Monday, August 1, 2011

2 Alam


Hosmet cik bawak pendrive cite ni dari ofis dia. Nampak benar taknak invest tuk filem melayu kannn. tengok pendrive bukan tengok DVD. Ini konsep menyokong filem melayu jugak. At least cik mengomen selepas menonton. Bukan macam sesetengah orang. Belum tonton kelebeng sana sini cakap tak sedap :P

Teringat zaman cerita ni kat panggung. Cik tengah Q beli tiket wayang. Orang belakang serba salah nak beli tiket cite ni. Takut cashier GSC gelak melambak.

bf - " kita tengok cite 2 alam nak?"
gf - " Euwww, uuuu!.. orang tak sanggup tengok cite tu la. confirm panggung kosong. if u beli, u penyumbang 40 juta profit dia tau" sambil tayang poster Dr. Rozmey

 Ini semua gara gara marketing produser filem ini. Akibat tersilap percaturan. Filem ini pecah panggung dek sunyi sepi penonton.. (rasa nye lah) Dan automatik cite ni jadi bahan lawak.

Cerita 2 alam pasal lelaki tukar jantina ke perempuan dan in the end dia gantung diri sebab murung terlampau. Dan orang kampung azab menguruskan jenazah beliau. Elok ar cik bukak cite ni. Kena sangat lepas tengok berita Aleesya meninggal.

Apa yang cik nampak. Walaupun filem ni berlambak pelakon hebat. kalau storyline dia hampeh. Pengarah dan produser jugak hampeh.. Maka terhasil lah cerita sampah. Jadi sesuatu cerita itu tidak bergantung kepada kehebatan lakonan pelakonnya sahaja

Dalam cerita ni kau akan tonton babak flashback banyak banyak kali. Dan scene terlampau tak dapat difahami sebab dek potong2 oleh badan penapisan filem. Lagu background spoil mood penonton. Dan nak tunggu ending cerita ni sangattt terseksa.

Apa yang cik boleh simpulkan kat sini. Allah menguji umatnya dengan pelbagai cara. Contoh. Amy yang dulunya lelaki sebagai Adam. Penuh didikan agamanya dari kecik. Hantar belajar kat London terus culture shock. Terus tukar jantina and kahwin dengan omputih. Kau tau tak betapa luluhnya hati mak pak bila dapat tau anak dia jadi perempuan?.. Jadi jangan culture shock. Kalau dok jauh jauh tu sila hati ingat Allah, Ingat Mak Pak, Ingat kampung. Supaya kau tak terjerumus benda benda sial.

Segala yang berlaku jadilah pengajaran. Walau hanya cereka atau realiti. Yang buruk jadikan tauladan. Tidak perlu menuding jari salah kan sesiapa. action are most important weapon. Tapi mencari jalan selesaikan virus virus dalam masyarakat kita ini..

iaitu...kecelaruan identiti


1 comment:

aida-myasara said...

dh tgk citer 2 alam ni sengal giler buang masa...tgk muvie kat sini lak http://beritamaster.blogspot.com/
aida upload nur kasih cite pun boleh la..