Friday, February 24, 2012

jiwang jiwang tak main ah.. Tangkap lentok je terus

kalau bangsa kedekut tu kedekut jugak. sori la korang. bukan cik malas nak update. tapi jenis malas nak taip guna fon. tak feel ah. nak beli ipad2 atau laptop jauh sekali ah. baik simpan duit wat harta karun. lagi cerah masa depan kannn. walaupun sorang dua kata miss kat cik. time kasih tapi tak payah le. baik korang miss insan tersayang. cik ni insan yang memungkiri janji. lama gila tak update. bf cik kata. jangan keluar ofs. klu tidak gaji hujung bulan dia potong. ececeh.busy ah sekarang. takdenye bf. tu ha. keje je manjang. sikit lagi boleh dah beli pavilion. tengok kaya tak kaya cik sekarang. kau ada?.. jadi ceo pun belum tentu kaya mcm ni tauuuu. cik nampak ramai kawan2 blog  yang dah beranak pinak. congrats. korang dah meramaikan umat islam. alhamdulillah..cik belum bersedia meramaikan umat. nanti nanti kalau green lite cik cite yea. skrg traffic lite pun belum jumpa. ouw, nak bagitau. berat cik naik 5kilo. sila gelak puas2. sebab, keje cik memerlukan pembesaran bontot. pembakaran lemak tidak digalakkan kat ofs itu. kau yang sedang diet jangan begitu hampa yea. cik dah tarik diri dari pertandingan. nahhh, amek la marie france bodyline korang. cik tak hadap. oK LAH NAK TIDO DAH. APEHAL LAK TULISAN NI BESAR.ADEH..TERUK AH COKIA NI. TAK MESRA ALAM PENGGUNA BETUL. BENCI BENCI.. DAH AH XTAU CELAH MANA WAT PERENGGAN.. HAISHH!.. OK LA.. BABAI KORANG. MISS XXX A.K.A CIKXXX

Sunday, January 1, 2012

apa itu tahun baru

siapa yang sambut tahun baru? angkat tangan... soalannya sekarang. korang paham ke erti tahun baru tu? pada cik tahun baru hanya tukar kalendar baru. yang lain masih sama kalau dalam diri and hati tu maintain dan tak berusaha untuk berubah. thats it. ok lah u all... kosong kosong ea? babai

Sunday, November 20, 2011

Pendiam..ada percaya ka?

Holla korang..

Cik kembali.. di lebaran baru hari baik bulan baik ni.. (macam kan bulan bulan lain tak berapa nak baik kannn)...
Haish, cik rindu ah kat korang.. tapi rindu nak ngumpat pasal dunia sebenarnye.. heh

Cik kat kampung ni. Melawat anak along cik kat hospital. budak kecik tu demam tak baik baik. masuk hari ni da 8 hari tak keluar keluar wad lagi. Oh, dapat ku rasakan.. betapa peritnya dok lama lama kat hospital. kalau esok tak keluar jugak. Mau pengsan along dok bertapa kat situ. kalau kau peram lama boleh jadi keluar henfon samsung OMELET kat bontot.. ok semoga budak kecik tu cepat baik.

Ha, elok jugak anak along masuk wad. ada alasan cik amek EL jumaat lepas. Kau tau je la ofis kilang tu. takde alasan kukuh jangan harap dapat cuti. Ada sekali hari tu, cik nekad nak balik awal. Sharp kul 5 cik IM boss.  "Boss, my work done. can i back early today. 515?".. "is that urgent?".. oh! rasa nak korek je lubang hidung dia. Part kerja cik dah siap kau nak perap aku lama lama kat ofis apehal kann..boleh lagi tanya urgent ke tidak!?.. "Aah urgent, nak gi berak"..

Consider la sikit weh.. Hujung bulan balik lambat.. Awal bulan balik lambat. tengah bulan pun kau nak cekik masa aku?. itu tak masuk lagi staff lain MC, cuti, EL... Oh, sangat la terasa masaku dirogol dengan rakusnya sekarang ni. Tapi di sebalik ke-kilang-an ofis tu. Dia mengajar cik menjadi fast learner. Boleh dikatakan setiap core proses kat situ dah masuk kat memory kepala ni ha. Kerja 2 bulan macam rasa 22 tahun berkhidmat. Kau ada?

Kau lemah lembik tak payah la kerja situ. Ada je vacancy tu ha. tapi cik tak sarankan sahabat handai pergi situ. Sebab...kalau jenis jalan lenggang kangkung. lemah gemalai. enjin lambat start pagi pagi.. Ada kang salah proses. Ada kang orang singapore turun KL mengamuk ngamuk kang.. Serius, Cara bekerja haruslah macam orang singapore. Sangat particular and less error. kau nak rasa pengalaman kerja environment sebijik macam Jepun.. meh roger roger cik. Nanti hantar resume ea. Cik introduce korang. Mau?

Khamis lepas cik pi dinner company. Sangat lah over. Tajuk malam tu. Dinner & Dance Shanghai Jazz. Dan semangat la semua pakai cheongsam cheongfu bagai. Cik dapat top 3 best dress. Usah ditanya menang ke tidak.. tak pun... tersungkur atas stage masa catwalk lagi ada. Stage tak rata, heels 3 inci punya pasal buat malu jer. tapi ok what!..semontel montel cik macam Adibah Nor ni tercalon best cheongsam dress. bukan senang wo naik atas stage buang kemaluan show lemak lembik lembik kat penonton. Kau berani?

Bila tu masa AIM, cik pi sebagai penonton bidan terjun. tidak la menjadi anti sosial seperti digembar gemburkan sangat (nak sedapkan hati sendiri). Still hang out walaupun masaku dirogol oleh pihak tertentu. Memandangkan kawan cik ada tiket free dan semua sepupunya takmau pi. cik ikut tengok artis artis sekangkang kera. Sori to say. Kebanyakan artis baru sorang pun cik tak kenai. Paling baru pun cik rasa Shila Hamzah. itu pun kawan cik sound
 "dey, sappana. Shila hamzah kategori artis lama wokeh"..
 "ooo ey?!"
"tu ha, Neolofa tu ha yang baru.."
"oooo, dia nyanyi lagu apa?"
"ayoyoyo, dia tak nyanyi la. dia pelakon."
"then, buat pe dia kat sini. ini kan AIM.. MUZIK.. salah entry ke?"
Sori kepada kawanku. kau offer tiket pada orang yang salah. haktui... tapi dalam banyak banyak persembahan cik enjoy segmen lagu karaoke.. mengintai di tirai kamar... rahmat Mega... AXL's..Zamani.......fufufuhhh.. nah, ini baru jaman guwe... enjoy habis babe!

Cerita lain........Ada mamat kat ofis cik. Sejak kewujudan dia kat ofis tu. Cik teramat lah meminati raut wajah dia. Saling tak tumpah macam pelakon Nas_t. Korang bayangkan lah sendiri. tak kenai sila Google. ouh, sangatlah kemelayuan. Dengan hitam manisnya.. kesopanan dan sesusilaan.. auw, minatnyeeeee.

Sehari sebelum raYa haji haritu. Cik terserempak dia kat pantry.
" harap tak hujan lah arini.." -si dia..
"oo, aah. kalau hujan lagi lah jem yea. tak balik kampung ke?" _cIK (gaya gaya mengorek cerita)
"Balik, Jap lagi nak amek adik kat HKL. pastu kawan dia nak tumpang..So berempat la balik Pasir Mas malam ni"
"ooo, berempat?? sape sorang lagi?"
"haah. dengan isteri!"""

dalam hati cik... "WHATTTTTT!!!" kau da ada isteri ke...
Serius terperanjat. Macam Bintang bintang berguguran kat kaki. Mujur tak pengsan kat situ. Serius weh. Kalau korang tengok gaya dia, muka dia. korang mesti tak rasa dia dah kawen. Jalan pun tak betul lagi. jalan macam kasut ada spring.. Rupanya suami orang. Mujur cik tak amek keputusan tackle dia lebih lebih..

Sejak hari itu,. Bila dia pass by kat meja cik. rasa Gelihati. Sebab orang yang muka hensem jalan tak berapa betul pun da nikah. perempuan dah kaut. Yang tinggal hanyalah..........................kau sambung la sendiri..

loh, kul dua dah ke? ok ar.. korang.. babai.. hope cite cik kali ni tak buat korang muntah darah..

Mat malam..










Monday, November 7, 2011

Hai kawan kawan

Holla

eh, camne ek nak bagitau kat orang tu yang mulut dia berbau. Tuan mulut busuk ni tak tau ea dia ada nafas berbau?.. aish, kang beli listerine satu botol kang kata menghina pulak.asal nak cakap nak dekat2.. tengah kumpul strategi nak bagitau dia yang mulut dia busuk.. bley?

eh, lupa nak tanye. korang sihat ke?..

cik sihat alhamdulillah. cumanya sekarang hidup cik upside down sikit.bukan sikit la.. mungkin 180 darjah kot. tapi cik ok. cumanya. kawan sembang cik besenya hati cik je la. ko nak mengamuk ke ngutuk orang ke.. sorang2.bley?

ouw, nak bagitau. cik kat kampung. tunggu orang bagi daging sembelih je. nama nak beraya memang tak le. ada ke raya haji orang pi beraya weh? seumur hidup cik. raya haji orang sibuk dok sembelih lembu. keje cik kemas uma macam nak sambut raya puasa. cumanya, pagi raya pakai baju kurung. mekap cantik cantik. makan. dok depan tv. tido.. nah.... itu la rutin raya.. bley?

Apa jadi kat dunia maya weh..? still rancak macam dulu dulu ke? selain dengar good news orang buat anak, tambah anak, dapat anak, kenduri kawen, cite pasal laki.. ada tak gudnews baru yang cik taktau. Alahai, pe benda je cik terlepas. bese la.. orang dok hutan konkrit tapi tak bukak tenet gini la. serasa ketinggalan zaman lak. Jangankan cite artis, cite kawan kawan pun cik ketinggalan zaman. cite la korang pe news hot skrg?

eh, abby abadi ngan zul muka mamat melayu tu dah break up ek? alololo.. bagus lah.. ada can cik nak ngurat hero hensem tu.. eh? korang tak baca gosip minggu lepas ke? muehehehe.. (ke cite tu dah lapok)

Perkembangan terbaru cik. keje separuh nyawa. keje keje dan keje. lepas ni kalau tak kawin kawin jugak cik. boleh ah post moterm penyebabnya kerja meragut kebahagian. bley?

Serius babe, cik sekarang ni tak ingat hidup. keje cik segala galanya sekarang. tapi elok ah. tak de la cik mengangkang je pikir nasib tak sudah sudah. Bagus takde masa nak pikir tu semua. Ni pun ada masa update sebab cik balik kampung cuti 3 hari raya. pinjam netbook adik. nama cik nak beli laptop sendiri memang tak ah. tunggu la harga laptop cecah 500 nanti. baru rasa nak beli kot. kedekut tak? heh

eh, ok lah. xtau nak update apa since skill cik menulis pun dah tumpul. Rasa macam pelik pulak taip kat sini memandangkan cik rasa takde sape nak baca dah.

K la, take care jaga diri. kalau terserempak cik kat luar tu. say hi hi la ea. boleh kita borak sakan.. babai beybeh.. ingatlah daku dalam blog mu..


,muawh!

Sunday, September 18, 2011

Holla

Banyak benda nak cite sampai taktau nak cite apa..

Banyak pengalaman ni since cik ubah angin..

nanti la cik karang dulu atas kertas.. baru sedap kita kita bergosip.

hehehe

~chow nak pi open house... fuhhhh banyak tul undangan..

Wednesday, September 14, 2011

Manusia Yang Punya Idea 5

Cik rindu sangat ayat pujangga dari dia. Susah nak online hari hari sekarang ni.

Adakah korang pun rindu dia?

updated story bout him,

Setelah menerima khidmat pesanan ringkas bergambar orang yang tersayang sedang bibir ke bibir bersama lelaki yang lebih sasa , hati kecewa lagi untuk kali yang ke 14. Menghisap rokok berkotak-kotak bukan penyelesaian. Memaki hamun sesama sendiri tidak memulihkan keadaan. Air mahal dan daun khayal hanya bentuk pelupaan yang seketika. Hanya Coke dan Dunhill 20 yang akan menjadi lagenda bulan Aug ini, peneman setia.

Maaf kepada rakan2 n sahabat2, +++ muncul seperti biskut... 

Penantian ni mmg membosankan... .
Teh O ais laici 3 gelas bersamaan RM12 di Jumma Setiawangsa. Patutla perompak target mamak sekarang.

"Sila jelaskan pembayaran ansuran bulanan kereta anda dgn segera, jika gagal pihak kami akan dtg ke rumah, sila sediakan kuih raya" - unknown.
If Cinderella's glass shoe fit perfectly then why did it fall offin the 1st place?

kalau kedai mamak ada pengawal keselamatan, agak² berapa pulak harga teh o ais laici?
"Worrying does not take away tomorrow's troubles, it takes away today's peace.

MEETING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!pergh, Coz I’m living on the jet plane Don’t know when ill be back again
Masih kah ada cinta di hatimu... ... 

 AKu kan pergi jauh Bawa cintaku Tanpa hadirmu disisiku AKu berharap bintang Datang temani langkahku Dalam sepi
 Menyendiri lagi..

usah terlalu melayan perasaan my dear.. 
eh?!..haha

Tak Sangka

pst pst... rintihan cik didengar.. tapi....

MErujuk kepada entry pada July, 11 2011 bertajuk UTAMA..

Rupanya komplen ini sampai ke pihak Utama Ekspres. Dan ini komen dia,


Assalamualaikum.

Cikxxx, saya telahpun membaca komen saudari.

1. Terlebih dahulu pihak kami ingin memohon maaf di atas kelewatan bas pada 8hb Julai 2011 gara-gara roadblock perhimpunan BERSIH.

2. Jika pemandu kami merokok semasa memandu bas, cikxxx boleh terus menghubungi pihak pengurusan kami di talian 019-9527252 untuk memaklumkan tentang perkara ini.

3. Tentang kelewatan tiba ke destinasi, cikxxx tolong beri penjelasan dengan lebih sempurna kerana pihak kami tak berapa faham dengan ayat cikxxx ini.

4. Jika ada syarikat lain yang masuk ke Pekan, kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana pihak kami juga ingin mencari rezeki yang halal kerana Utama Ekspres adalah pegangan 100% milik bumiputera Melayu.

Sekian, wassalam.

Ouh! sangat hargai rintihan ini didengar, pun cik tak komplen direct kepada mereka. Maknanya mereka search kat tenet if ada komplen dari penumpang. Good!

The problem is, cik tak guna bas ekspress dah. walau pun begitu. silalah proceed buat tindakan kepada driver merokok. Tak perlu nak tunggu komplen rasmi dari penumpang. Silalah cek pemandu anda dari masa ke semasa.

Pujian harus diberi pada mereka, Ada usaha melayan kerenah penumpang. 'Customer Alaways Right' masih digunapakai. Dan Terima kasih menyediakan perkhidmatan yang selesa terutama VIP seat kepada penumpang. Clap Clap tuk Utama Ekspres





Wednesday, September 7, 2011

Attention friends

Reminder,

cik too busy mengalahkan first lady.. even bik mama pun boleh pi shopping lagi.. tapi cik.....hai la... nan ado..
fyi, ofis baru cik takde internet. yang ada hanya la intranet.. muehehehe.. padan la dgn muka cik kannn...
kalau ofis lama cik panggil 'ofis mental'.. yang ni cik nak gelar 'ofis kilang'... macam gilak sume kejar productivity.. no time to chill lor..

lupakan daku dalam memori blog mu.. pasal..lepas ni kebarangkalian untuk cik bloging adalah sangaaatttt tipis. lagipun siapa le cik yang korang nak ingatkan kann.... bukan cik bayor gaji korang tiap bulan pung

ok chow dulu
~ using cc pc.. doh, usaha tul nak check email, fb, blog bagai. kalau ada yang nak sponsor laptop (ipad lagi dialukan) bersama2 sponsorship berukband.. adalah sangat heaven..

soalannya, ada sape2 nak sponsor cik?





Thursday, August 25, 2011

Ampun Kan Cik


Malam ni cik dah gerak balik kampung. Dan hari ni last kat ofis mental. Kat sini update blog sangat heaven. Lepas ni kat ofis baru taktau lagi boleh curik line ke tidak.

If lamaaaa tak update tu maksudnya line internet sana kena block. Jadi, sekiranya ini last cik update.

Cik nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Maaf dari rambut/ tudung sampai hujung tapak kasut. Tau ada entry entry cik buat korang annoying, makan dalam, rasa tercucuk cucuk sembilu... Ya Ampun cik pinta.

Jadi pengakhiran kata ni, doakan cik berjaya dalam kerjaya. Aminnn...

Tapi nanti benda2 besar cik akan update. IF nak akad nikah ke, benda benda penting la.. kalau setakat keluar dengan scandal tu memang tak kann cik update lah.. (gilo ke ape bukak tali bra depan orang. benda buruk2 simpan kemas2)

pape pun, syok la ada kawan cam korang..

adios

Salam Aidilfitri dari Cik xxx


Cantik Tak Kekal





Basic Information
Location
About
Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri (Rara Zikry)
Description
On 19th of March 2010, Zarith Nadhira went into coma for 2 months due to a mild asthma. Initially she was admitted at Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam, subsequently referred to Subang Jaya Medical Centre, was admitted in ICU. Alhamdulillah she woke up from coma but was unable to speak or communicate with her parents, relatives & friends. She needs to be fed through a tube at her lower abdomen. Her hands & legs were stiff until today and she needs further medical treatment from specialists at University Hospital. Her diagnosis is Hypoxic Ischaemic Encephalopathy, in simple explanation : brain injury due to lack of oxygen because she had difficulty breathing. Hospital cost for the treatment at Subang Jaya Medical Centre came about RM80,000.00 not to include the cost at DEMC and later some other cost incurred at Sunway Hospital. This time her follow up treatment at Hospital University require intrathecal medications for her spastic episodes which would involve

1) EDM Lumber Drainage Kit, Qty 1 costing RM900.00 per unit
2) IT Baclofen test doses 1ml/vial (50mcg/ml) Qty 3 costing RM115.00 per unit
3)Intrathecal Drug Delivery Package
i.e Synchromed Programmable Pump, Two piece catheter kit, Tunnel rod Qty 1 costing RM45,000.00
4)IT Baclofen 20ml/vial (500mcg/ml) Qty 1-2 vials /mth costing RM670 per unit

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=108784762554993&set=a.108783975888405.10319.108780165888786&type=1

www.medtronic.com/health-consumers/severe-spasticity/therapy/what-is-it/index.htm

This time the cost would be about RM47,000.00 excluding hospital fees.
The treatment were so costly as such we hope donations from you will lighten the burden that Nadhira's parent had to bear. Thank you for your kind donations and may Allah bless you.

Maybank Account Details
Account Holder Name: Zarina Binti Amir
Account Number: 112183147486
SWIFT CODE MBBEMYKL

Please contact Zarina Amir (Nadhira’s mother) @ 012-3603509 or email zarinazikry@gmail.com for further infos.

Much love,
Mediha Omar
(Nadhira's cousin)


dicilok dari FB. boleh search kalau nak tau lagi lanjut

~ BANTU KERANA DIA.. DAN BUKAN KERANA KECANTIKAN DUA YANG DULU..

SELAMAT BERAMAL