Thursday, June 2, 2011

SALMON OIL


Sejak dua menjak ni cik takleh kena aircond lama lama. Dada rasa sejuk dan tak stable. Maka akan terjadinya lelah. So kat ofis cik kena pakai jacket tebal to prevent dari lelah. Tapi ada jugak sesak nafas. Rasa nak angkut je machine nebulizer datang ofis. Tapi tapi tapi...cik masih waras. kang satgi satu ofis jenguk dengan rasa belas simpati. Heh, memang tak la.. tak mau gitu.

Kadang makan benda mengarut jugak akan terjadinya asthma. Tapi bila cik kontrol makan (tempoh diet) still asthma di paras biasa. Camne tu? so, makanan bukan lah faktor utama attack. Bila di ujikaji. cik alah pada persekitaran. contoh cuaca, stress dan makanan jugak. Bila cik bengang.. cik akan melantak gila gila sebab sah sah asthma still datang jugak. tak effect pape pun.. (tanda protes la KONON)

Balik kampung haritu cik pi hospital amek ubat kan. pastu request kat doktor nak jumpa pakar pemakanan. Yea la. kalau request kat klinik satgi dia cas lebih lebih pulak. Kalau kat hospital gomen dah tentu free kann. Eh, jangan membazir duit gomen babe. kita patut menggunakan perkhidmatan yang ada dengan sebaiknya.

Bukan mintak nasihat pasal berat badan je. Cik tanya jugak perlu makan apa tuk prevent asthma. So dia pung pang pasal supplement. Cik ada makan EPO untuk stabilizekan horman. Dulu time tak makan EPO.  Gila kau period ketul ketul. Sengungut jangan cakap la ketaq lutut bukan time berjalan je,.time duduk pun sakit. Lepas makan continusly ni, period datang on time pastu darah flow dia cantik je. tak ketul ketul lagi dah.

So apa yang cik paham dietriest tu terangkan, EPO is omega 6 ++, bila makan kuantiti berlebihan dia akan incured unbalancing dalam badan. So thats why ada kecelaruan kesihatan disitu. Cik mudah dapat selsema batuk demam. kita kena stabilize kan dengan vitamin c and Omega 3 jugak. So Omega 3 is from fish oil.

Bila di study dan di telaah. Ada banyak jenis Fish oil di pasaran. Ingatkan scott Emulsion tu banyak la fish oil dia. Dietrist tu gelak. Dia kata itu tuk budak budak. Omega 3 dia sangat rendah. ooo, baru cik paham. Patut la dulu makan scot emulsion tak jadi apa.

So cik decide ambil Salmon Oil. So tau oil tu dari ikan salmon. Kalau Fish oil mana mana ikan pun boleh pakai. Salmon nampak bersih and selamat sikit la KONON. WE HAVE THE RITE TO CHOOSE THE BEST FOR US kannn



Ini SALMON OIL dia. Cap BIO-LIFE. Ada pendapat kawan kata Blackmores n GNC is okay. Tapi Guardian pemalas. Out of stock blackmores. Plus GNC tah celah mana kedai dia tak tau. So cik decide beli yang nie.

Camne nak amek ni?
Omega 6 : Omega 3 dengan nisbah 2 : 1

Baru makan 2 hari. Tak ada kesan lagi. cik nak tengok dalam masa sebulan. Kalau asthma kurang bermakna supplement ni menguatkan antibodi cik. Maka kuranglah dari demam cukup pakej.

Nota penting : Kalau kau batuk sila jangan terus amek Ubat batuk. Ubat batuk tak elok. Yes, kau akan lega sebab berhenti batuk dan tidur lena tapi..... Ia akan meLIKATkan kahak kau dan still bertempek kat dada kau dalam waktu yang lama. Nak ke kahak kahak tersimpan? so, kalau batuk tu kuarkan kahak. JANGAN MALAS.

Kalau still tak tahan jugak nak kan dadah. Kau boleh buat ubat batuk sendiri. Amek air suam, letak madu, letak limau nipis. InsyaAllah.




Wednesday, June 1, 2011

Fans Saiko


Kau mesti banyak pengalaman bercinta kan kan kann.. Yang tengah lamun cinta sure ayat kat blog jiwang yang amat. Nak tunjuk kat public yang hati telah dimiliki. Yang dah ada suami dok diam diam k. Sebab korang dah habis zaman HOT MARKET..hikhik.. pi carik ketiak suami sekarang. cium lama lama :P

Cik dengan cinta umpama kutub utara dan kutub selatan. Tidak diketahui bila ia bertemu.. Ewahhhh... Nak ke baca ayat ayat cinta cik.. Muntah la korang..

Cik tak pernah bercinta. Ini fakta serius! percaya? tak? suka hati kau la.. Cik tipu pun bukan kau tau kannn..

Tapi tapi tapi,,, yang minat cik ramai.. :) :D

Pernah sekali tu, cik kenal dia kawan atas kawan. Cik berkawan dengan Eid (bukan nama sebenar), Eid bukak FB cik. Pastu si Seth (bukan nama sebenar) lalu kat belakang (lokasi ofis) tertengok gambar gambar cik. si Seth mintak kirim salam ke cik.. apa lagi salam perkenalan la.. Ini kisah tahun lepas.

Tahun ni punya cerita. Si Eid tanya cik dengan Seth ada pape tak. Sebab dia perasan gambar cik ada kat meja dia, gambar cik ada kat purse dia, gambar cik jadi wallpaper destop dia. gila tak terperanjat! Si Eid tanya bila nak makan nasi minyak. Apa la si Seth mengarang cite kat Eid nie.

Seth pernah la koling koling mesej mesej. tapi tiap kali nak jumpa mesti salah sorang tak jadi. So, memang takde jodoh lah kannn. Untuk berkawan tak salah tapi untuk bercinta alam maya camni.. erk, Cik jadi ngeri.

Kau siapa tiba tiba nak print out gambar Cik TANPA mintak izin.. Kau tengok gambar cik kau jadi sangap ke? atau kau ada cerita disebalik gambar gambar cik?

Korek punya korek, bekas tunang seth sebijik sejiban rupa cik. So, Eid bagitau tiap kali dia cerita pasal cik kat Seth, Seth bergenang airmata (tak sempat nangis, bergenang je). bekas dia dah pun kawin dengan orang lain. Tu la, kan dah kena kebas. lambat sangat

Apa, ingat bila cik tau macam ni jadi lembut hati terima dia la.. nope? let it be as kawan. Sebab dia pengecut. Kalau betul betul lelaki, dia sendiri akan cerita kat cik. Kenapa harus guna orang tengah. Cara kau approach pun tak kena gaya. Apa kau rasa bila muka sama tu perangai pun lebih kurang la dengan ex tunang tu. nope?

Minat sikit sikit sudah la, tak perlu dok tatap gambar cik hari hari.. Ngeri tahu bila dapat tau ada peminat macam nie. Dah macam orang saiko pulak.

~ Simpati Diri Dulu baru kau tahu bagaimana untuk bersimpati orang lain. Itu pasti!





Tips Mendapatkan Bibir Seperti Kilafairy


Ini Kilafairy


Baru berlakon satu filem dah meletup gila babas. Motip dia meletup? sebab punya bibir tebal, menDada, dan ponggong congek.

Kalau tanya lelaki confirm dia ni #1 dalam list diorang, Rozita che wan jatuh nombor dua sekarang (usia main peranan jugak babe) . Tak percaya? pi tanya suami, boyfriend dan adik lelaki korang sekarang. Tunjukkan gambar nie then tanye dia ni siapa? menurut perangkaan 99 dari 100 lelaki Malaysia akan kenal dia nie. Confirm!!! yang lagi sorang tak kenal tu mungkin adalah lelaki homoseksual. Muehehe!

Goodjob Yusry, pengarah Karak sebab bawak perempuan ni berlakon sekali. Sure kutipan memberansangkan even jalan cerita nan ado. Yusry berjaya menutup kelemahan diri dengan kehadiran perempuan ni. Good job kilafairy jugak. Kau jadi femes sekarang. Tentu Rohana Jalil bangga anak dia berjaya kannn..

Walau pun lakonan dia,,hmmm.. cik rasa cik boleh berlakon lagi baik dari dia kecuali babak berkemban with tetek separuh tu cik FAIL lar.. Kilafairy je boleh buat scene tu. Kau nak ke tengok lemak lemak bergoyang cik.. Nanti ada la kang tutup mata tengok lakonan cik lagi ngeri dari hantu.. :p

Apa ada pada bibir mungil?
kau kalau bibir nipis, kau kena redhoo tu..ciptaan tuhan..
kau kalau punya bibir hitam lebam, tak pe takpe..jangan sedih! pi tonyoh daun sirih kasi merah balik
kau kalau jeles dengan bibir macam kila ni.. kau boleh cucuk botox.. kalau sanggup la

Apa kurangnya pada bibir tebal ni?
Incured kos beli Lipstik, lipbalm n lipgloss
Nak cakap mesti ayu ayu sebab takut air liur bersepai
Mungkin time cium dia je yang nak conquer. Eh! ini cerita lain.. hehehe


Seksi ker?


Hakikatnya, kau boleh jugak posing juih bibir ni. Tapi rasanya Nabil rajalawak boleh beraksi lagi baik dari ini.. hikhik

Eleh, kau pun boleh buat jugak sebenarnyeeee


Meh cik ajar yea kawan kawan.....








Tak nampak tebal ke? sila klik tembam gambar ini untuk lebih jelas


susah nak ikut ke? 

haih, korang ni

suke tau nyusahkan cik..

kau boleh jugak beraksi macam nie



Ok, nampak? paksa je bibir tu juih kedepan.. korang dapat punya bibir Kilafairy tu..

Dah dah.. takyah sedih sedih.....















Tuesday, May 31, 2011

Botox Ker..


Bila jumpa member lama, harus lah bertemu dengan komen first..

'e eh, kau dah berubah'.... sama ada ini statement puji atau keji. kau kena tanya member tu lebih lanjut k.

Kawan cik ajak minum. so ok la.. pi la minum. tengah sembang sembang tu.. cik perasan dia kemain tatap wajah cik.. bukan time bersembang je. time senyap sunyi pun mata dia tetap tatap cik.

Then dia tanya,

" Maaf la tanye xxx. u pakai botox keee?" 

WTH punya soalan.. u whattt? Kau nak cakap yang pipi aku kembong aka gemuk atau kau betul betul nak maksudkan yang aku guna botox? ha?!

Apa kau ingat pada usia 26 cik perlukan botox tuk menegangkan kedut kedut tua? ooo malu wokeh

Apa kau ingat ketegangan asli ini disebabkan bahan bahan terlarang yang mahal tu ke? still tau halal haram weh. Apa kau tau ke isi kandungan dia injet injet tu. tah tah lemak babi dia campur skali.

Oo okk, assume je yang muka cik sekarang licin halus bak belon. Tak macam dulu banyak jeragat n jerawat. its a positive site kannn. Bley? Daripada cik pilih pi botox baik cik pi marie france bodyline. kurus bak Erra fazira baru best.

Think logic beybeh.. bila badan mengembang pipi juga mengembang. Itu normal.

Tapi bila badan kurus kering, tapi pipi mengembang. Itu pelik..

Ce kau tengok ARTIS sekarang. especially usia senja senja ni. yang tak berapa laku tu. Sume berusaha tutup kedut dengan botox.
maka jadilah bibir mulut ikan, dahi flower horn, hidung hanger baju, pipi bengkak kena sepak..

Dan bila wartawan tanye, jawabnye 

 "oo no no, i tak guna botox botox ni. I still boleh bezakan halal haram."

sigh... tengok pun tau. apa kau ingat penonton ni bodoh.. kau lagi bodoh tahu


Pageview By country


Apa ke pelik stats nie. Siapa pulak yang view cik dari US, Iran, Jordan, Germany, Denmark, France..? Diorang paham ke bahasa melayu weh!

Kalau Brunei tu yes cik percaya. Sebab aritu ada insan komen blog cik. Well kalau akak ni tengah view. Hai kak (akak ker? ntah ntah lagi muda dari cik).. cik xxx bersiaran.. hehehe

Kalau dari Singapore ke Indon ke itu biasa. Sebab kitakan serumpun. Still boleh paham lagi kann..

Pada siapa siapa baca blog cik ni. Terima kasih. bacalah, tontonlah dunia cik, terokai lah otak gilak cik. Yang baik ikut. Tapi yang buruk tu letak tepi siap siap k.


Enjoy life beybeh!




Tips Dressing Untuk Wanita Gempal


Cik suke tengok orang. Kalau dalam lrt tu. kadang tak sedar terteleng teleng kepala tengok gelagat dan gaya orang. Tak payah tunggu partner nak mengumpat. Dalam hati pun boleh mengumpat orang. Jangan cakap kau jenis pandang orang pastu hati tak berkata kata ea.. tipu lah sangat semua benda yang kau tengok tu semuanya kau suka atau bersifat natural.. tipu tipu...

Cik perasan wanita berbadan gempal ni kurang bijak bergaya. Samada dia tak reti beli kain baju atau dia kurang konfiden nak pakai baju,Eh! mungkin lagi konfiden berbogel. :p

Dan cik perasan jugak. Wanita bertubuh gempal ni dia kurang konfiden sampai asyik asyik pakai baju yang sama (tshirt bodo = round neck yang lelaki pakai tu) atauuuuu terlebih konfiden sampai pakai baju daring gilerrr (seksi sampai seksa nak tengok lemak lemak tersembul).. ok ini cerita lain.. nanti cik up kat entry lain.


Ini contoh T Shirt bodo 

Ce bukak almari kau. Adakah baju kau banyak terdiri dari t shirt bodo dan baju kurung sahaja?  kalau yea maknanya kau tergolong dalam perempuan-tak-bergaya. Dalam erti kata lain adalah Kau tak konfiden dengan diri sendiri tuk sarung baju lain. yea tau, T shirt bodo ni saiz lelaki. Boleh up sampai XXXXXXXXXL kann dan senang dibeli, murah pun murah kannn.. Disebab malas pikir pasal baju. asyik la sarung t shirt bodo. Dan kau tau tak. Sifat malas itu memakan diri sebenarnya. konfiden jadi lagi low bila kau berhadapan dengan masyarakat. Ini Serius babe!

Kenapa harus gemuk dijadikan alasan untuk tidak bergaya. Sarung la baju yang up to date tapi still sopan. Maksud sopan sila bukak kamus diri masing masing. Istilah sopan kita tak sama. kang cik cakap pakai seluar 3 suku kau cakap tak menutup aurat pulak kann..

Sekarang ni banyak baju plusSize dijual. Cuma kau kena pandai carik kedai mana. Baju dijual kat online pun banyak. Tapi pada cik, kalau beli online kau kena berani amek risiko. Sebab kemungkinan baju tu tak muat pakai adalah sangat tinggi. Lebih baik kau rajin shopping usha baju baju yang kau berkenan. pi fitting then kalau sesuai kau boleh beli. Duit tak rugi, baju pun boleh sarung.. kau jugak untung orang perasan baju kau berganti..

Sementara nak tunggu lemak kau tu cair. Atau sementara nak tunggu kau sedar diri untuk kurus tu, apa kata kau jalani hidup seperti wanita biasa. Bergaya dan tunjukkan konfiden diri. Sayang ea kalau kau tu dah la kurang cantik, dah la gemuk, lagi memburukkan rupa dengan pilihan pakaian yang ASAL ADA kau tu. Lagi la public pandang kau serong.

 ini nota serius babe! manusia suka tengok pada benda benda cantik. itu pasti.






Monday, May 30, 2011

Di Penuhi steamboat, makan dulu baru stimm..hahaha


Minggu lepas pecah rekod. 2 kali layan steamboat. Ini topik makan tapi to those yang tengah struggle diet tu jangan berani berani kutuk cik.. tonyoh cili mau..! hahaha (sedapkan hati sendiri). Sebab bila bab steamboat, takde nya kau makan tertahan tahan.. sekali makan macam hantu raya. sebab buffet kannnn..

First layan masa hari isnin. time lunch dengan kawan ofis cik,

bukti,

Orang jakun guna chopstik..gini la jadinya..


Macam makan tuk 4 orang.. tapi hakikatnya 2 orang je. lagi 2 adalah hantu raya


Tengok la kepala udang yang telah dipenggal.. menimbun macam makan nasi..gilak la..


Aksi terbaik dr. Rozmey, sila lah beli jusmate5. muehehehe



Secondly, ahad..semalam.. layan lagi steamboat.

Bukti,

sampai sampai terus tuju kat aiskrim.. Ini mangkuk pertama..


tak cukup, ini mangkuk kedua..,

Mangkuk ketiga tak sempat snap..

tapi macam sial makan tak ingat dunia.. Semalam membela hantu makcik karipap.. MUNGKIN!...tak layan menatang steam2 or grill sangat. layan aiskrim je 3 kali ulang. yang lain tolak tepi..

Dan terimalah wanita yang semakin membulat model aiskrim anda...

Ini bukan aksi tutti frutti.. Ini model anti-tuttti fruiti.. jangan kau sebut sebut depan cik cap eskrim tak sedap tu. baik cik makan yang ni. lagi heaven..

~ Ubat Semput.. hehehehe






Toilet Comel


Kau pernah berpengalaman carik toilet dalam shopping Mall kann..

Ikut sign anak panah, sure jumpa punya

tapi kat sini..

sign toilet dia agak comel sikit..

sebab tangan Maskot Toilet ni sendiri yang tunjuk arah..



 Sooo sweet..


Lanun Jacky



Oh Jack Sparrow..

Kali ni kau kurang melawak.. Kenapa sayang ku

Adakah kerana kau jumpa cinta dalam cerita ni.. Penelope, akan ku sula kau.. hahaha

Tapi, mermaid mermaid cantik tu sangat mengiurkan

Mana ek kau beli baju sisik tu... Cik mau!

hehehe


K.A.R.A.K


" Incik,,, cik nampak anak saya tak cik...? " scene hantu..

komen cik tentang cerita ni,

kalau kau suke kat muka hensem shahir. Ha, kau boleh tonton keromantikan shahir melayan awek dia.

Kalau kau suke adegan hantu hantu nampak fake. Kau juga boleh menonton.

Kalau kau suke scene scene yang biasa di lihat dan boleh agak jalan cerita macam mana. Kau boleh la pi panggung.

Dan paling special, kalau kau nak tengok bibir angelina jolie dan aksi berkemban nampak tetek separuh.. sila simpan sifat ingin tahu yang membuak buak sebelum filem ni start. Confirm cerita ni kau akan hayati dengan penuh semangat.

For me, Cik tak minat rupa hantu yang tak realistik..

Well done yusry