Tuesday, May 3, 2011

Diari Seorang Wanita...


Perempuan ni kadang kadang suka menyusahkan diri sendiri. Pada pendapat dan pandangan mata cik lah. Cik ni wanita sesimple yang boleh. Simple yea. bukan selekeh.. masih menekankan aspek aspek kebersihan la..

Pada mata kasar cik, ada perempuan suka menyusahkan diri sendiri, contohnya

1. Carry beg sampai 3 4 beg pi keje. Fungsi beg adalah untuk menyumbat barang. apa kejadahnya kau beli handbag kecik yang hanya boleh disumbat purse dan henfon sahaja pastu kepit kepit kat celah lengan. Pastu bawak lagi green bag tuk bekal,. pastu briefcase lagi.. Serabut betul mata cik tengok. Rasa kau sangat susah bawak segala macam beg tu.. Ouh, lupa.. handbag kecik ko tu berCAP LV rupanya. Tapi tapi tapi, kau naik lrt jugak aku tengok.. muehehehe!
 ~ guna la cara cik.. cik benci pegang barang. untuk mengelakkan barang tertinggal di merata tempat. Cik mempunyai satu beg yang besar. bila shopping pun boleh sumbat sampai kembong. adakah menyusahkan bahu kiri kanan, tangan kiri kanan? nope..

2. Apa kejadahnya pakai gelang kaki kting kting mencacatkan pendengaran orang lain. Apa kau ingat ini acara tarian india nak pakai gelang berbunyi? ataupun kau BERTUAN..maksudnya macam kucing di letak loceng supaya menyenangkan tuan dia carik? ha? pakai gelang kurang bunyi suddah.. orang tak peduli pun kau tu banyak duit beli gelang emas ke apa bagai. Dan orang taknak amek tahu pun kau tu telah dirantai atau segala apa pun. Dah la pakai gelang kaki, pastu jalan serupa kingkong. Hentak 1 hentak 2.. lagi dan lagi.. Suke complikated kan diri tau..
~ Cukup sekadar rantai pusaka dicalit nama cik. hadiah dari mak. nama nak pakai gelang tangan berbunyi pun cik dha rimas. But im stil women okk.

3. Heel 4 inci tapi kau jalan macam tahun depan baru nak sampai destinasi. yes, paham. wanita sanggup berperit untuk kelihatan cantik. tapi dari tengok cara kau jalan orang boleh nampak yang kau tu tak selesa nak mampos. Tiada istilah cantik lagi disini. Bukan jalan catwalk dah namanya tu kalau menyeksa diri terhenjut henjut dengan heels. dan cik sure, kalau bagi selipar jepun sure jalan kau lagi terabur dan kengkang dari orang selalu berselipar flat. kenapa? sebab kau jarang merasa nikmat berjalan dengan sempurna. Am i rite.. Tanya la perempuan yang pakai heel perasan cantik dan selesa yang amat tu..
~ Cik sesuaikan penggunaan kaki dengan event dan situasi. tala tala nak pi keje jangan mimpi la pakai heel. Nama nak kejar LRt lagi.. heh. sempat kot cik tersadung dulu . tapi cik still pakai heel dan pastikan beli heel selesa yaRabbi..

4. Tak boleh tengok orang lebih dari orang lain. Yes. perempuan ni nafsu dia 9. yea betul. tapi kadang kadang perempuan ni tak realistik. Ikutkan nafsu lebih dari kemampuan. Orang beli barang cap jenama kau pun ikut sama nak beli. walhal tak sedar diri yang gaji kau tu nak makan pun tak cukup. Bila orang beli cap hebat kau pun nak jaga status ikut sama terbeli. Beli cap ayam sudah. apa nak malu pakai cap ayam kalau kau tu sedar diri orang nya. Dan orang takkan blame kau la kalau kau tak mampu. Ada orang taknak kawan dengan kau sebab kau pakai cap ayam. ada? ke kau yang malu dengan diri sendiri..
~ bagi cik. even barang cap ayam sekalipun. orang akan pandang mahal kalau kau reti menggayakan sesuatu benda. kalau kau beli mahal tapi orang cop kau beli kat petaling street, tak ke rugi disitu. sebab.. orang still cop kau murah walau pun kau pakai barang ori. ukur baju di badan sendiri babe. 

kalau kau saiz XXL jangan pulak rembat baju saiz S. memang tah zaman bila la kau dapat pakai baju tu.. See the relate issues here.. :D






Cuti Kau Pegi Mana?

Selamat Hari Pekerja walaupun hari ni kau dah start membanting tulang balik. Heaven tak cuti 3 hari? Heaven la kalau kau reti makna cuti itu rehat. Tapi kalau kau rehat macam serupa tak rehat itu bukan dinamakan cuti

Lately hujan tak menentu je kann.. haish, dada cik ni unstable je bila cuaca macam nie. Rasa macam nak kerat dada.. simbah air panas kat paru paru dengan harapan boleh lega. serius asma asyik singgah je lately. Belum pun hujan turun, ombak kat dada cik yang naik dulu.. adeh, sabar je la.. tapi belum tahap kronik kena cucuk kat spital lagi la..

Eh, 17 haribulan nanti cuti lagi ek.. cuti apa ek. jatuh hari selasa pulak tu. hmm, kena start planning pi mana mana nih..maklum la orang kenamaan.. heh.. isnin tu macam nak mc je rasa. MC yea bukan AL.. hahaha..

Ini la rupa staff terbaik. menggunakan MC sehabis mungkin. dan sayangilah AL anda..

hehehe






Friday, April 29, 2011

Kawan Tak Sebulu Dah Dapat Anak...ok Tahniah

Tadi jengah kat FB.. bahasa cik nak bukak profile orang satu satu memang tak la kecuali ada motif untuk berbuat demikian. Kalau sekadar cuci mata mengisi masa lapang.. wooo, dah lama cik takde masa sedemikian. Kesah ni terbongkar sebab dia lalu kat wall cik.. dah ada baca je lah kann..

Nampak 5 Gambar budak kecik dan diikuti salam tahniah dari kawan kawan..nama cik nak komen, tak la kor. kang meroyan pulak dia. Dah la tengah pantang tu :p

Ouh, kenduri dia ni cik ada datang. dan apa yang cik dapat hanyalah jelingan dari pengantin...baru lah cik paham rupanya dia pos kad kawin tu dengan harapan cik takkan hadirkan diri. WTH, kawan tetap kawan. Even tak sebulu ke apa.. Cik masih memuliakan jemputan orang ke hari bahagia.. mungkin Rasanya dia hantar kad tu nak show off  'Hey, seee....aku dah kawin.. kau hade?'

Dan sekarang dia dah beranak pun. Tahniah lah dari cik. Walaupun kite pernah bergaduh besar dan terus putus kawan. Ok ini statement dia yang buat. Bukan cik taknak kawan dengan dia. Dia yang meluat dan taknak kawan dengan cik lagi dah. Well. im not wrong anything. Mungkin dia bengang cik stay cool even kitorang dikalangan kawan kawan lain sekalipun. Mungkin jugak dia bengang sebelum ni sebab apa yang cik dapat dia tak dapat miliki. tah, cik tak tau isi hati dia. tapi kami memang totally tak sekepala.. carik gaduh itu pasti...

Tapi seingat cik. dari matrikulasi sampai berkerja. Walau tak suka dia tapi jodoh berkawan dengan dia tu panjang gila. Sampai stress tengok dia dan TAK PERNAH sekalipun dia agree dengan cara cik berfikir dan TAK PERNAH sekalipun cik agree cara dia menjugde sesuatu.

OK, kepala kita tak pernah sama..


Dear F,


Walaupun aku dah mintak maaf atas kesalahan yang aku sendiripun tak tahu apa yang aku buat. Aku masih anggap kau kawan. kawan dari sebahagian masa silam aku. Dan aku tau, aku tak effect dalam hidup kau. Begitu jugak kau tak effect dalam hidup aku. Bye F.. semoga kau bahagia dan happy selalu dengan kebahagiaan yang kau bina..


by Cikxxx


~i will remember u as a person who i always fight with...

Cuak Je Hati 2 3 Hari Ni


Mak ayah kalau kes mencuakkan anak memang serius pandai.

Boleh buat cik tak dapat tidur 3 hari 3 malam memikirkan masalah..

In the end, rupanya masalah tu boleh setel and in the control.

Adoiyai, tak payah la buang air kat tempayan sebelum hujan melanda. last last hujan tu setitik dua je turun. ha, kan sape yang rugi.

Moral of the story,.. tak perlu kita marah membabi buta kalau kita tak paham situasi sebenarnya macam mana.. chill chill sudah!

Thursday, April 28, 2011

Nak Tanya Lar.. JAM

Agak agak kalau cik jual jam POLAR heart rate for fitness ni ada orang nak beli tak?

sesuai tuk count heart rate, calories, fatburn and etc..

Bukan jam biasa tau

sape nak beli sini?

Pakai Legging Tapiii...


Selera ke pakai legging? kau selesa?... cik tak kot. kalau pun teringin sangat pakai..pakai je kat umah.. tapi takkan deh pilih legging. dari stokin menyendat tu baik cik pakai boxer je. lagi masuk angin pe..

Kaki kerempeng lidi nak pakai legging takpe kot. tak la nampak lemak timbul ketul ketul.. tapi iniiii... dah la dari pinggang ke bawah lemak goyang goyang. pastu pakai baju atas bontot. pastu legging ketat. Yes i know legging tu kaler hitam. tapi kau selesa la kalau orang pandang kau atas bawah. yang mata perempuan macam cik ni pandang 2 kali. yang mata lelaki pandang taknak kelip kot. rezki rezki! setan kat kepala cik ni nak je cek spender perempuan tu kaler apa. ada tak iras2 kaler pink. see, if kita yg perempuan boleh pikir sejauh itu. yang lelaki? pikir la sendiri..

Ini la salah satu punca acara rabaan atau perkosaan sebab perempuan sendiri tak reti nak jaga penampilan. sungguhpun mengikut trend fesyen semasa. padankanlah legging dengan yang sepatutnya.. Mana letak akal la korang ni kaum hawa.. adoi..



sori la gambar blur. agen CIA tak reti tangkap gambar sambil berjalan.

Cik sarankan apa kata cabut legging tu. lagi nice tayang lurah bontot terus..

Scream 4


cik pernah letak status ni kat FB..

Being psyco much better that split personality. agree?

one of my friend replying a comment,


watch scream 4 and the room mate,then answer the question again.


ha okk, tengok dah.. sekarang tau dah yang psyco pun bahaya kalau dah main dengan pisau.


hikhik..


~eleh, kalau takat pakai baju hitam then sarung kepala ngan menatang tu... its not seram for me. its klisye for a film..


hmm

Tuesday, April 26, 2011

Tak Semua Yang Menjadi Ikutan Itu Baik Bila Match Dengan Personaliti Kau

Tak semua yang kita nampak cantik di badan orang itu cantik bila kita pakai kat badan kita. try dulu kat rumah. tak cantik jangan bawak keluar. cermin kan ada. cek dulu ia cantik ke tidak. kalau tak cantik tapi dah terbeli. pakai je kat umah. takpun buat lapik meja.

Tak semua perkataan yang orang guna tu sesuai bila kau yang ucapkan. Ini nota serius babe. orang tu kalau sebut bab* pun nampak sweet and comel je. tapi bila kau sebut.. erk, orang terkedu. pasal apa? pasal perkataan tu tak kena dan sesuai dengan personaliti kau. pernah tak pikir.. dah jangan pinjam lagi dah ayat orang.. evaluate ayat sendiri je.

Tak semua produk yang kita gunakan sama effect kat badan kita. contoh barang kosmetik, supplemen, jamu, dan lain lain. Ada orang produk murah pun tak pe.. janji ada. ada orang kena pakai cap branded baru berkesan kat diri. terpulang. tapi jangan tengok orang beli tu kau pun nak cuba tapi bila takde result kau menyumpah seranah. babe, duit masing masing..

Tak semua pemikiran kita sama dalam segala hal. Ada orang kata itu tak menjadi masalah. tapi pada diri kau itu sangatlah bermasalah. siap beremo bagai. kita bukan ditempat dia dan dia bukan ditempat kita. Paham diri kau sendiri sudah..lain lain letak tepi. tapi jangan kau tak paham diri kau sudahlah. kau tak paham. orang lain lagi susah nak paham kau.

Hidup ni simple kalau kau senangkan dia. Jangan letak segala macam hal remeh kat depan. Focuskan yang lebih penting. Automatik yang remeh tu senang diatasi. Dan. Carilah identiti sendiri. Cara kau berfikir, cara kau bawak diri dan cara kau menyelesaikan sesuatu masalah. Boleh nak tiru cara orang tapi dengan gaya dan pemikiran kau sendiri.

Ada otak pikir, Ada hati ikut, Ada pendapat nilai. Jangan tiru bulat bulat. Dan Kau akan dapat personaliti yang unik dan kau lain dari orang lain.

Itu pasti..

:) chill!






Monday, April 25, 2011

Rindu Rambut Panjang.. Rindu Nak Ikat..huhu


Sekarang rambut merajuk dah takmo panjang.. huwaaa




Salahkan Kantin Sekolah Anak Kau Gemuk. Tak Sedar Yang Hari Hari Kau Bagi Anak Kepsi Mekdi


KUALA LUMPUR - Sikap ibu bapa yang memandang remeh amalan pemakanan sihat seperti membiarkan anak-anak kerap menikmati sajian makanan segera yang banyak kalori didakwa punca utama masalah obesiti pelajar di negara ini.
Pakar Perunding Makanan Persatuan Pakar Diet Makanan Malaysia, Indra Balaratnam berkata, amalan pemakanan yang sihat bermula daripada sesi sarapan di rumah tetapi hakikatnya ia jarang diberi perhatian.
"Disebabkan sibuk dengan kerja, ibu bapa terlepas pandang aspek pemakanan sihat dan menyebabkan anak-anak terdorong menikmati makanan segera dan tidak berkhasiat yang mempunyai tahap kolesterol dan kalori tinggi," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan muka depan Kosmo! Ahad semalam mengenai punca utama obesiti di kalangan murid bukan semata-mata kerana nasi lemak.
Indra mengingatkan bahawa sikap ibu bapa tidak memandang berat amalan pemakanan yang sihat itu akan memberi kesan buruk kepada proses pembesaran anak-anak mereka kelak.
"Lebih memburukkan, ibu bapa sendiri tidak mengamalkan tabiat pemakanan seimbang di rumah dan ini mempengaruhi anak-anak mereka," katanya.
Beliau berkata, ibu bapa sepatutnya prihatin mengenai pemakanan kanak-kanak sama seperti mereka mengambil berat terhadap pencapaian akademik.
~ Dicilok dari Kosmo
kesian cik tengok budak budak makan fastfood. Dulu dulu time cik, merasa kepsi bila ada birthday atau kakak dapat first gaji je. itupun setahun sekali je kot. Tapi budak sekarang. nak nak lagi orang bandar. hari hari dowh makan fastfood. tak makan dining.. order delivery.. gilak ar..
kesian ke anak anak kurang kasih sayang air tangan mak. sebab salah satunya mak tak pandai masak. Dan PEMALAS. pastu salahkan sekolah lah yang anak kau tu gemuk.
see the relate issue is! Sebab tu bila mak pak komen dalam berita haritu pasal kantin sekolah perlu menghentikan jualan Nasi Lemak sebab budak sekarang gemuk. I said BullShit..!
inilah dikatakan sendiri tersepak, batu disalahkan