Monday, August 8, 2011

Loya


Holla

Sekejapan je dah puasa ke 8. Tahun ni senang sikit kira pasai kita start puasa betul betul 1 Ogos kann. Jadi date Ramadhan supe tule je dengan kalendar omputih. Pada yang tengah period tu tahniah. Kau kategori raya awal.

Sejak dua tiga menjak ni.. Mood marah cik dah kurang le. Bermakna mood segmen-membebel-kat-blog juga berkurangan. Bersamaan mood takde cerita luar biasa nak story kat sini. Bermaksud jugak lepas lepas ni tak payah le klik dah blog cik ni. Sebab akan datang cik akan lagi susah mengupdate.

Apa yea... nak story... hmmmmm hmm hmm,

Ouw, minggu lepas khamis dan Jumaat cik berkubang je kat rumah. Sakit perut.. Sistem pencernaan problem. Biasa la. bila jumpa doktor dia kata gastrik. Bila tak uk uk maka demam kurakura pun datang. Bila datang, baik kita berehat aje dari datang ofis. Mintak mc 2 hari...yeah!!! heaven...

Apalah sangat 2 hari MC. campur sabtu ahad. Baru 4 hari.. Takat celah gigi je rehat tu. Cik perlukan more than that.. Seminggu ker? sebulan ker? setahun ker? baru namanya cuti. Dan ketiadaan cik kat ofis mental ni tak membawa pape effect pun. Diorang tak akan perasan kewujudan cik disini sebagai staff.. heh..

Ouw, blog blog korang cik masuk baca. cumanya kalau takde benda nak komen cik akan diam dari meninggalkan komen. Sebab kadang kadang kau tak perlukan moral support cik tatkala kau tau apa nak buat kepada penyelesaian masalah hidup kau.

----------------------------

eh, tadi kann. Cik masuk toilet. Terasa loya lah pulak. Cik muntah kat mangkuk jamban. Perut cik tak stable lagi ni. Masih bergelodak mintak dikeluarkan isinya. Dah sudah muntah tu, cik pi sinki. Then ada amoi office sebelah tegur.

amoi -  U pregnant ke?

Cik xxx - nope, i tak kawin lagi lah

amoi - zaman sekarang apa kesah. belum kawin pun boleh dapat anak mae

Cik xxx - I bukan macam tu (sambil senyum)

amoi - thank god u bukan macam tu. The thing is i slalu baca malays yang slalu buang anak (senyum makna)

Cik xx - (senyum je lah). u see, Perempuan muntah doesnt mean pregnant also..




Itu tanggapan bangsa lain terhadap bangsa kita. Malu? Takde Perasaan? Counter back? Apa reaksi kau kalau situasi ini terjadi depan kau. nak bela Bangsa atau nak dedahkan realitinya.. hmm, fikir fikirkan!

Last 2 weeks aritu pun sama. Cik nak xray. Kitaran period cik tak stable (terlewat). Tukang xray tu lebih kurang 5 kali tanya cik soalan yang sama to reconfirm.

are u pregnant?....

dan jawapan cik  OF COZ NOT!

Nowadays, Status single dalam borang tak membawa pape makna dari maksud berkahwin dan belum berkahwin. Sebab segelintir orang single pun terlibat dalam kehidupan seks yang aktif..

Apa nak jadi dunia sekarang nie

Hai la...








4 comments:

Mimy Hamid said...

aku mc 5 hari beb pun tak membawa makna sebab sakit baring atas katil je la..kan best 5 hari tu leh jalan jalan..heheh dah nama nya MC..beb, single mmg camtu dulu aku tak dtg period selalu kena tanya soalan paranoid..muntah belahak ke mesti org pikir bukan bukan..

noradzlina.kamdani said...

klu dh sistem pencernaan xbagus mmg kdg2 akn buat: either kite loyan n muntah xpun menceret jek...

N a d i a said...

ouh. memang itu yang mereka fikir, sebab kalau diorang, teruskan dengan kandungan tu tiada terima cercaan / hukuman daripada sesiapa.

Sebab tu susah nak jumpa kes bangsa lain gugurkan / buang anak. Pokok pangkalnya, tanpa Agama di sisi, gitulah gamaknye.


Eh, cik memang selalu jumpa Doktor ker kalo ada yang tak kena pada sistem badan? Bagusnya.. saya takut nak pergi. *___*

Anonymous said...

Hahaha relax ahhh beb.. Aku dulu sekolah cina.. Geng2 cina masa SPM ade je pregnant b4 kawin.. Ade jugak yang dia gugurkan.. Ade yang terus kawin bila tau pregnant..

Cuma diorang bukan spesis buang anak..

P/s : ehhh ko ade lagi? Aku ingatkan kau dah menghilang disapu angin bayu.. Hehehe


.KuraKura.