Monday, August 1, 2011

Penunggu Istana


Semalam kat astro citra kul 10 malam ada siarkan cerita PENUNGGU ISTANA.. katanya 1st cerita paranormal Di Malaysia.

Kesah ni kau boleh bajet ending dia sebab for sure akan ada orang diganggu/ mati/ hilang dekat last cerita ni. Seram yang boleh dijangka.. Ending so so la.. sama jugak macam cerita SERU


Tapi dalam cerita ni, pelakon utama dia sorang pun cik tak kenal (gambar kat atas ni). Tapi untuk pelakon baru not bad. Uncle seekers yang berskandal dengan Aisyah pun ada kat dalam ni.

Apa yang cik belajar dalam cerita ni.

 'Orang tamak selalu rugi'. Kau dah dapat 1 footage bukti kewujudan entiti kat istana tu sila lah packing barang2 balik kL cepat. Jangan dok lama lama sampai entiti tu muak tengok muka kau.

'Jangan sesekali guna pad berdarah dari wanita perawan' untuk menyeru entiti. Hagak hagak la kann. Bukan semua roh boleh diseru dengan benda kotor. Kau bagi kemenyan pun dia boleh datang ape. Tak pun kau guna papan Ouiji. Hantu omputih boleh invite sekali.

'Kalau dah sorang kena rasuk. Itu tandanya first warning dari entiti'. Kau dah nampak kawan kau tak sedar diri mengadap camera berjam jam. Lagi tak paham bahasa ke. Kalau cik ni entiti pun cik bengang. 'Blah la dari tempat hamba' kata entiti kepada mereka.

Tengok cerita ni hati cik membuak buak nak pi kelly's castle. Kecik kecik dulu baca Mastika. Rasa macam best pulak kalau dapat jumpa si Kelly tu. Castle ni kat Perak jugak kannn? sape nak teman cik pi sana.. jom kita carik hantu!

~ Ini lah filem melayu. Tak payah tengok wayang.. selang beberapa bulan akan ada tayangan kat tv. Free. Along cik pi subscribe astro first nak tengok KARAK.. weh, rugi la.. raya nanti for sure masuk tv punye. Kau kena belajar bersabar jeee



1 comment:

noradzlina.kamdani said...

aah Kellie's Castle ni kt Perak..klu xsilap dh area bt Gajah..dlu ms on the way balik dr lumut ke kl bas yg akk nek tu lalu kawsan tu..mmg seram la...