Wednesday, August 10, 2011

Manusia Yang Punya Idea


Cik suka baca benda benda yang tak terfikir dek akal ku. Kalau setakat ayat skema dan Quote biasa baik takyah up status. 

Ada sorang mamat ni cik admire dalam diam. Setiap bait bait yang dia tulis punya maksud tersirat. Dia punya idea, mudah diluahkan dan sampai ke hati pembaca. Dia up status ala ala facebook tu la..

Antara contoh dia up,

Kalau usia muda tp mempunyai perwatakkn yg mcm bagus... . What spec should we put?


Ada perempuan kau laju, takde perempuan kau lesu. Bila senang kau bisu, bila susah cari aku.


Kalau cakap aku manusia bijak, org ckp berlagak. Kalau cakap aku manusia bodoh, org ckp tak bersyukur dgn nikmat Tuhan.


Aku hari² pergi Masjid, tak kecoh pun. Stesen berikutnya Masjid jamek. Kerja area sini.


Aku sama sekali tak faham kenapa org tak suka pisang berbuah dua kali. Tak nak untung ke apa.


Bapak, klu anak gagal exam. "tgk cikgu kt sekolah tu bkn nak mengajar sgt". Bapak, klu anak dapat A exam " tgk keturunan kita mmg pandai²".


Aku kadang² tak paham dgn sesetengah perempuan, mungkin jgk lelaki yg buat tabiat mcm ni aku double tak faham... .. "I seganlah ank jumpa U skrg, I gemuk sikit, tunggu I kurus sikit kita jumpa k".Aku reply, Subhanallah.. 
"Eee i baru potong rambut taw, bodoh gila hairstylish tu potong rambut I, seganla I nak jumpa U, tunggu panjang sikit kita jumpa k?".Aku reply, tudung paling murah RM5 boleh dapat kan?


Aku takut pada pertemuan kerana aku dapat agak pengakhiran.


Sedih selalunya tak perlu ditunjuk, jadi aku lawan. Untuk kekal muda, aku gelak. Untuk nampak gagah aku ketawa.


Susah untuk menduga isi hati penghuninya. Sukar untuk meramal seseorang itu dari riak wajah. Berserban, berjanggut tak semestinya baik. Muka berparut, tangan bertatu rupanya kelakar. Badan sasa, perut six pack rupanya nyah. Tak siapa menduga, kita pun jadi keliru.


Aku hanya letakkan kepercayaan pada diri sendiri. Aku jadi skeptical untuk percaya pada seseorang. Dalam semua gerak langkah.


Kerajaan dapat RM500, nampaknya Sogo kembali rancak.


Bila dapat keje - aku punya experience dgn sijil byk sebab tulah senang dapat kerja. ... Bila tak dapat kerja - kau pass ke tak resume yg aku bagi kt ko tu?


 Too much ego will kill ur talent.




dan banyak lagi...


Cik suka idea dia... tak sabar nak baca What next... :)


5 comments:

La dOLcE mEa_nAtt said...

update status begini lebih baik dr 5 minit sekali update status smpah..kan?

Mimy Hamid said...

memula aku dulu tak konfiden..sbb aku gemuk ...ada la sikit betul apa dia ckp..hehe

pearls.. said...

paling suka tudung 5 hinggit tuh...

cik ena gebu....^_^ said...

seronoknya baca status dia...*_*

jujur tapi pedas dalam diam...hehehe

aida-myasara said...

tak sabar nk tgk manusia yang punya idea 3...