Tuesday, May 31, 2011

Botox Ker..


Bila jumpa member lama, harus lah bertemu dengan komen first..

'e eh, kau dah berubah'.... sama ada ini statement puji atau keji. kau kena tanya member tu lebih lanjut k.

Kawan cik ajak minum. so ok la.. pi la minum. tengah sembang sembang tu.. cik perasan dia kemain tatap wajah cik.. bukan time bersembang je. time senyap sunyi pun mata dia tetap tatap cik.

Then dia tanya,

" Maaf la tanye xxx. u pakai botox keee?" 

WTH punya soalan.. u whattt? Kau nak cakap yang pipi aku kembong aka gemuk atau kau betul betul nak maksudkan yang aku guna botox? ha?!

Apa kau ingat pada usia 26 cik perlukan botox tuk menegangkan kedut kedut tua? ooo malu wokeh

Apa kau ingat ketegangan asli ini disebabkan bahan bahan terlarang yang mahal tu ke? still tau halal haram weh. Apa kau tau ke isi kandungan dia injet injet tu. tah tah lemak babi dia campur skali.

Oo okk, assume je yang muka cik sekarang licin halus bak belon. Tak macam dulu banyak jeragat n jerawat. its a positive site kannn. Bley? Daripada cik pilih pi botox baik cik pi marie france bodyline. kurus bak Erra fazira baru best.

Think logic beybeh.. bila badan mengembang pipi juga mengembang. Itu normal.

Tapi bila badan kurus kering, tapi pipi mengembang. Itu pelik..

Ce kau tengok ARTIS sekarang. especially usia senja senja ni. yang tak berapa laku tu. Sume berusaha tutup kedut dengan botox.
maka jadilah bibir mulut ikan, dahi flower horn, hidung hanger baju, pipi bengkak kena sepak..

Dan bila wartawan tanye, jawabnye 

 "oo no no, i tak guna botox botox ni. I still boleh bezakan halal haram."

sigh... tengok pun tau. apa kau ingat penonton ni bodoh.. kau lagi bodoh tahu


Pageview By country


Apa ke pelik stats nie. Siapa pulak yang view cik dari US, Iran, Jordan, Germany, Denmark, France..? Diorang paham ke bahasa melayu weh!

Kalau Brunei tu yes cik percaya. Sebab aritu ada insan komen blog cik. Well kalau akak ni tengah view. Hai kak (akak ker? ntah ntah lagi muda dari cik).. cik xxx bersiaran.. hehehe

Kalau dari Singapore ke Indon ke itu biasa. Sebab kitakan serumpun. Still boleh paham lagi kann..

Pada siapa siapa baca blog cik ni. Terima kasih. bacalah, tontonlah dunia cik, terokai lah otak gilak cik. Yang baik ikut. Tapi yang buruk tu letak tepi siap siap k.


Enjoy life beybeh!




Tips Dressing Untuk Wanita Gempal


Cik suke tengok orang. Kalau dalam lrt tu. kadang tak sedar terteleng teleng kepala tengok gelagat dan gaya orang. Tak payah tunggu partner nak mengumpat. Dalam hati pun boleh mengumpat orang. Jangan cakap kau jenis pandang orang pastu hati tak berkata kata ea.. tipu lah sangat semua benda yang kau tengok tu semuanya kau suka atau bersifat natural.. tipu tipu...

Cik perasan wanita berbadan gempal ni kurang bijak bergaya. Samada dia tak reti beli kain baju atau dia kurang konfiden nak pakai baju,Eh! mungkin lagi konfiden berbogel. :p

Dan cik perasan jugak. Wanita bertubuh gempal ni dia kurang konfiden sampai asyik asyik pakai baju yang sama (tshirt bodo = round neck yang lelaki pakai tu) atauuuuu terlebih konfiden sampai pakai baju daring gilerrr (seksi sampai seksa nak tengok lemak lemak tersembul).. ok ini cerita lain.. nanti cik up kat entry lain.


Ini contoh T Shirt bodo 

Ce bukak almari kau. Adakah baju kau banyak terdiri dari t shirt bodo dan baju kurung sahaja?  kalau yea maknanya kau tergolong dalam perempuan-tak-bergaya. Dalam erti kata lain adalah Kau tak konfiden dengan diri sendiri tuk sarung baju lain. yea tau, T shirt bodo ni saiz lelaki. Boleh up sampai XXXXXXXXXL kann dan senang dibeli, murah pun murah kannn.. Disebab malas pikir pasal baju. asyik la sarung t shirt bodo. Dan kau tau tak. Sifat malas itu memakan diri sebenarnya. konfiden jadi lagi low bila kau berhadapan dengan masyarakat. Ini Serius babe!

Kenapa harus gemuk dijadikan alasan untuk tidak bergaya. Sarung la baju yang up to date tapi still sopan. Maksud sopan sila bukak kamus diri masing masing. Istilah sopan kita tak sama. kang cik cakap pakai seluar 3 suku kau cakap tak menutup aurat pulak kann..

Sekarang ni banyak baju plusSize dijual. Cuma kau kena pandai carik kedai mana. Baju dijual kat online pun banyak. Tapi pada cik, kalau beli online kau kena berani amek risiko. Sebab kemungkinan baju tu tak muat pakai adalah sangat tinggi. Lebih baik kau rajin shopping usha baju baju yang kau berkenan. pi fitting then kalau sesuai kau boleh beli. Duit tak rugi, baju pun boleh sarung.. kau jugak untung orang perasan baju kau berganti..

Sementara nak tunggu lemak kau tu cair. Atau sementara nak tunggu kau sedar diri untuk kurus tu, apa kata kau jalani hidup seperti wanita biasa. Bergaya dan tunjukkan konfiden diri. Sayang ea kalau kau tu dah la kurang cantik, dah la gemuk, lagi memburukkan rupa dengan pilihan pakaian yang ASAL ADA kau tu. Lagi la public pandang kau serong.

 ini nota serius babe! manusia suka tengok pada benda benda cantik. itu pasti.






Monday, May 30, 2011

Di Penuhi steamboat, makan dulu baru stimm..hahaha


Minggu lepas pecah rekod. 2 kali layan steamboat. Ini topik makan tapi to those yang tengah struggle diet tu jangan berani berani kutuk cik.. tonyoh cili mau..! hahaha (sedapkan hati sendiri). Sebab bila bab steamboat, takde nya kau makan tertahan tahan.. sekali makan macam hantu raya. sebab buffet kannnn..

First layan masa hari isnin. time lunch dengan kawan ofis cik,

bukti,

Orang jakun guna chopstik..gini la jadinya..


Macam makan tuk 4 orang.. tapi hakikatnya 2 orang je. lagi 2 adalah hantu raya


Tengok la kepala udang yang telah dipenggal.. menimbun macam makan nasi..gilak la..


Aksi terbaik dr. Rozmey, sila lah beli jusmate5. muehehehe



Secondly, ahad..semalam.. layan lagi steamboat.

Bukti,

sampai sampai terus tuju kat aiskrim.. Ini mangkuk pertama..


tak cukup, ini mangkuk kedua..,

Mangkuk ketiga tak sempat snap..

tapi macam sial makan tak ingat dunia.. Semalam membela hantu makcik karipap.. MUNGKIN!...tak layan menatang steam2 or grill sangat. layan aiskrim je 3 kali ulang. yang lain tolak tepi..

Dan terimalah wanita yang semakin membulat model aiskrim anda...

Ini bukan aksi tutti frutti.. Ini model anti-tuttti fruiti.. jangan kau sebut sebut depan cik cap eskrim tak sedap tu. baik cik makan yang ni. lagi heaven..

~ Ubat Semput.. hehehehe






Toilet Comel


Kau pernah berpengalaman carik toilet dalam shopping Mall kann..

Ikut sign anak panah, sure jumpa punya

tapi kat sini..

sign toilet dia agak comel sikit..

sebab tangan Maskot Toilet ni sendiri yang tunjuk arah..



 Sooo sweet..


Lanun Jacky



Oh Jack Sparrow..

Kali ni kau kurang melawak.. Kenapa sayang ku

Adakah kerana kau jumpa cinta dalam cerita ni.. Penelope, akan ku sula kau.. hahaha

Tapi, mermaid mermaid cantik tu sangat mengiurkan

Mana ek kau beli baju sisik tu... Cik mau!

hehehe


K.A.R.A.K


" Incik,,, cik nampak anak saya tak cik...? " scene hantu..

komen cik tentang cerita ni,

kalau kau suke kat muka hensem shahir. Ha, kau boleh tonton keromantikan shahir melayan awek dia.

Kalau kau suke adegan hantu hantu nampak fake. Kau juga boleh menonton.

Kalau kau suke scene scene yang biasa di lihat dan boleh agak jalan cerita macam mana. Kau boleh la pi panggung.

Dan paling special, kalau kau nak tengok bibir angelina jolie dan aksi berkemban nampak tetek separuh.. sila simpan sifat ingin tahu yang membuak buak sebelum filem ni start. Confirm cerita ni kau akan hayati dengan penuh semangat.

For me, Cik tak minat rupa hantu yang tak realistik..

Well done yusry

Friday, May 27, 2011

L.E.L.A.K.I


Kawan kawan cik selalu cakap. Jangan di carik cinta ni. Biar dia datang sendiri kat kau. Tapi kau tau ke cinta tu bila nak datang. Kau boleh agak ke yang datang tu cinta . Ke cinta disulam nafsu? eh.. sape yang dah kawin tu meh terang kat cik nie.. Apa maksud CINTA yang sebenar benarnya?

Cik konfius ni. Nak kata anti sosial. Tak pulak cik pi keje balik keje je. Tak pulak itu la kawan ofis itu la kawan housemate. Ada je keluar keluar jumpa kawan lain.

Nak kata cik ni tak de kawan langsung. Ada je kawan contact contact tanya khabar. Laki perempuan sama je cakap rindu kat cik. Tapi tapi tapi... Sorang pun tak lekat kat cik. Maksudnya satu cinta pun cik tak dapat lagi nih.

Cik bukan la desperado.. tapi camne ek nak tau itu cinta. Eh, tak reti la nak feeling feeling nie. Nak bercinta kena belajar ke weh?

Nak tanya la. Camne korang kenal bf korang? adakah jalan jalan di KLCC terlanggar bahu pastu say sorri then dapat nombor fon? atau tertumpah kopi kat baju pastu lelaki tu suruh kau bawak balik basuh baju dia? (demam NORA ELENA) atau adakah korang ON CINTA dan hantar ke 39993? ce cite kat cik...

Pelik lah.. Bila keluar dengan lelaki, cik tak dapat beza itu kawan ke. dia tengah ada hati ngan aku ke. ke dia main main je melawak dengan aku? ke ke ke ke.. hah, banyak la dia punya kebarangkalian KE tu. Ambil berat tak semestinya dia ada perasaan dengan kita kannn. Kawan kawan pun boleh ambik berat jugak ape.

Lepas tu bila orang puji kau bagai nak rak. Kalau nak kata cik ni bunga bunga hati bila orang puji. Tak pulak. Kalau lelaki puji cik comel.. aah, memang dah tau pun aku comel.. so what..! apa aku dapat kalau aku comel pun? dapat check  0 enam angka ke.. ke kau puji puji nak jumpa mak pak aku terus?

kalau kata lepas ni nak kenal lebih rapat.. so kenal je lah.. apa, sekarang ni kau tak kenal aku ke..? Masalahnya, cik suka keluarkan perangai sebenar. Nak cover cover penat la. sampai bila kannn.. sok sok kalau jadi laki hah banyak pulak kau mengutuk perangai dah kawin lain..dulu masa kenal kenal lain.. kannn

Eh, penat la nak jiwang jiwang.. pastu konon beli bunga. Nan ado cik suka bunga. Dari kau membazir beli mahal mahal tu baik kau belanja aku makan. Kenyang jugak. Takat cium bunga tu. kenyang ke perut aku. Beli coklat ke? boleh aku jamu kat housemate aku sekali..kannnn.  tengah bercinta ke kalau lelaki tu bagi bunga kat kau..Pada cik tak..

Pada cik, takyah bercinta kot. sebab lepas kawin sok takdenya kau nak layan aku seromantik itu. Kalau kau suka aku. aku suka kau. Tunjukkan, buktikan yang kau tu betul betul nak kenal aku. nak buat aku jadi isteri. Kalau baru diuji tak layan, terus nak blah dari hidup aku. Ha, itu bukan lelaki. Itu pengecut. tahu!

Sebab, orang Malaysia ni bukan la romantik sangat Am nya orang melayu. Kalau kau romantik gila babas tu ada benda la yang dia nak tu.

kannnn..

lelaki..oo lelaki..lai lai lai datang kat cik..huhu




Nak Wat Tele Marketing pun Hagak Hagak la K.. watch out to those marketing site


FuFuFFFFuuhhhh,

Hati tengah panas nih..  ( Entry dikarang sambil dengar lagu Ne-Yo One In A million..ok tenang sikit)

Meh cik cite rentetan kisah ini..

2 minggu lepas satu bank ni ada kol promote pasal product/service terbaru dia. Memandangkan cik ada guna khidmat perbankan dia. So dia pung pang cerita apa penting nya ambil yang baru ni. Yang tukang promote ni perempuan. Masa tu cik dengar dengan tidak sebab keje berlambak. Malas nak pasang telinga memandangkan itu hanya promotion je kan. Dah kau pun kol tak kira masa. Tah customer kau tengah berak ke, meeting  ke, apa ke. Ada kau kesah semua tu. Marketing Department bank ni kata TAK KESAH! huhhh

Pastu cik kata "can u call back?" bermaksud jangan ganggu saya. saya tak berminat..then cik off. Ehh, dia tak paham rupanya. Dia kol balik "bila u nak i call balik. is it this afternoon or tomorrow... "cik cakap esok esok pun ok. So dia pegang janji dia gamaknya.

Esoknya cik cek fon ada 6 miss kol.. oh, nombor bank ni lagi. Tak dengar bunyi fon. so tak berangkat lah.. Alih alih esok MAK cik kol dari kampung cakap "orang bank carik kau.Tah apa dia cakap omputih. Kau buat loan apa sampai tak bayar nie?" Mak marah yang amat. Kau tau la orang tua camne kann. Dia bukan reti speaking. Asal orang kol cakap dari bank.. ha, tu suruh bayar loan la tu. takde benda lain kalau bank carik kau.

Adoi, semak la kepala otak. Sekian harinya.. perempuan dari bank ni kol lagi. pe benda yang kau beria nak promote sangat nie. ha cepat cakap. Cik tak sabar nak tau sangat nie. pung pang pung pang... bla bla bla.. cik tanya, "u ada kol no rumah ke. itu kat kampung i. kan i dah noted that dont ever call my hometown. anything call my handphone. Just marketing je kann. The rest jangan menyusahkan i sebab  i bayar on time. Jangan kacau orang lain k." ooo pandai lak kau jawab orang lain yang kol. bukan dia yang jaga akaun cik. Dia takde kena mengena. KONON!

Yang ni macam sial. Kau orang yang sama kol aku aritu then kau memang nak kejar target suh aku masuk then kau tak mengaku kol kampung aku kann.. yeah hebat. pandai kau. Pastu dia tanya keputusan cik. Cik cakap takleh buat keputusan sekarang. dia tanya "why?".. then cik cakap "u tell me what decision u can make without thinking it first." Cik tak nak la buat keputusan terburu buru. or else cik yang tanggung pape nanti. Ok dia janji akan kol balik...Sial, memang la tak putus harapan dia ni.

Tadi dia kol cik balik.. "bla bla bla... u confirm that blalalalaala, i will sending u aggrement bla bla bla...." WTH perempuan nie. "Hello, bila i cakap i setuju bla bla bla bla? "... "Eh, memang u nak mae"... " when?.. I tak nak. I think dah cukup apa yang i ada sekarang. i tak interested with that bla bla bla".."but why?!"... Ini soalan paling bangang. suka hati la what the reason aku taknak. Kau ada hak ke PAKSA orang assign benda yang kau rasa bagus tapi tidak pada orang lain. KAU CAKAP KAT AKU SEKARANG?...

We have the right to choose, rite! So biar la decision yang kita buat tu. Cik geram bila dia merendah rendahkan keputusan cik. "bla bla u akan rugi bla bla bla i will makesure u akan menyesal with that bla bla bla bla "... Cik hilang sabar betul dengan dia nie. Tak paham bahasa rupanya. Kau nak suara tinggi tinggi ke? meh aku bagi.. " I kata taknak. Terpulang la itu keputusan i. Yang bayar nye i. duit i... tak kesah la interest tinggi mana pun. i bayar guna duit u ke?" ok full stop.

kalau boleh Cik tak suka cakap kasar tak bertamadun dengan orang. tapi kalau orang yang sengaja mendidihkan hati cik, memang sengaja cari nahas la kena simbah asid tu.

Babai la marketing macam ni. Menyusahkan hidup orang nak mamps... Itu cik dah cakap full english tu tak paham. kalau cik cakap melayu tah ternganga nganga ke hape telinga cina tu nak paham.Eh?!

Ini bukan bersifat perkauman tapi serius individu macam ni tak leh dibendung dari menyemakkan hidup cik..

bye!






Thursday, May 26, 2011

Cina Mana La Nih?


Kau kenal tak ni sape?




sape dia nie?



sapa sapa...?! ha?




ni lagi



wohoho, aksi diranjang tuh..



dan lagi



Tak boleh bezakan tutup mata or mata sepet





ada lagi gambar?




hah tengok!


Ni time audition Astro. Ada hati nak masuk TV.hahahaa...









Taktau la cakap apa.. 

kau sendiri karang ayat dalam hati okeh,









okk, tau kau semakin loya.. 

Ini gambar last















kau akan kenang daku dalam mimpi mu malam nie



Wahhahaha, 
ayu giler woo budak bertudung nie
Yang sebelah kiri tu memang cina. 
yang belah kanan tu Mualap kowt. 
mata sepet, muka innocent..  suci gitu



hikhik

tapi sape dia ni? kau kenal... ntah cik tak kenal...



:)


Wednesday, May 25, 2011

Lagu Lagu Sekarang Ajar Orang Tak Setia


kau baca ea bait lagu ni,

~ ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasih mu.
   tak akan ku ganggu kau dengan kekasih mu
   ku kan selalu disini untuk menunggu mu..~ 

Si penyanyi ni perempuan. Kalau kau jadi kekasih/isteri si lelaki/suami tu. Apa kau rasa? bengang tak? rasa nak lempang tak perempuan nie? aah, memang la. lirik lagu jerr... suke suke..Dia just niat dalam hati je. bukan nak rampas jantan betul betul pung..
wohoooo, But not for me...

Ce kau bukak radio. Siang malam kebanyakannya lagu yang lirik dia.. aish.. kau dengar la sendiri. Zaman sekarang ni lagu lain matam sikit. Ada tu terang lagi bersuluh lirik dia mengaku main kayu tiga. Ada affair dengan perempuan lain. MAKAN LUAR tanpa pengetahuan pasangan. Ada kekasih gelap.. Cik tak kata lelaki k. Perempuan pun sama naik je zaman sekarang nie. Dah la lirik dia straight to the point. kadang kadang apa yang dia nak sampaikan tu tukang tulis lagu je kot yang paham. Telinga pendengar tak paham pun takpe.aduhai..

Bahaya betul lagu sekarang ni kann.

Lagu bukan ke melambangkan orang kita ke. Lagu melambangkan zaman kita... tapi sampai lagu pun digubah bangga kalau buat salah.. erk, takleh terima la.

Tu pasal cik tak IN dengan lagu lagu sekarang nie. Cik lagi suka dengar lagu oldies. Mana ada lagu cinta dulu dulu pandai main kayu tiga. semua bercinta setia nak mati. Kalau putus pun takde nak salahkan pasangan.

cerita lirik dulu kebanyakan bermaksud

' kau putus lah dengan aku..aku redhooo..yea, memang salah aku, kau bahagialah dengan insan yang kau sayangi, biarlah aku mengundurkan diri.'.. 

tapi lagu sekarang nie banyaknya bermaksud,

' kau nak putus dengan aku ek. Eh, aku tak kisah lah. aku boleh carik lagi hebat dari kau laaaahh. Jahat, sial!boleh blah lah..aku pun boleh pasang banyak la kalau aku nak, huh'.. 

ha, gitu la maksud dia...zaman sekarang ni pantang dicabar. kau boleh buat,aku pun boleh buat. Gitu la konon2 maksud dia.

ha, see.. bermaksud kann... Beza antara zaman SETIA dan zaman TAK SETIA..

Orang dulu dulu kawin atas pelamin nampak pengantin perempuan selalu kuarkan airmata. Kawin paksa ke? tak suka kawin ke? gembira sangat kawin ke? ntah la.. Tapi bahagia sampai hujung hayat. sampai sempat besarkan cucu cicit hingga tutup mata dengan pasangan.

Orang sekarang pulak kawin atas pelamin laki perempuan sengih sampai ke telinga. Airmata setitik pun tak tumpah. Kawin atas dasar CINTA, kasih sayang?.. Tapi bahagianya kadang kadang separuh jalan. dua tiga tahun cerai. Anak belum pun sekolah dah cerai. Mananya 'i lap u u lap me'..? mana mana,..

Jadi, bersederhanalah dalam kita mencintai sesuatu. Sebab setia atau tidak bergantung pada jujurnya hati sendiri.  Jangan terikut sangat macam lagu zaman sekarang nie. ikut lah lagu orang dulu dulu..

Layan balik lagu scoin, sting, screen, scan, spoon, spring, search, senario... Eh! hahaha (dulu dulu sume kejar tajuk kumpulan hurup S) tak terkecuali Siti..


Tuesday, May 24, 2011

TAXI NGERI (Lagi Takut Dari Hantu)


Kalau terpaksa naik taxi sorang sorang kau berani tak? kadang kadang situasi buat kita terpaksa naik taxi. contoh nak cepat ke, atau hari hujan dan kau tak nak basah kuyup. Kalau naik dan kau bagitau nak pegi mana dan pakcik tu hanya menjalankan tugas hantar kau sampai destinasi tak pe lagi. then dia diam, kau diam takpe jugak. Ini tak! buatnya dia ajak kau bersembang. Kau ada perasaan tak nak bersembang dengan stranger seperti driver taxi?

Pendapat cik, takdak hal punya. Anytime boleh naik cab. tak kesah pi mana sekali pun. Tapi tapi tapi. Ada insiden yang buat cik berfikir 2 kali untuk naik taxi. atau mungkin beratus ratus kali lepas nie.

Sebab,

Aritu cik balik KL. Bas drop cik kat pekeliling. Barang banyak. Balik kampung satu beg. Balik KL 3 beg. Dah camne kalau ayah suh bawak ayam, mempelam bagai kann.. nak menolak tak sampai hati kecikkan hati orang tua. mengangkut jugak la balik KL. walhal.. tah sape nak makan banyak banyak gini tah. ada lagi mempelam kat rumah tu. kau nak?!

Cik putuskan niat naik taxi sebab situasi macam di atas ni lah. Gila kau ceret meret mengengkeh banyak barang naik LRT. kang bergolek mempelam jatuh ke kaki orang kang...ok, Cik cakap kat driver tu  'wangsa maju?' dia angguk. Cik naik bla bla.. taxi pun jalan.

5 minit berada di perut taxi, situasi adalah normal. Tup tup, keta ketengah ketepi. Eh eh, apehal ni? Cik tengok pakcik yang bawak tu. lor, nape tangan dia ketar ketar pegang stereng. kena sawan ka? bukan sawan tapi tapi PARKINSON kau tau tak! ~ kau tau hati cik kecut pikir sampai wangsa maju ke tak ni, ke jadi arwah satgi..errrr!

Hujan turun dengan lebatnya. banyak keta kat belakang hon hon. Apehal la kann. pakcik ni steady lagi bawak. Mencilok lagiii dia reti. Cik gusar, berkira kira suh berhenti tengah jalan atau wat dunno je. Hujan lebat ni. kang lagi payah dapat taxi. ok cik duk diam.

selang 10 minit, kali ni bukan takat tangan je parkinson. sekali dengan kepala kepala dia teleng ke kanan ke kiri selang 5 saat. Ahhhh sudah.. sampai ke tidak aku ni..

Cuba telek lesen yang berganyut tu. Khairul Anwar bin......blur. no IC?..alahai halusnya nombor. tak nampak.. ok takpe berlagak cool sambil tutup mata. sure sampai nieeeee.. huwaaaaaa, cuak wei..





Ini la pakcik taxi tu. ni gambar curik time dia teleng ke kanan. dalam masa 5 saat kepala dia akan teleng ke kiri pulak. ngeri tak?!...

Alhamdulillah sampai jugak ke wangsa maju. Kalau jadi arwah. kau boleh salahkan pakcik taxi ni sebab dia yang drive. Tapi kalau dah ajal sebab eksiden nak wat camne kann!

Ini sebenarnya kes kedua ternaik taxi yang ngeri.

Dulu Dulu Cik teman housemate pi segambut. Time nak balik naik taxi ke wangsa maju jugak. Yang ni lagi hardcore. Dah separuh jalan baru pasan pakcik ni OKU. punggung dia terangkat angkat selang 5 saat. Dan tangan kiri dia tahan seat supaya punggung dia boelh terangkat. Eh, kau boleh imagine ke dia camne ni?

Time tu berdua. So, boleh share takut untuk dua orang. Kami decide turun kat pekeliling then salin taxi lain. eh, bukan. kami terus naik lrt. Fobia kena ngan taxi macam tu.

Last last terkena lagi ngan taxi OKU camni.

Bukan cik menghina orang sepertinya. Tapi boleh ke OKU bawak taxi? cik percaya 100% pelanggan akan takut dan tak konfiden dengan pemandu macam nie. Serius babe.

Kau nak ke, naik taxi dah la tak kenal driver lepas tu bawak keta ketengah ketepi dan possible untuk eksiden adalah amat tinggi.. mau?

Cik fobia.... huwaaaaaa





Monday, May 23, 2011

Tutti Frutti Yang hebat.. KONON!

The Tutti Frutti yang orang kata sedap sangat tu



Dengan harga RM20.15 bersama rasa seperti ais kepal. Cik confirm ini adalah first and last makan benda mengarut ni. Dari Tutti Frutti yang dia kata yogurt yang saaangat menyihatkan tu, baik cik pilih Baskin Robin yang dah tentu tentu aiskrim dan saaangat melazatkan.

Frustrated taste dia sampai orang masuk kedai tu cik rasa nak cakap jangannnn beli sini...syuh syuh syuh. Terbakar duit korang with benda yang tak sedap. :p



Nur Kasih The Movie


Dah tonton? siapa yang dah tengok apa komen kau?..


Apa Yang Best tentang Cerita ni,

1. Filem ni best kalau kau layan masa drama dulu.

2. Adegan tembak menembak yang macam dalam game n letupan keretapi yang erk!.. ok untuk drama Melayu

3. Cinematografi tiptop

4. Mia berlakon jadi Mariam. The skrip paling best is ' paksu, sakit sikit ke sakit banyak? nasib baik sakit sikit kalau sakit banyak tentu dah mati macam ibu.'. well, serius.budak budak takde mulut sensor. mereka sangat jujur. Good side of it.

5. Melihat contoh wanita Islam menutup aurat dengan sempurna. WAJIB punya jubah dan baju longgar longgar dalam almari. big minding set tho.. dan bukannya WAJIB ada baby t sendat nampak lengan dan legging tapi im wearing tudung k.


Apa yang TAK best tentang cerita ni,

1. Kau kalau jenis takde feeling toksah la tengok cite drama melankolik macam nie. Confirm nak muntah sebab takleh keluarkan airmata

2. Perasan tak Adam selalu keluar rumah tanpa berbincang dengan isteri dia. Ini konsep tulis nota sebelum bini bangun tidur.  Kau apehal pi carik cincin kalau dah tau tempat tu bahaya. Pastu menyusahkan orang sebab tak dapat dihubungi. Lepas tu isteri pasti mencari suami dengan hati risau gundah gulana. Ini dah berapa kali Adam menyusahkan bini dia. Kalau cik jadi Nur Amina tu. Bila jumpa je Adam terlantar tu. datang dekat. lempang pipi dia laju laju sambil sebut 'maap maap'..sebab asyik nyusahkan orang mencarik dia. Dari drama lagi Adam buat perangai macam ni tahu..Erggggg!

3. Selalu kita dengar ayat...'Ini adalah ketentuanNya' dari filem ni. Tapi cik nak ubah... 'ini adalah ketentuan kabir bhatia'.sebab dia tukang arah.. Apa kes kau nak matikan watak Ayu raudhah dilanggar kereta sebab kejar LAYANG LAYANG? u what!... kejar anak boleh diterima akal lagi..ini LAYANG LAYANG?..



Ramai masuk panggung dari baby kaler merah, mak dalam pantang, mak mak, nenek nenek.. orang tak pernah jejak panggung pun sanggup datang sebab nur kasih. big achievement tho..

KONGSI


Sabtu lepas tengok cite ni. Boleh ditonton untuk satu cerita melayu yang tiada pembaharuan dengan lawak yang biasa ditonton.

The best part is bila keluar panggung terus cik lupa ingatan akan cerita ni. So boleh labelkan cerita ini sebagai Filem-Yang-Mudah-Dilupakan.

Good job to Farid Kamil. U did a great job..

Friday, May 20, 2011

Blogger TelurDiBasuh, Rambut, Dottie

Salam petang korang..

Cik mc 2 hari. Demam kuskus cukup pakej plus semput. Terpaksa berlawan dengan cuaca. How ar nak mantapkan paru paru? tengok orang lain redah hujan macam takde masalah je. Yeah rite. kau sihat. kalau cik  Belum pun hujan turun dada cik dulu turun naik. Nampak sangat sat sat lagi hujan. Kau kalau nak tau jap lagi hujan ke tak. kau tanya cik je. Confirm cik boleh jadi pakar kaji cuaca. kau paham ke. tak paham leave it je. orang masalah paru paru memang camni.

Tadi usha blog favvy cik. tetiba orang kecoh cakap alfatihah kat sorang blogger nie. Empunya blog telurdibasuh dah meninggal. Innalillah.Alfatihah untuk beliau. selalu gak baca blog dia nie. sempoi tulisannya. Last entry dia 5 hari lepas. Dia meninggal sebab jangkitan paru paru. paru paru jadi keras. yang asalnya hanyalah sesak nafas. dalam erti kata lain asthma. er okk, ajal dia dah sampai. Hari kau, hari cik, kita tak tau bila. kalau tau confirm hari ni jugak kau bertaubat kann.. Mode insap.

Part dia asthma tu yang buat cik terkesima jap. its same problem with me. Erk, kalau lama cik tak menulis nanti. kalau ada yang perasan. or ada orang inform kat kau. atau ajal cik dah sampai. kau bagi alfatihah banyak banyak kat cik yea. time sampai alam lain esok duit harta pangkat dah tak guna lagi dah.. Doa jugak yang mahal. Ingat pesan cik ni tau.

okk, insap lagi. tapi bila kau nak betul betul alim beriman ni cik. insap insap tak wat pape tak guna jugak kann. Tudung tak pakai pakai jugak. Yang wajib.. haih, malas nak bukak pekung di dada.

Adeh. tapi baru je sat tadi potong rambut lagi. sejak tahan sakit kepala dua hari ni. cik tak sanggup berambut panjang. panjang ler sangat. baru cecah bahu je kot. so cik decide pi salun belakang rumah potong rambut sependek mungkin. Hilang nye nak simpan rambut panjang ala ala manja macam jue Aziz. eh! bukan dia ex idol cik ker? :P nope, dia gilak. pangai tah pape. dressing out. personaliti pun out. out of my list idol.. sekarang cik minat kat diri sendiri je..ke nak jadikan DOTTIE sebagai idol..hahaha

Ha, sebut pasal dottie. pada satu hari cik naik lrt di hujung minggu. Cik dapat duduk. seat lrt kan mengadap hadap kan. so boleh nampak orang sana kalau takde orang berdiri kat tengah tengah. Ada budak kecik ni dengan mak dia. Dia perhatikan cik lama gila.. dia tenung je. pastu cik senyum lah.

Pastu dia panggil ibu dia. pastu dia cakap 'ibu ibu, DOTTIE!' ...sambil menunjukkan jari telunjuk pada cik. Cik angkat kening. orang keliling pandang cik pastu senyum senyum. Yang mak budak ni lagi best. dia tekup mulut anak dia. Okk, budak kecik tak reti menipu. kalau dia nampak cik ni macam DOTTIE. Cik redhaa.. maknanya ada harapan la cik berlakon kann kan kann.. hahaha... tapi serius cik tak rasa itu satu kejian. kepala kena positive kann. so cik anggap je budak tu nak cakap cik comel macam DOTTIE. :p

Entry hari ni campur campur. sori la babe. Cik pun kepala berdengung nie. Tapi nak cakap sini. Cik sayang blog nie. Cik sayang kawan blog. cik sayang kau. Kalau kau benci cik pun takpe. sebab tau. Kita tak akan menjadi orang yang sama.

Ok bye!





Wednesday, May 18, 2011

Kesah Terlajak Tidur Dalam Bas.. Thriller Punya Kisah

Tanggal 13hb cik balik kampung. Dengan niat dihati nak sambung cuti strait sampai selasa. Malam tu excited gila nak naik bas dari puduraya. Kau tau. Puduraya sama taraf macam KLIA woo.. dah ada lending board. Dia cite bas berlepas bas sampai.. wohoo, jakun jap cik. Pastu kau tau. first time nak beli tiket boleh sesat. siap kena tanya pak guard lagi. jangan kan kau carik foodcourt. lagi lah kau akan sesat. ini nota serius. malu bertanya sesat jalan. rajin rajin la tanye kat pak guard situ k. 

oo pastu nak naik bas kan kena turun tangga platform kann. ada pintu kaca. cik berdiri depan tu tak bukak bukak jugak pintu tu. rupanya kena tekan button kat tepi.. Gilak la.. kalau makcik kampung masuk KL nie sure dia tak hidup kat puduraya ni. serius weh!

Dalam bas cik perasan bas fullhouse. dalam ramai ramai tu. 2 orang je perempuan. Makcik India kat depan skali dan seat cik 2 dari belakang. Gilak. Eh, apesal ramai lelaki ni. kalau diorang nafsu setan.. Habis hancur kena ratah anak dara nih. Oh no otak seram datang bila bila masa. okk taknak pikir.

Pastu naik je bas cik tertidur. Penat weh kejar masa. Nak mendapatkan puduraya satu hal jugak. kalau dulu berani lagi jalan dari lrt pasar seni ke puduraya. sekarang sejak kes asid asid ni..kena kurangkan aktiviti jalan kaki tepi bahu jalan. sanggup ni cik salin dua tren semata mata mengelakkan asid. eh! perlu
elakkan diri berjumpa ngan motor motor.

Dalam tidur mati tu sesekali tersedar sebab bas benti terkencing. ah pedulikan orang orang tangki bocor ni. cik sambung tidur. sekali lagi sedar dah sampai bandar kuantan. bas turunkan penumpang kat terminal. Pastu bas jalan lagi menuju pekan. Cik sambung tidur. tup tup cik bukak mata. bas berhenti. pisat pisat mata eh eh..dah sampai la. selalu cik benti tepi jalan.pastu jalan kaki sampai umah. sebab umah cik halfway ke pekan. so tak turun kat last terminal lah. 

Ada mamat ni turun. cik bontoti dia. Bas pun jalan. hampir 10 minit cik pikir cik kat mana. Jam menunjukkan jam 2 pagi. suasana gelap gelita. ah sudah.. AKU KAT MANA NIE. mana rumah? arghhh..apesal aku ikut mamat tu turun tadi. dari jauh kesurupan cik nampak balai polis. lar.. dah terlajak rupanya. 5km dari rumah.. Takut toksah cakap la. kalau suluh muka kat cermin time tu. takleh beza hantu ngan muka cik. pucat takut punya pasal..

okk, apa nak buat nie.. okk, call ayah. tak berangkat!!! call along. tak berangkat jugak!!! er er er, okk rilek cik.  kol tepon rumah lak.. alhamdulillah adik cik angkat. eh, bukan kau tak balik umah ke minggu ni. bukan kau kat hostel ke? ahh, gasak.. cepat amek akakkkk!

okk, apa nak buat nie. takkan dok dalam gelap tepi jalan camni. sesekali keta lalu. sesekali kang mat2 rempit bawak motor macam pelesit. dalam hati cik. jangan la kau benti. jangan la kau mengurat aku.. grr.. ok jalan kaki jauh sikit dari jalan. Dapatkan balai polis berhampiran. sikit sikit toleh belakang. Grr.. cik tunggu adik jauh sikit dari bustop balai polis tu. time time gini cik lebih takutkan orang dari hantu. Serius!

Cik takut jugak kat polis. Pendapat cik, polis jugak orang. boleh wat apa saja kat kite.Nak nak lagi perempuan. Cepat la emy weh.. akak nak terkencing dah nie. Pastu Ada satu motor ni benti. Erk, bukan emy.. kau sape? erk..polis. no no.. perlu ke cik berlakon jadi hantu sekarang nie. okk, cik berdiri tegak macam tunggul celah celah pokok besar. harap motor tu pergi jangan cakap pape ngan cik. yes, betul. dia berhenti. telek skali dua pastu dia jalan. ah, selamat. Kalau lah ada ponti berganyut kat pokok time tu serius cik nak wat kawan. grr!

Ok, lega. adik cik pun sampai dengan motor. Ingatkan habis dah thrill malam malam hari. Rupanya ada lagi. Adik cik manade lesen. Berani berani amek cik tengah malam cenggini. walaupun cik fobia naik motor. tengah darurat hilang semua fobia. Kami merempit dinihari meredah roadblock dan kumpulan rela yang bersepah jaga jalan sepanjang balik umah. Thrill gila malam jumaat tu. Dengan takde lesennya. Adik cik umo 16 tahun. mana leh wat lesen lagi. Dengan roadtax matinya. Tapi kami champion. Berjaya melepasi semua roadblock. Orang kalau bersalah kena pandai berlakon sikit. tunjukkan confiden di muka anda. insyaAllah lepas. 

Kalau lah takut boleh memecahkan lemak dibadan. Cik rasa ada turun 10 kilo kot untuk tragedi ini. Serius malam yang malang bagi cik.

Pengalaman gilak!







Monday, May 16, 2011

cik kat kampung

minggu lepas blogspot takleh bukak pasal renovate yea? gilak la.beku otak menahan idea sebab tak dapat luahkan kat blog. arini cik cuti. cuti sebab wayar otak berselirat dok kl. cik layan perasaan kat kampung selama 4 hari. kau ada? ni cik kat spital. kumpul ubat asthma. kalau time keje bila masa nak amek ubat kann. jadi hari ni cik pi dua spital. satu klinik dekat umah.satu lagi spital pekan... alaa, update guna fon tak tau celah mana function tuk wat perenngan. jadi arini cik update serupa budak darjah satu wat karangan..NANTI JMP LAPPY CIK UPDATE CITE BAIK PUNYE K.BYE

Wednesday, May 11, 2011

Karaoke Orang Tua... Adeh!

Siapa tengok cite 360 kat tv3 minggu lepas? Pasal karaoke..

Ada mak moden bawak anak 3 tahun pi layan karaoke dengan kawan kawan dia. apa pendapat kau?
Pada cik, kalau niat mak dia bawak anak tuk datang makan, lebih elok bawak anak tu makan kat restoren then lepas tu bawak balik rumah. Walaupun pusat karoke tu dilabel FAMILY KARAOKE.. tapi awal awal kau dah rosakkan anak kau. baik ajar dia benda berfaedah, ajar mengaji ke. Kalau nak berhibur sangat kat rumah pun boleh berhibur. Banyak aktiviti boleh buat bersama anak. apa, kau nak ajar anak kau jadi artis ke? buat rosak budak budak je. Sekalipun kau gian sangat nak karaoke. tinggalkan anak kat laki. hah, ko gi la berjimba kejap releasekan tension.

Dan ada pulak warga emas datang karaoke tempat terbuka. Ok la, karaoke tu tempat terbuka. yang datang menyanyipun warga warga emas je. ada yang suami isteri dengan alasan memang dari kecik menyanyi. tapi makcik pakcik.. lagi elok beli set karaoke kat umah. layan kat umah lagi afdal. boleh peluk peluk.., ada tu pakcik yang datang sorang dengan alasan tension ngan anak anak. Wow, tension ngan anak kau layan karaoke. kalau kau tension ngan bini, kau gi mana pakcik?.. Walau pun karaoke ni taraf kampung kampung punya tapi sangat mendapat sambutan.. tapi, makcik pakcik? malam malam dok rumah je lah..sesuai dengan usia. umah kata pergi kubur kata mari.

Dan ini lagi mengharukan, ada karaoke terbuka dalam hutan nama RIMBA.. macam clubbing cuma tempat terbuka. ada orang karaoke dan ada terkinja kinja menari kat depan pentas. Ini gila punya tempat. Walau pun dah letak sign, no drink no ecstacy no unmoral activity still cara diorang berhibur theres something wrong somewhere. Dah serupa tak betul.. Still cik budget diorang ni ramai indon. yea la nak masuk red box tak mampu kannn.. cepat lah pihak berkuasa datang rush tempat macam ni. banyak benda buruk dari baik tu..

Yes, Cik suka karaoke. Tidak dinafikan suara cik sedap menSUMBANGkan lagu. Dan cik datang karaoke dengan kenalan rapat. tak roomate cik, dengan kawan rapat cik. Takpun kami datang ramai ramai by group. hah nyanyi la kau sampai pengsan. Kalau by group tu tiada unsur unsur lucah even berpegangan tangan pun takde. inikan pulak nak berciuman.. nope.. semua dalam kawalan. kami enjoy tapi masih ada batasan.

Tapi ada segelintir masyarakat yang band sungguh sungguh orang yang datang ke pusat karaoke. Kononnya meruntuhkan akhlak. Gila babi ni sumpah seranah orang yang suka menyanyi ni. Dalam kepala diorang fikir semua negative site. ada pempuan dok atas riba. ada air setan. ada menari macam orang gila.. Eh, itu standard karaoke cina je weh. Kalau kau pegi 5 star punya karaoke semua tu takde la.. CCTV merata merata. kau berani la nak cium bagai. sat sat diorang datang jenguk kau buat apa. Ke yang kutuk kaw kaw tu kau takde bakat. menyanyi tahap suara lekat celah kerongkong. ke kau sengau nyanyi kot hidung. untuk menutup kelemahan kau tu kau cakap la yang kau anti karaoke.. kannn

Kalau orang tak minat nyanyi, diorang tak heran deh nak kutuk bagai. Diorang mesti dok diam atau menolak cara baik kalau takmo karaoke. Dan diorang takkan blame bila orang menyanyi. Sebab diorang ada pengalaman pi karaoke teman kawan kawan..

Pada cik, karaoke lepas tension. yes boleh. serupa jugak kau main futsal petang petang tuk lepaskan tekanan keje. pi karaoke tapi dengan gaya yang betul lah..Pada cik sampai satu tahap kita kena berubah. sesuai dengan umur, cara hidup, dan komitment yang kita ada. Bukan umor semakin meningkat still tak sedar sedar diri. itu salah la.. Bukan sebab orang pandang serong je. Tapi hati. Hati pandang serong tak dengan diri sendiri. Sendiri punya akal fikiran sendiri  jaga la ok.

sampai satu tahap..Start umor angka 3 je kat depan. Cik akan cari hobi lain untuk lepaskan tension selain menyanyi. Nyanyi suka suka boleh la.. nyanyi dalam kereta..

Tapi malam ni kawan cik ajak karaoke sebab dia dah habis exam.. huhu, ok. siap.. malam ni cik nak duet lagu cinta.. lalalalala



Tuesday, May 10, 2011

Gambar Curik

Walau pun begitu... im still look hot..


hikhik..

hah, loya pmpuan mengandung tak? hahahaha

R.U.N.N.I.N.G


Cik suka masuk kedai buku. Walaupun kadang kadang. telek je, baca situ. beli tak jugak.. Last month cik ada terbaca buku ni kat MPH..pastu.. balik rumah teringat ingat.. ah sudah.. aku kena beli ke ni ha....? masuk mimpi woo..

Minggu lepas dapat gaji tak tunggu tunggu dah. Terus beli. Nasib la buku ni ada. tapi memang cik budget ada lagi pun. walau satu tu je bukunya. Orang Malaysia mana de interested buku buku gini. kannnn...

Cik gila sebab buku ni ajar cara lari.


Lari pun kena belajar? Bagi cik. eh, mestilah..Kau yang sihat boleh la kot lari sehardcore yang boleh. cik yang asthma ni kena jaga breathing. kang satgi pengsan mati kejung kat situ jugak kang. Ada sejarah. so kena hati hati.. bersyukur la kau yang gemuk tapi sihat tu. perlu GUTS je nak kurus.

Buku ni dia ajar untuk orang firstime exersice, atau tuk join marathon. Untuk cik ni cukup la yang baru berjinak jinak nak lari secara serius.. ha tengok tu, dia ajar.. run then walk..run then walk.. baru la kau tak sampai rasa tertanggal lutut. Bila stamina hebat boleh ar lari strait..

Semoga cik tamat baca kitab ni dan aplikasikan masa jogging nanti.. aminnnn

Doakan cik..




Monday, May 9, 2011

Rupa Terbaru Cik

Kau mesti rindu nak tengok rupa latest cik kann. Jarang dah nak tayang muka kat sini.. well, hot market gitu la.. kena limitkan gambar gambar tayang muka nie. nanti tak exclusive pulek. hahaha...





















nah, tengok puas puas







hikhik,

SalesGirl Yang Suka Meraba..


Semalam cik pi jusco. Mana lagi nak pegi kann. 5 minit dari rumah je kot. kadang tu weekend boring boring tahap dewa kat rumah, sampai 3 kali sehari cik tawaf Jusco tu.

E eh, semalam jumpa Myoliza. Sempat ucap sepatah dua kata.. wow, slim mlim betul akak ni.hmm, bila nak jogging sama ni kak.. tunggu stamina cik super duper hebat ek. boleh ar nanti kita compete kat titiwangsa.

Cik teman housemate cik beli bra. Cik perasan, tak kira shopping mall mana pun. salesgirl area jual bra ngan spentot ni suka raba raba badan orang lah.. iyea, tau. memang la sesama wanita. tapi patutkah sesama wanita perlu diraba raba. Contoh dia promote bra yang boleh sembunyikan lemak lemak tersentil. perlu lar tangan mengewai ngewai lemak celah ketiak customer. ha? perlu lah...?

pastu cik perasan yang punya kerja ni bese salesgirl cina ditambah lagi pangkat veteran. Pendapat cik lah. kau nak jual bra atau promote.. memang lah digalakkan. Sila keluarkan modal suara anda. Pastu boleh carikkan saiz yang customer nak. kadang customer tak reti nak geledah satu satu jenis bra yang bersusun cantik tu. yes, kau boleh tolong. Tapi kalau sampai nak meraba breast dan kawasan sensitif customer...tak perlu kot. Do i know u? u are stranger u know. kau kawan aku ke nak raba2 bagai.... tak ramai customer perempuan selesa diperlakukan begitu. tak kisah lah perempuan tu kurus kering ke gemuk gedempol ke. ini sudah melanggar hak asasi manusia.. ini tak boleh jadi. adakah ini tergolong dalam 'SEKSUAL HARASSMENT'?.. fikir fikirkan hak anda :D

Lagi satu salegirl yang cik tak berkenan. Contoh pegi guardian. Cik tengah melilau carik losyen cap kegemaran. Salesgirl tu datang tanya carik apa. pastu cik cakap la carik vaseline kaler hijau. Dia tayang losyen lain. Nivea ke hape tah. cik bukak penutup nak bau. Euw, tak best kat hidung. cik geleng tak mau. Pastu dia kata 'aiya, amoi. ini losyen ar tengok dia apa function. bukan cium itu bau saje'. cik cakap taknak. eh, suka hati la aku nak cium ke apa. yang pakainya aku. Kalau function dia hebat giler memutihkan kulit sekalipun kalau bau dia macam belacan sape nak beli. Pigi ar promote kat orang lain.

Kalau part barang personal care cik akan utamakan bau dia. pasal hidung cik ni sensitif pada bau bauan. kalau bau itu menganggu hidung cik atau menstresskan perasaan cik dengan bau tengik. Confirm selang beberapa minit akan terjadinya asthma. Jadi biarlah cik beli benda yang baunya cik suka. hak individu kann..

Sambung cite tadi, Salesgirl tu tak puas hati. Dia picit losyen tu kat jari pastu nak calit kat lengan cik. E eh, ini sudah dinamakan paksaan. Kan cik geleng tadi kann. kau nak paksa jugak aku cuba ek. 'i tak interested. kenapa u paksa i try jugak nie?'..hah, ambik kau. hilang sabar betul ngan salesgirl macam nie.

pastu cik capai vaseline yang bese cik pakai tu then cepat blah.. dan salesgirl tu pun sekaum dengan yg kat atas tu.

ok, tutup kisah salesgirl-suka-meraba. Cik jalan jalan lagi pastu nampak mamat ni pakai baju bercop

ouw, tak nampak tulisan ek..jap jap



PORKCHOP? ada jugak ek.. ingat kan chicken chop, beefchop, lambchop je ada.. Jangan kau tak kenal daging pork camne sudahlah.. takut termakan...kau boleh beza tak daging dia camne? kau boleh cam tak bau dia camne? Ini pengetahuan am jugak nih. orang Islam kena amek tahu jugak semua nie. takut kau tak makan babi tak sebenarnya kau tak tau pun yang kau dah termakan babi. sebab innocent punya pasal. so hati hati k bila makan kat luar tu..


so itulah cerita hari Ahad cik..

Five Furious Untuk Tontonan Dewasa


Apa yang Best tentang cerita ni

1- Himpunan botak2 yang hensem.. vin diesel, the rock and 2 negro pala botak tapi cik tak tau nama :D

2- Bawak kereta laju laju

3- 2 heroin perempuan yang badan gila hot

4- Jalan cerita yang super duper action best gila babeng. Bila Malaysia nak budget filem macam nie

5- Mencapai piawaian cerita yang cik gambarkan


Apa Yang tak best tentang cerita ni

1- Ada adegan taik manusia merata rata setelah bom diletupkan kat salur najis sebuah balai polis (kau akan teringat sampai masuk mimpi dan tekak kau loya macam mak buyong) tak caya? tengok ar sendiri

~~~~~~~~~~~~~~~~

Moral of the story.. kalau orang dah cop kau tu jahat.. biarlah jadi betul betul jahat.
Peribahasa orang tua..kalau menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. eh, patutnya rendam terus satu badan. lagi afdal.. kalau mati kena tembak pun tak menyesal.. Rompak lah mafia dari menjadi peragut jalanan  yang pasti kau takkan kaya kaya.

Bila berkisar tentang duit. semua benda boleh dibeli termasuk suap kat polis dan orang politik.. Jadi pikir lah sendiri kalau nak direlatekan keadaan di Malaysia :P

~ Filem yang kau wajib tonton.. Cik serius







Friday, May 6, 2011

Mintak MC Sebab Open Pores... Must Read

Mungkin kisah ini lapuk. Tapi cik baru berkesempatan nak cerita (tengah takde keje)..

kejadian ini berlaku bulan lepas di klinik kesihatan setiawangsa. Cik demam cukup pakej plus semput. What you aspect service government. services tak cukup 2 jam dan ke atas memang tak sah la. Lepas ni mesti ada tagline ~KLU SERVIS CEPAT, JANGAN PANGGIL AKU GOMEN~ di tampal di setiap kaunter gomen. :)) hahaha ok, tak lawak (ampun orang keje gomen)

Masuk bilik doktor selepas 2 jam lebih menunggu. doctor cek punya cek. suh cik gi wad kecemasan amek Nebulizer (gas) plus injection.. doktor marah nape tak masuk terus wad kecemasan dari tadi. Rilek la, i can manage my semput. dah bese.

Pi bilik rawatan, MA baca kad yang cik hulurkan pastu dia tanya "sape Z******H? kawan ek...". "tak. saya la" "ish, dah teruk nih, meh meh.." dengan gabra nye.. ini satu lagi. Nak mencuak pulak. Rilek la.. takat semput je kot. Belum collapse lagi pe.. cik masih steady

Dapat injet 2 kali. yeay! awsome sgt la..

                                                                   comel kan... kapas tu

Yang injection awal tu tak jumpa urat...urat serabut punya pasal.. yang kedua baru lepas ubat masuk badan. pastu cik balik semula ke bilik doktor. ketuk pintu, e eh ada patient la..tak pe ar, ada kerusi dalam bilik tu. cik duduk.. mendengar perbualan ini

doktor - sakit apa ni

pempuan - muka i dapat alahan. open pores.

doktor - ha?

pempuan - haritu i pi face trimming.. lepas tu jadi macam nie

doktor - saya bukan pakar kulit. awak ni patut tanya beautician. Bukan tanya saya.. pegi balik kedai yang awak buat tu la

pempuan - tapi kawan i sarankan jumpa doktor.

doktor - betul, tapi saya tengok muka awak takde pape masalah. Awak tahu tak ini bukan bidang saya?

pempuan - hmm.. (sambil main main dengan telefon)

doktor - saya boleh bagi awk krim je. (sambil tulis slip ubat)

pempuan - doktor, boleh i amek mc tak. patutnya harini i keje

doktor - (berkerut) masalah awak ni tak kritikal.. in fact muka awak tak nampak pun iritasi. takde merah2, or ruam ruam. saya tak boleh bagi awak MC..

pempuan - hmm (sambil main main lagi henfon, riak muka tak puas hati)

doktor - kalau patient macam kat belakang awak tu baru saya boleh bagi MC (talakan kat cik). Straight away...

Pempuan tu bangun sambil keluar bilik doktor dengan muka tak puas hati.. dia hempas pintu wokeh!..

Pastu, doctor panggil cik nak cek dada balik..

Doctor - kelakar la. ada jugak patient macam nie. OPen Pores? mintak MC? isk, penat layan perangai orang macam ni (sambil gelak)

Cik - haha (gelak sedapkan hati doktor)

Tau tak OPEN PORES tu sakit apa? liang roma terbuka.. itu lah penyakit pempuan tu tadi.. Yang cik tak tahan tu pempuan ni nak cover malu punya pasal pegi main henfon. Konon taip mesej la. Kau tau tak kau sedang bercakap dengan doktor. Doktor yang merawat kau. You should be respect u know!.. the one who give u services... free pulak tu.. Memang patut pun tak dapat MC, dengan penyakit kau tu plus kau sangaaaat la rude. Kalau cik jadi doktor, wajib gelak depan depan pempuan tu. mujur la Doctor yang real ni respect jugak depan patient.

Cik bugdet dia ni datang klinik dengan satu niat je. MC..nak ngelat keje. nak MC free punya pasal dia datang ke klinik kerajaan. weh, kau tau tak hospital gomen ni kedekut MC? tau? sebab doctor bagi kat orang yang betul betul sakit je. Dulu even cik demam teruk nak mampos pun dia bagi time slip half day je. Gilak tak? Kau yang tak berapa nak sakit tu tak yah la buang masa pi klinik gomen.

Cik pulak, beria datang jugak klinik gomen ni sebab kos perubatan cik tinggi. Dengan inhaler lagi, nabulizer lagi, injection lagi, stock ubat nab kat umah lagi.. kalau amek kat klinik swasta maunya makan ratus ratus duit. Jalan selamat pi jugak la klinik gomen walau pun servis nan ado. pasal company cik kedekut takde klinik panel. semuanya ditanggung sendiri.

Kelakar la Pempuan ni mintak MC tapi tak sakit. haha!

Anda jangan jadi macam dia wokeh! malas keje pi mintak mc kat klinik swasta. tipu je yg kau period pain. sure dia bagi punya.. nak duit ko punya pasal kann..ada duit sume jadi.

Its all about bisnes beybeh!


















Thursday, May 5, 2011

Everybody Has Problem, The Thing Is How U Handle A Problem

Semua orang ada masalah. tinggal lagi kecik atau besar je masalah tu.

Ada orang mengaku kalau silap tu datang dari dia dan berusaha untuk membetulkan keadaan dan bermaksud bila meminta maaf. Ada orang pulak ego tak mengaku kesilapan sendiri dan berusaha cari kesilapan orang lain untuk dituding jari. Nama nak minta maaf memang tak la kot.

Ada orang banyak bercakap dan boleh buat orang terhibur tapi ada masa kata kata yang dilemparkan amat perit untuk orang terima sebab dia begitu lantang bersuara. Dan orang akan ignore cakap cakap kosong dia. Ada orang nampak pendiam dan kurang mesra alam tapi sekali dia bersuara mempunyai isi dan padat dengan cerita serius. Dan orang akan ambil peduli cakap si pendiam nie.

Ada orang nampak happy go lucky tapi kebanyakan orang tak peduli akan isi hati sebenarnya. Kerana orang menganggap dia sentiasa boleh selesaikan masalah sendiri. Ada orang nampak murung dan sedih dan sentiasa express rasa hati. dan orang kelilingnya sentiasa amek peduli dan consent tentang isi hati dia.

its all how u handle a problem. cerita kecik kecik hati ni tak payah la nak besarkan cerita. in the end kau jugak yang termalu sendiri. malu weh kalau orang cop kau tak matang.. please ignore bullshit things and think how to solve big problem here..


Wednesday, May 4, 2011

Mari Menjawab Soalan ETIKA DIRUMAH ORANG

Cik ada 10 minit untuk up entry ni. Pasai gaya orang banyak keje.

Apa definasi kau kalau tuan rumah cakap 'BUAT LA MACAM RUMAH SENDIRI..'

adakah jawapannya;
a) Menyelesakan diri di rumah orang tetapi menganggap seperti rumah sendiri 
~ contoh, pandai bawak diri. reti basuh pinggan lepas makan. reti carik penyapu tolong kemas rumah. Reti bahasa keluar dari rumah tika tuan rumah tiada dirumah.

atau

b) Menyelesakan diri di rumah orang tetapi menganggap seperti rumah sendiri tetapi buat betul betul macam rumah dia. suka suki
~ contoh yang menyokong pernyataan di atas. Tak reti bahasa. Bila tuan rumah cakap tak masak still tunggu tuan rumah belikan makanan. tak reti reti beli nasi sendiri. bila tuan rumah tengok cite kegemaran, dia selamba badak amek remote control dan cakap nak tengok channel lain tanpa green light tuan rumah. Bila tuan rumah kata nak keluar dia tak reti reti packing barang blah dari situ, still dok tengok tv sambil tak berperasaan.. eh, kau tau tak apa hukumnya dok rumah orang tapi tuannya takde kat rumah?...

apakah jawapan yang sesuai tuk diri kau kat atas..




Tuesday, May 3, 2011

Diari Seorang Wanita...


Perempuan ni kadang kadang suka menyusahkan diri sendiri. Pada pendapat dan pandangan mata cik lah. Cik ni wanita sesimple yang boleh. Simple yea. bukan selekeh.. masih menekankan aspek aspek kebersihan la..

Pada mata kasar cik, ada perempuan suka menyusahkan diri sendiri, contohnya

1. Carry beg sampai 3 4 beg pi keje. Fungsi beg adalah untuk menyumbat barang. apa kejadahnya kau beli handbag kecik yang hanya boleh disumbat purse dan henfon sahaja pastu kepit kepit kat celah lengan. Pastu bawak lagi green bag tuk bekal,. pastu briefcase lagi.. Serabut betul mata cik tengok. Rasa kau sangat susah bawak segala macam beg tu.. Ouh, lupa.. handbag kecik ko tu berCAP LV rupanya. Tapi tapi tapi, kau naik lrt jugak aku tengok.. muehehehe!
 ~ guna la cara cik.. cik benci pegang barang. untuk mengelakkan barang tertinggal di merata tempat. Cik mempunyai satu beg yang besar. bila shopping pun boleh sumbat sampai kembong. adakah menyusahkan bahu kiri kanan, tangan kiri kanan? nope..

2. Apa kejadahnya pakai gelang kaki kting kting mencacatkan pendengaran orang lain. Apa kau ingat ini acara tarian india nak pakai gelang berbunyi? ataupun kau BERTUAN..maksudnya macam kucing di letak loceng supaya menyenangkan tuan dia carik? ha? pakai gelang kurang bunyi suddah.. orang tak peduli pun kau tu banyak duit beli gelang emas ke apa bagai. Dan orang taknak amek tahu pun kau tu telah dirantai atau segala apa pun. Dah la pakai gelang kaki, pastu jalan serupa kingkong. Hentak 1 hentak 2.. lagi dan lagi.. Suke complikated kan diri tau..
~ Cukup sekadar rantai pusaka dicalit nama cik. hadiah dari mak. nama nak pakai gelang tangan berbunyi pun cik dha rimas. But im stil women okk.

3. Heel 4 inci tapi kau jalan macam tahun depan baru nak sampai destinasi. yes, paham. wanita sanggup berperit untuk kelihatan cantik. tapi dari tengok cara kau jalan orang boleh nampak yang kau tu tak selesa nak mampos. Tiada istilah cantik lagi disini. Bukan jalan catwalk dah namanya tu kalau menyeksa diri terhenjut henjut dengan heels. dan cik sure, kalau bagi selipar jepun sure jalan kau lagi terabur dan kengkang dari orang selalu berselipar flat. kenapa? sebab kau jarang merasa nikmat berjalan dengan sempurna. Am i rite.. Tanya la perempuan yang pakai heel perasan cantik dan selesa yang amat tu..
~ Cik sesuaikan penggunaan kaki dengan event dan situasi. tala tala nak pi keje jangan mimpi la pakai heel. Nama nak kejar LRt lagi.. heh. sempat kot cik tersadung dulu . tapi cik still pakai heel dan pastikan beli heel selesa yaRabbi..

4. Tak boleh tengok orang lebih dari orang lain. Yes. perempuan ni nafsu dia 9. yea betul. tapi kadang kadang perempuan ni tak realistik. Ikutkan nafsu lebih dari kemampuan. Orang beli barang cap jenama kau pun ikut sama nak beli. walhal tak sedar diri yang gaji kau tu nak makan pun tak cukup. Bila orang beli cap hebat kau pun nak jaga status ikut sama terbeli. Beli cap ayam sudah. apa nak malu pakai cap ayam kalau kau tu sedar diri orang nya. Dan orang takkan blame kau la kalau kau tak mampu. Ada orang taknak kawan dengan kau sebab kau pakai cap ayam. ada? ke kau yang malu dengan diri sendiri..
~ bagi cik. even barang cap ayam sekalipun. orang akan pandang mahal kalau kau reti menggayakan sesuatu benda. kalau kau beli mahal tapi orang cop kau beli kat petaling street, tak ke rugi disitu. sebab.. orang still cop kau murah walau pun kau pakai barang ori. ukur baju di badan sendiri babe. 

kalau kau saiz XXL jangan pulak rembat baju saiz S. memang tah zaman bila la kau dapat pakai baju tu.. See the relate issues here.. :D






Cuti Kau Pegi Mana?

Selamat Hari Pekerja walaupun hari ni kau dah start membanting tulang balik. Heaven tak cuti 3 hari? Heaven la kalau kau reti makna cuti itu rehat. Tapi kalau kau rehat macam serupa tak rehat itu bukan dinamakan cuti

Lately hujan tak menentu je kann.. haish, dada cik ni unstable je bila cuaca macam nie. Rasa macam nak kerat dada.. simbah air panas kat paru paru dengan harapan boleh lega. serius asma asyik singgah je lately. Belum pun hujan turun, ombak kat dada cik yang naik dulu.. adeh, sabar je la.. tapi belum tahap kronik kena cucuk kat spital lagi la..

Eh, 17 haribulan nanti cuti lagi ek.. cuti apa ek. jatuh hari selasa pulak tu. hmm, kena start planning pi mana mana nih..maklum la orang kenamaan.. heh.. isnin tu macam nak mc je rasa. MC yea bukan AL.. hahaha..

Ini la rupa staff terbaik. menggunakan MC sehabis mungkin. dan sayangilah AL anda..

hehehe