Friday, May 20, 2011

Blogger TelurDiBasuh, Rambut, Dottie

Salam petang korang..

Cik mc 2 hari. Demam kuskus cukup pakej plus semput. Terpaksa berlawan dengan cuaca. How ar nak mantapkan paru paru? tengok orang lain redah hujan macam takde masalah je. Yeah rite. kau sihat. kalau cik  Belum pun hujan turun dada cik dulu turun naik. Nampak sangat sat sat lagi hujan. Kau kalau nak tau jap lagi hujan ke tak. kau tanya cik je. Confirm cik boleh jadi pakar kaji cuaca. kau paham ke. tak paham leave it je. orang masalah paru paru memang camni.

Tadi usha blog favvy cik. tetiba orang kecoh cakap alfatihah kat sorang blogger nie. Empunya blog telurdibasuh dah meninggal. Innalillah.Alfatihah untuk beliau. selalu gak baca blog dia nie. sempoi tulisannya. Last entry dia 5 hari lepas. Dia meninggal sebab jangkitan paru paru. paru paru jadi keras. yang asalnya hanyalah sesak nafas. dalam erti kata lain asthma. er okk, ajal dia dah sampai. Hari kau, hari cik, kita tak tau bila. kalau tau confirm hari ni jugak kau bertaubat kann.. Mode insap.

Part dia asthma tu yang buat cik terkesima jap. its same problem with me. Erk, kalau lama cik tak menulis nanti. kalau ada yang perasan. or ada orang inform kat kau. atau ajal cik dah sampai. kau bagi alfatihah banyak banyak kat cik yea. time sampai alam lain esok duit harta pangkat dah tak guna lagi dah.. Doa jugak yang mahal. Ingat pesan cik ni tau.

okk, insap lagi. tapi bila kau nak betul betul alim beriman ni cik. insap insap tak wat pape tak guna jugak kann. Tudung tak pakai pakai jugak. Yang wajib.. haih, malas nak bukak pekung di dada.

Adeh. tapi baru je sat tadi potong rambut lagi. sejak tahan sakit kepala dua hari ni. cik tak sanggup berambut panjang. panjang ler sangat. baru cecah bahu je kot. so cik decide pi salun belakang rumah potong rambut sependek mungkin. Hilang nye nak simpan rambut panjang ala ala manja macam jue Aziz. eh! bukan dia ex idol cik ker? :P nope, dia gilak. pangai tah pape. dressing out. personaliti pun out. out of my list idol.. sekarang cik minat kat diri sendiri je..ke nak jadikan DOTTIE sebagai idol..hahaha

Ha, sebut pasal dottie. pada satu hari cik naik lrt di hujung minggu. Cik dapat duduk. seat lrt kan mengadap hadap kan. so boleh nampak orang sana kalau takde orang berdiri kat tengah tengah. Ada budak kecik ni dengan mak dia. Dia perhatikan cik lama gila.. dia tenung je. pastu cik senyum lah.

Pastu dia panggil ibu dia. pastu dia cakap 'ibu ibu, DOTTIE!' ...sambil menunjukkan jari telunjuk pada cik. Cik angkat kening. orang keliling pandang cik pastu senyum senyum. Yang mak budak ni lagi best. dia tekup mulut anak dia. Okk, budak kecik tak reti menipu. kalau dia nampak cik ni macam DOTTIE. Cik redhaa.. maknanya ada harapan la cik berlakon kann kan kann.. hahaha... tapi serius cik tak rasa itu satu kejian. kepala kena positive kann. so cik anggap je budak tu nak cakap cik comel macam DOTTIE. :p

Entry hari ni campur campur. sori la babe. Cik pun kepala berdengung nie. Tapi nak cakap sini. Cik sayang blog nie. Cik sayang kawan blog. cik sayang kau. Kalau kau benci cik pun takpe. sebab tau. Kita tak akan menjadi orang yang sama.

Ok bye!





3 comments:

Anonymous said...

When i found yr blog, i thot it is belongs to my niece. Looks almost d same but she is a mother of a young teen. Style cakap sama, giler pun sama... But you are not her. Somehow i enjoyed yr blog.

cik xxx said...

hi anony,

thanks. kat dunia ni ada 7 org pelanduk serupa. so tak pelik kat situ. tapi klaau cakap sama, giler pun sama. mungkin dia twins saya dalam mimpi.

hahaha.

but thanks enjoice baca blog nie..

:)

Anonymous said...

hi =)

ni 1st time jejak kaki kat sini..teruja baca entri cik hehehe..
dalam duk belek2 tu terbaca entri yg ni..fyi,arwah blogger telordibasuh tu satu kos dgn sy..pernah 1 klas sama2 walaupun x mesra..sy pn baru tahu yg arwah tuan punya blog TLB 2 bulan lepas..bila tahu yg arwah dh tak ada rasa terkilan jugak sbb pernah klas sama2..smga arwah ditempatkn dikalangan org beriman..amin3