Monday, April 25, 2011

Salahkan Kantin Sekolah Anak Kau Gemuk. Tak Sedar Yang Hari Hari Kau Bagi Anak Kepsi Mekdi


KUALA LUMPUR - Sikap ibu bapa yang memandang remeh amalan pemakanan sihat seperti membiarkan anak-anak kerap menikmati sajian makanan segera yang banyak kalori didakwa punca utama masalah obesiti pelajar di negara ini.
Pakar Perunding Makanan Persatuan Pakar Diet Makanan Malaysia, Indra Balaratnam berkata, amalan pemakanan yang sihat bermula daripada sesi sarapan di rumah tetapi hakikatnya ia jarang diberi perhatian.
"Disebabkan sibuk dengan kerja, ibu bapa terlepas pandang aspek pemakanan sihat dan menyebabkan anak-anak terdorong menikmati makanan segera dan tidak berkhasiat yang mempunyai tahap kolesterol dan kalori tinggi," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan muka depan Kosmo! Ahad semalam mengenai punca utama obesiti di kalangan murid bukan semata-mata kerana nasi lemak.
Indra mengingatkan bahawa sikap ibu bapa tidak memandang berat amalan pemakanan yang sihat itu akan memberi kesan buruk kepada proses pembesaran anak-anak mereka kelak.
"Lebih memburukkan, ibu bapa sendiri tidak mengamalkan tabiat pemakanan seimbang di rumah dan ini mempengaruhi anak-anak mereka," katanya.
Beliau berkata, ibu bapa sepatutnya prihatin mengenai pemakanan kanak-kanak sama seperti mereka mengambil berat terhadap pencapaian akademik.
~ Dicilok dari Kosmo
kesian cik tengok budak budak makan fastfood. Dulu dulu time cik, merasa kepsi bila ada birthday atau kakak dapat first gaji je. itupun setahun sekali je kot. Tapi budak sekarang. nak nak lagi orang bandar. hari hari dowh makan fastfood. tak makan dining.. order delivery.. gilak ar..
kesian ke anak anak kurang kasih sayang air tangan mak. sebab salah satunya mak tak pandai masak. Dan PEMALAS. pastu salahkan sekolah lah yang anak kau tu gemuk.
see the relate issue is! Sebab tu bila mak pak komen dalam berita haritu pasal kantin sekolah perlu menghentikan jualan Nasi Lemak sebab budak sekarang gemuk. I said BullShit..!
inilah dikatakan sendiri tersepak, batu disalahkan

Friday, April 22, 2011

Kat Luar Keras Tak Bermakna Kat Dalam Lembik

Erk, paham ke.. tak paham tak pe la. Bak sini cik terang sikit.

Frasa lain nya yang lagi glamer. Dont jugde a book by its cover. Mostly orang Malaysia ni. ok la melayu amnya. Suka sangat judge orang mengikut luaran seseorang.

Apa yang cik belajar berkawan dengan manusia selama 26 tahun nie. Kalau kenal orang tu (maksudnya personaliti dia) nampak macam lemah lembut. tak semestinya pemikiran dia juga lemah lembut. Dan kalau kenal orang tu (sama jugak personaliti dia) nampak macam kasar - pengkid, keras, tak mesra alam. tak semestinya pemikiran dia sekasar luarannya.. kau paham ke.. tak paham takpe. nanti kau paham la bila jumpa orang.

Kalau tengok orang tu tergedik gedik annoying tak bermakna dalam segala hal dia menggedikkan diri.

Kalau tengok orang tu tak suka bela binatang tak bermakna dia bukan penyayang orangnya. mungkin esok ada anak gila penyayang.

Kalau tengok orang tu dress up daring gila tak bermakna dia tiada didikan agama. dan itu antara dia dengan tuhan. Kau siapa nak judge dia banyak buat pahala ke tidak

Kalau tengok orang tu ramai kawan lelaki tak semestinya dia tak jaga diri dan di cop 'malam-malam-balik-lewat-sebab-keluar-dengan-jantan'..bertukar pasangan

kalau tengok orang tu bla bla bla... ce pikir disebalik kejadian... yang tersirat much better dari yang tersurat you know...

kalau paham renung lah.. kalau tak paham takpe.. esok esok kau akan paham








Kepuasan Dapat Menolak Godaan Sangat Heaven Beybeh

kau tahu..

lepas cik insap je terus selera makan hilang..

pagi tadi dengan bangga nya minum air 1.6 liter bersamaan pi kencing 8 kali.. yeah, cik kira..

pastu pagi tadi breakfast tomato sebijik bersama green tea. walaupun paksa telan sebab nafsu makan takde langsung (rasa loya loya tahu)

ni nak tepuk tangan jap. sebab berjaya tolak nafsu nafsan tengahari tadi. ofismet pertama ajak makan.. cik geleng langsung tak berganjak dari kerusi. ofismet kedua ajak makan. eeh, tetiba macam setuju pulak. dah turun lift sampai bawah cik kata tak jadi ikut sebab nak gi bank. serius weh. kalau cik pi makan kang confirm ayam-goreng kangkung-masak-belacan cik hambik kang. nasik pulak bertimbun.. oh nooo!

Yeah, cik naik balik ofis makan tomato, biskut 4 segi 2 keping dengan melayan tenet.. hmm, pastu tido 5 minit.

yeah, berjaya menepis dugaan..

~ Kepuasan dapat menolak godaan sangat heaven beybeh..

bukan cik mengelak makan, cuma cik belajar menahan godaan nafsu..

Doakan cik dapat mengikat setan setan dalam hati ni..


Thursday, April 21, 2011

Dalam Dilema...Antara Hidup Dan Mati..

Diet ke laut.. aah, berat badan cik menjangkau 88 sekarang nie. gilak ah.. tak sedar sedar diri lagi ni.. ouh lupa, 8 kan nombor ONG.. eh, bukan nombor KEOK ke? :p

apa yang cik boleh simpulkan. bukan salah sesiapa. Cik yang kuat makan. lepas tu tak konsisten.. Haih, sape boleh ajar camne nak disiplinkan diri ni.. bodo betul ar..

punca punca berat naik,

1. Semua time nak makan. Time makan cik makan. time stress cik makan. time sedih cik makan. Time gembira lagilah makan.. See! berat melambung naik ah. Harus carik hobi baru untuk melepaskan stress instead of makan. any idea hobi baru yang sesuai tuk cik? kau jangan suruh cik menjahit menyembat mengubah bunga pulak eh. tak IN ar..

2. Terlalu ikutkan nafsu. serius weh. nafsu bergelodak je sekarang ni. Disebabkan nafsu yang lagi satu tu belum boleh buat lagi. hahaha, ok lawak!...jadi semua makanan nampak sedap. semua nak cuba rasa. Sampai kalau cik makan semua orang nak rasa sebab cara cik makan nampak sedap sangat dimata orang. weh, korang tertipu la weh. Memang cik suka menghayati makanan. tak sedap pun jadi sedap. apa yang tak sedap? batu ngan kayu pun cik makan!

3. Acara aktiviti luar semua mengandungi aktiviti makan. Pi meeting makan, pi dating makan, balik kampung makan.. semua nya nak makan. Apa daa aktiviti cik nih.haih,

4. Workout totally out. just turun naik tangga je. itupun sebab kat lrt ada tangga. kalau la cik bawa kereta maunya lagi malas kot bergerak.. Erk?

Camane nak start balik ni. taktau nak start celah mana. Ilmu diet ada tapi tak aplikasi tak guna jugak. Dah la badan cik ni jenis lambat terima signal. Ambik masa gila nak naikkan balik metabolisme. Stamina di tahap bateri kong dah nie.. Pastu nak jaga jaga dengan semput lagi.. fufufufu..k betul la..

Ok, dah sedar salah sendiri. pastu buat apa kann.. start diet balik lor. Dah la malam tadi mimpi ngeri. Nampak diri sendiri kena usung pi kubur. Mati kerana obesiti.. Ya Allah.. taknak ar mati melekat kat kerusi.. waaaaa, taknak la dah matipun menyusahkan orang.. waaaa, insap insap..

Kurakura,

tolong aku weh.. ko tazkirah sikit kat aku yang degil comel nih..

:-s


Wednesday, April 20, 2011

Cik Memilih Kawan... Yes.. Jangan Cakap Kau Jenis Tak Memilih.. GTH

Maksud memilih kawan dalam  kamus cik ialah memilih kawan untuk berkawan dan boleh diterima kepala. Bukan memilih bulu berkawan dengan orang cantik atau berharta... yea.. nampak tak perbezaan disitu.. ??

Serius cik suka berkawan. Tapi cik lebih suka memilih kawan in real life. kawan twitter ke, peminat misteri ke, kawan FB add semata nak jual barang ke. Out of my list. Sebab tu la kawan dalam FB hanyalah kawan kenalan yang cik kenal. Nak accept request cik tanya dia dulu siapa. Kawan dari zaman jepun tonggek, study, keje dan kawan sosial.. kawan alam maya yes ada.. lekat jugak la sorang dua yang kena dengan jiwa. sampai sekarang ada rasa teringin 'one day aku nak jumpa dia ni..'

Mostly kawan cik terdiri dari perempuan. Lelaki pun ada. tapi lelaki ni bila kita niat berkawan dan layan dia dengan baik mula perasan budget-kita-minat-dekat-dia. Konon terfeeling feeling jatuh cinta dekat dia. WTH... weh, tak semua perempuan single datang dekat kau dengan niat ingin menjalin hubungan lebih rapat wokeh.. kau tau tak beza kawan dan makwe. Ke kau yang bermasalah. jenis lelaki semua perempuan kau nak test market. im telling u aaa... dont play play with me. and,,, im not desperate woman pick man who ever cross in front of me.. Nope! cik pemilih.. Yes!.

Cik suka berkawan sebab suka tengok hidup orang lain. cepat boring kalau ruang lingkup cik bercerita dalam dunia yang sama je. Boring tau. ok la, sifat cik memang suka cepat boring. kalau dok kat rumah satu hari tanpa buat apa apa boleh jadi gila dibuatnya. rasa panas punggung je. see.. patut berkawan dan beraktiviti ar tu. taknak jadi gila dok sorang sorang. Cik suka explore apa yang orang buat, apa yang orang pikir dan apa tindakan orang. sebab kadang kadang bagi idea kat cik mewarnai lagi hidup cik yang meriah nie. meriah ker.. heh, boleh la...

Pastu cik suka cuba sesuatu yang baru. kalau boleh semua benda cik nak cuba sebelum mendirikan rumah tangga. supaya bila kawin nanti takde la rasa menyesal in term of freedom.. tak menyesal sebab cik dah rasa masa bujang dulu. no offense k. cik bercakap in term of good thing. kau jangan pikir lak benda benda yang tak elok.itu memang cik tak buat la. kang pikir cik masuk pub la, teguk air setan la, berzina la.. otak orang memang suka pkr yang buruk je..

tanggungjawab masa jadi isteri nanti bukan tak boleh buat apa yang kita suka. boleh. tapi tak sama k buat sesuatu bersama kawan dan suami.. tak sama... ha, kang ada la tu anony band cik.kata cik salah konsep la apa la.. kutuk la hidup cik.. takpe, cik redha.. yang penting cik tau apa yang cik buat...tak salah kann enjoy my single life. buat apa yang kita suka. tak sia sia kan masa hidup kita.

Kalau orang kata 'rajin nya kau kawan banyak banyak tu'.. yes, cik memang rajin. rajin mentelaah sisi hidup orang lain untuk diambil menjadi sempadan dan teladan hidup sendiri. supaya pengalaman itu cik belajar menjadi lebih matang menempuh hidup. dan berfikir keluar dari kotak. dan menjadikan cik unik/pelik dari orang lain. kalau semua orang blame pada sesuatu,. cik pulak belajar memahami isi sesuatu tu. kenapa mengapa dan mesti ada sebab sesuatu itu terjadi.

Tapi dalam berkawan tu cik nasihatkan kena pandai bahagikan mana sahabat susah senang, kawan ketika senang, kawan enjoy, kawan makan kawan. dan kawan easy come easy go.. Dan jangan mati sebab kawan. sebab kawan jugak manusia. Boleh tikam kau bila bila masa. kena la cerdik pilih kawan..

Tagline cik senang je,  'biar orang buat kita. jangan kita buat orang' 'jangan carik musuh, tapi carik la kawan'.. nescaya takkan ada orang bomohkan kau sebab sakit hati dengan kau.. hidup biar ikhlas babe.

:) cheers, enjoy your life
















Tuesday, April 19, 2011

Basah Kuyup Kesurupan..

Hujung minggu lepas lagi sekali cik tidur umah kawan nak main swimming pool..

habis main air tu cik dan kawan pi kedai beli barang tuk masak tengahari. dengan basah kuyup then dibaluti tuala.

nyonya kedai tu tanya "ORANG MYANMAR KA? ITU BARU LEPAS TRADISI MAIN MAIN PANCUT  AIR?"
kami berdua geleng..
"TAK! ORANG SINI."

datang pulak india hantar katon rokok..
soalan lain "ORANG SABAH KA?
kami geleng lagi..
"TAK! ORANG SINI."

anggap je pujian.. (bersangka positif) heh....  yang kami ni perempuan comel putih melepak. tu pasal kata dari SABAH.
yang MYANMAR tu..erk, no komen! KEJIAN kah itu?

pelik ke basah lencun pi kedai?

aah, pelik la. buang tebiat jugak la.

dah kalau naik umah dulu nak turun balik semata pi kedai sejengkal malas. tapi still tutup apa yang patut tutup la. tutup dada yang sedang kebasahan dengan tuala..

biaq pi la.. bukan diorang cam  cik lepas nie. Ayat 'ada aku kesah boleh diguna pakai'

ada berani buat macam  cik basah kuyup pi kedai? ada ada.....?






Saya Kejam Kerana Terlalu Bodoh.. Saya BUTA, Saya Menyesal..

~ Dicilok dari email.

Apa yang cik dapat simpulkan.. celikkan lah hati.

yang bujang hati hati dengan suami orang. yang bersuami pandai pandai lah jaga suami anda. sebab musuh wanita adalah WANITA sendiri. Lelaki dah memang sifatnya sebegitu.. yang perempuan pandai2 la main peranan.

tidak berniat tuju kepada siapa siapa. hanya sekadar menasihati sesama kaum  hawa.



SAYA KEJAM KERANA TERLALU BODOH
SAYA BUTA,SAYA MENYESAL,...


Saya tak tahu kenapa saya perlu meluahkan rasa ini kepada anda semua..Tapi saya perlu lakukannye sebagai melepaskan rasa yg membebankan hati saya selama ini. Inilah cara terbaik utk meluahkan kekesalan akibat bercinta dgn suami org.

Saya tidak dapat meluahkan rasa hati ini kepada teman2 & keluarga kerana saya telah melakukan kesilapan besar ke atas mereka.

Saya bercinta dengan lelaki yg bergelar suami orang. saya akui ramai wanita di sana telah tersalah jalan dan lebih memeritkan apabila telah melangkah ke alam poligami. Sungguh perit kerana terpaksa menelan segala sakit hidup bermadu yg disangkakan manis.

Namun saya bersyukur kerana tidak terjebak ke dalam tersebut. Saya tersedar kesilapan saya kerana terlalu menagih dan menumpang kasih suami org. Saya sedar betapa BODOHnya saya kerana menjalinkan hubungan tersebut. Saya malu pada diri sendiri sebab tidak mampu berfikiran waras dan matang.

1.Betapa BODOH nya saya kerana terlalu mempercayai kata2 lelaki yg sudah berumahtangga. Saya percaya kepada lelaki yg pernah mengucapkan kata2 rindu,sayang dan cinta kepada wanita lain. Saya patut tahu itu adalah cara yg sama dilakukan ketika memikat isterinya dahulu.

2. Saya BODOH kerana mempercayai janji2 manis yg belum pasti. Ya, sangat kabur dan meragukan. tapi saya masih mempercayainya. Terlalu banyak janji2 manis yg diberikan. Dia berjanji ingin mengahwini saya secepat mungkin. Tapi tiada usaha yg dilakukan tatkala saya menagih ketelusan janjinya.
 
3.Saya BODOH kerana mengizinkan sidia menyentuhi & membelai saya sedangkan saya tahu itu bukan hak saya. Ya, saya terbuai dengan perasaan bahagia ketika dibelai dan dimanjakan. Begitu indah sentuhan lelaki. Ya tangan yg sama menyentuhi isterinya. Saya tidak merasa jijik. Saya bangga.

4.Saya BODOH kerana membiarkan cubitan & tamparan hinggap ke tubuh saya. Saya anggap itu menunjukkan sidia prihatin dan ambil berat ttg saya. Ya, sidia mengambil berat ttg saya, saya bahagia. Sakit di badan tanda sayang dia pada saya. Dia pukul sebagai peringatan agar saya tidak mengulangi kesilapan. Apabila saya sedih dan merajuk apabila diperlakukan begitu dia akan memujuk. Dan segala kesakitan itu mudah dilupakan . Dia sungguh romantik dan sidia sayang saya.

5.Betapa BODOHnya saya kerana melanggar hukum Allah sedangkan saya megetahuinya. Kini saya jahil ttg hukum Allah sedangkan saya memahaminya. tapi saya tidak mengamalkannya. Saya abaikan semua ini kerana keindahan cinta yg diberikan oleh sidia. Saya lupa akan DIA yg sepatutnya saya cintai. Saya tahu taubat saya tak diterima-Nya selagi saya tidak memohon maaf kepada mereka yang sepatutnya. Ohh..Tuhanku..apa harus kulakukan.
 
Bila sudah BODOH , saya bertukar KEJAM.

1. Saya KEJAM kerana merampas perhatian dan hak orang yg sepatutnya. Saya mendambakan sidia sedangkan waktu itu dia harus bersama anak & isterinya. Saya tidak peduli akan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga asalkan saya dapat berjumpa dan melepaskan rindu kepadanya. Ya, seksa menanggung rindu kepada sidia. Begitu juga dgn sidia. Saya lebih sedih kalau dia jatuh sakit akibat terlalu rindu pada saya.

2.Saya KEJAM kerana memakan hasil nafkah yg bukan hak saya. Saya makan yg enak2 bersama sidia sedangkan anak & isterinya dirumah makan hati dengan perangai suami. Saya berbelanja mewah bersama sidia sedangkan ada yg lebih berhak menikmatinya.Ya, dia sanggup menunaikan segala kehendak hati saya demi membuktikan cintanya kepada saya. Sungguh saya rasa dihargai dan bahagia.

3. Saya KEJAM kerana memusuhi wanita lain. Saya menyakiti wanita yg memiliki hati & perasaan sama seperti saya. Saya mengabaikan rayuan wanita lain agar tidak mengganggu rumahtangganya. Saya mengadu pada sidia, dan sidia meyakinkan saya bahawa tiada siapa dapat menghalang cinta kami waima isterinya sekalipun. Ya, dgn berpegang dgn kata2 semangat itu saya terus menghancurkan hati wanita tersebut. Saya puas kerana saya menang dalam pemainan kotor ini. Saya berani tanggung akibatnya sebab saya ada sidia yang menyintai saya.

4. Saya KEJAM kerana menjadi punca pergaduhan dan pergolakan rumahtangga mereka. Apakah saya harus bertepuk tangan? Ya, ketika mereka bergaduh, saya tenang menunggu sms & panggilan rindu drpd sidia. Tidak sabar untuk berjumpa dengannya. Saya akan tenangkan, sejukkan dia selepas dia mengadu stress kerana bergaduh dgn isteri.

5. Saya KEJAM kerana menipu teman2 & keluarga yg lebih menyayangi saya.Ya, saya harus menipu dan berdrama utk menutup aib saya drpd pengetahuan mereka. Saya tidak selesa dgn keadaan tersebut tp saya harus teruskan. Saya perlu bijak dalam segala tindakan saya agar tidak dapat dihidu oleh keluarga & teman2. Saya sangat berhati2 .Saya mengelak kebenaran bahawa saya tidak buat salah. Mereka tidak faham dengan situasi saya.


Kini saya BUTA, MENYESAL dan SEDAR..

Saya BUTA kerana terlalu jujur dgn dia. Saya patut SEDAR dari mula lagi dia hanya inginkan harta saya. Ya, dia mengejar saya kerana saya memiliki harta peninggalan yang banyak. Sedangkan sidia hidup hanya bergantung kepada makan gaji dan dikelilingi hutang2. Sidia sebenarnya tidak mampu utk menyara hidupnya sendiri akibat hutang2 tersebut. Sidia tidak mampu utk melepaskan isterinya kerana isterinya juga menjadi tulang belakang ekonominya.

Saya BUTA segala kemewahan yg ditaburkan hanyalah pelaburan utk mendapatkan saya.Dan saya SEDAR saya telah terpedaya oleh materialistik itu. Dia mendapatkan saya kerana ingin timbal balik ape yg telah dilaburkan kepada saya selama ini. Dia mengharapkan saya membantunya utk melunaskan segala hutang dan tanggungan. Ya, saya telah temakan budi dia selama ini. dan saya harus menebusnya..

Saya BUTA, usia perkahwinan mereka terlalu muda dan hijau. Saya harus SEDAR kala usia perkahwinan yg masih setahun jagung, banyak dugaan dan cabarannya. Dugaan cabaran itu la yg memupuk rasa persefahaman antara mereka suami isteri.

Saya BUTA segala rintihan hatinya mengenai masalah rumahtangga hanyala sandiwara. Sandiwara untk mengharapkan belas kasih dari saya. Sekadar melembutkan hati saya. Betapa BUTAnya saya.
Tapi saya BUTAKAN juga diri dan mencabar diri saya menjadi penyelesaian masalah rumahtangga mereka. Saya silap caturan.Kehadiran saya dlm rumahtangga mereka hanya menjadi penguat semangat si isteri utk memperbaiki hubungan mereka. Isterinya sangat pandai dan bukan BODOH seperti saya. Isterinya telah memikat semula hati sidia dan kini sidia telah kembali isterinya.

Dan SEKARANG saya terkontang kanting seorang diri dan hanya la pengemis menadah tin kosong. Kekesalan itu tak dapat digambarkan. Sukar diluahkan malah ditelan kerana terlalu berat dan pahit utk mengakui kesilapan sendiri. Saya redha dengan hukuman alam yg saya terima.

Saya seharusnya SEDAR dari awal lagi. Saya patut elak bukan merasa. Tapi Saya BODOH pada diri sendiri, Saya TAKUT pada bayang-bayang sendiri. Saya KEJAM pada diri sendiri.



nukilan,
Apa yg patut ANDA tahu...

Friday, April 15, 2011

fesyen Tudung lilit lilit untuk perempuan gemuk

ada orang kata.. kau tak pakai tudung kau jangan memandai komplen orang yang pakai tudung.

Weh, apa pulak stetement ni. suka hati la pendapat orang. ada mata tengok. ada hati berkata kata. Ada kepala boleh pikir. kannn.. oo, konon kau pakai tudung tu segala kelakuan kau tu suci sangat la.. Weh, no offense k. perangai kita sama tala je. yang pakai tudung belum tentu alim kucing k.

Ahh, tak kira. cik nak komplen jugak. Ini bukan kau point kau bertudung atau kau free hair. Ini soal fesyen. Apa kejadah fesyen tudung sekarang lilit2 mengebang menyusahkan diri. Bukan kau je nampak terseksa tapi mata mata yang tengok pun terseksa.

Ini pendapat cik. Kau kalau comel pakai apa pun cantik. ok yes. Ada cermin kat rumah kann. Perhati dulu from head to toe kau ni kategori mana. Kau kalau kategori gemuk please la jangan pakai tudung lilit lilit serabut tu. Ya Allah, sebobot giler. Baju dah la nampak kai nbalut nangka pastu kepala lilit tak pin. tak ke tak semunggah itu namanya. Ni konfirm... mangsa fesyen..

Ok, telek dulu diri bila nak kuar rumah k..

bye

Menjawab Salah Paham Dari Anony

Anonymous said...



macam sama je perangai mamat dgn cik xxx tu? try baca in reverse. i dun even know both of you but still gaya bahasa sama je menunjuk2 jugak. :)


April 15, 2011 10:14 AM


Cik xxx said...

hi anony. yes. cik dah try baca entry in reverse. aah sama la.. menunjuk nunjuk..

also i dun even know u either. kenapa tak show who are u. :) cik nak kenal..

Anony, pernah tak dengar pulang paku serpih. Itu cara cik untuk menSTOPkan orang cakap-nak-A macam mamat tu. dan adakah anony fikir perangai cik macam tu jugak sebenarnya. Terpulang. its just a trick how to solve a problem. Cerita beli rumah dan gaji riban riban tu hanyalah cerita semata. Takkan la nak cerita kat semua orang apa yang asset kita ada kann..




Tak semua orang dalam dunia jujur dalam setiap perkara. same goes to me..and you . and also mamat anoying tu..

thats life. full of drama
:)


~ Malas nak reply komen kat comment box. coz berapa percent sangat orang recheck apa yang dia komen after leave the entry. so, this is my alternative.


cheers!


Who Is This Stubborn Women!!

Got this email yesterday. Wow, there is no sivic person in this mental office..


Dear All,

As you may notice, we are facing a VERY STUBBORN & INCONSIDERATE & SELFISH WOMEN /WOMAN who is still stepping on the toilet seat despite THE OBVIOUS REMINDER not to do so at the back of the toilet wall.

To anybody who has THE "PLEASURE" OF MEETING THIS VERY STUBBORN & INCONSIDERATE & SELFISH WOMEN / WOMAN PLEASE PLEASE ASK HER TO CLEAN UP THE TOILET SEAT OR JUST MAKE PUBLIC ANNOUNCEMENT TO THE OTHER USERS..

IF THIS VERY STUBBORN & INCONSIDERATE & SELFISH WOMEN / WOMAN IS READING THIS E-MAIL I REALLY REALLY HOPE YOU CHANGE YOUR WAYS OF UTILIZING THE TOILET SEAT BECAUSE YOU ARE USING IT THE WRONG WAY AND WHO KNOWS MAYBE ONE OF THESE DAYS YOU WILL GET YOUR COMEUPPANCE.



SERIOUSLY CONSIDER THIS.

--
 
~ seem like the Ahkak so emo when become the proper use of toilet..
hahaha