Friday, October 29, 2010

Geng Ngan Budak Terapi Terbaik Bulan Ini

Kadang kadang rutin hidup kita yang berulang ulang membosankan diri. Ketika keboringan mencelah tu kita ingin lari dari hidup kebiasaan. apakah terapi itu. Masing masing punya cara tersendiri bukan.

Ya, cik dah jumpa apa yang cik perlu carik sepanjang bulan ni. Terapi itu perlukan menyentuh, membelai, dan menghabiskan masa menjaga seorang bayi. Percaya atau tidak? cik baru sedar baru jap tadi. Sentuhan bersama budak budak boleh menyembuhkan penyakit hormon tak betul cik nie.

Bila tgk balik gambar gambar lama, yea... cik perlu balik kampung membelai budak budak...

Meerul, si budak kecik yang gila camera.


Betul kann ckp cik? budak ni serius kejar camera

Alia si mata heroin hindustan


Fahmi dan Fitri si Penyengeh


Main ngan budak lelaki lagi best dari budak perempuan. Budak lelaki cool. Bila cik lempang takkan cengeng. Budak perempuan sikit sikit nak ngadu. So gedix. Yea, Geng ngan budak laki lagi kena ngan jiwa cik.

~Arghhh, cepatlah minggu depan. Cik tak tahan dah nieee

Thursday, October 28, 2010

Kesah Ahkak 7E

Bawah ofis cik nie ada 7Eleven. Merangkap koperasi ofis lar.

Asal rasa kebulur je pi terjah 7E waktu waktu ofis hour. Lapar dowh. (erk tertangkap sudeh aku makan sampah sarap tika diet, tapi roti je laa) ~ sori IKA.hehehe

Citenya begini, kakak 7E yg jaga kaunter tu bersembang ngan adik staff bawahan dia.

Dik, ko ape kejadah nye tak rehat rehat lagi nie - Akak 7E

jap kak, saya tengah baca paper ni..huihh, teruk dia buat anak dia smpi gini kakkkk - Adik staff

Dik, akak ni lagi lar. Dah mandul camne nak dpt anak rhupenye.. seddih! - Akak 7E

dan cik terbeliak mata.

Motip ko terjerit pekik mengisytiharkan yang ko MANDUL? dan adik staff tu lelaki okk.. apekehal ko cite kat dia yg ko MANDUL? dan apa hubung kaitnya cite budak tu baca paper ngn cite ko takleh MENGANDUNG?

Tidak berapa paham situasi disitu...

apakah ada sambungan? haish, nyibuk je kesah orang

Bila Merah Beraja Di Hati

Bila pakai MERAH
org cakap 'Merahnyee makngah'
Makngah suke pakai merah ke, bang?




Bila pakai MERAH
Si hitam manis cakap 'Boleh la pakai, ko putih...'
ouh, Ning baizura tak penah pakai merah ea?



Bila pakai MERAH
org tanye 'ko nak pi perjumpaan UMNO kat PWTC ea'
owh, apakah aku kelihatan seperti wanita UMNO?



Bila Pakai Merah
Cik rasa berani,
Macam nak makan orang,
Macam hati-ini-jangan-kau-dekati,

Serius!

Cik giler mencintai MERAH CILI..
lagi terang lagi bagus.
Biar orang nampak kite.
Biar orang toleh 2 kali
sebab,
membuktikan kita tidak pura pura.

Try lar pakai merah


 
~ Atas tu kawan cik. comel kann. Ouch, dia hanya bersaiz S wokeh. S! cik jugek masih XXXXL.. Dush sejibik. tak rancang kami pakai merah. Tu pasai kegedikxan snap snap.




Wednesday, October 27, 2010

Nak Tengok Jugak!

Sabtu ni Piala Malaysia kat Bukit Jalil. Negeri Sembilan vs Kelantan. Siapa cik sokong? nope, tak sokong mana mana. Tiada kaitan di antara 2 negeri ini. Pahang dah out. Melaka? hmmm hampeh..


Rindu suasana nih

Cik suka tengok game live. Happening weh. Game atas padang dah tentu lah kann. Game kat sit penyokong pun tak kurang hebatnye. sumpah seranah maki hamun diorang boleh menghiburkan hati cik. huhu


Mercun, botol mineral tuju kat FRU yea. tu nasib kerusi takleh cabut tu

Abang FRU yang mantap. Kena tambah lagi anggota masa kat Bukit Jalil. Kot kot penyokong gaduh lagi ke. Tegakkan lah keamanan negara

~ kekanda di medan perang..adinda di medan sepi... sama sama berjuang..sama sama berbakti...lalalalala~

hahaha

Salute kat penyokong Kelantan. Serius Bersatu Habis

Kelantan ni sanggup bergolok gadai nak support. Serius menghidupkan Piala Malaysia. Tahniah Kelantan masuk Final. Sebab tu tiket naik jadi RM30 pun tak jadi hal. Sebab FAM sure penyokong kelantan akan beli punye. kannnn... environment dok kat kerusi kelantan memang best. Pengalaman tak dapat dilupakan.

Tapi, harus diingat. setakat sokong je kalau Pemain kat padang tu main tak berapa nak Yoyo o tak guna juga. Jangan lupa Negeri Sembilan pun kuat jugak. Ingat tak Final tahun lepas?

Pape pun, enjoy the game sabtu ni. Jangan ada kes buruk lagi yea. Penyokong dok diam diam tau.

~Walau bagaimana pun, sape nak bawak cik pi Bukit Jalil ni. huwaaaaaa, takde kawan. sape nak pi ngan cik.Angkat tangan!


huwawaaaaaaaa, takmau la tgk kat tv jeeee

Pernah Rasa RestNGo?

Yang korang selalu pakai tu TouchNGo bukan. pakai kat Tol n LRT tue.. dah usik sekali pastu boleh lari... ouh., meaning?...ha, pikir lain le tu.. ok clean up kan mind korang yg byk virus tuh. ini bukan blog lucah bebeh

Ini RestNGo, dah rehat rehat pastu boleh lari

Gambar serupa perempuan kesangapan.

owh apakah.. dude, cik tengah sakit ni tahan kerusi tu kuda kuda belakang cik. Sakit woo tapi sedap. :p

Ni kat BB plaza.,Tau? Sungei Wang tau? BBplaza ni kat sebelah Sungei Wang. Plaza yg tak happening. korang boleh tido tengah jalan mall. takde sape kacau ko. gerenti beb. Metrojaya yg besar gedabak pun boleh lingkup. Punya lah takleh buat sale kat BBPlaza ni. hahaha..

Motip. Ha, kerusi Gintell ni berada di BB la. Kalau masuk singgit dapat merasa 3 minit kudaan. Kalau 5 ringgit 15 minit kot. Masuk 10 ringgit dapat 30 minit. tak silap lar. Pi la usha usha kerusi ni. Tingkat 1 tak silap. Aih, cik ni sumenye 'tak silap'. nampak sgt pala blur kannn.

Jangan risau, kat sini takde sape akan tengok muka korang kesangapan. pasal takde orang lalu sini pun. Bila lagi nak try kann. Try la dah ada kesempatan tu. tempat lain selalu segan segan takut laki pandang dada kita goyang goyang kann..

Ni pasti gerenti puas hati. Datang bawak kawan yea. cik dapat komisen. huhu


Ya Allah perut kooo cik... Rindu nye rambut panjang. Menyesal? nope


Tuesday, October 26, 2010

On The Way Back To Normal Life

Muka masalah ke ni weh?..

Lepas entry terakhir hari tu. Cik muhasabah diri. Serius weh.. tak main main punye cite.

Ada kawan suh cik lari. Yess,, aku dah berlari. Still benda yg rasa terbeban kat hati ni tak hilang hilang

Ada kawan suh cik ke arah itu. Yess,, cik sedang ke arah itu. (cite ni biar je cik simpan sorang sorang, kang kata menunjuk pulak)

Ada kawan suh carik hobi baru tuk hilangkan tensi. Yess,, Cik dah jumpa hobi baru..

Tapi still hati ni berserabut. walau keserabutan tu terhakis sikit demi sikit.

Serius terperanjat bila timbang badan naik 1kg. Thankx IKa diariXXL bagi kaler merah kat nama CIK. Cik sukee kaler MERAH. Baru rasa nak sedar diri kannn..huhu..
Owh, masalah tidur dah settle,
Kembali Workout ngan Jill

good sign bukan

Cite kat Along. Dia kata, 'ko kena kawen ni baru hati ko ringan'.

'Ok, ko carik calon tuk adik ko ni. buleh? segera yea segera.'

Kalau itulah penyebab cik bengong sepanjang bulan ni.

Cik harap masa boleh putar balik. supaya cik tak tersalah pilih. Tapi, masa ke depan lagi ada lar..

~ Status terkini: single and available. Anyone? :-)

Tapi cik bukan desperate. Mungkin perlukan environment baru. Mungkin?


Thursday, October 21, 2010

Simptom?

Oktober. Apa ada dengan Oktober?

Mood Cik seriusly turun naik. Seolah hilang punca. Kejap kang hepi terlebih. kejap kang boleh nangis yoyo o. Harap bukan simptom penyakit mental.

Hormon pulak tak betul. Period lambat bulan nie. Darah keluar nak tak nak je. Pastu sakit macam macam nak hinggap.

Tidur tak lena. Selalu lewat tidur. Bangun kena awal. Tersengguk kat ofis harus lah kann.. Focus tah ke mana.. adakah simptom insomnia?

Makan takde selera. Sumbat jugak kat mulut mintak tenaga. Sayur tak pernah tinggal la. Tapi paksa telan sampai loya loya ar tekak.

Workout. ngan Jill stop terus bulan nie. cuma weekend cik paksa diri jog kat taman..see, exersice pun ikut mood ke? adoii,

Mula mula rasa nak bercinta lama lama rasa benci gila gila.. Better stay single. Eh, tak masuk dalam cite nie.

Ni bukan kes cintan cintun, Serius! bulan ni fizikal dan mental cik tak stable. Takkan simptom menapous kowt! eh jangan jangan. cik tak kahwin lagi nie. Bagi la nikmat tu dulu.

masalah besar? takde pun rasanye..

APEHAL NGAN AKU NIH... hilang punca weh... tolong la cite ape jadi kat cik nihh



Wednesday, October 20, 2010

Ngeng Punye Cik

Pernah buat keje gile. Buat dulu baru nak pikir? Ni hah contoh paling ngok ngek. Tapi fun..


Patut bangun mandi pi keje tapi cik... berada suatu tempat di pertengahan minggu. Hari Rabu yang hening

'Jom kita pi Genting!'

Dan yang lain kata 'Jom'...

Mari kita lupakan baju kerja yg telah di iron... mari kita amek EL bersama sama.. dan mari kita lupakan jalan ke ofis.. mari kita lupakan masalah diri seketika.

Moh la kita,
Genting Here We come...


Serius tak ramai orang, cik main game2 tu sampai taknak dah. Kalau pi weekend harus bosan menunggu berjam jam nak main satu game.


Pirateship ni naik 4 kali. Takyah turun beratur balik. Dok je kat situ tunggu next round.. Perasaan?... tak berperasaan!



Cik berduet ngan sorang kawan yang sama tak berperasaan macam cik. sume game main. Solero, cyclone, rollercoster, buai pusing2, flying dragon.. kami tak takut pada ketinggian.. Tapi solero dah tak laju. rasa menjunam slow slow jer.. ahh, tak thrill. tapi masih tak jejak pungggung. View kat atas 10 sec tu Terbaek! 2-si-penakut pulak main buai budak2..Dowh, tak thrill. rugi bwk diorang. Asyik duduk je tunggu 2-Tak-Berperasaan main.


Makan makan beli kat bawah. murah dan sedap. kat atas tu apa yg sedap. mahal pulak tu. Ada ke megi cup RM5.50. tak berkhasiat!



Tan Tin Tun tak pi keje harus lah pelik kann. Satu ofis tanye apesal tak datang. Ada aku kesah! Akibat aktiviti ngeng yg tak di planning tu datang keje Khamis meja menimbun keje. Pastu pakGuard cik pun marah nape sanggup tinggal keje semata pi Genting. 'u takkan paham dear.'

Serius bulan ni hormon cik tak betul. Semuanya Malas. Malas nak keje, Malas nak tidur, malas nak mandi, malas nak makan, malas nak workout, malas nak sembang... tah lah weh, angin meroyan ke hape. But thank kwn2 sanggup EL temankan cik Chill out kat Genting.



~ pakGuard = ?

Monday, October 18, 2010

Nape Ngan Cik Sekarang Nie

Aku tak tau siapa diri aku sekarag nie

Bley?!!

Friday, October 15, 2010

TBL3 Kelola Ika di Diari XXL... Cik Joiiinnn

Dah seminggu join contest paranormal menurunkan berat badan nie...

Tapiiiii.....

Langsung tak berusaha menWORKOUTkan diri..

Owh, Apakah diet ku ini.. ok la, makan kontrol eksesais yilekk tak guna jugak wokehh

Latest berat maintain 81kg..

Terima lah hakikat yang cik ni tak berusaha langsung

Maaf pada ahli kumpulan ku...

weeeee