - unknown.
If Cinderella's glass shoe fit perfectly then why did it fall offin the 1st place?

kalau kedai mamak ada pengawal keselamatan, agak² berapa pulak harga teh o ais laici?
"Worrying does not take away tomorrow's troubles, it takes away today's peace.

MEETING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!pergh, Coz I’m living on the jet plane Don’t know when ill be back again
Masih kah ada cinta di hatimu... ... 

 AKu kan pergi jauh Bawa cintaku Tanpa hadirmu disisiku AKu berharap bintang Datang temani langkahku Dalam sepi
 Menyendiri lagi..

usah terlalu melayan perasaan my dear.. 
eh?!..haha

Thursday, August 25, 2011

Cantik Tak Kekal





Basic Information
Location
About
Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri (Rara Zikry)
Description
On 19th of March 2010, Zarith Nadhira went into coma for 2 months due to a mild asthma. Initially she was admitted at Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam, subsequently referred to Subang Jaya Medical Centre, was admitted in ICU. Alhamdulillah she woke up from coma but was unable to speak or communicate with her parents, relatives & friends. She needs to be fed through a tube at her lower abdomen. Her hands & legs were stiff until today and she needs further medical treatment from specialists at University Hospital. Her diagnosis is Hypoxic Ischaemic Encephalopathy, in simple explanation : brain injury due to lack of oxygen because she had difficulty breathing. Hospital cost for the treatment at Subang Jaya Medical Centre came about RM80,000.00 not to include the cost at DEMC and later some other cost incurred at Sunway Hospital. This time her follow up treatment at Hospital University require intrathecal medications for her spastic episodes which would involve

1) EDM Lumber Drainage Kit, Qty 1 costing RM900.00 per unit
2) IT Baclofen test doses 1ml/vial (50mcg/ml) Qty 3 costing RM115.00 per unit
3)Intrathecal Drug Delivery Package
i.e Synchromed Programmable Pump, Two piece catheter kit, Tunnel rod Qty 1 costing RM45,000.00
4)IT Baclofen 20ml/vial (500mcg/ml) Qty 1-2 vials /mth costing RM670 per unit

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=108784762554993&set=a.108783975888405.10319.108780165888786&type=1

www.medtronic.com/health-consumers/severe-spasticity/therapy/what-is-it/index.htm

This time the cost would be about RM47,000.00 excluding hospital fees.
The treatment were so costly as such we hope donations from you will lighten the burden that Nadhira's parent had to bear. Thank you for your kind donations and may Allah bless you.

Maybank Account Details
Account Holder Name: Zarina Binti Amir
Account Number: 112183147486
SWIFT CODE MBBEMYKL

Please contact Zarina Amir (Nadhira’s mother) @ 012-3603509 or email zarinazikry@gmail.com for further infos.

Much love,
Mediha Omar
(Nadhira's cousin)


dicilok dari FB. boleh search kalau nak tau lagi lanjut

~ BANTU KERANA DIA.. DAN BUKAN KERANA KECANTIKAN DUA YANG DULU..

SELAMAT BERAMAL




Isteri Ulat Gonggok


Sejujurnya, Cik suka pi keje naik Lrt. Pun orang kata 'sanggup ek bersesak sesak?'. Tapi tak rasa pun bersesak. Bukan cik naik komuter. Dapat hidu bau bangla.Ini Naik Putra. Ramai orang malaysia. Pun kalau ada foreigner, yang nak turun kat KLCC je.

Kelebihan naik lrt. Bestnya kau boleh duduk dan dapat tidur selelap dua. Kalau kau drive letih2 boleh lelap barang sesaat dua? tak kann. Lrt ni Balik keje on time. Pukul 6 sharp kau boleh bukak tombol pintu rumah. Kalau perjalanan kau selama 10 kilometer. Kau sure sampai dalam range waktu yg ditetapkan.No jam, Sangat best!

Lagi satu, bila kau stress2 lepas keje. Kau boleh telek satu satu perangai orang. Best woo. Satu hiburan dalaman. hahaha. 

Lepas entry pempuan-kebaya-singkat apa kau rasa? ada tak remind kat diri sendiri? Ke cik ni tak layak nasihat sebab tak bertudung.. hmm, (malas nak kupas isu ni. nanti ada yang melenting). Dan semalam satu lagi adegan yang unik dan rasa nak share ngan korang. tambah tambah lagi yang dah kawen tu. (kau takyah tazkirah cik 'eeh, ini dah jatuh hukum mengumpat.bulan pose kot!'). ok bulan puasa. so?.. 

Semalam balik keje cik naik lrt 4 koc. tang hujung2 koc ni tak ramai orang. possible tuk dapat duduk adalah tinggi. dan bila duduk pun, takde orang berdiri depan kau dan menghalang pandangan. Ada sepasang suami istri ni (bajet suami istri la sebab pempuan tu mengandung). Duduk sambil bininya kepit lengan laki tak lepas. Laki dia steady je. duduk statik n tegak. Bini dia...!!  menggeletis tak dok diam macam pangai budak 3 tahun. Kau boleh imagine? 

Jap jap kang main pipi laki dia, jap jap kang usik hidung, jap jap kang lentok muka kat bahu laki dia. jap jap kang laga idung sendiri kat laki..jap jap kang kuar suara manja yang cik 2 3 depa ni jelas dengar pe dia cakap. Apa tu!.. pembawakan budak?!

ouw, lupa kau da kawin. semua perlakuan itu halal pe. Even in public pun tak salah. Orang keliling akan paham punya...hek!?

Iyea, halal. tapi kenapa dari pandangan mata cik pempuan ni pelik? yes. kalau couple yang hangat bercinta tu kepit2 berperilaku seperti suami isteri in public lagi haram. dan lagi nampak janggal dimata masyarakat dan agama. Tapi tak pelik la diorang, sebab diorang belum boleh tinggal satu rumah. 

Ni, yang dah kawen ni. Motip kau menunjukkan keintiman depan public? kau tak boleh bermanja manjaan kat rumah ke. ok la, kot ko tumpang rumah makpak kau. buat la dalam bilik. Ke kau berkongsi bilik dengan roomate lain? takde privacy jugek... Ok la, kalau sangap sangat. tunggu dalam keta berdua duaan la nak intim pun. jadi berasaskan lokasi dan keadaan, Terdapat kekonfiusan disitu. 

Dan semalam, takde apa nak tengok so, cik perhati je la gelagat bini pelik ni. Yang laki dia keras macam batu terperasan pandangan tak lepas cik kat bini dia. Dia dah jadi serba salah. Dia paling tengok kat tingkap lain pulak. Dalam hati mesti tak selesa tu. Cik kalau berada ditempat laki tu. Sure rimas. Bini macam ulat gonggok. melingkar lingkar mintak dibelai. Bertuah pempuan tu dapat laki penyabar dan tak segan dek perangai istri.

To those out there. i know u all dah kawin. Rasa disayangi. Ingin dibelai dan dah ada tempat berlindung. But the thing is.. Berfikiran waras dan matang bila berduaan di tempat awam. :) 

~ Kesedaran sivik menjaga tatasusila dalam masyarakat tu tak diajar dalam buku teks. :)


Tuesday, August 23, 2011

Pempuan Kebaya Singkat


Eh, cik kann. Kalau tak membebel satu hari rasa jiwa ni jadi pekasam tau. Tak sempat nak update pagi tadi. Tapi takpelah, walaupun terlewat rasanya cite ni macam hot hot chicken chop lagi. Kot?!

Pagi tadi dalam nak pi keje.

Lokasi :dalam LRT (dari wangsa maju ke Pasar Seni)
Jam : 740am
Mangsa Kejian : Wanita berbaju kebaya

Dari station cik, ada tempat kosong. So cik duduk. Eh, jarang lah pagi pagi dapat duduk. Memang rezeki pucuk dicita ulam mendatang lah. Bila duduk tu, mata ni suka meliar tengok perut orang. Kot kot ada ibu mengandung ke. 1st priority kena kasi diorang duduk lah kann. Yang lain lain tu, kalau ada orang bawak anak kecik ke, pakcik makcik veteran yang tak larat ke..pun kena utamakan jugak.

Tapi ada jugak mamat mamat sial celaka yang duduk tu tak paham bahasa bila nampak wanita perut terjojol depan mata. Harem dia wat dunno. Tak dak telur agaknya? ke nak kena sunat lagi skali.. pastu ada jugak makcik makcik pelbagai bangsa yang tengah syok bersembang bila ibu mengandung berdiri depan mata, diorang buat buat tidur pulak. Konon tak perasan. Ha ini namanya perempuan zaman jepun tonggek. Takde sivik. Makcik Bengong!

ok berbalik pada kesah pagi tadi. Bila sampai setiawangsa je. Ada sorang wanita berdiri depan cik. Berkebaya singkat. Bercutting, Erk!.., chuby chubby lar (perkataan sedap dibaca)... Bila dia berpaut dalam tren. Haruslah pemegang tu kat atas kann. Bila lengan ke atas effect pada pakaian dia la. Senteng sikit (banyak) kebaya tu. Apakah yang cik nampak...jeng jeng jeng. Perut-berlemak-terjojol-sekitar-2-inci-tanpa-seurat-benang strait dari paras pandangan mata cik. Gilak!

Nauzubillah (berkata kata cik dalam hati). apakah yang kau nak tayang pempuan? perut flat kulit lembut seindah bayi?! hai la.. Dah ada depan mata kann. laki kata rezeki jangan ditolak. Sambil cik menyilangkan tangan sambil mata cik pandang pempuan tu atas bawah. Focus mata : perut dia.

Bentuk Badan? lebih kurang cik je. Perut terjojol itu pasti. Salute la kat dia berani pakai kebaya. kebaya yea puan puan. yang cangkuk 3 kali tu je. Bukan kebarung. kebarung lagi labuh dari kebaya. memandangkan tayangan free. cik perhati tak berkedip.

Maka timbul ketidaksenangan hati pempuan ini. sikit sikit dia tarik baju tu kebawah. Motip?..!

Adakah tarik baju itu dapat menutup perut kau yang berlemak?,atau adakah sign nak menunjukkan 'hey, jangan tengok perut aku lar!'..cik kurang pasti. Tapi lagi dia main tarik tarik lagi cik nak tengok reaksi dia. muehehe!

Dia tak senang hati, dipaling pulak badan ke kanan. so cik dapat tengok sisi dia je. Kat Station Dang wangi kot. Tren break rakus. pempuan ni hilang timbangan. Maka hampir hampir nak jatuh atas cik.

Dia kata sorry. Cik hanya mengukir senyuman. Tapi dalam hati kesian. Tah kebaya tahun bila lah tu dia pakai. Macam balut nangka satu hal. Perut terjojol ada hati pakai cutting seksi nih. Cik rasa dia menahan nafas sampai balik keje tu. tak ke seksa namanya.

Dah kau tak selesa, sarung je la baju lain. Bulan bulan pose ni saje je bagi pose cik nipis. Haish!..

~mood : kesian, annoying, pengajaran tuk diri sendiri.

ok chow



Friday, August 19, 2011

Manusia Yang Punya Idea 4


Ramai dah salah faham ni. Cik takde niat nak takel Mat Admire lar.

Cumanya cik kagum masih ada lelaki zaman sekarang yang punya idea unik dan setiap kata kata dia buat kita berfikir. Cara dia meluahkan tu tak emosional dan bukan bersifat sinis-yang-poyo. Setiap ayat dia sampai di hati pembaca. dia meletakkan perbandingan KEHIDUPAN dengan BENDA untuk memudahkan pembaca paham. U get what i meant? tak pe la, kau tak paham pun. Yang penting cik jumpa sesuatu dalam diri dia.

Kreatif, original...

Updated, cik ada berhubung dengan dia. Bagitahu yang cik suka baca setiap status dia. Dan dia sangat merendah diri orang nya. So, tak salah la cik copy paste ayat dia kat sini. Cumanya dia taktau cik ada blog la. Nak mampos! hehehe


Aku mana ada kisah kene tipu... .tapi kali ni aku kene tipu,ada terasa sikit lah... piuh!!(meludah cara abg Dil long)



Mata kuyu memandang keyboard komputer pejabat, kadang-kadang terbayang jua teh o ais limau ikat tepi berserta jagung bakar yang memanggil-manggil. 
Tap! Ada titisan cecair di keyboard.


We still go on searchin' for each other Knowing that hate is wrong and love is right for us tonight.


Dont u ever look down on ppl... Klu tak nk,just go away... tak lah menyusahkan org, menyakitkan hati org..Nothing to lose right... Aku bukan tipikal melayu seperti engkau.


Hantu dan org Melayu mmg tak dpt dipisahkan, bkn aku tak percaya tp jika makhluk itu yg boleh membuatkan kita lemah, aku rasa mungkin aku telah otw to kekufuran. Mungkin juga sbb aku dilahirkan di kampung, rasa seram atau takutkan hantu sangat minimal. Di kampung dulu aku pernah bertaruh dgn kwn², petik bunga di atas kubur pada pukul 4 pagi. Ya kami semua berjaya melakukanya secara bergilir²


 Pagi tadi aku terlibat dengan kemalangan kecil. Aku ketuk cermin kereta perempuan terbabit. Dia pelan² turunkan cermin tingkap. Mata terkebil². "You kalau mahu mati,pergi mati sorang-sorang. Saya mahu hidup lama lagi, awek pun belum ada lagi... ... .F**kkk!!!!" sambil angkat jari telunjuk. Kelam kabut punya hal sampai lupa salah jari.


Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan, orang selalu cakap. Kita dengar dan kena percaya. Mungkin cepat atau lambat ianya tetap akan hadir. Kerana manusia dijadikan berpasangan. Gay tu kita kira lain. Pengkid pun. Kalau ada orang cakap "weh kahwin la cepat" tu maknanya sama macam " weh belila Kasut Reebook ni cepat" kan senang.





~ part jodoh ni, kami ada bincang personally sebelum status ni ditulis. Tiba tiba hati ada bunga bunga. Tapi sikit je la.. :P

Mat Admire, plis plis plis kerah idea mu lagi :) i'll be waiting..

Thursday, August 18, 2011

Manusia Yang Punya Idea 3


Memandangkan Cik tak berapa sempat kerah idea tika dan saat ini. Mari kita layan kata kata pujangga dari Mamat Admire ni. :)

Rupanya dia ni punya peminat.. heh!

Dengar akak² ni berborak " Bapak saudara aku kerja kat Dubai sekrg" Dubai? Negara apa tu? ' Ala Dubai, negara India lah. Oh -_-"


"Kalau lelaki handsome bersedih hati Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on. Kalau lelaki tak handsome bersedih hati Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?"



Semalam, tengah sedap-sedap tambah rakan tiba-tiba mak aku muncul dari belakang, 
"hah mana kau punya girlpren aku nak tengok" Kus semangat, aku urut-urut dada bidang. Cepat-cepat aku google "Lisa Surihani". 



Harapannya aku akan terserempak di perpustakaan sambil aku terlanggar bahu calon isteri/jodoh aku tu, dan buku bersepah dilantai. Aku kutip. Bertukar nama, nombor telefon. Bercinta sakan. Kalaulah jodoh aku semudah itu?. Tapi itulah belum berlaku lagi di alam nyata.


Mencari rakan bersenam adalah nombor dua paling susah selepas mengajak teman ke surau. Bersenam di tempat yang banyak lampu nampaknya sudah tidak berkesan, caj masuk berserta minuman sudah melebihi gaji harian.


Kadang-kadang kita rasa kita sudah cukup tua dalam sesuatu usia, kita sudah terlalu urban dalam sesuatu perkara. Tapi hakikatnya kita ketinggalan dalam ruang yang kita ciptakan sendiri.


Weh malam ni lepak RHB jom" Aku dah pelik, orang kat sini punya style memang suka lepak bank ke malam²?. Aku tanya diri sendiri dalam hati. Malam tu aku pusing² cari RHB tak jumpa². Lalu aku sms kawan aku tu. "Weh aku jumpa maybank je ni ha, mana ada bank lain dah area sini." Kawan aku tu reply. "Apa kau mengarut ni setan, sape nak lepak bank pulak ni. Ni ha datang kat Restoran Hajris Bistro ni, aku meja belah kiri cashier"


Cinta agung kita tak semestinya bersatu


Meluahkan hasrat hati secara berdepan bukanlah lumrahnya seorang aku. Walaupun aku tahu cinta itu hadir apabila nafas terasa tersekat di rongga, jantung berdebar tak selari, senyuman seorang diri yang tak pernah putus, pipi yang sedikit kemerahan. Semua itu hanya mampu dipendam. Sedih. Makan dalam.


Kini aku sudah besar yang selayaknya menjadi ayah. Betapa aku mengerti pengorbanan seorang ibu yang begitu bersusah payah. Pengalaman adalah guru kehidupan. Mak adalah guru terbaik sebuah kehidupan.



What up, babe! 
Tetibe keluar subtitle: apa di atas, bayi! Apa kejadahnya DVD ni tulis sarikata. Dasar 5 ringgit. Walaupun tempat asal aku, Uganda tak menggunakan sangat bahasa antarabangsa ni, tapi ini sudah melampau.


Hari ini, hati aku rasa tak sedap rasa. Nervous lain macam. Macam ada yang tak kena. Duduk rasa menggil, berdiri macam nak koma. Berpeluh menitik nitik. Nak genggam penumbuk pun rasa tak larat.




Sorry Mat Admire, saya selalu copy ayat awak.. :)

~ Cik bajet dia ni tengah kerah otak pilih calon menantu mak dia lar.. hmmm,


Tuesday, August 16, 2011

Manusia Yang Punya Idea 2

Another status dia yang buat cik terfikir hmm hm dan hmmm ~~


Jangan nilaikan aku pada apa yang aku tulis. Aku mahu keriangan yang aku rasa, juga dirasai oleh orang lain.Bagilah aku ruang dan kita gembira sama-sama, bukan aku tempat melepas rasa sedih.


Yang Membezakan Kau dan Aku Hanyalah Nasib dan Masa.


Sendiri, seorang, kita cuba untuk jadi lebih kreatif dan tak menyusahkan orang lain, itu penting.


Scene mengurat "hye Assalamualaikum, tak jawab berdosa" telah semakin pupus, kemunculan internet dapat merancakkan lagi pencarian jodoh secara tersembunyi. Memudahkan juga golongan bercermin mata dan berambut sikat tepi (aku rambut cacak ok) menonjolkan diri.


Status nak marah nak maki, garang sgt org kita ni... .


Kawan datang dan pergi,kekasih pun. Yg kekal family.


Kawan gembira ramai, kawan sedih google pun belum tentu jumpa sorang.


Cinta tu bagi aku benda yang paling mengasyikkan dan menyakitkan. Satu kombinasi padu pada tusukkan hati. Em em. Tak jadi, nanti aku jadi sedih, resdung makin bertambah. Jerawat makin liar membuka franchise.


Gembira kadang- kadang hadir tanpa pakej pasangan



Ada juga Melayu lain yang cakap, kau resign jelah senang. Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan kau yang manusia ni. Aku tarik nafas dalam-dalam sambil reply, ulat dalam batu mana boleh hidup? Batu Caves? Batu Pahat? Batu Nisan?. Cuba tunjuk mai... . 
Sambil patahkan pen dan berlalu pergi...


Nasi kerabu ayam goreng semata RM6.70. Aku bukan kerja kerajaan, tak dapat pun bonus setengah bulan gajinya pun. Kenapa makcik?


"Don't call me Encik, call me Dato' please". Wak lu, lu mati mana ada Marabukha Dato' Hamid!!!



~ Dia ada sesuatu yang cik cari :) hmm,

"Mysterious man, i admire u"

Friday, August 12, 2011

Sisi Hitam Bazar Ramadhan


Hari tu tengok 360 kat tv3. Dia kata makanan yang dibuang ke tong sampah adalah 20 peratus meningkat dari bulan bulan lain. nak nak lagi restoren yang menyediakan buffet dan Basar Ramadhan dan makhluk2 kat rumah.

Maksudnya, Malaysia kaya dengan makanan. Rakyat Malaysia ni pencinta makanan dan kuat nafsu tapi makan secubit je. Bukan setan kena ikat ke. Kenapa manusia mengikut nafsu nih?

Ada wartawan temuramah pembeli kat bazar. Ada kata belanja sehari RM40. Gilo ke hape. Kau makan apa sampai 40 ringgit. itu sehari. Kalau sebulan, kau peruntukkan RM1200 untuk beli makanan kat bazar yang belum tentu sedap dan bersih lagi. Baik hari hari kau bukak pose kat hotel. Lagi sedap, lagi bersih, lagi banyak pilihan.

Minggu lepas cite 360 jugak. Dia tayang peniaga air kat bazar. tukang niaga kata guna air RO (air dah ditapis ek?, macam mineral water tu ek?).. persoalannya: IYEKE? tapi kenapa kepala cik kata kau guna air paip je.. Serius weh. Cik tak lalu langsung tengok air kat bazar tu. Walau pun bermacam macam kaler dan perisa. Tah apa dia letak tah dalam tu. Terjamin ke kebersihan dia tu. Kau ada beli?

Pasal air tebu. Kalau kat kampung, ayah cik pi beli sendiri tebu kat kebun orang. pastu bawak pi bazar suh member dia mesinkan. Pastu bawak balik umah siap tapis bagai lagi sebelum minum. Air tebu tu cik minum. Sebab kami anak beranak tau asal usul tebu tu. Sama jugak dengan soya. Kalau nak minum ayah cik buatkan. Kasi masak sendiri baru puas hati.

Tapi air tebu kat bazar ni kau tau ke tebu tu dia ambik kat mana, di simpan di mana, basuh ke tidak.. Ntah ntah simpan kat stor yang banyak tikus. Tikus kencing kat akar dia. Pastu orang niaga tu mesin pastu bagi kau minum.. berbaloi ke kau spent 3-5 ringgit semata mata air tebu Key Ell...?!

Kau tak ingat ke kes Din beramboi. kena virus kencing tikus. Kau jangan main main. 

Kat KL ni cik tengok kuih muih dia buat tak semunggah lah. Rasanya kuih kat kampung lagi sedap kot. Ada tu nak improvise tapi tah jadi kuih ape je tengok. Kalau kau jenis particular dan perfectionist tentang makanan. Cik confirm kau takkan beli punya.

Lauk? lagi lah.. kau tak pikir ke yang lauk lauk tu kalau semalam punya tak habis dia perhangat tuk jual hari ni? Kau tak pikir ke lauk lauk tu terdedah dek  lalat langau hinggap. Si peniaga buat derk je. Takde tenaga ek jual bulan bulan puasa. sampai nak kibas lalat pun tak larat. Dan kau tak pikir ke yang dia masak pagi pagi buta kasi kau makan untuk jam 730 malam. Apakah itu fresh namanya?.. fikirkan.. ke kau tak kisah

Suratkhabar bila tah cik baca. Satu famili keracunan makanan setelah berbuka dengan makanan di bazar Ramadan. Satu famili masuk ward. Lagi menyedihkan anak dia usia 6 tahun, Mati mata terbeliak dan mulut berbuih kat toilet sejam selepas makan. Ayah dia kata dengar bunyi anak dia macam lembu kena sembelih. Bila wartawan tanya, nak saman ke peniaga tu? ayahnye kata TIDAK. Kalau cik, cik saman. Bawak kes ketengah dan bukak kan mata peniaga peniaga lain.

Inilah jadinya bila peniaga amatur lagak professional di bulan Ramadhan. Orang berniaga kau nak rasa tempias nya jugak. Orang untung kau pun nak untung . Tapi buat tak semunggah. Ada tu sanggup ambil cuti tanpa gaji sebulan semata mata nak berniaga kat bazar. 

Hey, apekejadahnye semua ini..

Hanya orang yang pernah bisnes je tau sisi hitam orang berniaga..

Sebab tu cik cerewet.

OK CHOW




Wednesday, August 10, 2011

Manusia Yang Punya Idea


Cik suka baca benda benda yang tak terfikir dek akal ku. Kalau setakat ayat skema dan Quote biasa baik takyah up status. 

Ada sorang mamat ni cik admire dalam diam. Setiap bait bait yang dia tulis punya maksud tersirat. Dia punya idea, mudah diluahkan dan sampai ke hati pembaca. Dia up status ala ala facebook tu la..

Antara contoh dia up,

Kalau usia muda tp mempunyai perwatakkn yg mcm bagus... . What spec should we put?


Ada perempuan kau laju, takde perempuan kau lesu. Bila senang kau bisu, bila susah cari aku.


Kalau cakap aku manusia bijak, org ckp berlagak. Kalau cakap aku manusia bodoh, org ckp tak bersyukur dgn nikmat Tuhan.


Aku hari² pergi Masjid, tak kecoh pun. Stesen berikutnya Masjid jamek. Kerja area sini.


Aku sama sekali tak faham kenapa org tak suka pisang berbuah dua kali. Tak nak untung ke apa.


Bapak, klu anak gagal exam. "tgk cikgu kt sekolah tu bkn nak mengajar sgt". Bapak, klu anak dapat A exam " tgk keturunan kita mmg pandai²".


Aku kadang² tak paham dgn sesetengah perempuan, mungkin jgk lelaki yg buat tabiat mcm ni aku double tak faham... .. "I seganlah ank jumpa U skrg, I gemuk sikit, tunggu I kurus sikit kita jumpa k".Aku reply, Subhanallah.. 
"Eee i baru potong rambut taw, bodoh gila hairstylish tu potong rambut I, seganla I nak jumpa U, tunggu panjang sikit kita jumpa k?".Aku reply, tudung paling murah RM5 boleh dapat kan?


Aku takut pada pertemuan kerana aku dapat agak pengakhiran.


Sedih selalunya tak perlu ditunjuk, jadi aku lawan. Untuk kekal muda, aku gelak. Untuk nampak gagah aku ketawa.


Susah untuk menduga isi hati penghuninya. Sukar untuk meramal seseorang itu dari riak wajah. Berserban, berjanggut tak semestinya baik. Muka berparut, tangan bertatu rupanya kelakar. Badan sasa, perut six pack rupanya nyah. Tak siapa menduga, kita pun jadi keliru.


Aku hanya letakkan kepercayaan pada diri sendiri. Aku jadi skeptical untuk percaya pada seseorang. Dalam semua gerak langkah.


Kerajaan dapat RM500, nampaknya Sogo kembali rancak.


Bila dapat keje - aku punya experience dgn sijil byk sebab tulah senang dapat kerja. ... Bila tak dapat kerja - kau pass ke tak resume yg aku bagi kt ko tu?


 Too much ego will kill ur talent.




dan banyak lagi...


Cik suka idea dia... tak sabar nak baca What next... :)


Monday, July 18, 2011

Ok Weird


incik.. incik takdak ai-fon ka..

Kenapakah ipod kau buat telefon. Ini kalau makcik dari hulu naik lrt. Sah diorang cop kau gilak!.. pasai, lekat menatang gedabak tu kat telinga.

Ini kes serupa bila nak tangkap gambar. Ambik ipad tayang tinggi tinggi untuk snap gambar pemandangan. Dah serupa nak hantuk kepala orang.. Sangat kelakar wokeh teknologi sekarang..

Seumpama, teknologi membodohkan manusia.. hikhik

~my point of view je la.. pasai cik agak slow dalam Tech.. nak tgkp gmbr kena beli camera. nak cakap ngn fon kena beli henfon. Nak komputer kecik kena beli ipad.

Lain lain sila jangan men-weirdo-kan diri

Komplen Hot

Ini komen anony yang cik dapat Khamis lepas..

Helo makcik! Yg ko nak sebok gan student wic napa gk? Dorg nk nek lif dr tgkt 3 ke tgkt 4 sukahati dorg la. Dorg pn byr gk lif tu kn? Bkn makcik sorg je. Makcik, if dorg nk dressing cmna ke, nk bogel ke napa makcik nk kesah? Makcik tu perfect sgt ke?? N if male nurse sukahati dorg la k? Dorg pn wat Keja iklhs x Mcm makcik asyk mgutuk dorg je! Bkn makcik pn byr gaji dorg kn? I rase lbh bel makcik naik tgga je smp tgkt 15, bole gk slimkan bdn makcik tu. If mk ckp sal isu snsitif ati2 kit! Tgk prasaan owg! Makcik nk juge ke kena kutuk???? Thks upload photo wic, popular gk dorg :)
By Anonymous on Kisah Budak Budak Nurse on 7/14/11


Jumaatnya, cik terima ini pulak


Tq
By Anonymous on Kisah Budak Budak Nurse on 7/15/11

semua gara gara kisah-budak-budak-nurse yang cik buat pada tanggal 16 July 2010

Dik, 
dah setahun pun entry tu. kau tak nampak ke tarikh time kau klik entry cik tu. 

Lepas baca komen dia ni. Cik bajet dia salah sorang student nursing yang sayang sangat kolej ni. Itu bagus

Dan dia jugak yang menggunakan lif dari tingkat 4 turun ke tingkat 3 guna lift.

Dia jugak yang dressing bogel. beraksi lucah dalam lift.

Dia jugak yang bersepah dok kat tangga beromen romen. 

Tu pasal dia MARAH sangat. SEBAB DIA PUN BUAT... tu pasal dia terasa kannnn..?

Dik, kalau kau marah Ahkak.. Takdenye Kau seronok masuk blog ni dua kali. Apesal guna Anony.. Takut?! then kau tunggu cik komplen kau punya komen kannn

Yea, kau takut. Sebab kau golongan student yang cik ceritakan.

Terima kasih deer!


Tuesday, July 12, 2011

Padah Kasih Laki Orang




KUALA LUMPUR: Akibat menjalin cinta terlarang dengan suami orang sejak Mac lalu akhirnya membawa padah kepada seorang kerani wanita berasal dari Pulau Pinang apabila mendakwa kerugian RM35,000 selepas ditipu lelaki berkenaan.
Mangsa berusia 25 tahun dan bekerja di Brickfields, di sini, mendakwa berkenalan dengan lelaki terbabit dikenali sebagai Izwan secara tidak sengaja ketika dia makan di sebuah restoran makanan segera berhampiran tempat kerjanya.

Menurutnya, dalam pertemuan awal dengan lelaki itu
selama kira-kira 30 minit, Izwan yang berperwatakan menarik dan menepati ciri-ciri lelaki idamannya itu mengaku masih bujang, bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat kawalan keselamatan dan tinggal bersama keluarganya di Bandar Tun Razak, Cheras.

“Sikapnya yang begitu baik menyebabkan saya begitu mempercayainya hinggakan kami pernah terlanjur dan merancang untuk bertunang hujung tahun ini. Keadaan itu menyebabkan saya tidak pernah menyesal menyulam cinta bersamanya,” katanya ketika ditemui, di sini. Katanya, satu hari ketika keluar membeli-belah, lelaki itu memberitahu kereta digunakannya milik abang iparnya dan abang iparnya meminta segera memulangkan kenderaan berkenaan.

“Dia memberitahu tidak mampu membeli kenderaan sendiri akibat mempunyai pinjaman kad kredit.

“Saya yang begitu mempercayainya menawarkan untuk membeli kereta baru menggunakan slip gaji saya dan dalam tempoh seminggu sudah memiliki Perodua Myvi baru,” katanya.
Bagaimanapun, seminggu kemudian, dia menerima kejutan apabila seorang wanita menelefonnya memperkenalkan diri sebagai isteri kepada Izwan dan sedang hamil.

“Wanita itu memberi amaran dan melarang saya meneruskan perhubungan dengan suaminya kerana tidak mahu bermadu selain memberi ingatan supaya tidak terlalu mempercayai suaminya yang disifatkan ‘buaya darat’.
“Pada mulanya, saya kurang percaya dengan tuduhan wanita berkenaan, sebaliknya meminta pengesahan sendiri daripada Izwan. Apabila diajukan soalan bertubi-tubi, Izwan akhirnya mengaku dengan statusnya sebagai suami orang.

“Ketika itu, saya cukup kecewa tetapi apabila Izwan berjanji meminta keizinan isterinya untuk bermadu, saya hanya berdiam diri, malah tetap mempercayainya.

Perhubungan kami terus berjalan lancar hingga bulan lalu, malah dia juga sudah memakaikan saya sebentuk cincin sebagai tanda di depan ahli keluarganya di Bandar Tun Razak tanpa kehadiran isterinya yang ketika itu dikatakan masih tidak boleh menerima saya,” katanya.

Menurutnya, dia juga tidak kisah membayar wang ansuran bulanan kereta yang dibeli itu dan pada 25 Jun lalu, Izwan memaklumkan, syarikatnya menghantarnya berkursus di Taiwan hingga 1 Julai lalu dan dijangka pulang ke Malaysia pada 2 Julai.

Bagaimanapun, katanya, sehingga 5 Julai lalu, Izwan masih gagal dikesan, malah telefon bimbitnya juga dimatikan.

“Curiga dengan tindakannya, saya kemudian nekad pergi ke rumah keluarganya di Bandar Tun Razak, namun hampa apabila lelaki yang memperkenalkan diri sebagai abangnya mengaku yang dia hanya diminta berlakon di depan saya.

“Berdasarkan maklumat lelaki berkenaan, Izwan kini dipercayai sudah melarikan diri ke utara tanah air manakala isterinya berada di kampung kerana bersalin,” katanya.

Lebih mengecewakan, lelaki berkenaan memaklumkan kereta dibeli menggunakan namanya sudah dijual tanpa pengetahuan.

“Malah, saya gagal mengesan di mana kenderaan itu disembunyikan.

“Berikutan itu, saya sudah membuat aduan di Balai Polis Travers semalam (kelmarin) selepas menyedari tertipu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.



~Kalau cik kata dia ni hamba cinta, sebab cinta kau BODOH sekelip mata!..confirm minah yang terkena ni akan cakap 'kau tak rasa apa yang aku rasa. kau tak hadapi apa yang aku hadapi sekarang. Kalau kena batang hidung sendiri kau tau la langit tinggi rendah.'...


Masalahnye sekarang......! dah tau kau bercinta dengan LAKI ORANG lagi kau mau sambung hubungan tu kan. kenapa.. ? Lagi kau menggedik nak tunang kawin bagai. Kau tak rasa ke yang jantan ni tak mampu pun sara hidup kau akan datang.


Lepas tu, dia banyak pinjaman kredit? guna slip gaji kau beli kereta dia?.. kau hilang akal ke apa. Kau bagi kereta kat stranger yang belum tentu pun dia nak kawin dengan kau. Bayarkan kereta tiap tiap bulan. Apa ke bangang jenis spesis perempuan kau nie. Tu la, akal ada taknak guna. Patutnya kau korek harta dia. Bukan dia korek harta kau.


Ni mesti kes perempuan tak pernah bercinta. Umor 25 then cuak sebab tak berlaki. Lepas tu bila jumpa sorang laki layan romantik, dia tak penah rasa belaian lelaki then start dalam hati ada taman. Siap terlanjur bagai. Lepas tu sebab cinta sanggup buat apa saja. Apesal? hansem sangat ke laki tu? bak sini telek sikit muka dia.


Hai la perempuan..kalau pun kau desperate.. kalau pun kau cuak takde laki.. plis plis plis berfikir secara waras. Sayang tu sayang jugak.. HARTA DUIT MARUAH sendiri tu jaga... Dari kena tipu macam ni lagi elok ko single. dan bila jantan sial ni hilangkan diri baru la kau nak cuak bagai kannn... TERLAMBAT wokeh!..


cik nak gelak..nak kesian sebenarnye..tapi nak ketawa jugak dengan kebodohan perempuan ini.


Silalah belajar dari kesilapan perempuan ini




Friday, July 8, 2011

Nyah


Tadi pi TBS - Terminal Bersepadu Selatan. First time datang sini. Kalau tak mengenangkan kena teman kawan cik beli tiket rasanya tak jejak kot pi sini. Eh, apesal ek terminal bas menghala ke selatan gabak besar  gini. Puduraya pun tak sebesar nie. Nampak berlaku membazirkan duit rakyat. Even LCCT pun kau tak buat besar besar macam ni kann.. Siapa yang buat terminal canggih tapi takde orang ni weh. Adakah Suara rakyat tidak diambil peduli?..

On the way balik tadi dalam tren ada 2 Nyah dok sebelah cik. Sorang sana sorang sini. Bersembang bahasa Sarawak kuat yang amat. Yang sorang tu berbaju merah, berlegging hitam, berisi, berambut panjang. Yang sorang lagi berskirt singkat, berbaju ketat, kering, berambut curly, dan berspentot merah. Weh, kau kan bajet perempuan. Apesal kau duduk tak kepit. Nampak isi dalam kaler merah.. Kau suke kaler merah macam cik jugak ekkkkk.

Spesis dua alam nie selalunya memiliki badan solid, berbuah dada, kulit cantik, mekap 3 inci, lagi lemah lembik dari perempuan. Cik kalau nampak diorang tak akan terlepas perhati lagak diorang. Dia suka insan normal pandang pandang. bajet hot la tu. Tapi serius cik puji cara diorang menjaga kecantikan. Sanggup ikat perut tuk beli pil pil hormon. Sanggup pakai heel jalan terhencot hencot semata tampak jelita.

Tapi slacknya, kenapa kau tak bedah peti suara ha.. Hadoi mak ai, suara garau gila. terus hancur appearance yang lemah gemalai tu. Apesal kau tak kepit je suara tu 24 jam.. praktis make perfect u know.

Pendapat cik, spesis dua alam ni tak effect dalam kehidupan kita. Sebab dia trang tang tang menunjukkan personaliti sebenar. So kita yang normal ni mintak dijauhkan tuk rapat dengan mereka. Lagipun mereka hidup berkumpulan kann. Unless la kalau kau pengkid or gay yang terpikat dengan kejelitaan palsu diorang.

Pada cik, gay yang appearance normal seorang lelaki sejati tu yang BAHAYA. Gaya seorang jejaka melayu terakhir tapi dalam dia... adeh, plis jangan dekati guwe..

~ Ya Allah, kau tegarkan lah hatiku menjadi seorang wanita :D



Monday, July 4, 2011

Si Bedah yang Perasan


Sakit badan adoi kot iye pun...

takde mood pi keje. Badan bertahan dari demam.. Cepat la hilang anasir anasir lemah gemalai nieh.

Tak daya ku menahannya.. ececeh!!

Cik penat gara gara Sabtu lepas organize event nie.. letih. Tournament bowling je kot tapi penat dia macam buat kenduri kawen. adoiyai!


Kan haritu cakap nightmare dengan baju kann.. memang pun.. baju ni lah buat cik fobia menanti hari kejadian. takut tak muat punya pasal.. Tapi Alhamdulillah.. muat je.. emo perempuan je terlebih. Padahal ok bila sarung..


Alamak, takde pulak gambar sorang.. boleh la tayang gambar ni pun. Kau tengok badan cik camne . Ada gaya gaya tahan nafas tak. tu perut terjojol isi lemak tuh.. Adeh.. Lengan.. hm toksah cakap la.. dah serupa incredible hulk.. kaler green lagi..

Event ni ada member yang datang dari pelusuk negara even singapore pun sanggup turun KL. Ada member baru n lama. Ada down to earth ada poyo nak mamps.. huh, manusia..

Kau nak dengar cerita lawak tak. Ini tahap dewa punya kelakar. Cik dengan kawan cik handle meja hadiah. Tengah dok semak semak barang ada 2 perempuan ni datang tengok trofi. Minah sorang ni ada sponsor untuk Anugerah Juara Longkang. So Dia nak tunjuk kat member yang sorang lagi ni trofi mana yang dia sponsor tu..

Pastu dia tuju kat cik

Bedah : sape ek (sambil hulur tangan nak salam)

Cik : Cik xxx

Bedah : ouw.. kenal tak ni sape (tayang jari kat muka sendiri)

Cik : (kerut kening) sapeee ek?

Bedah : La, bedahhhh (bukan nama sebenar) la. Tak kenal ker? yea la.. kita tak fames kat dalam tu kann.. orang dah tak kenal kita lagi dah.. zaman kita dah berakhir kot ( intonasi gedik sambil bercakap sesama sendiri dengan member dia)

Cik dengan member sorang lagi (comittee) berpandangan kepelikan.

Hallo perempuan. kau tuju kat aku tanye nama and perkenalkan diri bajet orang kenal kau lar?! Motip kau berbuat demikian?

Be realistic girl. Ini hanyalah laman sosial. Jangan ingat semua orang kenal kau. Even kau berpengaruh sekalipun dalam laman sosial tu tak bermakna kau perlu berlagak Semua-Orang-Kenal-Aku-Punyer... jawapan cik AKU TAK KENAL KAU? kau malu tak!

Perlu ke aku kenal kau. Kadang kadang artis pun aku tak kenal ini pulak kau yang nobody. Harap umor je lanjut tapi fikiran tak matang matang. Tapi Do i care orang tak kenal cik? no.. kalau tak kenal cik perkenalkan la diri. Perlu ke kita suruh orang tu teka kita ni siapa.. eh hello, im famous u know!... camtu ke ek!

Serius kalau cik ditempat Bedah sekarang. Pipi cik akan merah sebab cik tak fames dah..

gilak. Fames memes ni dapat duit ke wei. Jalan pun gaya seorang artis. Padahal Whatthehell. Kau kat internet tu letak gambar profile muka pun tak clear lepastu suruh orang teka nama kau. Dah la nama bukan nama dalam IC. so perlu ke aku kenal kau. TIADA KEPENTINGAN.

jadi to those yang blog foya foya fames tu kat luar jangan perasan diva yang ramai kenal kau. Sebab hakikatnya orang tak peduli pun kau siapa..

Grow up la dalam pemikiran.. (ini nak tuju kat Bedah)


Friday, July 1, 2011

Hai la Jimmy Shanley


Satu Malaysia heboh pasal dia nie. Dari tunang gah macam kahwin, Nikah besar besaran, kecoh rumah tangga bergolak, sampai anak lahir pun ada isu nak ditimbulkan. Hari ni pulak kat Kosmo ada cite pasal
DISINI Jimmy tidak akan ceraikan isteri


Pendapat cik la.. Mula mula tu cik bersimpati jugak la kat dia ni pasal ego seorang lelaki tercabar bila kahwin dengan anak orang kaya. Yea la, dia kan artis. Berapa sangat la gaji jadi pengacara tu nak dibandingkan dengan isteri dia yang dari kecik senang dapat duit. Pada cik masalah rumah tangga tu biasa la. Lagi pulak baru nak suaikan diri laki bini. Redah je la masalah tu.

Keluar paper, keluar tv, keluar blog.. Lama lama makin meluat bila dia expose sangat pasal masalah rumah tangga. Kau punya karier lintang pukang, kau punya gosip personal pulak melambak lambak. Lagi tak boleh blah bila konsert live akademi Fantasia pun kau nak jaja perihal diri. Apa masalah kau sebenarnye ni? kau pegi bagitau satu Malaysia yang wife kau begitu begini..

In the end, cik cop dia ni Lelaki manja. Sengaja meraih simpati orang yang dia tak salah. Lelaki budiman.. LELAKI LEMBIK!.. Nak bagi teladan kat semua orang yang hidup rumah tangga ni ada pasang surut KONON. Ha, then.. cerita A to Z kesah kau tu bagus lah buat sempadan tuk orang yang berkahwin. Macamkan kau sorang yang kawin kat Malaysia nie.

Adat la beb. Ini masalah biasa pada cik. Yang luar biasanya dia sendiri bukak pekung di dada masalah sendiri. Kau cerita kat orang tu apesal. Motip? Menagih Simpati?..

Serius menyampah. karier tu hebat sama naik dengan gosip takpe jugak. macam Jozan ke Nabil ke Fasha Sendat ke. At least diorang built karier. Kau apa ada? sekadar mengacara yang kurang aura..

Grow up la!......artis malaysia

~ ha kan cik dah cite pasal artis..ah chai adoyai kot iye pun..

Friday, June 10, 2011

Waktu Muda Jangan La Wat Benda Pelik


Aritu Cik pi Jusco..
Macam la 1st time pi jusco kann!
Macam orang lain tak pernah jejak Jusco kann!
Statement.. hahaha

tengah tengah jalan menuju ke heaven..

Cik ternampak ini...

gambar agak blur..
Ini seorang lelaki belum akil baligh..
tapi dah sunat kot
budak tingkatan nie..


oo lupa, cuti sekolah..
waktu berjimba ek?

Apa yang pelik tentang budak nie?


tadaaa.. kasut power rangers
PINK
Ingat power rangers tak.. 5 hero colorful lawan raksasa 
kaler pink ngan kuning dalam dia perempuan kann?
budak ni mesti terjebak nih...tak syak lagi


hah, dekat lagi.. 
Ada tompokan hitam kat muncung depan kasut nie.
dik, Kau beli mana ek? akak nak satu.. kaler merah ada?

Budget stylo la tu?.. ke budget budget K-pop..?
Sedar lah dik, esok esok menjangkau 20an kau akan malu gila bila pikir zaman gonjeng kau dibodohkan dengan kasut ini.

Macam kita la dulu dulu... rambut kerinting mengerbang hantu kak limah budget cantek sangat dah!

Jalan paling selamat.. jangan ikut fesyen.. ikut la pada personaliti kau.. jangan ikut zaman.. nanti nampak saangaat buruk..

sebelum keluar rumah telek diri masing masing dulu k..

Untuk adik nie, sori akak snap snap.. toleh belakang jugak ek kau dengar bunyi kamera. 
Fon cik ni pun satu. Tak reti senyap time snap. Celah mana tah setting SOUND dia... 
Susah la jadi detective macam nie....


hikhik