Friday, May 27, 2011

L.E.L.A.K.I


Kawan kawan cik selalu cakap. Jangan di carik cinta ni. Biar dia datang sendiri kat kau. Tapi kau tau ke cinta tu bila nak datang. Kau boleh agak ke yang datang tu cinta . Ke cinta disulam nafsu? eh.. sape yang dah kawin tu meh terang kat cik nie.. Apa maksud CINTA yang sebenar benarnya?

Cik konfius ni. Nak kata anti sosial. Tak pulak cik pi keje balik keje je. Tak pulak itu la kawan ofis itu la kawan housemate. Ada je keluar keluar jumpa kawan lain.

Nak kata cik ni tak de kawan langsung. Ada je kawan contact contact tanya khabar. Laki perempuan sama je cakap rindu kat cik. Tapi tapi tapi... Sorang pun tak lekat kat cik. Maksudnya satu cinta pun cik tak dapat lagi nih.

Cik bukan la desperado.. tapi camne ek nak tau itu cinta. Eh, tak reti la nak feeling feeling nie. Nak bercinta kena belajar ke weh?

Nak tanya la. Camne korang kenal bf korang? adakah jalan jalan di KLCC terlanggar bahu pastu say sorri then dapat nombor fon? atau tertumpah kopi kat baju pastu lelaki tu suruh kau bawak balik basuh baju dia? (demam NORA ELENA) atau adakah korang ON CINTA dan hantar ke 39993? ce cite kat cik...

Pelik lah.. Bila keluar dengan lelaki, cik tak dapat beza itu kawan ke. dia tengah ada hati ngan aku ke. ke dia main main je melawak dengan aku? ke ke ke ke.. hah, banyak la dia punya kebarangkalian KE tu. Ambil berat tak semestinya dia ada perasaan dengan kita kannn. Kawan kawan pun boleh ambik berat jugak ape.

Lepas tu bila orang puji kau bagai nak rak. Kalau nak kata cik ni bunga bunga hati bila orang puji. Tak pulak. Kalau lelaki puji cik comel.. aah, memang dah tau pun aku comel.. so what..! apa aku dapat kalau aku comel pun? dapat check  0 enam angka ke.. ke kau puji puji nak jumpa mak pak aku terus?

kalau kata lepas ni nak kenal lebih rapat.. so kenal je lah.. apa, sekarang ni kau tak kenal aku ke..? Masalahnya, cik suka keluarkan perangai sebenar. Nak cover cover penat la. sampai bila kannn.. sok sok kalau jadi laki hah banyak pulak kau mengutuk perangai dah kawin lain..dulu masa kenal kenal lain.. kannn

Eh, penat la nak jiwang jiwang.. pastu konon beli bunga. Nan ado cik suka bunga. Dari kau membazir beli mahal mahal tu baik kau belanja aku makan. Kenyang jugak. Takat cium bunga tu. kenyang ke perut aku. Beli coklat ke? boleh aku jamu kat housemate aku sekali..kannnn.  tengah bercinta ke kalau lelaki tu bagi bunga kat kau..Pada cik tak..

Pada cik, takyah bercinta kot. sebab lepas kawin sok takdenya kau nak layan aku seromantik itu. Kalau kau suka aku. aku suka kau. Tunjukkan, buktikan yang kau tu betul betul nak kenal aku. nak buat aku jadi isteri. Kalau baru diuji tak layan, terus nak blah dari hidup aku. Ha, itu bukan lelaki. Itu pengecut. tahu!

Sebab, orang Malaysia ni bukan la romantik sangat Am nya orang melayu. Kalau kau romantik gila babas tu ada benda la yang dia nak tu.

kannnn..

lelaki..oo lelaki..lai lai lai datang kat cik..huhu




7 comments:

Anonymous said...

Aku? Aku jumpe jodoh aku bile mummy mertua aku tackle aku.. Ewaahhh macam zaman dolu2 kan?

Betul beb.. Kau kenal laa berapa ramai pun orang, kalau dah bukan jodoh akan putus jua.. Jodoh akan datang sendiri.. Tapi dengan keadaan ovum kau yang hampir nak basi tu, cari2 laa jugak jodoh kau..

Kalau betul lelaki tu nak kat kau, betapa buruk pun perangai kau.. Dia akan terima seadanya.. Tak perlu hipokrit.. Aku pun selalu cakap kat asben aku,"i tak suka bunga! Kalau u nak kasi jugak, u kasi i duit yang dilipat jadi bunga".. Yes! Aku memang mata £££££..

Jangan percaya ape lelaki cakap.. Sayang laa.. Comel laa.. Ambik berat laa(mampu ke dia nak ambik berat ko? Kau tak cukup berat ke? Hehehe).. Kalau betul dia sayang kau, dia akan ade di sisi kau tak kira waktu.. Susah senang dia ade.. Dia tak berkira..

Jangan cari lelaki taik hidong masin a.k.a kedekut.. Yang penting, kau kena cari lelaki yang ade mak ayah best.. Percayalah cakap aku, kalau mertua kau best, anak dia pun best jugak.. Peratus perceraian disebabkan mertua adelah tinggi.. Ehh memandai je


-KuraKura-

Heidi Shafiq said...

ehem ehem.. :P

cik bulan 11 said...

pendapat aku 1..
chenta tu bila dia ready nak commit ngan ko. dh bwk jumpa mak bapak dia ngan mak kite. siyesla cik aku ngan dia x yakin gak.. mmg la aku kenal ngan famili dia. dia kenal famili aku. tp bila xde kata putus antara 2 famili keyakinan aku xde.. tp 1 je chenta pun chenta gak.. tp jgn 100 peratus.. leh tak?? hahaha pendek kata aku mmg tuh.!

Anonymous said...

InsyaAllah cinta tu akan datang cik...tunggu jer,,sambil2 tunggu tu doa,usaha dan usha2 ler..
bukan senang nak cari lelaki yang baik2 skg,(serius nie)nak jadi suami kita bukan untuk sehari dua je..ramai lelaki skg pandai berlakon je.ingat tu..(pengalaman sndri)doa byk2...nak cari "laki" senang tapi nak cari "suami" yang susah skit..biar lambat asal selamat;;:)..

-mak anak dua-

cik xxx said...

wa, serius btl korang bagi nasihat kat cik.. Toce toce..bagi la komen lagi..cik nak baca

N a d i a said...

fuh,

komen dari semua orang memang terbaik. Setuju dengan kata kura-kura, kalau mak bapak mertua kita okay dengan kita, insyaAllah akan berbahagia lah kita berumahtangga nanti. Tapi, kalau kahwin dengan anak diorang tanpa restu, payah rasanya.

Cinta eh?

Cinta dengan manusia nih complicated sikit, kita cinta dekat dia, dia takde pon cinta kat kita.. kita tak cinta kat dia, dia terhegeh-hegeh kat kita. Aiyo, memang pening lah.

Tapi,

Satu perkara je, jodoh itu ketentuan dari Ilahi.. nanti Cik akan dapat rasa gak feel tu.. Feel bila mata bertentang mata, hati berdebar tak terkira, hanya dengan senyuman dah mampu untuk berbicara.. ecehwah. jiwang plak aku. huhuh..

Apa pun,

good luck and all the best in finding your dear husband! =)

Mimy Hamid said...

babe..rileks...jodoh akan datang tanpa sedar....aku ni couple ramai..kawen tak jadi..sampai satu tahap aku pasrah...kose dah aku nak pikir...enjoy n relaks....tiba tiba...aku ym ngan stranger ntah sapa ...aku ni mana la layan org ...jodoh aku la...kenal tak sampai setahun dah betunang...dan dah kawennn...tu jeee...pada aku ini soal jodoh..cik xxx apa lagi ko on YM la