Friday, August 12, 2011

Sisi Hitam Bazar Ramadhan


Hari tu tengok 360 kat tv3. Dia kata makanan yang dibuang ke tong sampah adalah 20 peratus meningkat dari bulan bulan lain. nak nak lagi restoren yang menyediakan buffet dan Basar Ramadhan dan makhluk2 kat rumah.

Maksudnya, Malaysia kaya dengan makanan. Rakyat Malaysia ni pencinta makanan dan kuat nafsu tapi makan secubit je. Bukan setan kena ikat ke. Kenapa manusia mengikut nafsu nih?

Ada wartawan temuramah pembeli kat bazar. Ada kata belanja sehari RM40. Gilo ke hape. Kau makan apa sampai 40 ringgit. itu sehari. Kalau sebulan, kau peruntukkan RM1200 untuk beli makanan kat bazar yang belum tentu sedap dan bersih lagi. Baik hari hari kau bukak pose kat hotel. Lagi sedap, lagi bersih, lagi banyak pilihan.

Minggu lepas cite 360 jugak. Dia tayang peniaga air kat bazar. tukang niaga kata guna air RO (air dah ditapis ek?, macam mineral water tu ek?).. persoalannya: IYEKE? tapi kenapa kepala cik kata kau guna air paip je.. Serius weh. Cik tak lalu langsung tengok air kat bazar tu. Walau pun bermacam macam kaler dan perisa. Tah apa dia letak tah dalam tu. Terjamin ke kebersihan dia tu. Kau ada beli?

Pasal air tebu. Kalau kat kampung, ayah cik pi beli sendiri tebu kat kebun orang. pastu bawak pi bazar suh member dia mesinkan. Pastu bawak balik umah siap tapis bagai lagi sebelum minum. Air tebu tu cik minum. Sebab kami anak beranak tau asal usul tebu tu. Sama jugak dengan soya. Kalau nak minum ayah cik buatkan. Kasi masak sendiri baru puas hati.

Tapi air tebu kat bazar ni kau tau ke tebu tu dia ambik kat mana, di simpan di mana, basuh ke tidak.. Ntah ntah simpan kat stor yang banyak tikus. Tikus kencing kat akar dia. Pastu orang niaga tu mesin pastu bagi kau minum.. berbaloi ke kau spent 3-5 ringgit semata mata air tebu Key Ell...?!

Kau tak ingat ke kes Din beramboi. kena virus kencing tikus. Kau jangan main main. 

Kat KL ni cik tengok kuih muih dia buat tak semunggah lah. Rasanya kuih kat kampung lagi sedap kot. Ada tu nak improvise tapi tah jadi kuih ape je tengok. Kalau kau jenis particular dan perfectionist tentang makanan. Cik confirm kau takkan beli punya.

Lauk? lagi lah.. kau tak pikir ke yang lauk lauk tu kalau semalam punya tak habis dia perhangat tuk jual hari ni? Kau tak pikir ke lauk lauk tu terdedah dek  lalat langau hinggap. Si peniaga buat derk je. Takde tenaga ek jual bulan bulan puasa. sampai nak kibas lalat pun tak larat. Dan kau tak pikir ke yang dia masak pagi pagi buta kasi kau makan untuk jam 730 malam. Apakah itu fresh namanya?.. fikirkan.. ke kau tak kisah

Suratkhabar bila tah cik baca. Satu famili keracunan makanan setelah berbuka dengan makanan di bazar Ramadan. Satu famili masuk ward. Lagi menyedihkan anak dia usia 6 tahun, Mati mata terbeliak dan mulut berbuih kat toilet sejam selepas makan. Ayah dia kata dengar bunyi anak dia macam lembu kena sembelih. Bila wartawan tanya, nak saman ke peniaga tu? ayahnye kata TIDAK. Kalau cik, cik saman. Bawak kes ketengah dan bukak kan mata peniaga peniaga lain.

Inilah jadinya bila peniaga amatur lagak professional di bulan Ramadhan. Orang berniaga kau nak rasa tempias nya jugak. Orang untung kau pun nak untung . Tapi buat tak semunggah. Ada tu sanggup ambil cuti tanpa gaji sebulan semata mata nak berniaga kat bazar. 

Hey, apekejadahnye semua ini..

Hanya orang yang pernah bisnes je tau sisi hitam orang berniaga..

Sebab tu cik cerewet.

OK CHOW




Wednesday, August 10, 2011

Manusia Yang Punya Idea


Cik suka baca benda benda yang tak terfikir dek akal ku. Kalau setakat ayat skema dan Quote biasa baik takyah up status. 

Ada sorang mamat ni cik admire dalam diam. Setiap bait bait yang dia tulis punya maksud tersirat. Dia punya idea, mudah diluahkan dan sampai ke hati pembaca. Dia up status ala ala facebook tu la..

Antara contoh dia up,

Kalau usia muda tp mempunyai perwatakkn yg mcm bagus... . What spec should we put?


Ada perempuan kau laju, takde perempuan kau lesu. Bila senang kau bisu, bila susah cari aku.


Kalau cakap aku manusia bijak, org ckp berlagak. Kalau cakap aku manusia bodoh, org ckp tak bersyukur dgn nikmat Tuhan.


Aku hari² pergi Masjid, tak kecoh pun. Stesen berikutnya Masjid jamek. Kerja area sini.


Aku sama sekali tak faham kenapa org tak suka pisang berbuah dua kali. Tak nak untung ke apa.


Bapak, klu anak gagal exam. "tgk cikgu kt sekolah tu bkn nak mengajar sgt". Bapak, klu anak dapat A exam " tgk keturunan kita mmg pandai²".


Aku kadang² tak paham dgn sesetengah perempuan, mungkin jgk lelaki yg buat tabiat mcm ni aku double tak faham... .. "I seganlah ank jumpa U skrg, I gemuk sikit, tunggu I kurus sikit kita jumpa k".Aku reply, Subhanallah.. 
"Eee i baru potong rambut taw, bodoh gila hairstylish tu potong rambut I, seganla I nak jumpa U, tunggu panjang sikit kita jumpa k?".Aku reply, tudung paling murah RM5 boleh dapat kan?


Aku takut pada pertemuan kerana aku dapat agak pengakhiran.


Sedih selalunya tak perlu ditunjuk, jadi aku lawan. Untuk kekal muda, aku gelak. Untuk nampak gagah aku ketawa.


Susah untuk menduga isi hati penghuninya. Sukar untuk meramal seseorang itu dari riak wajah. Berserban, berjanggut tak semestinya baik. Muka berparut, tangan bertatu rupanya kelakar. Badan sasa, perut six pack rupanya nyah. Tak siapa menduga, kita pun jadi keliru.


Aku hanya letakkan kepercayaan pada diri sendiri. Aku jadi skeptical untuk percaya pada seseorang. Dalam semua gerak langkah.


Kerajaan dapat RM500, nampaknya Sogo kembali rancak.


Bila dapat keje - aku punya experience dgn sijil byk sebab tulah senang dapat kerja. ... Bila tak dapat kerja - kau pass ke tak resume yg aku bagi kt ko tu?


 Too much ego will kill ur talent.




dan banyak lagi...


Cik suka idea dia... tak sabar nak baca What next... :)


How U Handle Stress


uish, sibuk betul minggu ni kat ofis. Kena ajar 2 staff baru. Nasib dapat pengganti sebelum cik blah. Kalau tak dapat, lepas raya terkial kial lah team leader cik. Kesian kat dia. Tak sampai hati betul tinggalkan dia dengan tak cukup staff.

Walaupun company ni ada buat taik sikit kat cik. Pun begitu. kita perlu berhati mulia di hari baik bulan baik ni. Ececehh!. Cik tak sampai hati pulangkan semula taik itu. Tak pe lah.. biar lah orang buat kita jangan kita buat orang. Kalau dah itu tertulis bukan rezeki cik. Fight lah camana pun hak kita. Akan tetap bukan menjadi hak kita. Cik redhoo kan aje. Tapi ia bakal menjadi pengalaman taik terhebat sepanjang berkhidmat di sini.

Bulan lepas ada orang tanya kat cik "how u handle stress?".. seriusly, 2 3 saat cik tak tau nak jawab apa. Setelah balik, tidur, berfikir, makan, berak, mandi.. baru cik fikirkan camne sebenarnye cik handle stress?



Benda ni kadang kita buat tanpa sedar. Bila stress cik akan nampak makanan. Sebab itu je yang mampu di lakukan. Amek, bukak mulut dan ngap..! Senang.. Tapi akibatnya badan mengembang ataupun time diet..badan takkan kempis. berat statik ke angka asal walau pun kau workout hardcore sekalipun.

Tapi kadang kalau ada duit lebih sikit. Bila sedih sedih tu. Pi jalan sorang sorang kat shopping mall. usha sana usha sini. rembat kain baju dua tiga pasang. Setel..! hakikatnya bila shopping time emosi.. sampai rumah bila test baju depan cermin.. nampak macam tak ngam pulak. Last last donate kepada orang yang lebih memerlukan. Jadi buang duit sendiri namanya tu.

Itu handle stress tak melibatkan orang lain tapi memusnahkan diri sendiri. Tapi kalau jenis yang memasukkan orang lain sebagai peng-HEAL stress.

Kalau tak puas hati dengan orang atau kita ni sebagai mangsa keadaan amat jarang untuk cik menangis. Kebanyakan feeling sedih tu di convert ke feeling MARAH. kalau menangis tu dah tahap kronik sangat lah tu. Kalau kat kampung. Mangsa dia adalah adik. Tak sependapat dengan Mak tapi tuju marah kat adik/anak buah. Owh, heaven wokeh dapat lepaskan marah tu. Tapi hakikatnya. Bila kepala kembali waras baru la rasa nak menyesal kannn. Jadi nasihat cik. Jangan la tuju stress kat orang yang tak sepatutnya. Kesian kat dia yang tak bersalah.

Itu dulu punya cerita. Ini kira hypothesis ke atas diri sendiri la. Setelah sedar diri ni. So camne nak handle stress sebenarnye.

Lebih baik diam dari berkata kata. Takut nanti terlepas cakap. Time stress tau je la ayat censor banyak keluar. Dalam pada diam tu. baik kita fikir camne nak setel masalah dari fikir camne boleh jadi masalah tu. Cepat setel cepat kau heal dari stress.

Tapi kann. sekarang ni. Cik ada buat sedikit perubahan untuk handle stress. Daripada kita meratapi menyesali stress tu. baik kita dengar LAGU (sepatutnya kau berzikir ke, dengar ayat Qur'an ke..lagi baik la kann..) Kita bukak lagu yang bermaksud. Macam cik, Cik layan Oldies song. Jadi kita dengar bait bait tu sambil hentak hentak sikit kepala. Confirm. Sedikit sebanyak melegakan hati.

Lepas tu kalau berhadapan dengan orang yang bagi kita stress tu. Bagi kuntuman senyum paling manis. Confirm. Dia pulak yang stress tengok kita tak berperasaan. Memandangkan dulu cik ni wanita berEmosional dan naik memek muka di wajah. Jadi perlu kurangkan stress stress itu dengan muka innocent girl. :) supaya melambatkan kedutan diwajah.. mau awet muda kan kan kannnn..

Muka time stress. Kedut, berminyak, Hidung kembang? (erk? ada ea..)

Ini lagi bagus. Daripada kau layan baca novel cinta (itu fantasi je semua tu. Manade semua cinta berakhir dengan happy ending..kau tak payah la percaya konon jalan hidup kau sama seperti telenovela. buang masa okay).. Baik kau layan buku MOTIVASI. ada jugak pekdahnya. Ataupun buku buku AGAMA. Ada jugak ilmunya. Dapat jugak membantu heal stress.

Jadi Berbalik kita kepada soalan 'How U handle Stress?' dan jawapan cik


"I will giving my smiles to people around me. 
So I can collect ion positive as much as i can to heal stress."

Adakah cik menjawab soalan?

Ok korang. Manage stress sebaiknya yea.








Tuesday, August 9, 2011

Gelaran Radio Dan Tv Kita


Ini gelaran yang boleh cik kasi kat radio/Tv kita


Lebih struggle daripada biasa

Radio tak hot lagi dah.. Deejay suka gelak purak purak. Makin ramai deejay makin buhsan. Seelan paul. kau kena ajar anak buah kau berlawak original. Jangan sendiri lawak bodo sendiri gelak..spoil


Radio poligami Malaysia

Boleh jugak digunakan untuk Radio MakJan/PakDude Malaysia. Walaupun lagu evergreen cik IN. tapi deejay2 dia fail. Yang boleh masuk pun dengan Abby Fana. Sebab ada jugak informasi dia nak kasi kat pendengar. 

segmen pagi tu.. telinga cik nak terkeluar gegendang telinga dengan Kak Engku jerit2. Boleh cakap tone suara molek sikit tak?..Topik, mostly pasal asam garam rumah tangga. To those peminat setia, hah.. korang ada masalah dalam kain boleh la kol radio ni.. Salih yaacob n Kak Engku boleh selesaikan masalah rumah tangga korang.

Hidup pasti Fail

Erk, sorry... tak layan. Walaupun Deejay kau sogok dengan Linda Onn dan Halim.. Kau tak berjaya menambat telinga ku. Sebab deejay kau dah expired.


To those yang suke lagu barat,
Kalau nak koya koya duk London sila bukak radio omputih. Kat situ kau akan banyak dengar lagu yang di tutt tut tutt banyak kali.. censored sangat ke lirik dia.. hehe


Tapi tuk TV,

Saluran cekik darah Malaysia

Walaupun harga pakej dia tak setimpal dengan cerita yang disogok. Tapi masih boleh bayar la bulan bulan. Kau nak semua channel mati la nak bayar. amek yang kau rasa nak tengok je.

Cik suka time Ramadhan ni dia bukak channel baru tuk orang melayu. Mostly Islam. Channel Ramadhan.

Cik suka jugak dah ada channel tuk budak budak sekolah. UPSR, PMR, SPM. Tak lah tengok tv cite tak semunggah je, at least berguna tuk exam nanti... and channel tuk baby pun dah keluar sekarang. Elok ah tuk mak mak mengemas rumah. pasang channel baby bagi anak diam.

Tapi kenapa ada INDO pack.. saluran BINTANG ngan apa lagi satu tah. Kat Malaysia ada indo pack?!!! Channel khas untuk indo??  Tapi kat Indonesia ada tak channel MALAY khas tuk orang kita kat sana. ADA? ADA?.... This is unfair. Silalah sikap keterbukaan tu berpada pada.. tengah pikir target penonton untuk channel sebegini. adakah untuk bibik bibik yang berkhidmat di rumah? tak jadi keje la jawabnye.

Kenapa la, Malaysia nak disogok dengan cerita cerita diorang.. tak cukup ke cerita kita. Drama drama sekarang pun ok wat. ada isi n maksud pedas nak sampai kat penonton. 


Hai la.... 




Monday, August 8, 2011

Loya


Holla

Sekejapan je dah puasa ke 8. Tahun ni senang sikit kira pasai kita start puasa betul betul 1 Ogos kann. Jadi date Ramadhan supe tule je dengan kalendar omputih. Pada yang tengah period tu tahniah. Kau kategori raya awal.

Sejak dua tiga menjak ni.. Mood marah cik dah kurang le. Bermakna mood segmen-membebel-kat-blog juga berkurangan. Bersamaan mood takde cerita luar biasa nak story kat sini. Bermaksud jugak lepas lepas ni tak payah le klik dah blog cik ni. Sebab akan datang cik akan lagi susah mengupdate.

Apa yea... nak story... hmmmmm hmm hmm,

Ouw, minggu lepas khamis dan Jumaat cik berkubang je kat rumah. Sakit perut.. Sistem pencernaan problem. Biasa la. bila jumpa doktor dia kata gastrik. Bila tak uk uk maka demam kurakura pun datang. Bila datang, baik kita berehat aje dari datang ofis. Mintak mc 2 hari...yeah!!! heaven...

Apalah sangat 2 hari MC. campur sabtu ahad. Baru 4 hari.. Takat celah gigi je rehat tu. Cik perlukan more than that.. Seminggu ker? sebulan ker? setahun ker? baru namanya cuti. Dan ketiadaan cik kat ofis mental ni tak membawa pape effect pun. Diorang tak akan perasan kewujudan cik disini sebagai staff.. heh..

Ouw, blog blog korang cik masuk baca. cumanya kalau takde benda nak komen cik akan diam dari meninggalkan komen. Sebab kadang kadang kau tak perlukan moral support cik tatkala kau tau apa nak buat kepada penyelesaian masalah hidup kau.

----------------------------

eh, tadi kann. Cik masuk toilet. Terasa loya lah pulak. Cik muntah kat mangkuk jamban. Perut cik tak stable lagi ni. Masih bergelodak mintak dikeluarkan isinya. Dah sudah muntah tu, cik pi sinki. Then ada amoi office sebelah tegur.

amoi -  U pregnant ke?

Cik xxx - nope, i tak kawin lagi lah

amoi - zaman sekarang apa kesah. belum kawin pun boleh dapat anak mae

Cik xxx - I bukan macam tu (sambil senyum)

amoi - thank god u bukan macam tu. The thing is i slalu baca malays yang slalu buang anak (senyum makna)

Cik xx - (senyum je lah). u see, Perempuan muntah doesnt mean pregnant also..




Itu tanggapan bangsa lain terhadap bangsa kita. Malu? Takde Perasaan? Counter back? Apa reaksi kau kalau situasi ini terjadi depan kau. nak bela Bangsa atau nak dedahkan realitinya.. hmm, fikir fikirkan!

Last 2 weeks aritu pun sama. Cik nak xray. Kitaran period cik tak stable (terlewat). Tukang xray tu lebih kurang 5 kali tanya cik soalan yang sama to reconfirm.

are u pregnant?....

dan jawapan cik  OF COZ NOT!

Nowadays, Status single dalam borang tak membawa pape makna dari maksud berkahwin dan belum berkahwin. Sebab segelintir orang single pun terlibat dalam kehidupan seks yang aktif..

Apa nak jadi dunia sekarang nie

Hai la...








Wednesday, August 3, 2011

Tegurlah Orang Kena Dengan Caranya


Setiap kali kalau orang tegur cik. Kalau hati ni rasa tersedak. Itu tandanya hati sedang terbuka menerima sesuatu. Walaupun pahit tapi hakikat. cik terima dengan redhoo.. Kalau apa yang diperkatakan itu logik dan ada betulnya. Cik akan teringat ingat ayat tu sampai masuk dalam mimpi. Itu tandanya perlukan perubahan.

Siapa yang taknak berubah pada kebaikan, kann? Tapi kadang kadang tanpa kita sedari, lepas orang tegur. Kita melenting tak hingat. Tanpa berfikir (ke takut nak pikir kebenaran disebalik teguran tu) kita serbu balik kata kata berunsur 'pulang paku serpih' kat tukang tegur tu.

Jangan la cakap kau tak pernah buat. Cuba tengok dari kecik sampai kau besar sekarang. Kadang kadang nasihat mak ayah kau pandang sepi je. Kalau teguran tu berbau kasar, Tak kena cara. Lagi la keluar telinga kiri.

Oleh itu, didik lah hati, cermin lah diri, bukak luas luas minda tu dengan pembacaan. Kaji pengalaman orang lain, untuk guideline diri kita. Jangan duk bawah tempurung je bajet diri tu bagus sangat. Dan jangan amek keburukan orang je nak buat sempadan. Cari kebaikan orang banyak banyak jugak untuk di buat contoh.

Kadang kadang, bila up status kat FB yang memotivasikan diri. Ada orang tanya cik "kau tuju kat siapa"?.. "Bukan pada siapa siapa. Tuju kat diri sendiri".. Tak semua ayat nak kita sindir. Dan bukan semua ayat nak blame orang. Kadang kadang blame kan diri sendiri je. Senang.. Kita tau apa salah kita. Kalau tak perasan pun mesti ada sekelibit rasa serba salah, kannn..Bila meluah perasaan tu ada jugak orang terasa pedasnya. Maknanya dia sama situasi dengan kita.

Kalau pun nak menegur, show off yourself. Kalau kat blog ni, tak payah le guna anonymous. Kalau kat luar tu, tak payah le buat surat berantai. tak pun suruh orang sampai menyampai. Berani berhadapan dengan si pelaku. Show off your confident and talk nicely. InsyaAllah, orang akan terima itu sebagai teguran. Tak payah 'baling batu sembunyi tangan'. Itu tandanya kau belum akhil baligh..

Cik percaya quot ni..

 ' Perhati keburukan orang, menilai kebaikan sendiri.. 
   Perhati kesilapan orang, memuji perlakuan sendiri.. 
   mengutuk cara orang, menilai cara sendiri.. 
   Banyak berfikir sehingga tiada tindakan langsung 
   bersamaan.. 
   kau tak berbuat apa apa untuk hidup kau '

Jadi tegur lah elok elok.. Jimat kata, jimat tenaga, jimat dosa, jimat masa untuk hidup dari meratapi kesilapan kesilapan lampau..

kalau pun tersilap, jadikan ia guru terhebat dalam hidup.

So chill, takmo sedih sedih bila kena tegur

:)



Kau Ingat Ini Blog Artis Seksi? Ha!


Kilafairy Kemban?

Jue Aziz Seksi?

Berkemban?

Erk, gambar cik kemban kau taknak tengok!



Monday, August 1, 2011

2 Alam


Hosmet cik bawak pendrive cite ni dari ofis dia. Nampak benar taknak invest tuk filem melayu kannn. tengok pendrive bukan tengok DVD. Ini konsep menyokong filem melayu jugak. At least cik mengomen selepas menonton. Bukan macam sesetengah orang. Belum tonton kelebeng sana sini cakap tak sedap :P

Teringat zaman cerita ni kat panggung. Cik tengah Q beli tiket wayang. Orang belakang serba salah nak beli tiket cite ni. Takut cashier GSC gelak melambak.

bf - " kita tengok cite 2 alam nak?"
gf - " Euwww, uuuu!.. orang tak sanggup tengok cite tu la. confirm panggung kosong. if u beli, u penyumbang 40 juta profit dia tau" sambil tayang poster Dr. Rozmey

 Ini semua gara gara marketing produser filem ini. Akibat tersilap percaturan. Filem ini pecah panggung dek sunyi sepi penonton.. (rasa nye lah) Dan automatik cite ni jadi bahan lawak.

Cerita 2 alam pasal lelaki tukar jantina ke perempuan dan in the end dia gantung diri sebab murung terlampau. Dan orang kampung azab menguruskan jenazah beliau. Elok ar cik bukak cite ni. Kena sangat lepas tengok berita Aleesya meninggal.

Apa yang cik nampak. Walaupun filem ni berlambak pelakon hebat. kalau storyline dia hampeh. Pengarah dan produser jugak hampeh.. Maka terhasil lah cerita sampah. Jadi sesuatu cerita itu tidak bergantung kepada kehebatan lakonan pelakonnya sahaja

Dalam cerita ni kau akan tonton babak flashback banyak banyak kali. Dan scene terlampau tak dapat difahami sebab dek potong2 oleh badan penapisan filem. Lagu background spoil mood penonton. Dan nak tunggu ending cerita ni sangattt terseksa.

Apa yang cik boleh simpulkan kat sini. Allah menguji umatnya dengan pelbagai cara. Contoh. Amy yang dulunya lelaki sebagai Adam. Penuh didikan agamanya dari kecik. Hantar belajar kat London terus culture shock. Terus tukar jantina and kahwin dengan omputih. Kau tau tak betapa luluhnya hati mak pak bila dapat tau anak dia jadi perempuan?.. Jadi jangan culture shock. Kalau dok jauh jauh tu sila hati ingat Allah, Ingat Mak Pak, Ingat kampung. Supaya kau tak terjerumus benda benda sial.

Segala yang berlaku jadilah pengajaran. Walau hanya cereka atau realiti. Yang buruk jadikan tauladan. Tidak perlu menuding jari salah kan sesiapa. action are most important weapon. Tapi mencari jalan selesaikan virus virus dalam masyarakat kita ini..

iaitu...kecelaruan identiti


Penunggu Istana


Semalam kat astro citra kul 10 malam ada siarkan cerita PENUNGGU ISTANA.. katanya 1st cerita paranormal Di Malaysia.

Kesah ni kau boleh bajet ending dia sebab for sure akan ada orang diganggu/ mati/ hilang dekat last cerita ni. Seram yang boleh dijangka.. Ending so so la.. sama jugak macam cerita SERU


Tapi dalam cerita ni, pelakon utama dia sorang pun cik tak kenal (gambar kat atas ni). Tapi untuk pelakon baru not bad. Uncle seekers yang berskandal dengan Aisyah pun ada kat dalam ni.

Apa yang cik belajar dalam cerita ni.

 'Orang tamak selalu rugi'. Kau dah dapat 1 footage bukti kewujudan entiti kat istana tu sila lah packing barang2 balik kL cepat. Jangan dok lama lama sampai entiti tu muak tengok muka kau.

'Jangan sesekali guna pad berdarah dari wanita perawan' untuk menyeru entiti. Hagak hagak la kann. Bukan semua roh boleh diseru dengan benda kotor. Kau bagi kemenyan pun dia boleh datang ape. Tak pun kau guna papan Ouiji. Hantu omputih boleh invite sekali.

'Kalau dah sorang kena rasuk. Itu tandanya first warning dari entiti'. Kau dah nampak kawan kau tak sedar diri mengadap camera berjam jam. Lagi tak paham bahasa ke. Kalau cik ni entiti pun cik bengang. 'Blah la dari tempat hamba' kata entiti kepada mereka.

Tengok cerita ni hati cik membuak buak nak pi kelly's castle. Kecik kecik dulu baca Mastika. Rasa macam best pulak kalau dapat jumpa si Kelly tu. Castle ni kat Perak jugak kannn? sape nak teman cik pi sana.. jom kita carik hantu!

~ Ini lah filem melayu. Tak payah tengok wayang.. selang beberapa bulan akan ada tayangan kat tv. Free. Along cik pi subscribe astro first nak tengok KARAK.. weh, rugi la.. raya nanti for sure masuk tv punye. Kau kena belajar bersabar jeee



Pengumuman Puasa


Dari kecik sampai besar serius cik nantikan pengumuman puasa. Baru nampak meriahnya sambutan disitu. Tapi malam tadi tukang umum bertukar rupa.. Bukan lagi pakcik yang tahun lepas



Datuk Syed Danial Syed Ahmad
Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Malaysia

Pakcik ni umum nak cepat habis lah.. Direct strait to the point. Tak sempat nak feel dah setel.. Cik agak dia ni neves masuk tv kot. Mana ek pakcik slow and steady tu? dah pencen ka!..adui, ahchik rindu die iye pun nye.. :(

Dulu dulu kann, cik kalau tak sempat tengok pengumuman puasa dan raya ni. Mesti cik pesan kat sape sape "Jangan lupa tengok pakcik tu pakai baju melayu kaler ape tau!". 

Just nak tau dia pakai kaler apa. Bukan nak tau bila tarikh puasa and raya. haha.. memori!

Selamat berpuasa semua...