Monday, August 23, 2010

Siapa Cintakan Kamu?



Setelah mengharungi hari hari sedih sebelum puasa tempoh hari (Dah! taknak pikir dahh) . Cik kembali bersemangat menjalani hidup. Hidup kini penuh dengan wasatiah. Cik kembali berdiet komando, workout sangat heaven, penimbang menjadi sahabat, hujung minggu di rumah, dikelilingi kawan, disayangi keluarga dan hampir setiap hari telefon kampung. Done. Cik happy.

Pernah sekali cik tanya housemate. 'akak percaya pada CINTA? akak cintakan bf akak?' amek kau. terdiam... Jawapan yang cik dapat. 'Tah la, akak lebih sayangkan dia. taktau lah tu cinta ke bukan. Belum lagi sampai tahap sanggup buat apa sahaja. Masih ada separuh hati.'.. see, CINTA tak dapat dibayangkan. tapi SAYANG boleh kita bayangkan.

Kadang kadang kita hanya ada rasa sayang. Rasa sayang sebab kita dah imun hidup dengannya. Kalau dia takde macam pelik je hidup. Sebab hari hari menghadap muka dia, mesej dia, kol dia. Kalau sehari takde boleh demam. Tapi adakah kita sebenarnya cintakan dia.

Ini cerita kawan cik. Naim, 31 ialah seorang lelaki metroseksual yang menemui cinta pertama dengan Nani. Berkawan, bercinta dan lebih dari itu selama 11 tahun. Baru baru ini terjumpa dia balik. Muka macam orang mati bini. Sah ada masalah. Katanya dia kini hampir 90% breakup coz she has someone else.

Dulu kala pernah cik tanya. 'kenapa u tak kawen Naim?' balasnya 'I tak sedia dengan komitmen. Memang sunyi hidup solo tapi I tak sedia tuk ada famili'. See, berapa ramai lelaki bergirlfriend tapi tak sedia berumahtangga. At last, perempuan rugi masa tunggu lelaki macam ni. Nak paksa lelaki nanti kata 'perempuan desperado'. Nak tunggu tapi sampai bila. Nak tunggu ke? Memang tak la. Betul la keputusan si Nani tu.

Ada orang cakap biar jodoh tu datang sendiri. Buat apa nak carik. Memang le dah kalau ko tu terlebih laku. Pada yang tak laku camne pulak. Situasi masing masing berlainan. Dan hidup pun lain lain. Selalu pikir 'Siapa cintakan Aku? siapa dia siapa dia. Cepat la datang'. kedengaran seperti desperado bukan. Tapi itulah perempuan. Ingin disayangi dan dicintai.

"WHO LOVES U, WHO LOVES U NOT"

2 comments:

myoliza said...

ermmm,..siapa jodoh kita yer,..klau tau leh laa kita pi pinang dia,kan.huhu. desperado tak,..;D

ain said...

betol2.. ain kategori tak de rupa.. dan ain x percaya pada ayat 'ada jodoh adalah dia dtg' sbb mcm mana jodoh nk dtg kalu kita tak carik kan.. dan ain sendiri tak suka menanti sesuatu yg tak pasti apatah lagi bila hati melonjak lonjak ala2 pengharapan.. so apa ain buat adalah direct tanya.. apa status kita dan what your next plan.. kalu jawap si lelaki teragak2 maka aku tinggalkan dia sblm dia tinggalkan aku kerana sakitnya sgt teruk. hinggalah zaman berkawan ngan husband ain direct tanya status dan dia bagi jawapan 'insyaallah kita akan bersama'.. ain tanya what mean bersama.. dia kata menukar status ke halal dari haram.. so saat itu baru bertaut cinta dihati sehingga ke hari ini.. cara ain mungkin kategori x malu kan.. tapi ain x nak terseksa dgn sesuatu yg tak pasti..