Friday, October 8, 2010

Kisah Rambut Lagi

Yang pasal rambut ni. cik gunting hari Rabu. Stress punya pasal ngan rambut mak lampir kann. cik amek annual leave semata mata nak oter rambut wokeh.. Rugi sehari leave cik. huh..

Pastu semalam amek MC pasal demam menyirap sampai kepala. Ni sah demam sebab rambut. Hari ni baru cik masuk keje selepas 2 hari bersenang lenang kat rumah.

Tu pasal ofismet baru nak terperanjat. Wohohooo..

Semua Nak Terperanjat.. See

Pagi ni datang ofis semua ofismet terperanjat. Sampaikan staff yg tak pernah tegur sapa ngan cik pun bersapa sapaan pagi ni.

'OMG, what happen to your hair?'

Apesal potong rambut sependek nih? Apesal, u stress ke? U datang period mae?..

so, apa yang korang nak cik jawab..

'Well, people changed. Boring with my last style hair. loh'

Ada cik kesah korang nak cakap apa. Pembawa rambut nya cik. Yang menanggung pun cik. kalau korang confident membawa personaliti diri sendiri then apa salahnya. kannn..

quot ni ofismet sebelah cik bagi,

HARITU BEYONCE, HARINI VICTORIA BECKHAM, ESOK APA PULAK

cik sambung,

ESOK RIHANNA...

ada berani!

Thursday, October 7, 2010

1Pahang....Go Pahang...

Semalam lepas gian. tengok bola kat stadium cheras. Piala Malaysia, Pahang lawan Kuala Lumpur. Dan Pahang 1-0. weee. cik sukee. Walau pun cik berdarah campuran Pahang dan Melaka. Bukan pio pahang la. tapi Pahang tatap jua di hatiku.

1Pahang. Go pahang..

~ Jumpa kawan baru. macam ok macam tak ok. biar masa penentu segala


Cik Sukee Penampilan Sekarang.. Skrg Pueh Hati Den

Nak tgk sangat rambut makcik aka rambut Rosmah Mansor macam Kura Kura cakap. Walaupun pahit cik terima kritikan kutukan membina dari kalian. Cik pasrah...

dah supe Juon dari tepi. Macam Mak Lampir pun iyea

serius cik akui memang macam orang tua okk. malu nak kuar rumah. Tekanan perasaan! Ini tidak boleh jadi. harus buat sesuatu. Maka, semalam pi oter. tapi bukan saloon Michael Leng cibai tu. Buat keje tak semunggah. Fobia okk. tak tido malam cik.

Mula mula cik pi Rinser Saloon kat Taman Sri Gombak yg disuggest oleh Mimy. sanggup ni naik cab pi sana. tapi nasib tak menyebelahi cik. Rinser Saloon tak bukak lagi lor. dia bukak malam je. menurut kata owner kedai sebelah. Oh, damn. serius banyak dugaan pasal rambut ni. ok takpe, cik balik rumah carik salun kat belakang rumah jerk.

Cik menggadaikan kepala kat salun tak bertauliah. Serius kecut time ni. takut dia buat cibai jugak mcm si Joshua tuh. Cik tanya dari A sampai Z memikirkan tukang gunting dia budak muda belia dan cinonet. Betul ke budak ni boleh gunting rambut aku kann..
tapi takpe, keadaan terdesak. Cik rela.... Potong lah rambut ku..


Bersama Hair stylist kedai tak glamer, Sha.. Comel si Sha ni. Nak buat kawan lah lepas ni.

Hasil dia not bad. Cik sukee wokehh. kalau ada tak puas hati hasil guntingan boleh cakap time time tu jugak. Then Sha oter.

Moral of the story, jangan pandang rendah salun gabak kat belakang umah korang tu. walau salun tak fames dan terkenal dan orang takut nak masuk. Memang dia ni takde certificate gunting rambut macam salun Michael Leng tu tapi dia ada skill. Dan ini adalah salun melayu ok. Michael Leng tu siap tampal certificate Sasson From UK kat dinding. Tapi serve macam hampeh. Buat cincai habis. Duit berhabis result hancur.
Ini moral yang cik dapat sepanjang 3 hari menanggung derita pasal rambut.

Lepas seronok berambut baru ada hati lagi pi shopping. tadaa, baju ni cik beli. sukeeee

end

Tuesday, October 5, 2010

Ko Lagi Nak Men-Stress-kan Aku

Baru sat tadi staff cina sapa cik pasal rambut.

'U buat kat mana mae.. perm tak jadi mae.."

Sibuk!

aku tau ar rambut aku.

cik kata sibuk dlm hati pasal, rambut ko lagi tak lawa sebab bergulung gulung 4 penjuru. konon cantik la tu. 3 tahun keje sini 3 tahun jugak style rambut cenggitu. Memang ar original pasal ko blow guna cara lama lagi.

yang hak gulung bulat2 sebelum masuk tido. sok pagi guna hair dryer.

Lagi not up todate. ko nak bising rambut aku pulak

ahh

Tukar Gaya Tapii....

Bosan woo rambut yg sama, dalam setahun ni tak ubah pape, tak trim, tak buat treatment, tak syampoo atau apa saje berkenaan rambut kat saloon. Raya tahun ni pun tak bergaya ngan rambut baru. selain budget hampeh. mintak pendapat Mimy (blogger meletop) dan sahabat handai. Ok on, nak potong.

Kalau tak ikat satu, buat jambul ayam, takpun pusing siput babi tapp pakai sepit. Done. Masalah paling ketara rambut ni lurus, nipis n melekap kat kepala. Kebulatan terserlah. panjang paras atas pinggang. Tekad nak potong pendek supaya nampak muda belia remaja. weee

Tataplah gambarku tanpa di censored. maleh dah nak tutup mata segala. lihatlah dunia siapa Cik XXX

Byk kali mamat kedai tu tanya cik buat rebond ke rebond ke. Ni original lurus okk. Snap lepas dikerat

sedang di perm tuk dapatkan volume rambut. kata melayunya nak rambut tebal.

Di color. Gaya Dato' siti dan  Jambul terkeluar

Hasil lepas perm n color. rambut penyek kann.
Masa ni berGaya baju Kaftan. see salun pun pakai kaftan.

Lepas color 2 kali. higlight pulak. total 3 warna kat rambut. Nak nampak stylo punya pasal.

Hasil yg tak memuaskan. lihat memek muka ku.
color out. cut pun out. Dowh.!
Siap je, cik menjerit kat mamat belakang tu.
'Joshua, what have u done to my hair!!!'
Hair stylist, Joshua said 'Ok la amoi....'
Pala hotak ko

Hasil yg tak seberapa. Budget lari, style lari. Gaya makcik wohh
Memek muka hangin satu badan

Nama kedai ni Michael Leng
Di suggest oleh sorang blogger. cik datang sini sebab;

kononnya Hair stylist dia semua lelaki berkaliber.
Kononnya Dapat cuci mata 4 jam di sana sebab lelaki2 hensem mcm pelakon taiwan.
Kononnya Ada sorang tu macam Lee Hom. Smart betul dia.
Kononnya kawasan familiar Sungei Wang floor LG dekat ngan parkson.
Klu nak pi bawa cash secukupnya sebab swap card tak laku kat sini.

Dannn... hari ni stress giler kat ofis gara2 rambut kembang semangkuk. Kering dan kusam. Curl hampeh sebab ini rambut degil. dia lurus balik.

"Joshua, i want make over back. or else return my money back"

Esok harus ke sana oter semula.

cit

Monday, October 4, 2010

INSAP

setelah sedas penumbuk kat muka bila tengok gambar sendiri semalam cik memasang azam baru. azam yang mungkin lapuk bila sesetengah ikut blog ni.

Iaitu, cik mula diet hari ini. Macam bosan je dengar kann.

yea yea, cik insap. keluar air mata darah sekali tau. huhuhu...sadis betul tgk pmpuan baju kuning tu. lemak sana sini tersembul..

Sunday, October 3, 2010

Berat Naik Di Bulan Syawal. Salahkan Siapa?

Biarkan Gambar Bercakap (lets picture talk)


Gambar terkini dengan bangganya mempersembahkan,


Apakah kesalahan didalam gambar ini,

1- Pegi rumah orang beropen house tetapi bergambar macam rumah sendiri

2- Gambar terkini yang memalukan

3- Penyalahgunaan kain baju kurung. satin tak sesuai untuk badan gemuk.

4- Lepas ni jangan pakai satin berkilat lagi. nak pakai tunggu kurus.

5- terakhir yg bermakna, tengok gambar baru sedar diri badan dipampam setelah sebulan beraya.

Giler ahh

Lagi sekali pampangan gambar memalukan.
CIK INSAP LAH WEYHHH

Friday, October 1, 2010

luka lama kena gores

kan bulan pose haritu tangan kena kipas kann. Tangan Kanan Cik hampir Putus rajin baca.

Baru upload gambar.

Ni la keadaan dia sehari selepas kejadian. Tu guris kat jari telunjuk. Dalam luka dia weh, macam pisau ko letak kat situ pastu ko hunus dalam dalam. Nak bengkok sakit ni.

Pastu kat pergelangan tangan. tak luka tapi berdarah kat dalam. Ni tangan membengkak nih. bukan tangan gemuk. (haha, tak ngaku lagi gemuk)
Pose jarak dekat.

Kini tangan ni meninggalkan parut paling cantik. siut betul. Hilang seri ketika sarung cincin nanti. Jangan bakal kasi kurang hantaran sudeh

Caring ke BusyBody?

Caring dan busy body adalah dua perkara berbeza.

Jangan semua benda nak ambik berat. Jadi rimas tau. setiap cerita nak tau dengan detail. tanya sikit sikit sudah. Pastu kalau cerita hal orang briefly cerita dari A sampai Z. Get your own life lah. Kita ada hidup masing masing yang byk benda nak jaga. Jaga kain sendiri dulu sebelum jaga kain orang.

Sesuatu tak cool ok asyik mendengar keburukan orang dari mulut dia. Yang buruk tu simpan sendiri sudah.  Jangan jaja perihal orang. tak baik tau.

Teringat kat Rogayah dalam Janji Kekasih. macam dia SEJIBIK!!

~ Tengah rimas dengan sesetengah orang yang menggali setiap cerita buruk orang.