Friday, March 18, 2011

Kau Nak Kenal Dengan Along Tak?

Ini la gambar along cik. Ala yang tergugat bila rasa adik dia mau kacau suami dia tu.. Heh, lawak sampai sekarang.



Kami berkongsi minat yang sama. Iaitu membebel.

dan kami berkongsi kaler bijik mata yang sama. Hazel Brown. ;)

dan kami berkongsi mak ayah yang sama. Itu memang patut pun.

Pape masalah cik suke kongsi dengan dia sebab dia tak kondem dulu. Dia pendengar yang baik jugak la. pastu baru membebel. Tho dia cengeng tapi dia kuat semangat. Eh, camne tu..

sape lagi cantik? ce teka jarak umur kami? hehehe



Kesilapan Teknikal Seorang Manusia.. Apa Kau Buat!

Cik sayang henfon cik. Walau cekai tapi berbangga punya henfon. Kau sayang henfon kau tak?

Kau pernah tersalah kol orang tak? tak pun tersalah hantar mesej...  cakap pung pang dengan konfiden last last dia kata 'wrong number' then terus kau cancelkan kol. Malu punya pasal..Ada? heh, tak gentleman la kau..ce cakap sori then bye then baru cancel... bila mesej pulak, kau ngumpat si A dekat si B terhantar msj kat si A. Hah, ambik kau. Masa bertemu PAGAR dengan LEMBU.. tercucuk hidung kau sendiri..nak ngumpat orang sangat kannn..hahaha

Masa mula mula cik guna henfon. Cap Nokia model 2210. uih tu hebat dah time tu. 8 tahun dulu punya cerita ni. Tangan melilau nak tekan butang mana. Dalam tengah test power henfon baru. cik taip perkataan 'sayang awak' then buat buat sent kat kawan cik, ANIS..

dulu mana tau message delivered berfunction. mana tau dah sampai ke belum. Kawan cik buat dek je. pup pap pup pap...

along cik kol. Dia kata..

awat gelenya sangat hantar mesej kat abg long nih. Kau tau tak tu laki aku- along

Lor, ape ni tak paham la..- cik

kalau kau gatai sangat carik yang seusia dengan kau. jangan laki aku pun kau nak cinta- along

E eh, ini sudah lebiy

Long, ko pehal.. tetiba serang orang nie. tak hingin la abang long...- cik

Dia cakap cik salah hantar mesej. SAYANG AWAK..

Gilak!

rupanya dalam contact cik tersusun nama begini

ABG LONG
ANIS
AZU

Tersalah sent la tu. hikhik!

Dont worry long, itu kesilapan teknikal semata. memang la sayang abg ipar sendiri tapi bukan in that WAY....Relaks la,  i dont love your husband. Simpan la. hak ko pun. In fact not my taste pun. Hitam legam pendek. heh memang tak la. Lagipun Takkan la nak compete dengan kakak sendiri kot. sebab tau kau mesti goyah punya kalau bersaing ngan cik. Cik kan lagi cantik dari kau. hek elleh.. takat abang ipar apa kelas. Takat laga laga siku mintak belanja makan boleh la. nak sayang cinta.. Doww, tak IN langsung.

Tak ke lawak tu  bila perasan mesej salah hantar. lain kali tangan tu jangan laju sangat. tau la ko expert bab tekan keypad ni. Lagi pulak sekarang henpon apa tu ANDROID?! canggih sangat kann..
tapi kesilapan manusia teknologi takleh block pun.

Kau kalau dah salah mintak maaf aje. bukan disengajakan pun.

Ini dulu punya cerita

ok bye!




BreakFastFood Jam7

Bersarapan pagi kat luar pada jam 7 pagi atau masih enak diulit mimpi? kau pilih...!

Untuk weekdays, mungkin boleh diusahakan. Memang bangun pagi nak pi keje kann.. tapi tuk weekend oh no.. kederat bangun tuk jogging. Yes, boleh amalkan. tapi tuk bangun gosok gigi semata satu hidangan set Mekdi.. Baik lupakan saja niat tu.

Pagi tadi buang tebiat satu rumah kuar awal semata nak rasa feel western food kat Mekdi. Konon!

Semata vaoucher free memiliki 2 set breakfast dengan hanya membeli hidangan RM5 ke atas.. eksaited gila masing masing nak sarapan.

Mari sama imagine yea.  2 hotcake (pancake atau melayunya lempeng yg boleh buat sendiri kat rumah) 1 keping daging berger, secawan air kopi,1 harsh brown (atau begedil) boleh dimiliki dengan harga RM9.70.. WTH! beli nasik lemak dapat 5 bungkus ko. ok, jangan kedekut disini.. cuma ingin kelogikan.

dan set free breakfast itu adalah begini rupanya


roti beger, telur hancur tasteles dan 1 daging beger (bawah telur)
not bad la sbb free

itu cik letak black paper satu guni tu. klu tak letak tak boleh telan woo.. bukan breakfast mencapai piawaian cik sebab no HOT!

Apa yang cik dapat simpulkan kat sini. Orang malaysia kaya kaya. Mekdi dibanjiri orang ramai semata inginkan BreakFast Food terkemuka. Beratur macam  time lunch ko tau. meja pun tak cukup. Can u imagine makan pagi je dah spent RM10..

Wow, Orang Malaysia terlebih mampu dan terlebih berat badan..

amazing!
tepuk tepuk bangga

Thursday, March 17, 2011

Dalam Memilih Seluar Sesuai

Masih lagi dalam mood shopping. Bila mood macam ni. apa yang dibeli semua macam best je nak pakai. Rasa seronok dan tahap tak dan dan meluap luap lah.

Bukan nak kondem mana mana cap seluar. tapi orang kata ukur seluar di punggung sendiri. Bukan berdasarkan cap atau harga. Tapi keselesaan dan paling penting muat ke tidak ngan punggung kau.

 Ini pengalaman cik. Dulu dulu cik gile penggemar jeans cap Ladylike. Time study dulu memang hardcore fans kat cap ni. Senang nak carik. murah pun murah. paling penting high waist. rasa terletak je kat punggung.

Tapi bila dah keje ni. Punggung macam makin kecik pulak. Flat pulak tu. Tak match dengan upper body.(haih, ok usaha lagi kecikkan tang atas). Ladylike tidak lagi sesuai untuk punggung ku (bukan bercakap tentang pinggang di sini). Bila test tang punggung ada lompang lompang. boleh muat satu lagi punggung. ok ni mengarut. haha.. Tapi serius weh. Cik dah tak boleh pakai Ladylike.

Then cik beralih seluar Applemint. kena cari low waist then tang peha fit fit sikit. Baru selesa pakai. Pastu sekarang berjinak jinak dengan Romp jeans pulak. Ok rupanya seluar dia. Masih mengekalkan cari yang low waist. Takde pulak cangkung nampak lurah tak sepatutnya. makesure baju labuh la. Lagipun Baju singkat2 tidak lagi IN untuk umur seperti cik.

Bila tang slack. Cik tak suka pakai jenis kain lembik licin tu. Tak serap peluh.hahah. Cik suke kain jenis khakis (betul ke tak eja ni?). Dan cik prefer cap PDI, Giordano... Pernah skali tu cik beli kat FOS. Seluar dia tang pinggang dah cun. Dan seperti biasa bermasalah dengan punggung. Adoi, takmau la nampak macam seluar pinjam. Jadi hanya menatap seluar seluar kat FOS tu. Nak beli hanya dalam mimpi je la. Same goes to ScarletPlus or apa apa brand pun. Adoi,

Korang mesti ada pengalaman beli seluar kann.. baju ke apa ke.. Dah kalau badan terlebih berat memang bermasalah kan. nak nak lagi jenis badan tak balance macam cik.

Ce cite, mau baca




Merong Mahawangsa/Mahasuasa


Apa yang dapat cik simpulkan..

1- tak malu nak bawak filem  malaysia kat luar negara. cinematografi cantik. mix bahasa. dan mix pelakon.

2- cite ni epik. ada sikit sikit Pirates caribbean. unsur unsur Ong Bak. lawan lawan macam  Troy. Not bad at all tuk filem  melayu.

3-  Jehan Miskin tak dibagi dialog. alolo, kesian..

4- Kamawas gilak best. dapat peluk puteri china.. hehehe

5- merong not bad.. even Hang tuah masih melekat dalam  diri dia.

Cik takleh bagi bintang. sebab berbaloi tengok wayang. tapi lepas habis macam  ..erk, taktau nak komen apa..

:)

Wednesday, March 16, 2011

Amoi Dan Kedai Baju

Sekarang ni mood shopping.. walaupun poket nan ade..

Suka beli barang sorang sorang. Hati tenang. Suara boleh simpan. Takde sape nak tunggu kita. Pasang mp3 lalak lalak.. heh, heaven gila..!

Time membeli mestilah menang memakai..kalau beli taknak menang bodoh lah jawabnya. Kau tak payah dicop sebagai pengguna lah. Cop tikus cukup.

Adalah satu kepantangan bagi cik bila usha baju kat kedai. Kedai tu tulis sign 'No Fitting'..  WTH! Logik tak nak beli baju tapi tak boleh try..

'kenapa takleh try?' - cik

'Free size mae' - amoi

So? - cik

Free size memang tak boleh try - amoi

how come? macam  mana i tau baju ni fit dengan i ke tak? - cik

lagipun sudah murah mae - amoi

apa kena mengena murah dengan try baju? - cik

i taktau. ini arahan bos -amoi

kata kat boss u, u dah lost 1 customer. Baik bukak kedai makan. customer nak test makanan kena bayar. think logic la. of coz beli baju kena test dulu. klu macam  ni baik i beli online je. tak de beza. - cik

amoi sengih kerang busuk

~ Cik anti tahap maksima bila kedai jual baju tapi tak bagi customer dia test. Ape kejadahnya.

ada tu kedai kasut pun tak bagi test power kasut.

Tak ke BANGANG tu!

ok bye


Tuesday, March 15, 2011

Romp Jeans Tuk Budak Gemuk

Dari semalam  kena perli dengan housemate. 'uih bau kedai!'...

la ni nak blk keje dah.. sempat lagi ngusik 'bau kedai bau kedai'

Gilak!

ini gara gara cik beli jeans baru.. Heh, Romp jeans.. murah kalau nak compare kan dengan Levi's. Mahal kalau nak compare ngan duit cik yang kecik kecik nie..

Kau tau, terperanjat beruk tengok Romp ada jugak saiz cik. Ingatkan tuk kaki kaki keding je. Kau tengok la budak budak zaman sekarang pesen tak cukup zat badan kann.. pastu pakai skinny jeans cap Romp. tolak guna jari  memang jatuh budak budak ni..

Menggatal nak test tiba tiba e eh..muat siot.. tapi saiz xxL la.. jangan mimpi amek saiz S sekarang nie. pastu kaki straight cut je. Jangan mimpi jugak pakai jeans ikut kaki. pastu lower cut.. ish, memang cik sukeee sangat sangat lah..

Dan tahap tak dan dan cik, macam  biasa lepas beli mesti pakai. Eh, malam  tadi rasa nak pakai tuk tido je.. tapi mengikutkan kewarasan fikiran..cancel kan aje..

Tup tup, hari ni bergaya pi keje pakai jeans baru..

Mwuah la Romp.. tak sia sia aku carik pelosok Rome semata seluar jin...



Harus carik lagi..


Hadiah Pengantin Paling Hebat.. Woww

Tiap kali kenduri kawin, tak kira la sepupu ke kawan kawan ke.. pening kepala pikir nak carik hadiah apa. takat pinggan mangkuk.. barang letrik.. hmm, macam  dah biasa sangat. mesti pengantin pun takkan ingat apa yang kita bagi.

Tapi cik pernah bagi lesung batu kat kawan baik. Memandangkan nak start dok sendiri dan pindah rumah baru. Satu lambang permulaan dunia baru dan suruh dia rajin ke daput lepas dapat suami kann.. and dia ingat hadiah cik sampai la ni..,lesung batu berharga tahu time buat sambal belacan.. :)

Ni salah satu contoh hadiah yang pengantin akan ingat sampai hujung nyawa... heheh! hadiah sepupu cik yang cik cite tu.

Lombokan hadiah yang mungkin akan di pakai dan mungkin akan diberi balik pada kawan2 yang kawin atau bagi kat mak suh simpan dalam  stor dan akan dikeluarkan time raya.

Perhatikan selembar benda putih yang menegak tu..

hehehe

mari kita zoom

marih!


Nak baca satu satu wish ni sila klik tuk tembam


Hehe, gambar pengantin dihitamkan bagi tidak menglamerkan dia lagi.. ala, dah kawen pun. saham  sudah jatuh lor.. tak sampai hati nak komen wishing diorang nie. semua tahap dvd lucah.. tapi tilam  VONO ni saaangaat berguna.. :P

Tapi takpe, yang paham  ayat2 ni berapa kerat je kannnn


Muehehe! gilak ofismet2 dia nie

EPO the best way for maintain kitaran period

Dulu dulu, masa berat cik bertambah dengan jayanya. Masa ni jangan harap la berat akan turun atau berat statik satu angka. Dia akan naik naik dan sampai paling tak tercapai akalku 103kg. Time ni period cik sangat tak teratur. Ikut dan dia nak datang ke tak nak. Pastu sign datang tu takde langsung. tup tup je kuar darah.

The worst part is period pain dia sangat la hardcore. Cik guling guling pun tak jadi apa.  Tetap sakit. Letak tunku  pun tak berkesan jugak. Jangan kau mimpi makan pain killer ke hapa. tahan je kat situ. Fuh, lepas period pain menyakitkan tu mesti keluar segumpal darah. Daging actually kan? Gilak experience kaum  wanita ni kann.

Tipu la kalau cik tak risau period dok main main je dengan tubuh kann.. Lepas cik lose weight sikit sekarang nie. Period jadi teratur. tiap bulan mesti datang dan the best part is cik tak rasa period pain dah sekarang. U know why? sebab cik telan EPO. Memang terasa sangat beza dia sebelum  dan selepas amek EPO.

Satu, period datang boleh dijangka. Ada tanda tanda dia bagi dulu. contoh sakit belakang dan sengal badan. Kedua, hari pertama dan kedua period cik tak rasa pain langsung. Boleh gi joging dan buat aktiviti yang cik suka. ketiga, flow period sangat smooth. Takde ketul ketul yang keluar. hak ketul ketul ni la buat sakit perut kan.. period pain tu la.. kalau darah kuar elok je takde la rasa sakit. Rasa seperti hari hari biasa cuma pakai pad je.

Side lain yang cik rasa. kulit lembut sepanjang masa. Takde masalah tangan kering ke kasar ke. kulit muka pun stay moisture dan berseri. Percaya? tak caya? terpulang... so far cik maintain makan sebab jangka masa panjang sesuai tuk awet muda. :) (klu kurus mesti lagi nampak muda kann..haih kurus kurus kurus)

Jadi, kepada sesiapa yang masalah hormon ke, kulit menggerutu ke.. cuba EPO.. tapi makesure konsisten la.. apa benda yang kita buat pun kena sabar. kalau hari ni makan nak dapat kesan esok memang tak dapat la.


Ok bye





Monday, March 14, 2011

Pujian, Perlian, Tahap Konfiden Anda Menerima Sesuatu

Adakah anda seorang tak terima pujian? atau takut untuk menerima pujian?

setiap kali orang puji mesti kau pikir lain. ' eleh, nak perli aku lah nie'

ada? ada?... eleh, mesti ada punya..

kenapa jadi begini. Mesti ada sebab punya.

situasi 1

sebenarnya tahap konfident kau adalah di tahap bateri fon dah nak kong. sikit sikit bunyi beep beep beeeeeppppp. Dalam kepala kau tu hanya bersedia mengolah ayat pujian orang kepada negatif.

'e eh, akak nampak lain la hari ni.. cantik tudung..' - Pujian ikhlas nie

' yeke? ke macam indon. Tudung nie tak kena dengan akak kannnn' - Tuan badan rasa perlian..

See, kepala fikir negatiffff je.. ce cakap

' yeke? terima kasih. akak tak berani pakai tudung ni sebenarnya. rasa lain matam.' - kan lagi elok jawab sebegini. si beri pujian juga tak rasa bersalah.


Situasi 2,

 Bila di tengah orang ramai. setiap kali anda lalu ada orang merenung anda. tak muka, pandang baju anda..

kau mesti pikir 'eh, apa tak kena dengan baju aku yea? ada yang tak kena ke? ke muka aku banyak jerawat?'

ada? mesti ada punya. tahap kenegatifan fikiran anda adalah sangat hardcore. Apa lah salah mata orang untuk melihat. bukannya anda tak berbaju. atau jika berbaju pun berlurah dendam. tidak bukan?

kenapa tak pikir macam nie ' eh, mamat tu pandang aku la. mesti sebab aku ni cute. berseri. baju aku pakai ni menyerlahkan lagi ketrampilan aku. well, time kasih yea mamat'

situasi 3,

Bila kau masak dan kau rasa tak sedap pun sebenarnya tapi tukang makan puji kau melambung. Hakikatnya memang termasin termasam termanis dan sebagainya.

Itu hanyalah penyedap kata untuk menjaga hati tukang masak supaya dia tak terasa yang masakan dia realitinya memang tak sedap atau biasa biasa sahaja.

Jangan lah kau terima pujian itu sebagai

'eh, memang aku pandai masak. sok aku masak lagi naaa..'

oh noo, ko dah di tahap konfiden level sangat tak boleh blah dah nie. Anak tekak kau mana. tak leh rasa sendiri ke masakan kau sebenarnye tak sedap. atau kau tak dapat menilai orang memuji atau penyedap hati sahaja.

MORAL of the story.. pandai pandai lah menerima pujian. menimbang tara dan mengolah apa maksud sebenar pujian itu. Ikhlas atau semata penyedap kata.. jangan terlebih down atau over perasan k

~ tak hidup dek pujian tak mati dek kejian~

Bye