Monday, May 16, 2011

cik kat kampung

minggu lepas blogspot takleh bukak pasal renovate yea? gilak la.beku otak menahan idea sebab tak dapat luahkan kat blog. arini cik cuti. cuti sebab wayar otak berselirat dok kl. cik layan perasaan kat kampung selama 4 hari. kau ada? ni cik kat spital. kumpul ubat asthma. kalau time keje bila masa nak amek ubat kann. jadi hari ni cik pi dua spital. satu klinik dekat umah.satu lagi spital pekan... alaa, update guna fon tak tau celah mana function tuk wat perenngan. jadi arini cik update serupa budak darjah satu wat karangan..NANTI JMP LAPPY CIK UPDATE CITE BAIK PUNYE K.BYE

Wednesday, May 11, 2011

Karaoke Orang Tua... Adeh!

Siapa tengok cite 360 kat tv3 minggu lepas? Pasal karaoke..

Ada mak moden bawak anak 3 tahun pi layan karaoke dengan kawan kawan dia. apa pendapat kau?
Pada cik, kalau niat mak dia bawak anak tuk datang makan, lebih elok bawak anak tu makan kat restoren then lepas tu bawak balik rumah. Walaupun pusat karoke tu dilabel FAMILY KARAOKE.. tapi awal awal kau dah rosakkan anak kau. baik ajar dia benda berfaedah, ajar mengaji ke. Kalau nak berhibur sangat kat rumah pun boleh berhibur. Banyak aktiviti boleh buat bersama anak. apa, kau nak ajar anak kau jadi artis ke? buat rosak budak budak je. Sekalipun kau gian sangat nak karaoke. tinggalkan anak kat laki. hah, ko gi la berjimba kejap releasekan tension.

Dan ada pulak warga emas datang karaoke tempat terbuka. Ok la, karaoke tu tempat terbuka. yang datang menyanyipun warga warga emas je. ada yang suami isteri dengan alasan memang dari kecik menyanyi. tapi makcik pakcik.. lagi elok beli set karaoke kat umah. layan kat umah lagi afdal. boleh peluk peluk.., ada tu pakcik yang datang sorang dengan alasan tension ngan anak anak. Wow, tension ngan anak kau layan karaoke. kalau kau tension ngan bini, kau gi mana pakcik?.. Walau pun karaoke ni taraf kampung kampung punya tapi sangat mendapat sambutan.. tapi, makcik pakcik? malam malam dok rumah je lah..sesuai dengan usia. umah kata pergi kubur kata mari.

Dan ini lagi mengharukan, ada karaoke terbuka dalam hutan nama RIMBA.. macam clubbing cuma tempat terbuka. ada orang karaoke dan ada terkinja kinja menari kat depan pentas. Ini gila punya tempat. Walau pun dah letak sign, no drink no ecstacy no unmoral activity still cara diorang berhibur theres something wrong somewhere. Dah serupa tak betul.. Still cik budget diorang ni ramai indon. yea la nak masuk red box tak mampu kannn.. cepat lah pihak berkuasa datang rush tempat macam ni. banyak benda buruk dari baik tu..

Yes, Cik suka karaoke. Tidak dinafikan suara cik sedap menSUMBANGkan lagu. Dan cik datang karaoke dengan kenalan rapat. tak roomate cik, dengan kawan rapat cik. Takpun kami datang ramai ramai by group. hah nyanyi la kau sampai pengsan. Kalau by group tu tiada unsur unsur lucah even berpegangan tangan pun takde. inikan pulak nak berciuman.. nope.. semua dalam kawalan. kami enjoy tapi masih ada batasan.

Tapi ada segelintir masyarakat yang band sungguh sungguh orang yang datang ke pusat karaoke. Kononnya meruntuhkan akhlak. Gila babi ni sumpah seranah orang yang suka menyanyi ni. Dalam kepala diorang fikir semua negative site. ada pempuan dok atas riba. ada air setan. ada menari macam orang gila.. Eh, itu standard karaoke cina je weh. Kalau kau pegi 5 star punya karaoke semua tu takde la.. CCTV merata merata. kau berani la nak cium bagai. sat sat diorang datang jenguk kau buat apa. Ke yang kutuk kaw kaw tu kau takde bakat. menyanyi tahap suara lekat celah kerongkong. ke kau sengau nyanyi kot hidung. untuk menutup kelemahan kau tu kau cakap la yang kau anti karaoke.. kannn

Kalau orang tak minat nyanyi, diorang tak heran deh nak kutuk bagai. Diorang mesti dok diam atau menolak cara baik kalau takmo karaoke. Dan diorang takkan blame bila orang menyanyi. Sebab diorang ada pengalaman pi karaoke teman kawan kawan..

Pada cik, karaoke lepas tension. yes boleh. serupa jugak kau main futsal petang petang tuk lepaskan tekanan keje. pi karaoke tapi dengan gaya yang betul lah..Pada cik sampai satu tahap kita kena berubah. sesuai dengan umur, cara hidup, dan komitment yang kita ada. Bukan umor semakin meningkat still tak sedar sedar diri. itu salah la.. Bukan sebab orang pandang serong je. Tapi hati. Hati pandang serong tak dengan diri sendiri. Sendiri punya akal fikiran sendiri  jaga la ok.

sampai satu tahap..Start umor angka 3 je kat depan. Cik akan cari hobi lain untuk lepaskan tension selain menyanyi. Nyanyi suka suka boleh la.. nyanyi dalam kereta..

Tapi malam ni kawan cik ajak karaoke sebab dia dah habis exam.. huhu, ok. siap.. malam ni cik nak duet lagu cinta.. lalalalala



Tuesday, May 10, 2011

Gambar Curik

Walau pun begitu... im still look hot..


hikhik..

hah, loya pmpuan mengandung tak? hahahaha

R.U.N.N.I.N.G


Cik suka masuk kedai buku. Walaupun kadang kadang. telek je, baca situ. beli tak jugak.. Last month cik ada terbaca buku ni kat MPH..pastu.. balik rumah teringat ingat.. ah sudah.. aku kena beli ke ni ha....? masuk mimpi woo..

Minggu lepas dapat gaji tak tunggu tunggu dah. Terus beli. Nasib la buku ni ada. tapi memang cik budget ada lagi pun. walau satu tu je bukunya. Orang Malaysia mana de interested buku buku gini. kannnn...

Cik gila sebab buku ni ajar cara lari.


Lari pun kena belajar? Bagi cik. eh, mestilah..Kau yang sihat boleh la kot lari sehardcore yang boleh. cik yang asthma ni kena jaga breathing. kang satgi pengsan mati kejung kat situ jugak kang. Ada sejarah. so kena hati hati.. bersyukur la kau yang gemuk tapi sihat tu. perlu GUTS je nak kurus.

Buku ni dia ajar untuk orang firstime exersice, atau tuk join marathon. Untuk cik ni cukup la yang baru berjinak jinak nak lari secara serius.. ha tengok tu, dia ajar.. run then walk..run then walk.. baru la kau tak sampai rasa tertanggal lutut. Bila stamina hebat boleh ar lari strait..

Semoga cik tamat baca kitab ni dan aplikasikan masa jogging nanti.. aminnnn

Doakan cik..




Monday, May 9, 2011

Rupa Terbaru Cik

Kau mesti rindu nak tengok rupa latest cik kann. Jarang dah nak tayang muka kat sini.. well, hot market gitu la.. kena limitkan gambar gambar tayang muka nie. nanti tak exclusive pulek. hahaha...





















nah, tengok puas puas







hikhik,

SalesGirl Yang Suka Meraba..


Semalam cik pi jusco. Mana lagi nak pegi kann. 5 minit dari rumah je kot. kadang tu weekend boring boring tahap dewa kat rumah, sampai 3 kali sehari cik tawaf Jusco tu.

E eh, semalam jumpa Myoliza. Sempat ucap sepatah dua kata.. wow, slim mlim betul akak ni.hmm, bila nak jogging sama ni kak.. tunggu stamina cik super duper hebat ek. boleh ar nanti kita compete kat titiwangsa.

Cik teman housemate cik beli bra. Cik perasan, tak kira shopping mall mana pun. salesgirl area jual bra ngan spentot ni suka raba raba badan orang lah.. iyea, tau. memang la sesama wanita. tapi patutkah sesama wanita perlu diraba raba. Contoh dia promote bra yang boleh sembunyikan lemak lemak tersentil. perlu lar tangan mengewai ngewai lemak celah ketiak customer. ha? perlu lah...?

pastu cik perasan yang punya kerja ni bese salesgirl cina ditambah lagi pangkat veteran. Pendapat cik lah. kau nak jual bra atau promote.. memang lah digalakkan. Sila keluarkan modal suara anda. Pastu boleh carikkan saiz yang customer nak. kadang customer tak reti nak geledah satu satu jenis bra yang bersusun cantik tu. yes, kau boleh tolong. Tapi kalau sampai nak meraba breast dan kawasan sensitif customer...tak perlu kot. Do i know u? u are stranger u know. kau kawan aku ke nak raba2 bagai.... tak ramai customer perempuan selesa diperlakukan begitu. tak kisah lah perempuan tu kurus kering ke gemuk gedempol ke. ini sudah melanggar hak asasi manusia.. ini tak boleh jadi. adakah ini tergolong dalam 'SEKSUAL HARASSMENT'?.. fikir fikirkan hak anda :D

Lagi satu salegirl yang cik tak berkenan. Contoh pegi guardian. Cik tengah melilau carik losyen cap kegemaran. Salesgirl tu datang tanya carik apa. pastu cik cakap la carik vaseline kaler hijau. Dia tayang losyen lain. Nivea ke hape tah. cik bukak penutup nak bau. Euw, tak best kat hidung. cik geleng tak mau. Pastu dia kata 'aiya, amoi. ini losyen ar tengok dia apa function. bukan cium itu bau saje'. cik cakap taknak. eh, suka hati la aku nak cium ke apa. yang pakainya aku. Kalau function dia hebat giler memutihkan kulit sekalipun kalau bau dia macam belacan sape nak beli. Pigi ar promote kat orang lain.

Kalau part barang personal care cik akan utamakan bau dia. pasal hidung cik ni sensitif pada bau bauan. kalau bau itu menganggu hidung cik atau menstresskan perasaan cik dengan bau tengik. Confirm selang beberapa minit akan terjadinya asthma. Jadi biarlah cik beli benda yang baunya cik suka. hak individu kann..

Sambung cite tadi, Salesgirl tu tak puas hati. Dia picit losyen tu kat jari pastu nak calit kat lengan cik. E eh, ini sudah dinamakan paksaan. Kan cik geleng tadi kann. kau nak paksa jugak aku cuba ek. 'i tak interested. kenapa u paksa i try jugak nie?'..hah, ambik kau. hilang sabar betul ngan salesgirl macam nie.

pastu cik capai vaseline yang bese cik pakai tu then cepat blah.. dan salesgirl tu pun sekaum dengan yg kat atas tu.

ok, tutup kisah salesgirl-suka-meraba. Cik jalan jalan lagi pastu nampak mamat ni pakai baju bercop

ouw, tak nampak tulisan ek..jap jap



PORKCHOP? ada jugak ek.. ingat kan chicken chop, beefchop, lambchop je ada.. Jangan kau tak kenal daging pork camne sudahlah.. takut termakan...kau boleh beza tak daging dia camne? kau boleh cam tak bau dia camne? Ini pengetahuan am jugak nih. orang Islam kena amek tahu jugak semua nie. takut kau tak makan babi tak sebenarnya kau tak tau pun yang kau dah termakan babi. sebab innocent punya pasal. so hati hati k bila makan kat luar tu..


so itulah cerita hari Ahad cik..

Five Furious Untuk Tontonan Dewasa


Apa yang Best tentang cerita ni

1- Himpunan botak2 yang hensem.. vin diesel, the rock and 2 negro pala botak tapi cik tak tau nama :D

2- Bawak kereta laju laju

3- 2 heroin perempuan yang badan gila hot

4- Jalan cerita yang super duper action best gila babeng. Bila Malaysia nak budget filem macam nie

5- Mencapai piawaian cerita yang cik gambarkan


Apa Yang tak best tentang cerita ni

1- Ada adegan taik manusia merata rata setelah bom diletupkan kat salur najis sebuah balai polis (kau akan teringat sampai masuk mimpi dan tekak kau loya macam mak buyong) tak caya? tengok ar sendiri

~~~~~~~~~~~~~~~~

Moral of the story.. kalau orang dah cop kau tu jahat.. biarlah jadi betul betul jahat.
Peribahasa orang tua..kalau menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. eh, patutnya rendam terus satu badan. lagi afdal.. kalau mati kena tembak pun tak menyesal.. Rompak lah mafia dari menjadi peragut jalanan  yang pasti kau takkan kaya kaya.

Bila berkisar tentang duit. semua benda boleh dibeli termasuk suap kat polis dan orang politik.. Jadi pikir lah sendiri kalau nak direlatekan keadaan di Malaysia :P

~ Filem yang kau wajib tonton.. Cik serius







Friday, May 6, 2011

Mintak MC Sebab Open Pores... Must Read

Mungkin kisah ini lapuk. Tapi cik baru berkesempatan nak cerita (tengah takde keje)..

kejadian ini berlaku bulan lepas di klinik kesihatan setiawangsa. Cik demam cukup pakej plus semput. What you aspect service government. services tak cukup 2 jam dan ke atas memang tak sah la. Lepas ni mesti ada tagline ~KLU SERVIS CEPAT, JANGAN PANGGIL AKU GOMEN~ di tampal di setiap kaunter gomen. :)) hahaha ok, tak lawak (ampun orang keje gomen)

Masuk bilik doktor selepas 2 jam lebih menunggu. doctor cek punya cek. suh cik gi wad kecemasan amek Nebulizer (gas) plus injection.. doktor marah nape tak masuk terus wad kecemasan dari tadi. Rilek la, i can manage my semput. dah bese.

Pi bilik rawatan, MA baca kad yang cik hulurkan pastu dia tanya "sape Z******H? kawan ek...". "tak. saya la" "ish, dah teruk nih, meh meh.." dengan gabra nye.. ini satu lagi. Nak mencuak pulak. Rilek la.. takat semput je kot. Belum collapse lagi pe.. cik masih steady

Dapat injet 2 kali. yeay! awsome sgt la..

                                                                   comel kan... kapas tu

Yang injection awal tu tak jumpa urat...urat serabut punya pasal.. yang kedua baru lepas ubat masuk badan. pastu cik balik semula ke bilik doktor. ketuk pintu, e eh ada patient la..tak pe ar, ada kerusi dalam bilik tu. cik duduk.. mendengar perbualan ini

doktor - sakit apa ni

pempuan - muka i dapat alahan. open pores.

doktor - ha?

pempuan - haritu i pi face trimming.. lepas tu jadi macam nie

doktor - saya bukan pakar kulit. awak ni patut tanya beautician. Bukan tanya saya.. pegi balik kedai yang awak buat tu la

pempuan - tapi kawan i sarankan jumpa doktor.

doktor - betul, tapi saya tengok muka awak takde pape masalah. Awak tahu tak ini bukan bidang saya?

pempuan - hmm.. (sambil main main dengan telefon)

doktor - saya boleh bagi awk krim je. (sambil tulis slip ubat)

pempuan - doktor, boleh i amek mc tak. patutnya harini i keje

doktor - (berkerut) masalah awak ni tak kritikal.. in fact muka awak tak nampak pun iritasi. takde merah2, or ruam ruam. saya tak boleh bagi awak MC..

pempuan - hmm (sambil main main lagi henfon, riak muka tak puas hati)

doktor - kalau patient macam kat belakang awak tu baru saya boleh bagi MC (talakan kat cik). Straight away...

Pempuan tu bangun sambil keluar bilik doktor dengan muka tak puas hati.. dia hempas pintu wokeh!..

Pastu, doctor panggil cik nak cek dada balik..

Doctor - kelakar la. ada jugak patient macam nie. OPen Pores? mintak MC? isk, penat layan perangai orang macam ni (sambil gelak)

Cik - haha (gelak sedapkan hati doktor)

Tau tak OPEN PORES tu sakit apa? liang roma terbuka.. itu lah penyakit pempuan tu tadi.. Yang cik tak tahan tu pempuan ni nak cover malu punya pasal pegi main henfon. Konon taip mesej la. Kau tau tak kau sedang bercakap dengan doktor. Doktor yang merawat kau. You should be respect u know!.. the one who give u services... free pulak tu.. Memang patut pun tak dapat MC, dengan penyakit kau tu plus kau sangaaaat la rude. Kalau cik jadi doktor, wajib gelak depan depan pempuan tu. mujur la Doctor yang real ni respect jugak depan patient.

Cik bugdet dia ni datang klinik dengan satu niat je. MC..nak ngelat keje. nak MC free punya pasal dia datang ke klinik kerajaan. weh, kau tau tak hospital gomen ni kedekut MC? tau? sebab doctor bagi kat orang yang betul betul sakit je. Dulu even cik demam teruk nak mampos pun dia bagi time slip half day je. Gilak tak? Kau yang tak berapa nak sakit tu tak yah la buang masa pi klinik gomen.

Cik pulak, beria datang jugak klinik gomen ni sebab kos perubatan cik tinggi. Dengan inhaler lagi, nabulizer lagi, injection lagi, stock ubat nab kat umah lagi.. kalau amek kat klinik swasta maunya makan ratus ratus duit. Jalan selamat pi jugak la klinik gomen walau pun servis nan ado. pasal company cik kedekut takde klinik panel. semuanya ditanggung sendiri.

Kelakar la Pempuan ni mintak MC tapi tak sakit. haha!

Anda jangan jadi macam dia wokeh! malas keje pi mintak mc kat klinik swasta. tipu je yg kau period pain. sure dia bagi punya.. nak duit ko punya pasal kann..ada duit sume jadi.

Its all about bisnes beybeh!


















Thursday, May 5, 2011

Everybody Has Problem, The Thing Is How U Handle A Problem

Semua orang ada masalah. tinggal lagi kecik atau besar je masalah tu.

Ada orang mengaku kalau silap tu datang dari dia dan berusaha untuk membetulkan keadaan dan bermaksud bila meminta maaf. Ada orang pulak ego tak mengaku kesilapan sendiri dan berusaha cari kesilapan orang lain untuk dituding jari. Nama nak minta maaf memang tak la kot.

Ada orang banyak bercakap dan boleh buat orang terhibur tapi ada masa kata kata yang dilemparkan amat perit untuk orang terima sebab dia begitu lantang bersuara. Dan orang akan ignore cakap cakap kosong dia. Ada orang nampak pendiam dan kurang mesra alam tapi sekali dia bersuara mempunyai isi dan padat dengan cerita serius. Dan orang akan ambil peduli cakap si pendiam nie.

Ada orang nampak happy go lucky tapi kebanyakan orang tak peduli akan isi hati sebenarnya. Kerana orang menganggap dia sentiasa boleh selesaikan masalah sendiri. Ada orang nampak murung dan sedih dan sentiasa express rasa hati. dan orang kelilingnya sentiasa amek peduli dan consent tentang isi hati dia.

its all how u handle a problem. cerita kecik kecik hati ni tak payah la nak besarkan cerita. in the end kau jugak yang termalu sendiri. malu weh kalau orang cop kau tak matang.. please ignore bullshit things and think how to solve big problem here..


Wednesday, May 4, 2011

Mari Menjawab Soalan ETIKA DIRUMAH ORANG

Cik ada 10 minit untuk up entry ni. Pasai gaya orang banyak keje.

Apa definasi kau kalau tuan rumah cakap 'BUAT LA MACAM RUMAH SENDIRI..'

adakah jawapannya;
a) Menyelesakan diri di rumah orang tetapi menganggap seperti rumah sendiri 
~ contoh, pandai bawak diri. reti basuh pinggan lepas makan. reti carik penyapu tolong kemas rumah. Reti bahasa keluar dari rumah tika tuan rumah tiada dirumah.

atau

b) Menyelesakan diri di rumah orang tetapi menganggap seperti rumah sendiri tetapi buat betul betul macam rumah dia. suka suki
~ contoh yang menyokong pernyataan di atas. Tak reti bahasa. Bila tuan rumah cakap tak masak still tunggu tuan rumah belikan makanan. tak reti reti beli nasi sendiri. bila tuan rumah tengok cite kegemaran, dia selamba badak amek remote control dan cakap nak tengok channel lain tanpa green light tuan rumah. Bila tuan rumah kata nak keluar dia tak reti reti packing barang blah dari situ, still dok tengok tv sambil tak berperasaan.. eh, kau tau tak apa hukumnya dok rumah orang tapi tuannya takde kat rumah?...

apakah jawapan yang sesuai tuk diri kau kat atas..