~: Simpati diri dulU :~
cik sayang diri....,
Sunday, December 15, 2013
Sunday, March 10, 2013
Politikus
Politaik politaik. Cepat la habis. Saya dambakan berita semasa perihal rakyat jelata. Bukan perihal wakil rakyat yang ingin mengukuhkan jawatannya.
Dan bendera dikibarkan adalah pembaziran duit rakyat jelata. Sia sia saja bayar cukai.
Samada pihak kerajaan atau anti kerajaan. Sedetik kamu memegang jawatan, itu adalah tanggungjawab kamu menjalankan tugas. Perlu ke puji pujian menggunung. Ceh! Tak relevan.
Jom puji pakcik angkut sampah. Itu lagi mulia di sudut pandangan cik..
Bye
Thursday, January 31, 2013
Kaki kipas aka kiss ass
Pagi ni cik sampai ofis 630 pagi. Due to month end, perlulah motivasi dan tenaga lebih dari biasa. Bersemangat nak stay sampai 10 malam. cik sedang update masterlist dengan bahagianya. Tapiiiiii......
Ada minat cina nie, pagi pagi bikin telinga cik panas..
Dia bersembang dengan manager dia punyelah kuat.. Tau lar ofis masih kosong. Tapi tak perlu sampai memecahkan gegendang telinga cik.
Sekarang cik tau kenapa jiran sebelah gelarkan dia KISS ASS. kaki kipas tak berhentiiii. Mujur bukan department cik. Kalau tak, minah ni dah lama cik pang.
Kalaupun nak amaze manager. be yourself lah. Tak perlu fake jadi mazidul akmal sidek pulak.
Jalankan tugas kiss ass pagi buta.
Okay, tarik napas lepasssssss.
Friday, January 18, 2013
Wednesday, December 26, 2012
Vokal Bukan Sekadar Rupa?
Cik baru balik kerja. Sampai jer rumah bukak tv. Ada pertandingan vokal. Siarang langsung? Ini cerita apa weh. Tup tup terus final jer..
Suara peserta ni... Hmmm.. Boley lar..sambil tangan gaya maria tunku sabri dalam iklan rebina.
Kalau cik jadi juri. Cik lempar telur kat stage. Apa daaaaa.. Nyanyi suara kepit. Camni nak menang? Dik, suara biasa biasa macam ni tak boleh jual lagu kat radio dik.
Bukan itu cik nak cerita. Main point is... Artis jemputan saleem dan zamani.
Omaigod omaigod omaigoddddd.. Suara tak berubah seh. Bawak lagu ganu kita dan apa tah zamani nyanyi. Sedapnyieeeeee.
Cumaaaaa, kenapakah zamani semakin mengecut. Aneroxia ea? Tiba tiba imagine muka cik gaya aneroxia. Apakah maintain comel?
Cop! Sape penyanyi dangdut jadi juri tu. Alahhhh... Jap nak ingat... Mas idayu ea?
Soalan yang bermain difikiran. patut ke komen orang nyanyi sedangkan dia nyanyi sengau? Dah serupa mak ketam ajar anak jalan.. Patut la peserta final so so je.
Ok tutup tv jom tdo.
Tuesday, December 25, 2012
Si Attention Seeker
Holla.
Kau sihat? Cik sihattttttt... Alhamdulillah membuak buak dah lelemak nih.
Memandangkan kehidupan cik bernyawa di ofis sahaja. Jadi marih dengar cerita ofis cik yang terbaru. Kau nak leave sebelum baca silakan. I wish.
Ada seorang minah ni. Kami mendaftar diri sama hari ke ofis kilang setahun lebih yang lalu. Cuma dia lain department. Lain bangsa. Lain kulit. Tapi sama kelemakan. Eh?
Dia tua setahun dari cik. Saja lar nak cakap kannn. Nak show of yang cik masih muda..
Sejak 4 bulan lepas. Dia gigih menguruskan badan. Good for her la kann. Yang tak goodnya, kesah after badannya mengecik 3\4 suku dari bentuk asal.
Dari kata mulutnya, dia makan alpha lipid. Alahhh yang tin susu macam wat susu bayi tue. Xtau sila google.
Maka terbitlah pujian dari seluruh rakyat jelata ofis kilang. Yang kenal yang tak kenal semua tegur dia dah kurus. Good for her lah, again.
Pada suatu hari, datang exstaff ajak lunch sama. Masa sembang2 tu si... Hmm, belum letak lagi nama dia. Mari kita gelar `suspect victim` ini sebagai si_attention seeker (si AS).
Masa sembang2 tu, si AS ni datang ke meja cik tumpang bersembang. Layankan aje. Exstaff tu puji yang dia dah kurus. Siap mintak persetujuan dari cik yg si AS ni dah kurus. Cik angguk tanpa rela. Then pegilah kami makan..
After balik lunch, si AS ni IM cik mintak kepastian.
si AS ~ betul ke i dah kurus.
Cik ~ what do you think? ( malas betul nak jawab soalan sendiri pun boleh pikir)
Si AS ~ no lah. Im jus asking. No hurt feeling babe. Yea la. People looking at me than me.
Cik~ then. U know the answer already.
Si AS~ u know. I makan SD2. And go sauna. U shud try babe. Gud for u too.
Cik ~ nantilah. I not ready n not interested. i more likely natural way. Kalau tak nanti effect asthma i. u promote kat i ker.
Si AS ~ since orang puji i dah kurus. Why not u? U tak suka dipuji ker
Demn. This is war.
Kau saja jolok sarang tebuan. Seriusly. Cik tak jeles dia dah kurus. Bagus lar. Azam yang kuat dan berusaha. Kau akan dapat apa yang kau nak. U deserve it. Tapi perlu ke upkan diri.
Perang saiko bermula.
Tiap kali bertembung. Cara dia melihat cik seolah olah `puji lah i pujilah i`. Oh no. Cik buat tak tau.
Kat pantry haritu. Dia cakap
` u realised that we share same shirt colour today?`
Ouw, really?..
Kalau kau jadi si AS ni. Agak agak, Bengang tak tengok cik tak pernah langsung puji dia. Buat buat tak paham lagi ada.
Shirt sama kaler jerk. Tshirt biru n cardigan hitam. Bezanya cik tak tayang lurah dada. Dia sejak lemak mencair ni. Baju seksa memanjang. kalau tutup bawah, Atas tayang. Kalau tayang atas, bawah terdedah. Kalau semua tertutup dapat siat tang bahu cukup lah. Janji fesyen menayang. Eh. Apa kesah. Ustaz don tak kan sound deh. si AS ni sambut krismas.
ini bukan segmen jeles_aku_bengang_kau_kurus. Ini segmen cik rimas. Weh. Kalau tiap kali bertembung. ekor mata kau mengharapkan aku puji. Sorry seems to be the hardest words lah babe. cik bukan jenis puji orang tanpa rela.
Ouw, the best part is. Hari tu, boss dia datang kat meja dia.
Boss ~ U nampak kurus dah sekarang. Apa rahsia.
Senyum ala shy shy cat
Boss ~ are u in love?
senyum tanpa kata.
Ouw. Now i know. Rupanya dia in love. Sebab tu la kurus. Kenapa lah cik tak sedar selama nie.
Eh. Kalau cik in love lah. Takde nye kurus melidi. Lagi di pam pam badan. Dah nama bahagia kannnn. Dah tu. Apa lagi nak buat time date.
Awak, jom gi makan. Awak, jom mekdi. Awak, jom gi kepsi...
Mungkin konsep in love dalam kamus hidup si attention_seeker adalah `cinta perlu cantik`..
Oooooo, cik belajar sesuatu hari ini.
Tuesday, November 27, 2012
Rekod Bersih Tercalar Jua
What a beautiful day.
Sejak semalam hati tak sedap. Rasa nak jadi sesuatu. Apakah waktu cik sudah sampai? Teng teng teng.
Normal rutin. Tiap minggu basuh baju. Tak pernah lagi rekod tinggalkan baju dalam baldi semenimbun itu. Tapi weekend baru ni cik terlalu sibuk sampai tak sempat mementingkan kebersihan. Ok pelik
Malam tadi hujan lebat mencurah ke bumi. Tidur tak lena. Batuk batuk. Sesema seh seh. Ok ini normal. Selalu macam ni. Ku urut dada. Taruk minyak balm. Ok nyenyak tido semula.
Pagi tadi pi keje macam bese. Disebabkan awal lagi cik lena selelap dua dalam kereta. Pukul 750 baru naik ofis.
Ngam ngam kul 8 dada berombak. Bunyi berdesit. Macam bela anak kucing dalam anak tekak. Demn. Otak semakin pikir lain.
Keputusan otak seminit cik. Kemas meja. Tutup pc. Gerak ke klinik sekareng. Boleh lagi drive sendiri. Daripada stay ofis menyusahkan orang ofis kilang. Dan bakal menjadi cerita hangat. Akan datang dan selamanya they treat me like im OKU?
No! I like to pretend that im iron lady.
Sampai klinik wangsa maju. Ntah apa ingredient doc ni kasi kat nebulizer. Tetiba salur pernafasan cik terblocking. Rasa macam langsuir cekik cik ketat ketat. Dalam hati pikir. INIKAH MASANYA. Nak mengucap panjang ke pendek nie.
Doc dah cuak tengok cik hampir pengsan. Kuku jari semakin biru. Peluh mercik bak petani sawah. Jangan suruh bersuara. Respon cik semakin kurang. Antara bumi dan langit. Sorang sorang muka family terjah kat mata cik.
Tup tup. Eh. Dalam ambulans dah. Lahhhh. Tiga mamat hensem bawak cik pi hkl. Larrrrrr. Bising ar sound ambulan ni. Ney no ney no...tanpa henti. Baru nak pengsan ala ala snow white. Dah terjaga. Alaaaaa sekejapan jerk?! Agak agak macam mana ek 3 mamat ni angkat cik yang guni beras nih.
Sesampai kat hkl, dibawak cik zon merah. Demn. Adakah tahap nyawa nyawa ikan ini. Ofis cik tak henti henti call. Sibuk!
Cucuk bahu. Pergelangan tangan. Letak dadah nama becotide. Nab ntah berapa kali dia bagi. Hello. Im not drug addict k. Itu hade hati nak sumbat paru paru cik intubate. Tube tube tak main ah. Aku boleh bernafas sendiri.
Bertapa sekerat hari kat hkl. Doc suh admitted. Nono.. Lagi sesak jiwa dok wad. Kang bukan semput je tak baik. Jiwa raga kang sekali ICU.
Kalau taknak masuk wad. Sila sign surat cinta. Apa apa jadi lepas ni adalah tanggungjawab sendiri. Jangan berani nak saman Hkl. Ok fine! I sign.
Amek ubat. Done. What a proses of gomen spital! Mintak inhaler baru. Dia tak kasi. Mintak mc dia kasi time off. Shit! Adakah ini payback time sebab cik tak mau admitted?
Tunggu taxi nak balik semula klinik. Sekian hal. Berebut dengan auntie india. Ceh. Takpe la. Amek la taxi tu. Saya tunggu taxi baru. Muehehe.
Sampai klinik. Jumpa balik doc cuak. Dia ni lah taruk new ingredient dalam nebulizer cik paginya. Mungkin cik alergik ubat tue. Baru nak tau kan alergik combivent bagai. Selama ni mana nak tau. Gedik sungguh ini semput. Dia kasi mc 2 hari. Sambil berkata. Take good care. Cuak ah tu kalau kalau cik mencalar rekod baik klinik. Terpampang metro harian esok dengan tajuk Punya-pesakit-mati-di-klinik-ini.
Drive balik umah untuk berehat. Cik rasa seperti Orang kurang upaya a.k.a penagih dadah. Ketar satu badan. Siut ini moment.
Ingatkan tahun ni clean dari segala cerita asthma. Rupanya. Rekod tercalar sudah. Naik ambulans awesome part. Terasa seperti menteri besar lalu jalan tun razak ketika time orang balik kerja. Semua orang bagi laluan. Bestnyieeee.vvip seketika.
Tapi best thing. Cik tak susahkan orang orang tersayang cik. tak perlu susah diri selagi belum cik kiok ok. Cukup cukup la menyusahkan orang dari kecik.
Ingatkan mensibukkan diri dengan kerja boleh melupakan penyakit dan meng-antibodykan diri dari stress. Tapi terkadang kita terlupa. Yang kita hanyalah manusia. Bukannya robot. Allah uji kita dengan pelbagai cara.
Dont know how about u guys. To be alone in emergency moment. For me. Need strong mentally and fizically.
U shud try. U will feel u get one achievement in ur life. To Walk alone on earth.
Saturday, November 24, 2012
Soalan yang Memerlukan Jawapan Subjektif
Holla..
Tadi lepas keje pi tengok wayang. Layang cite twilite. Ok shuh! Ok paham. Kau nak cakap ape kelas layan hero-vampire-lembik-bila-dok-bawah-matahari-ada bling2-kat-badan kannnn.
Itulah art namanye. Hanya vampire twilite sahaja yang tak terbakar kena pancaran matahari. Kira ni vampire generasi y. Kau takkan muntah tengok kalau kau feel feel nak dok sebelah jacob the wolf n edward the vampire-lembik.
Lega cite ni dah katam. Tak kose lagi deh cik layan. Sape yang layan novel dia memang salute la. Korang insan terpilih.
Tapi untuk cik. Sekadar melayan. Rasa dah tua bila tengok filem filem macam ni. Ni standard untuk orang yang suke berfantasi. Cik spesis terlebih realiti. Cik memerlukan cerita thriller saiko darah berlumuran bila menetak mangsa dengan kejam. Perghhhh. Best tu. Imagine tengah tetak boss2 ofis kilang. Mueheheh.
Ok. Itu bayangan sahaja. Kau jangan pegi report polis lak. Cik masih siuman (pada ketika entry ini ditulis). Akan datang insyaallah siuman jugak. Tak kan lah nak tetak bosss kannnnnnn.
Ni tadi. Cik bersama sorang budak ofis. bawak dia jalan jalan luar dari ofis hour tanya dia apa masalah. Apakah sedang stress terlampau. Seeee. Mana nak jumpa staff berkaliber macam cik. Sampai luar ofis hour pun buat keje ofis. Kau hade. Multitasking punye staff. Apa pun boleh buat.
Trainer dia mintak brainwash kan sikit. pasai minggu lepas dia stress and nangis nangis kata nak resign. Whatttt! Penat penat kami train kau nak blah camtu jerk. No no. Kau kena stay sampai kami resign dulu. Huh welcome to neraka dunia.
Apa yang boleh cik simpulkan disini. Budak ni kategori manja terlampau. Pantang di usik perasaan. Banyak soalan yang susah cik jawab. Pikir 5 saat tak jalan. Pikir 10 saat pun tak jalan jugak. Aish. Ape soalan kau bagi ni dik.
Adik - akak. Kalau bawak keta pi ofis dari bukit jalil bape minit agak agak.
Cik - bergantung pukul berapa kau keluar. Masa boleh jadi singkat boleh jadi lama. Bawak la keta dik. Kau balik malam malam bahaye woo jalan pi lrt.
Adik -alaa tak biasa jalan kl. Bangun pagi pun tak larat. Balik umah dah 1030. Bape minit je waktu tido.
Minitttt okay. Kau nak tido berapa lama dik. Nak tido lama jadi snow white la. Takyah bangun bangun.
Adik - dulu kan. Pi keje balik keje takyah pikir ape dah. Sekaeang. Haih. Susah lah.
Cik - apa yang susah.
Adik- yea la takut salah proses. Nanti kesian trainer.
Dikkk.. Get use to it la. Dah kau yang menggedik tukar keje. Bila tukar keje kena prepare mental fizikal la tempat baru. Jangan harap keje dulu dan sekarang sama. Selagi kau namanye bekerja. Makan gaji. Kau kena hadap ketidakpuasan rasa di ofis. Mana mana kau pegi pun sama. Sure ada terlebih sana terkurang sini.
Friday, November 23, 2012
Marketing Astro
Selingan sikit sebelum masuk tajuk di atas.
Orang malaysia ni rasanya semakin stress dan kurang ajar. Bahasa inggerisnya rude.
Bila tengah jalan motorsikal yang menyempit laluan kereta. lepas tu bila hampir tersepit antara dua kereta. Si motor tendang kereta belah kiri dan tunjuk jari tengah kat kereta kanan. Sambil berkata
Fuck you!
Adoi. Salah siapa bila kau menyelit. Salah siapa bila kau yang tak menyempat. Ini lah jadinya bila salah orang nampak. Salah sendiri salahkan balik orang.
Ini pengalaman semalam. Saje nak share. Kot kot si penunggang tu suami kau ke. Mujur tak jadi ayam penyet -ap. Kalau tak, dah ke hkl dah agaknye semalam. Proses pengecaman mayat. Laki kau? Harap bukan eh.
Ni tadi. Orang astro kol. Sebenarnya dah banyak kali diorang ni promote tukar astro beyond. Tiap kali promote, cik melalui pengalaman getir. Getir lah sangat!
Hari tu caller wanita. Lepas tu wanita lagi. Hari ni mamat india Pulak kol. Mari ikuti perbualan ini.
India -hello cik xxxxx. Kami dari astro. Ingin memberi cik peluang tukar astro beyond secara percuma.
Cik - maaf. Saya tak perlu itu.
India - tapi mengapa. Ini peluang hanya datang sekali. Rugi jika cik lepaskan.
Cik - maaf. Saya belum bersedia. Saya pakai tv kotak. Buat apa pakai beyond.
India - ini hanya free cik. Pihak kami buat pemasangan percuma. Cik hanya perlu bayar bulanan tambahan 20 ringgit sahaja.
Cik - Oo. Apa beza saya pakai beyond dengan biasa. Bila hujan boleh tengok siaran juga ke?
India - oo tidak tidak. Cik boleh dapat siaran lebih jelas dan boleh merakam. Untuk siaran ketika hujan pihak astro masih lagi dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Cik - oo. Kalau boleh rakam. Rasanya tak perlu kot. Astro dah cukup tayangkan siaran ulangan. Kalau tak sempat tengok pun takpe.
India - tapi cik dapat remote yang baru.
Cik - remote baru tapi tekan tekan 5 saat baru appear kat tv ape kes. Masih not fren user pada saya.
India - tapi lepas ni kalau cik ingin tukar cik kena bayar perkhidmatan kami.
Cik - beginilah encik. Saya memang tak berminat. Tunggu nanti saya beli tv plywood. Akan saya tukar ke beyond yea. Saya akan call sendiri astro. Berkenaan bayaran. Jangan risau. Saya akan bayar untuk perkhidmatan nanti.
India - tapi cik saya....
Tuttt tuttt tuttttttt...
Maaf keluarga astro. Anda kerugian kerana ada pelanggan seperti saya. Saya pelanggan tegar yang tidak mengikut arus zaman. Saya ikut arus poket.
Jika benarlah wahai yang dikata. Saya tiada hawa nafsu terhadap tv ketika ini. Jangankan buletin utama. Ustaz don berceramah pun tak sempat saya ikuti.
Anda untung kerana saya bayar astro tapi hanya sejam dalam sebulan saya menonton channel anda.
Nanti tunggu saya jadi suri rumah sepenuh masa, tv kotak bertukar tv plywood hd plasma dan saya mempunyai nafsu untuk menonton sinetron anda yang beratus episod. Maka tanpa segan silu saya akan menukar ke beyond yea.
# I like adibah noor masa AIM. Dengar cerita nelopa pengganti pasha sendat. Betui kaaaaaa?
Friday, November 16, 2012
Brand babak 1
Korang pentingkan penjenamaan tak dalam hidup korang? kalau cik. Selagi benda tu berkualiti semua cik sapu. Tapi semenjak terjumpa seorang hamba ini. Cik punya persepsi baru terhadap jenama mahal ni.
Marilah sama sama kita gelarkan wanita berusia 29 tahun ini sebagai Jenny. Sebab dia selalu i u i u walau bergaul dengan melayu pun. Atau mungkin nama ketika dia di kampung sebagai Jenah. Astagfirullah. Ok ini bukan entry umpatan. Cuma bagi kesedaran. Contoh jerrrr..
Babak satu....
Di suatu lewat petang yang hening. Ketika di lobi ofis. Menunggu kawan dan si jenny menunggu suaminya. Si jenny mula bicara.
Jenny - i dengar u nak beli kereta. Betul ke? U beli la Toyota Rush. Looks sporty tau kalau perempuan bawak.
Si kawan- nak beli saga je kot. Bapak i kata beli ikut kemampuan.
Jenny - saga not nice lah. Kereta malaysia. What u expect. Better u buy vios. Gerenti ok.
Si kawan - (senyum). U kenapa tak bawak kereta pi ofis. Senang nanti husband u takyah hari hari hantar ambil u pi ofis.
Jenny - itu la. I minat myvi. Tapi tu la. My hubby tak kasi beli.
(MYVI jerr! Hubby tak bagi atau tak mampu. Eh!)
Jenny - i kann. Jaga betul kereta. Masa baru baru beli tu. Bawak below than 100km per hr je. Lepas mileage 10k baru berani bawak laju. Lepastu i pantang my kid makan dalam keta. Kena jentik jari tu nanti.
Si kawan- iyeeee?
Jenny- ok lah. My hubby dah sampai. Bye. See u tomorrow..
Tuptup.. Masuk perut Gen 2..
Alahaiii, cakap kemain lebat.