Sejak dua menjak ni cik takleh kena aircond lama lama. Dada rasa sejuk dan tak stable. Maka akan terjadinya lelah. So kat ofis cik kena pakai jacket tebal to prevent dari lelah. Tapi ada jugak sesak nafas. Rasa nak angkut je machine nebulizer datang ofis. Tapi tapi tapi...cik masih waras. kang satgi satu ofis jenguk dengan rasa belas simpati. Heh, memang tak la.. tak mau gitu.
Kadang makan benda mengarut jugak akan terjadinya asthma. Tapi bila cik kontrol makan (tempoh diet) still asthma di paras biasa. Camne tu? so, makanan bukan lah faktor utama attack. Bila di ujikaji. cik alah pada persekitaran. contoh cuaca, stress dan makanan jugak. Bila cik bengang.. cik akan melantak gila gila sebab sah sah asthma still datang jugak. tak effect pape pun.. (tanda protes la KONON)
Balik kampung haritu cik pi hospital amek ubat kan. pastu request kat doktor nak jumpa pakar pemakanan. Yea la. kalau request kat klinik satgi dia cas lebih lebih pulak. Kalau kat hospital gomen dah tentu free kann. Eh, jangan membazir duit gomen babe. kita patut menggunakan perkhidmatan yang ada dengan sebaiknya.
Bukan mintak nasihat pasal berat badan je. Cik tanya jugak perlu makan apa tuk prevent asthma. So dia pung pang pasal supplement. Cik ada makan EPO untuk stabilizekan horman. Dulu time tak makan EPO. Gila kau period ketul ketul. Sengungut jangan cakap la ketaq lutut bukan time berjalan je,.time duduk pun sakit. Lepas makan continusly ni, period datang on time pastu darah flow dia cantik je. tak ketul ketul lagi dah.
So apa yang cik paham dietriest tu terangkan, EPO is omega 6 ++, bila makan kuantiti berlebihan dia akan incured unbalancing dalam badan. So thats why ada kecelaruan kesihatan disitu. Cik mudah dapat selsema batuk demam. kita kena stabilize kan dengan vitamin c and Omega 3 jugak. So Omega 3 is from fish oil.
Bila di study dan di telaah. Ada banyak jenis Fish oil di pasaran. Ingatkan scott Emulsion tu banyak la fish oil dia. Dietrist tu gelak. Dia kata itu tuk budak budak. Omega 3 dia sangat rendah. ooo, baru cik paham. Patut la dulu makan scot emulsion tak jadi apa.
So cik decide ambil Salmon Oil. So tau oil tu dari ikan salmon. Kalau Fish oil mana mana ikan pun boleh pakai. Salmon nampak bersih and selamat sikit la KONON. WE HAVE THE RITE TO CHOOSE THE BEST FOR US kannn
Ini SALMON OIL dia. Cap BIO-LIFE. Ada pendapat kawan kata Blackmores n GNC is okay. Tapi Guardian pemalas. Out of stock blackmores. Plus GNC tah celah mana kedai dia tak tau. So cik decide beli yang nie.
Camne nak amek ni?
Omega 6 : Omega 3 dengan nisbah 2 : 1
Baru makan 2 hari. Tak ada kesan lagi. cik nak tengok dalam masa sebulan. Kalau asthma kurang bermakna supplement ni menguatkan antibodi cik. Maka kuranglah dari demam cukup pakej.
Nota penting : Kalau kau batuk sila jangan terus amek Ubat batuk. Ubat batuk tak elok. Yes, kau akan lega sebab berhenti batuk dan tidur lena tapi..... Ia akan meLIKATkan kahak kau dan still bertempek kat dada kau dalam waktu yang lama. Nak ke kahak kahak tersimpan? so, kalau batuk tu kuarkan kahak. JANGAN MALAS.
Kalau still tak tahan jugak nak kan dadah. Kau boleh buat ubat batuk sendiri. Amek air suam, letak madu, letak limau nipis. InsyaAllah.
4 comments:
hehe,,,betul tu,..akak dulu igtkan scott emulsion yg byk fish oil,..penah digelak kt pharmacist gak,huhu..so dia suggest flaxseed oil,..mmg ade omega 3 & 6,..fungsi sama cam EPO ,jugak. ;D
Salam nak tnya betul eh EPO tu utk lancar period.my period x regular..huhu.how about VCO(virgin coconut oil).thanks for info
emel: sang_merah01@yahoo.com
yess..ai agree...ubat batuk akan memudaratkan lagi batuk2...sya sendiri asma yg kritikal..time demam batuk..mmg ubat batuk ai tk abek..klu minum ubat tuh..makin meroyan batuk2..malah ini diakui sendiri oleh my doc..tak semua ubat batuk sesuai utk org yg batuk2..
buat pertama kali aku dengar salmon oil..elok eh utk orang asthma..
Post a Comment