Wednesday, May 18, 2011

Kesah Terlajak Tidur Dalam Bas.. Thriller Punya Kisah

Tanggal 13hb cik balik kampung. Dengan niat dihati nak sambung cuti strait sampai selasa. Malam tu excited gila nak naik bas dari puduraya. Kau tau. Puduraya sama taraf macam KLIA woo.. dah ada lending board. Dia cite bas berlepas bas sampai.. wohoo, jakun jap cik. Pastu kau tau. first time nak beli tiket boleh sesat. siap kena tanya pak guard lagi. jangan kan kau carik foodcourt. lagi lah kau akan sesat. ini nota serius. malu bertanya sesat jalan. rajin rajin la tanye kat pak guard situ k. 

oo pastu nak naik bas kan kena turun tangga platform kann. ada pintu kaca. cik berdiri depan tu tak bukak bukak jugak pintu tu. rupanya kena tekan button kat tepi.. Gilak la.. kalau makcik kampung masuk KL nie sure dia tak hidup kat puduraya ni. serius weh!

Dalam bas cik perasan bas fullhouse. dalam ramai ramai tu. 2 orang je perempuan. Makcik India kat depan skali dan seat cik 2 dari belakang. Gilak. Eh, apesal ramai lelaki ni. kalau diorang nafsu setan.. Habis hancur kena ratah anak dara nih. Oh no otak seram datang bila bila masa. okk taknak pikir.

Pastu naik je bas cik tertidur. Penat weh kejar masa. Nak mendapatkan puduraya satu hal jugak. kalau dulu berani lagi jalan dari lrt pasar seni ke puduraya. sekarang sejak kes asid asid ni..kena kurangkan aktiviti jalan kaki tepi bahu jalan. sanggup ni cik salin dua tren semata mata mengelakkan asid. eh! perlu
elakkan diri berjumpa ngan motor motor.

Dalam tidur mati tu sesekali tersedar sebab bas benti terkencing. ah pedulikan orang orang tangki bocor ni. cik sambung tidur. sekali lagi sedar dah sampai bandar kuantan. bas turunkan penumpang kat terminal. Pastu bas jalan lagi menuju pekan. Cik sambung tidur. tup tup cik bukak mata. bas berhenti. pisat pisat mata eh eh..dah sampai la. selalu cik benti tepi jalan.pastu jalan kaki sampai umah. sebab umah cik halfway ke pekan. so tak turun kat last terminal lah. 

Ada mamat ni turun. cik bontoti dia. Bas pun jalan. hampir 10 minit cik pikir cik kat mana. Jam menunjukkan jam 2 pagi. suasana gelap gelita. ah sudah.. AKU KAT MANA NIE. mana rumah? arghhh..apesal aku ikut mamat tu turun tadi. dari jauh kesurupan cik nampak balai polis. lar.. dah terlajak rupanya. 5km dari rumah.. Takut toksah cakap la. kalau suluh muka kat cermin time tu. takleh beza hantu ngan muka cik. pucat takut punya pasal..

okk, apa nak buat nie.. okk, call ayah. tak berangkat!!! call along. tak berangkat jugak!!! er er er, okk rilek cik.  kol tepon rumah lak.. alhamdulillah adik cik angkat. eh, bukan kau tak balik umah ke minggu ni. bukan kau kat hostel ke? ahh, gasak.. cepat amek akakkkk!

okk, apa nak buat nie. takkan dok dalam gelap tepi jalan camni. sesekali keta lalu. sesekali kang mat2 rempit bawak motor macam pelesit. dalam hati cik. jangan la kau benti. jangan la kau mengurat aku.. grr.. ok jalan kaki jauh sikit dari jalan. Dapatkan balai polis berhampiran. sikit sikit toleh belakang. Grr.. cik tunggu adik jauh sikit dari bustop balai polis tu. time time gini cik lebih takutkan orang dari hantu. Serius!

Cik takut jugak kat polis. Pendapat cik, polis jugak orang. boleh wat apa saja kat kite.Nak nak lagi perempuan. Cepat la emy weh.. akak nak terkencing dah nie. Pastu Ada satu motor ni benti. Erk, bukan emy.. kau sape? erk..polis. no no.. perlu ke cik berlakon jadi hantu sekarang nie. okk, cik berdiri tegak macam tunggul celah celah pokok besar. harap motor tu pergi jangan cakap pape ngan cik. yes, betul. dia berhenti. telek skali dua pastu dia jalan. ah, selamat. Kalau lah ada ponti berganyut kat pokok time tu serius cik nak wat kawan. grr!

Ok, lega. adik cik pun sampai dengan motor. Ingatkan habis dah thrill malam malam hari. Rupanya ada lagi. Adik cik manade lesen. Berani berani amek cik tengah malam cenggini. walaupun cik fobia naik motor. tengah darurat hilang semua fobia. Kami merempit dinihari meredah roadblock dan kumpulan rela yang bersepah jaga jalan sepanjang balik umah. Thrill gila malam jumaat tu. Dengan takde lesennya. Adik cik umo 16 tahun. mana leh wat lesen lagi. Dengan roadtax matinya. Tapi kami champion. Berjaya melepasi semua roadblock. Orang kalau bersalah kena pandai berlakon sikit. tunjukkan confiden di muka anda. insyaAllah lepas. 

Kalau lah takut boleh memecahkan lemak dibadan. Cik rasa ada turun 10 kilo kot untuk tragedi ini. Serius malam yang malang bagi cik.

Pengalaman gilak!







1 comment:

cik enaaaaaaaaa gebu....^_^ said...

suke baca!!!...hehehe..best la cara cik cter sal pglaman menakutkan turun dr bas 2...

rindu la kat pudu..dh lama x jengok pudu sjak abes blaja nie...*_*