Friday, December 17, 2010

Nanah Nanah Yang Meninggalkan Parut Tegar

Spesial tuk KuraKura.. aku tau ko nak gelakkan aku lepas ni.. tapi CIK REDHOOO...


Tangkap kat leher je. kang tunjuk kat muka kau tak selera makan pulak

Satu ujian yang perit berkenaan kulit. Cik dapat rasa apa yang orang resdung rasa. Gatal Merenyam seluruh muka. Dan rasa pedih-yang-tuhan-je-tau. Tu la, cik tak pernah pedulik bila orang cite masalah resdung atau jerawat sebelum ni. Nah, sekarang Allah bagi rasa jap. Jadi yang kat luar sana, jangan lah rasa bongkak kalau korang rasa kulit korang paling berseri-tiada-masalah atau kutuk orang yang ada bijik2 jerawat.

Minggu lepas pi keje tanpa sebarang mekap bagaikan nenek kebayan menunjukkan muka sebenar. Owh, komen.. semua maki hamun tahu... 'e eh, awat ngan muka hang?' 'dimana mata galak ko' ataupun 'sejak bila ko mati laki nih'.. takpe cik redhoo lagi. kang touchup mekap lagi naik nanahan itu.. owh, perit.

Yang tak tahan tu, leher tumbuh bintat merah bijik2.. dari jauh ada la macam love bite. WOW, rakusnya lelaki menyangapkan cik.. deeeeh..... dalam mimpi kowt. kalau love bite sebenar pedih2 alang gini.. baik elakkan terus.. ouh, jangan menghampiri ZINA ye kawan2.. dah halal nanti takpe :p

Baru je makan ikan tadi selepas menfobiakan diri selama 2 minggu. ce cek tengok naik lagi tak bintat2 lepas nie. Ke sebab MAK cik masak je naik alergik..

 'nope, orang tak salahkan mak k'

Narnia.. Dah Part 3 RupaNya... Jauh Betul Ketinggalan


Sudah terjebak ngan cite cite imaginasi tinggi.. cik mana IN sebelum ni. Gara gara kawan cik le ni. Takpe, cik layankan aje.. sekarang cik IN..

Sekurang kurangnya dapat asah kuasa imaginasi cik yang tak berapa nak ada ni. Letih nyah nak imagine benda tak ada kat bumi Allah ni. I am more a reality perspektive. Hahaha...

Something new tengok Narnia. Tahniah kat pengarah dia kerana bagi cik paham walau part 1 ngan 2 tak tengok. Berbaloi invest 7 ringgit kat movie nie.

Owh, seorang budak boleh bertukar menjadi naga rupanya.. :P wow, impressive..

The Social Network... throw 'The' Just Facebook


I am Genius. U?

Mark Zuckenberg sedang mencipta sejarah. Iaitu menjadikan Facebook is everything. Dan sape hardcore gunakan Facebook akan ada stalker kat belakang. ko nak? cik takmau... beringatlah add status kat FB..


Thursday, December 16, 2010

Mood Moody Moodest

Tak suka berduka. tak suka tak saka. Spoilt my December beybeh.. tapi apakan daya. kita hanya merancang. sejak 3 hari lepas sedih, sadis, kecewa, blur, mood lari tah mana merasuk diri..

Tengah taip entri ni pun nak genang airmata. tah pape tah mata nie.

K la, nak sambung keje n kenang nasib. bye

caption tak melambang emosi

Wednesday, December 15, 2010

Allah Nak Balas La La ni jugak. Padan Ngan Muka Ko Cik

Minggu lepas cik menyendiri sebab muka ku naik alergik. malu weh nak appear kat blog. kang ko kata cik Hantu kak limah pulak.. gatal merenyam dia Allah saje yang tau. pedih lagi kena tahan. pastu tangan gatal nak menggaru. demi kesihatan dalaman cik lak kan aje.

Tak pernah pernah alergik tau. tiba tiba naik jerawat nanah sekitar muka dan leher. Dan mula la cik menggelupur pi klinik tapi doktor cakap cik kena chicken pox..

'Dey. doktor... aku tau ko india.. tapi ko paham tak yang aku cakap ini kes alergik.. chicken pox satu badan.. aku kes lain..aku bukan doktor pun tau lor' ada ke patut dia bagi cik antibiotik je..

lalu cik meraung carik krim alergik kat farmasi. hamik ko, cik lumur macam pakai bedak sejuk.

Dan akibat takut berparut punya pasal, cik beli pulak Bio Oil yang harga dia tak berapa nak masuk akal tu. Bau mcm krim syurah je.. busuk berbau. harga hebat.. cik pejam mata je bayar kat kasher. kalau result dia tak berkesan harus cik bakar kilang Bio Oil. Wuit, kilang dia kat mana eh?




Friday, December 10, 2010

Kau Berani... Cik Bran..

Tanda telah menjejakkan kaki ke sini.. ko ingat 'jalan jalan carik makan' je boleh. cik pun buleh tau

Dalam sejarah bawak camera pi KLCC. korang ada? perasan pelancong jap


Indahnya klu boleh panjat jambatan tu malam malam. sure bergegar bila tiupan angin kencang


Bermanjaan dengan Tan. pembikinan filem 'Kami Bukan Les' bakal berada di pawagam berdekatan anda


Nak manja tiada tempat tuk bermanja. Nak peluk tiada siapa yang sanggup. jadi tongkat dagu tunggu pinangan..

Nah ciuman manja tuk korang sempena mood DECEMBER cik...
Sayang korang..

~ I feel Romantik.... muawahhhhhhh ! :*

Wednesday, December 8, 2010

Kawin Je Keje Nye... Owh, Ku Rela LepasKan Kau Pergi

Tanggal 4 Dis bersaksikan Felda Kelapa Sawit, Kawan Cik si Tik bertemu jodoh dengan jejaka bernasib baik. Di sekalikan dengan abangnyaa yang sibuk nak kawen jugak. hehehe

Eksklusif ditemani kawan sekampung menyentet di rumah pengantin sehingga majlis selesai. 

 Sebelum puteri mendapatkan puteranya. kuning persalinan bak orang istana. make up pun terbaik. cik sukeeeee..... rambut cik kejung di hari kejadian. buat rosak gambar. cet tak selesa !
Pasangan kelabu tu abang pada Tik. 'ini ke pilihan ko abe weeeey, dulu aku usha ko sikit pung abe tok pandang... ' (ok gurau, tiada hati dan perasaan pun) hehehehe 

  Pengantin peace...Comel nye pengantin nie. ke ko buat buat comel agar tak terserlah ketuaan mu... haha...

Dah tengok pengantin, mesti lapar perut kann. Haruslah melantak. Saje je makan lambat. bagi tetamu chow dulu supaya cik dapat tambah lauk macam rumah sendiri. Aiskrim dalam gambar ini mungkin third atau fourth round. tu belum bapak pengantin tolong amekkan extra bila cik tipu tak makan lagi.. :P

Owh, bapak dan mak mertua tak jadi ku. hancur punah harapan ku tuk menjadi menantu hantu mu. Biarku membawa diri hati yang lara ini ke seberang lautan. Agar hatiku terubat. Hahaha, ada hati jugek ! ini semua gara gara cik ngam kancing gigi gilos dengan mak pak Tik. Masa study dulu selalu bertepuk tampar ngan abang Tik.. eh, pecah lak rahsia.... :P


Adegan bersembang sama si pengantin,

best tak kawen ~ Cik
Tak best lagi. malam kang InsyaAllah. ~ Azm
Bodo la, soklan aku lain dowh. takpe malam ni aku kol korang ~ Cik
Malam ni kami off segala fon yg ada kat rumah ni ~ Azm
Pesanan buatmu Cikgu Azm, 'aku tau ko poyo. sepadan ngan Tik. Ko jaga dia baik baik. Ko ikat dia kemas kemas agar dia tak menggatai ngan orang lain. Kasik can kat aku lak. Bertuah sebenarnya ko dapat kawan aku sebab kawan aku baik. Macam aku jugak'

:)

Tujuan entry ini ditulis nak letak gambar ini sebenarnya. Penting ! ... Agar dunia tau yang cik xxx jugak nak kawen. hahaha.. 

~ pengantin ketepi ketepi.. gergasi sudah kembali... lalalalala


Kawin sudah ko TIK (bukan nama sebenar tapi separuh)
TAHNIAH

Rasa Hati Ini Pada Jam 241am

5 hari kat kampung umpama 5 saat kat KL. Gilos sekejapan. Tak pueh, ni harus carik port lain lepak lama lama kat kampung nih.

cik balik KL tiada pe perubahan berlaku. rumah berkeadaan sama, cuaca kl juga sama, bilik juga berkedudukan sama. tak lain hanyalah kenaikan berat badan. okk, bukan nak merungut. memang salah hamba, tuanku... Ya Ampun... teheee. Melantak dengan jayanya. siap mak tapau lauk tuk bawak KL. Bila lagi nak merasa semua ini.. Di KL ku mengikat perut. k, alasan lagi. :D

Banyak nak update nie. tapi pelan pelan lah.. kang kata gelojoh sangat pulak. Dah la, tak sabar nak kawen.. eh, salah topik..... k la, memang cik menggedix nak kawen bila tengok sahabat handai kawen. cuma calon je takdek... korang ada? bagi satu kat cik... sekarang year end sale kannnn... ada tak sale sampai 70 percent. hahahaha.

Cik memang suka bulan 12. December is rock beybeh! tapi satu je tak rock. Keje kawen sana sini. Asal cuti sekolah je orang kawen. ape? budak2 sekolah ke yang kawen tu. adeh, timbul ketensionan di situ...

Nanti nak upload gambar kawin kawan cik. kesahnya countdown seminggu ke hari bahagia dia. Cik yang stress. masa dia tunang tak berperasaan gini. bila dia nak kawin baru tersedar. Ti nak kawin lar... dia da nak kawin ke.... cik terasa giler kehilangan dia sebab masa study sampai keje kitorang selalu senasib. sampai kata, 'xxx, bila kita nak jumpa jodoh nie?'. last last, dia jumpa mamat ni, tunang, kawin pada tahun yang sama. cet, dah 5 orang kawan cik sebegini kes nya. k takpe, mungkin cik juga ikut jejak langkah mereka.

moral of the story kisah diatas ialah Jodoh pertemuan ajal maut bukan hak kita tentukan.. kita hanya mampu merancang..... sabarlah wahai hatiku..... korang berkes seperti ini juga harus bersabar k.... banyak lagi benda lain nak pikir.


yang penting kita enjoy !  yeay !

Thursday, December 2, 2010

Megamind Ngangkung.. terBluek Muntah


salam korang...
Cik telah menjahanamkan diri dengan tengok cerita kartun kat wayang.. apeke hey nye yope.. wait wait.. cik tak suka kartun k.. nak letak RM belas belas ringgit demi kartun.. dehhh, tak cukup imaginasi beb.. tapi MEGAMIND ok what. senang paham. takde aksi lawan pelik.

sebenarnye temankan kawan. Dia ada birthday treat GSC bagi. jom le kite. Demi kawan cik rela.. See, sape kata cik bukan kawan yang baik.

Dalam banyak2 babak. cik suke pala biru ni angkat kol then cakap 'Olloooo' not hello... cumelll...

Moral of the story. Dalam setiap hati orang jahat tu ada juga tercalit ingin berbuat kebaikan. Dan falan setiap hati orang baik tu pasti juga ada teringin membuat kejahatan.

Itu cite hari selasa.

Apa kata hari Rabunye pulak,



Ngangkung

Nangkung ke cangkung ke cite ni full house siut... best tuk gelak aksi sakit perut. lawak type David Teo. What u aspect more in the end. dont expect much. and you know what the story from the beginning. Nak release tension. Yes, tengok cite ni kat wayang. (apesal lak cik tunjuk kepakaran english dalam ini komen. dehhh)

Lepas tu.,

Tada

Mari kite menternak lemak di malam hari. Cit, member cik snap gambar ni live then upload kat FB. Cis bedebah ko siputsedut. but I LIKE it. terserlah buruk perangai cik dimalam hari..

Then after that,

karok..
Gilos ko malam weekdays ko joli sakan... sekali sekala beb.. hari ni keje mata nampak bintang apa ada hal.... pening pening migrain jerk..

Balik rumah kang tido ar..

eh, takleh. kena packing malam ni naik bas balik kampung...

Yahuuuuu, kampung here we come..

Disember Rocks !



Wednesday, December 1, 2010

DISEMBER Muncul Lagi

cik suke bulan ini. Kerana cik akan pastikan mood happy cik takkan terjejas walau seinci..

Korang nak marah ke, nak wat jahat ke.. time ni la.. sila sila...

InsyaAllah tiada mood marah dalam diri ini...

Wiiiiii, yeah DECEMBER beybeh!!!!!