Thursday, April 14, 2011

The Eagle


Terkesima nak tengok sebab ada Channing Tatum. Aktor punya bibir seksi seperti Justin Bibir..muahaha.. !

Tapi tujuan asal cik kepenatan. Nak tidur dalam wayang. Ce kau pikir. takkan nak tido kat taman KLCC pulak. Tak pasal pasal kena kacau ngan Negro pulak kang. Cubaan terbaik bayar tiker wayang untuk tidur.

Bila aktiviti orang tak sihat baru balik dari spital tapi taknak rehat kat rumah.. yeah, serasa di hell.. Degil tahap maksim.. Marih jalan2 kat KLCC

Cerita ni apa yang cik paham. Dia cari ukiran patung helang.. pastu lawan lawan. sape kalah mati bersepah.. the rest, tonton la sendiri. sebab 3/4 cite ni cik tidur..

S.A.Y.U.R

Cik tak dilahirkan untuk belajar makan sayur. Even mak pun jarang letak sayur sebagai menu utama tiap kali makan kat rumah. Sehingga sekarang kalau cik balik kampung pun. Sayur bukanlah menjadi kegilaan ahli keluarga. Kalau ayam tu yea. menu wajib sebab budak budak (anak sedara cik) hardcore dengan ayam.. haih (bahaya tau makan ayam banyak banyak. Daging enjet tu. ce la makan ayam kampung ke) ... Dan macam biasa cik akan pi pasar sendiri cari sayur buat diri sendiri..

Cik belajar makan sayur dengan sendirinya. Masa belajar dulu baru cik tau yang terung-masak-sambal itu sangat nikmat walaupun teksturnya lembik lembik. yang kangkung-goreng tu sedap gila bila di match kan dengan ikan-keli-sambal. Dan bayam itu teksturnya sangat lembut macam isi ayam. Dan bendi itu sebenarnye melekit lekit macam gam. Inilah kebaikannya berkawan dengan kawan yang suka makan sayur. kita belajar APA ITU SAYUR :D. dna cik terperangkap sekali dalam dunia diorang.

Bila cik ke alam pekerjaan. Mindset cik semakin berubah. Jadikan sayur sebagai menu utama. Takde sayur tak lengkap menu tuk hari itu. Dan bila cik stop seminggu tak makan sayur. ha mulalah perut menghantar signal sembelit. Jadi kena jugak continue makan sayur. petanda bagus bukan.. ubat berak!



Sayur pilihan cik ialah tomato. Favvy gila.. tomato besar ke, tomato cherry ke..semua belasah. Dan paling best makan tu je macam makan epal. Cik jadikan snek kat ofis sejak setahun lepas. Start bawak sayur kat ofis time poyo poyo crash diet dulu. dan berlarutan sehingga sekarang. 2 biji tomato WAJIB ada kot kot lapar time kul 10 atau kul 4. Dan bila cik tengah melahap tomato. ada la dua tiga orang berkerut.bese la benda pelik semua tuju kat cik kann.. gasak la, anak tekak aku. Dan kalau offer kat diorang pun memang sah sah takmo rasa punya.. dah jimat disitu. orang takkan merasa makanan kite. hahaha!

Bagus woo makan tomato. selain bagi kulit cantik. bagi lawas berak pun yea jugak. bukan tomato je la. sayur lain pun best jugak. terpulang pada individu.

Bila cara makan berubah secara tak sedar cara hidup kita pun berubah. mensaikokan diri sebenarnya kalau dalam sehari pilihan makanan tu dah full of fat.. apa salahnya balancekan ia dengan sayur. Ia akan jadi makanan seimbang sepanjang hari. Sekaligus buat diri rasa tak bersalah sangat.

owh, dan cik terperasan kalau makan dengan kawan tak makan sayur tu.segala sampah sarap akan di reject ke pinggan cik. bagus bukan. orang macam cik la pemakan sayur tegar..

Jadi makan lah sayur.. untuk kepentingan bersama..

~ pesanan khidmat masyarakat dari Cikxxx :D





Wednesday, April 13, 2011

FuFuFuhhh.. Seorang Lagi Kelahiran Mental Dari Ofis Ini

Ingat tak belakang cik adalah seorang mamat mental. Sebelah mamat mental staff baru. ada la keje dah 3 bulan kot. Budak india. tapi muka dia kategori hensem dan boleh ditonton. Dan tiada bau bau minyak atar India. Maksudnya jenis mamat tidak berbau la. Lagipun dia ni couple ngan girl mamak, satu ofis ngan cik jugak.. For sure, sok sok dia kawin kena masuk Islam kann.

Ok, berbalik tujuan gosip ini. Mamat India ni dah mental. Berjangkit daripada mamat mental sebelah dia barangkali. Aritu dalam lift dia dengar Mp3 sambil menghentak hentak kan kakinya. Kau tau la dalam lift camane kan.. cik takut lift tu terjunam jatuh sampai tingkat G je. Jangan la wei, patah riuk cik kang. dah la tak nikah lagi ni . gila hape. berdiri diam diam la. nak sampai ke tingkat 15 tu azab je rasa. Istighfar banyak banyak.

Pastu sehingga ke semalam cik mengesahkan yang dia ni mental jugak. sebab cik keluar bilik air tengok dia menyanyi sambil bersandar kat dinding. sambil menggeleng gelengkan kepala (tengah zikir). tengok kat telinga takde pulak Mp3. hmm, nak je tanye kau hafal lagu nak masuk AF ke, dik?.. Selalu tengok dia ni menyanyi. tapi bahasa yang tak difahami la. Pastu selalu keluar toilet nak dok balik kat meja pun bernyanyi dengan kuatnya.

Ya Allah, kuatkan lah hamba mu ini menempuh laki laki mental kat ofis ni.. aminyarabbal al amin..

Tuesday, April 12, 2011

Orang Kata kalau Bibir Sumbing Jangan Di Cantum Balik.. Are They Rite?

Ada satu event yang cik jadi community..

And the talkative person of the Community asyik nak bangkang je kejenya. And the best part is. Semua idea nak datang dari dia. And the best part is, berani salahkan director of the event kalau ada part part yang tak best. . And another best part is dia adalah secretary je.

What job of secretary should do actually? write minit mesyuarat je kann.. and all the arahan datang dari director. and who are you to devide tugas to all community.

Please please please. Dont be childish. Every person of the Community got personal matter and got own job. Jangan kusutkan lagi keadaan. Lagipun event tu lambat lagi kann..

I neead some fresh air to berhadapan person like this.

air air air...

Friday, April 8, 2011

Budak AF dah serupa ikan dalam akuarium cuma takde air je

cik beli barang kat jusco au setiawangsa. tengah beratur nak bayar barang KAT KAUNTER tu cik perhatikan ini.. Tau APA BERLEGAR KAT KEPALA CIK? KALAU SETAKAT NAK BELAJAR JADI ARTIS MACAM ASTRO NI BUAT BAIK TARIK DIRI JELA.SEBAB ITS REALLY NOT WORTH IT. PURAK PURAK ARTIS GLAMER KAMERA IKUT KULU KILIR.OPS, SORI KEPADA SIAPA SUKA TGK AF..BUT REALITYNYA KELUAR AF BESOK DIORANG TAK BLH BERDIRI DENGAN BAKAT SENDIRI PUN... INSTANT ARTIST MAKE ME SICK..BUBYE ~SUSAH NYE BUAT ENTRY GUNA FON PERENGGAN PUN TAKDE...TULISAN PUN KEJAP BESAR KEJAP KECIK.UPLOAD GMBR BEREJAM..ARGHHH?

Wednesday, April 6, 2011

pengumuman

Pada siapa siapa nak dvd jm 3o days shred. tuan jual dvd tu ada komen kat previous entry. korang add la dia kat fb.sebab katanya dia stop bloging untuk tempoh masa yg tak tau sampai bila. see enaz, cikxxx tukang promot bisnes u..apa yg ai dapat ek..agak dapat percutian 2 hari 3 malam kat genting tak? hehe..

Tuesday, April 5, 2011

Serasa Diri Ini Semakin Tua

Lama tak luah perasaan..

Sejak dua menjak ni menyampah tengok berita. merosakkan Malaysia je dengan taktik kotor menjatuhkan pihak lawan dengan DVD seks. Tiap kali nak mengundi itu je la taktik menyelowkan pihak lawan. Menang kerusi parlimen dengan otak suci boleh tak. kalau betul pun aksi seks tu. plis la tak payah publish sangat cite macam tu. kotor lor. Menampakkan lagi yang orang kita ni bangang dan duduk dibawah tempurung. Gerunnya tengok orang otak tak berkembang camni. haih.. tak berpihak kat mana mana parti.

Sori lama tak menyelam blog blog geng. nak bukak kemain payah sekarang ni. nanti akan cik carik masa sehari suntuk tengok perkembangan korang ek. Geng geng diet mesti dah kurus macam liyana jasmay kann.. hmmm,

Emosi agak stabil sekarang nie. walau pun berstatus solo dan masih kekosongan. Cik chill hidup solo. Bak kata mimy, 'enjoy ur single life'. yeah i am.. tak mati pun takde pakwe. tapi mati kalau takde family. itu cik akui siang siang. ada sini nak bagi candidates kat cik. email cik k.. :) akan cik shortlistedkan segera .hehehe (kurakura, kau tak kesian ke kat aku weh. pass ar sorang :P)

Kerja kat ofis mental berlambak seperti selalu. mana pernah habis. Sebab tu cik on blog tapi tak buat pape pun. Minggu lepas buat farewell tuk staff lelaki kat sini. Dia dapat keje baru lagi terjamin. bagus lah tu. itu tandanya dia normal. lelaki normal akan cepat blah dari sini. Hanya lelaki lelaki tak normal je bertahan kat ofis ni. Maka tersimpanlah mental mental tak berapa nak normal bekerja. Sebab keje cik ni sesuai tuk kaum wanita. duduk dan buat keje masing masing. lagi sesuai kalau kau dah kawin. duk buat keje boleh pikir hal rumahtangga lagi.. cayo lah cakap den.

Serasa diri ini semakin tua. camne nak awet muda ek? ada tips tak tuk cik.. huhu









DVD JM 30 Days Shred

cik xxx:

mcm mane nak dptkan jm punyer cd nie.. dah puas cari... lehg tolong....????... help me... semangat tengah berkobar2 cari cd jm nie..

 ~miszz Liana~

ok, begini. ramai sungguh tanya pasal DVD nie. Cik beli online melalui blog ini http://einz2shape.blogspot.com/ dulu dulu. tapi dia dah tak aktif berblog lagi. Jadi tak tau la dia masih jual DVD itu lagi ke tidak.

Memang kalau carik kat Speedy ke Video Ezy ke takkan jumpa Jillian Michael punya. Melainkan kau kenal boss atasan Speedy.

Nasihat cik. Download dari youtube. ada serpihan2 workout dari JM 30 Days Shred. Same what. Cumanya kena rajin workout la. Lagi satu. tak semestinya wajib workout guna cara JM. cara lain banyak lagi. Guna DVD lain pun sama jugak.

Takpun sign je new member at gym.. lagi cepat bakar lemak. pastu hire personal trainer. Fuh, lagi ar cepat dapat pinggang.

Jangan mimpi guna ubat ubatan k.. jangan bergantung pada pil diet.



Monday, April 4, 2011

Bawak Budak Budak Busok Gi Taman

Lets Picture Talk


Bawak budak budak tak cukup umur pi taman permainan tersangat la heaven.. serasa diri ini mak tiri paling hebat. Baby sitter tuk anak anak buah bila balik kampung.. cuma tak sepak terajang je.

Gara gara itu, depa ni sume dok melekat ngan cik. Even tido pun berebut nak tido bawah ketiak cik. Nasib ketiak ada dua je. berebut lah korang bau ketiak cik.

Geng dengan budak kecik ni seronok. Rasa hilang jap beban dok KL..

argh, rasa mau carik keje kat kampung lah pulak..

huhu

Friday, April 1, 2011

To Anonymous...

Anonymous said... 
 
Hai cik,

My first time msuk sini..
1st thing yg attract me adelah your shrinking weight thru the picture tu..also the period u succeed to kick off the fat..
plz..plz do share..
wats the routine within the days yg hilang 10kilos tu..n apekah menu yg cik makan..
Im actually having sumthing big this coming 12 April..dan it wud be much syukur sgt2 if i managed to lost 10kg towards 12 April ni..

Plz cik, apekah yg cik buat time tu?please explain detail ye

oh i owe u big..
mesti cik nk org lain succeed mcm cik jgk..say yes!

thanks cik!
El

Jawapan:

Hi El,

Cik taktau cara nak jawab kat tempat lain. sebab kamu Anony and tak tinggalkan jejak blog atau email. so cik jawab kat sini. Tapi tuk orang lain. jangan loya baca jawapan cik berikan ni. hehe..

Berat berapa? tinggi berapa?.. ada agak agak berat macam cik tak 103kg? apa jadi pada 12 April tu. kawin ek? kalau kawin tahniah yea.. ke konvo?

El kalau jenis rajin and nak detail. boleh bukak balik entry entry lama cik. sepanjang period tu (tarikh tertulis bawah gambar tu). Masa ni cik yoyo o diet.

Ikut ingatan flashback cik. masa ni cik join contest MR. bam.. Cik buat atkins diet. for first week boleh drop sampai 5kg. Then bertahan for 4 bulan jugak. Tapi cik tak galakkan la atkins diet nie. sebab its crash diet. tak sesuai tuk jangka masa panjang. Not suitable for orang kuat nafsu makan. Tapi kalau El nak try jugak diet ni boleh. Ini hak masing masing. contoh rutin makanan boleh cek kat entry 'apa yang cik makan'. Tahan ke?

Workout pulak, cik workout guna DVD Jillian Michael 30days shred. Pagi dan malam. jadi sehari 1jam exercise. Hari hari. Anti pada lift. naik tangga ofis 15 tingkat tiap tiap pagi n lunch hour. On weekends joging kat taman. Tu je kot cik buat.

Dalam diet ni apa apa pun kena kuat semangat. WHY kena kuat. tak guna buat crash diet tuk sesuatu tarikh in the end gemuk balik. (contoh ada depan mata :-)) ..cik salah sorang la.tak kurus kurus sebab konsisten tak ada. kalau kuat kat kepala tu. tak payah ubat kurus ke slimming centre ke. serius!

Kalau ilmu ada tapi tak aplikasi tak jadi jugak yea.

harap membantu,

cikxxx



~yang kenal cik jangan gelak na.. cik hanya menjawab soklan :D