Wednesday, August 3, 2011

Tegurlah Orang Kena Dengan Caranya


Setiap kali kalau orang tegur cik. Kalau hati ni rasa tersedak. Itu tandanya hati sedang terbuka menerima sesuatu. Walaupun pahit tapi hakikat. cik terima dengan redhoo.. Kalau apa yang diperkatakan itu logik dan ada betulnya. Cik akan teringat ingat ayat tu sampai masuk dalam mimpi. Itu tandanya perlukan perubahan.

Siapa yang taknak berubah pada kebaikan, kann? Tapi kadang kadang tanpa kita sedari, lepas orang tegur. Kita melenting tak hingat. Tanpa berfikir (ke takut nak pikir kebenaran disebalik teguran tu) kita serbu balik kata kata berunsur 'pulang paku serpih' kat tukang tegur tu.

Jangan la cakap kau tak pernah buat. Cuba tengok dari kecik sampai kau besar sekarang. Kadang kadang nasihat mak ayah kau pandang sepi je. Kalau teguran tu berbau kasar, Tak kena cara. Lagi la keluar telinga kiri.

Oleh itu, didik lah hati, cermin lah diri, bukak luas luas minda tu dengan pembacaan. Kaji pengalaman orang lain, untuk guideline diri kita. Jangan duk bawah tempurung je bajet diri tu bagus sangat. Dan jangan amek keburukan orang je nak buat sempadan. Cari kebaikan orang banyak banyak jugak untuk di buat contoh.

Kadang kadang, bila up status kat FB yang memotivasikan diri. Ada orang tanya cik "kau tuju kat siapa"?.. "Bukan pada siapa siapa. Tuju kat diri sendiri".. Tak semua ayat nak kita sindir. Dan bukan semua ayat nak blame orang. Kadang kadang blame kan diri sendiri je. Senang.. Kita tau apa salah kita. Kalau tak perasan pun mesti ada sekelibit rasa serba salah, kannn..Bila meluah perasaan tu ada jugak orang terasa pedasnya. Maknanya dia sama situasi dengan kita.

Kalau pun nak menegur, show off yourself. Kalau kat blog ni, tak payah le guna anonymous. Kalau kat luar tu, tak payah le buat surat berantai. tak pun suruh orang sampai menyampai. Berani berhadapan dengan si pelaku. Show off your confident and talk nicely. InsyaAllah, orang akan terima itu sebagai teguran. Tak payah 'baling batu sembunyi tangan'. Itu tandanya kau belum akhil baligh..

Cik percaya quot ni..

 ' Perhati keburukan orang, menilai kebaikan sendiri.. 
   Perhati kesilapan orang, memuji perlakuan sendiri.. 
   mengutuk cara orang, menilai cara sendiri.. 
   Banyak berfikir sehingga tiada tindakan langsung 
   bersamaan.. 
   kau tak berbuat apa apa untuk hidup kau '

Jadi tegur lah elok elok.. Jimat kata, jimat tenaga, jimat dosa, jimat masa untuk hidup dari meratapi kesilapan kesilapan lampau..

kalau pun tersilap, jadikan ia guru terhebat dalam hidup.

So chill, takmo sedih sedih bila kena tegur

:)



2 comments:

La dOLcE mEa_nAtt said...

setuju cik....sangat setuju..suka petikan ayat tu

Mimy Hamid said...

tegur biar ada cara...berhemah jangan main terjah...ada yang sentap...teugr tanda syg...so terima ngan ahti terbuka