Tuesday, August 23, 2011

Pempuan Kebaya Singkat


Eh, cik kann. Kalau tak membebel satu hari rasa jiwa ni jadi pekasam tau. Tak sempat nak update pagi tadi. Tapi takpelah, walaupun terlewat rasanya cite ni macam hot hot chicken chop lagi. Kot?!

Pagi tadi dalam nak pi keje.

Lokasi :dalam LRT (dari wangsa maju ke Pasar Seni)
Jam : 740am
Mangsa Kejian : Wanita berbaju kebaya

Dari station cik, ada tempat kosong. So cik duduk. Eh, jarang lah pagi pagi dapat duduk. Memang rezeki pucuk dicita ulam mendatang lah. Bila duduk tu, mata ni suka meliar tengok perut orang. Kot kot ada ibu mengandung ke. 1st priority kena kasi diorang duduk lah kann. Yang lain lain tu, kalau ada orang bawak anak kecik ke, pakcik makcik veteran yang tak larat ke..pun kena utamakan jugak.

Tapi ada jugak mamat mamat sial celaka yang duduk tu tak paham bahasa bila nampak wanita perut terjojol depan mata. Harem dia wat dunno. Tak dak telur agaknya? ke nak kena sunat lagi skali.. pastu ada jugak makcik makcik pelbagai bangsa yang tengah syok bersembang bila ibu mengandung berdiri depan mata, diorang buat buat tidur pulak. Konon tak perasan. Ha ini namanya perempuan zaman jepun tonggek. Takde sivik. Makcik Bengong!

ok berbalik pada kesah pagi tadi. Bila sampai setiawangsa je. Ada sorang wanita berdiri depan cik. Berkebaya singkat. Bercutting, Erk!.., chuby chubby lar (perkataan sedap dibaca)... Bila dia berpaut dalam tren. Haruslah pemegang tu kat atas kann. Bila lengan ke atas effect pada pakaian dia la. Senteng sikit (banyak) kebaya tu. Apakah yang cik nampak...jeng jeng jeng. Perut-berlemak-terjojol-sekitar-2-inci-tanpa-seurat-benang strait dari paras pandangan mata cik. Gilak!

Nauzubillah (berkata kata cik dalam hati). apakah yang kau nak tayang pempuan? perut flat kulit lembut seindah bayi?! hai la.. Dah ada depan mata kann. laki kata rezeki jangan ditolak. Sambil cik menyilangkan tangan sambil mata cik pandang pempuan tu atas bawah. Focus mata : perut dia.

Bentuk Badan? lebih kurang cik je. Perut terjojol itu pasti. Salute la kat dia berani pakai kebaya. kebaya yea puan puan. yang cangkuk 3 kali tu je. Bukan kebarung. kebarung lagi labuh dari kebaya. memandangkan tayangan free. cik perhati tak berkedip.

Maka timbul ketidaksenangan hati pempuan ini. sikit sikit dia tarik baju tu kebawah. Motip?..!

Adakah tarik baju itu dapat menutup perut kau yang berlemak?,atau adakah sign nak menunjukkan 'hey, jangan tengok perut aku lar!'..cik kurang pasti. Tapi lagi dia main tarik tarik lagi cik nak tengok reaksi dia. muehehe!

Dia tak senang hati, dipaling pulak badan ke kanan. so cik dapat tengok sisi dia je. Kat Station Dang wangi kot. Tren break rakus. pempuan ni hilang timbangan. Maka hampir hampir nak jatuh atas cik.

Dia kata sorry. Cik hanya mengukir senyuman. Tapi dalam hati kesian. Tah kebaya tahun bila lah tu dia pakai. Macam balut nangka satu hal. Perut terjojol ada hati pakai cutting seksi nih. Cik rasa dia menahan nafas sampai balik keje tu. tak ke seksa namanya.

Dah kau tak selesa, sarung je la baju lain. Bulan bulan pose ni saje je bagi pose cik nipis. Haish!..

~mood : kesian, annoying, pengajaran tuk diri sendiri.

ok chow



2 comments:

La dOLcE mEa_nAtt said...

ha ah la kan cik bulan2 pose ni ramai je kaum wanita yg pakai ketat ketut sabo je la....

Mimy Hamid said...

ko pose tak ni...hehehe kurang pahala...huhuuhhu...