~ Dicilok dari email.
Apa yang cik dapat simpulkan.. celikkan lah hati.
yang bujang hati hati dengan suami orang. yang bersuami pandai pandai lah jaga suami anda. sebab musuh wanita adalah WANITA sendiri. Lelaki dah memang sifatnya sebegitu.. yang perempuan pandai2 la main peranan.
tidak berniat tuju kepada siapa siapa. hanya sekadar menasihati sesama kaum hawa.
SAYA KEJAM KERANA TERLALU BODOH
SAYA BUTA,SAYA MENYESAL,...
Saya tak tahu kenapa saya perlu meluahkan rasa ini kepada anda semua..Tapi saya perlu lakukannye sebagai melepaskan rasa yg membebankan hati saya selama ini. Inilah cara terbaik utk meluahkan kekesalan akibat bercinta dgn suami org.
Saya tidak dapat meluahkan rasa hati ini kepada teman2 & keluarga kerana saya telah melakukan kesilapan besar ke atas mereka.
Saya bercinta dengan lelaki yg bergelar suami orang. saya akui ramai wanita di sana telah tersalah jalan dan lebih memeritkan apabila telah melangkah ke alam poligami. Sungguh perit kerana terpaksa menelan segala sakit hidup bermadu yg disangkakan manis.
Namun saya bersyukur kerana tidak terjebak ke dalam tersebut. Saya tersedar kesilapan saya kerana terlalu menagih dan menumpang kasih suami org. Saya sedar betapa BODOHnya saya kerana menjalinkan hubungan tersebut. Saya malu pada diri sendiri sebab tidak mampu berfikiran waras dan matang.
1.Betapa BODOH nya saya kerana terlalu mempercayai kata2 lelaki yg sudah berumahtangga. Saya percaya kepada lelaki yg pernah mengucapkan kata2 rindu,sayang dan cinta kepada wanita lain. Saya patut tahu itu adalah cara yg sama dilakukan ketika memikat isterinya dahulu.
2. Saya BODOH kerana mempercayai janji2 manis yg belum pasti. Ya, sangat kabur dan meragukan. tapi saya masih mempercayainya. Terlalu banyak janji2 manis yg diberikan. Dia berjanji ingin mengahwini saya secepat mungkin. Tapi tiada usaha yg dilakukan tatkala saya menagih ketelusan janjinya.
3.Saya BODOH kerana mengizinkan sidia menyentuhi & membelai saya sedangkan saya tahu itu bukan hak saya. Ya, saya terbuai dengan perasaan bahagia ketika dibelai dan dimanjakan. Begitu indah sentuhan lelaki. Ya tangan yg sama menyentuhi isterinya. Saya tidak merasa jijik. Saya bangga.
4.Saya BODOH kerana membiarkan cubitan & tamparan hinggap ke tubuh saya. Saya anggap itu menunjukkan sidia prihatin dan ambil berat ttg saya. Ya, sidia mengambil berat ttg saya, saya bahagia. Sakit di badan tanda sayang dia pada saya. Dia pukul sebagai peringatan agar saya tidak mengulangi kesilapan. Apabila saya sedih dan merajuk apabila diperlakukan begitu dia akan memujuk. Dan segala kesakitan itu mudah dilupakan . Dia sungguh romantik dan sidia sayang saya.
5.Betapa BODOHnya saya kerana melanggar hukum Allah sedangkan saya megetahuinya. Kini saya jahil ttg hukum Allah sedangkan saya memahaminya. tapi saya tidak mengamalkannya. Saya abaikan semua ini kerana keindahan cinta yg diberikan oleh sidia. Saya lupa akan DIA yg sepatutnya saya cintai. Saya tahu taubat saya tak diterima-Nya selagi saya tidak memohon maaf kepada mereka yang sepatutnya. Ohh..Tuhanku..apa harus kulakukan.
Bila sudah BODOH , saya bertukar KEJAM.
1. Saya KEJAM kerana merampas perhatian dan hak orang yg sepatutnya. Saya mendambakan sidia sedangkan waktu itu dia harus bersama anak & isterinya. Saya tidak peduli akan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga asalkan saya dapat berjumpa dan melepaskan rindu kepadanya. Ya, seksa menanggung rindu kepada sidia. Begitu juga dgn sidia. Saya lebih sedih kalau dia jatuh sakit akibat terlalu rindu pada saya.
2.Saya KEJAM kerana memakan hasil nafkah yg bukan hak saya. Saya makan yg enak2 bersama sidia sedangkan anak & isterinya dirumah makan hati dengan perangai suami. Saya berbelanja mewah bersama sidia sedangkan ada yg lebih berhak menikmatinya.Ya, dia sanggup menunaikan segala kehendak hati saya demi membuktikan cintanya kepada saya. Sungguh saya rasa dihargai dan bahagia.
3. Saya KEJAM kerana memusuhi wanita lain. Saya menyakiti wanita yg memiliki hati & perasaan sama seperti saya. Saya mengabaikan rayuan wanita lain agar tidak mengganggu rumahtangganya. Saya mengadu pada sidia, dan sidia meyakinkan saya bahawa tiada siapa dapat menghalang cinta kami waima isterinya sekalipun. Ya, dgn berpegang dgn kata2 semangat itu saya terus menghancurkan hati wanita tersebut. Saya puas kerana saya menang dalam pemainan kotor ini. Saya berani tanggung akibatnya sebab saya ada sidia yang menyintai saya.
4. Saya KEJAM kerana menjadi punca pergaduhan dan pergolakan rumahtangga mereka. Apakah saya harus bertepuk tangan? Ya, ketika mereka bergaduh, saya tenang menunggu sms & panggilan rindu drpd sidia. Tidak sabar untuk berjumpa dengannya. Saya akan tenangkan, sejukkan dia selepas dia mengadu stress kerana bergaduh dgn isteri.
5. Saya KEJAM kerana menipu teman2 & keluarga yg lebih menyayangi saya.Ya, saya harus menipu dan berdrama utk menutup aib saya drpd pengetahuan mereka. Saya tidak selesa dgn keadaan tersebut tp saya harus teruskan. Saya perlu bijak dalam segala tindakan saya agar tidak dapat dihidu oleh keluarga & teman2. Saya sangat berhati2 .Saya mengelak kebenaran bahawa saya tidak buat salah. Mereka tidak faham dengan situasi saya.
Kini saya BUTA, MENYESAL dan SEDAR..
Saya BUTA kerana terlalu jujur dgn dia. Saya patut SEDAR dari mula lagi dia hanya inginkan harta saya. Ya, dia mengejar saya kerana saya memiliki harta peninggalan yang banyak. Sedangkan sidia hidup hanya bergantung kepada makan gaji dan dikelilingi hutang2. Sidia sebenarnya tidak mampu utk menyara hidupnya sendiri akibat hutang2 tersebut. Sidia tidak mampu utk melepaskan isterinya kerana isterinya juga menjadi tulang belakang ekonominya.
Saya BUTA segala kemewahan yg ditaburkan hanyalah pelaburan utk mendapatkan saya.Dan saya SEDAR saya telah terpedaya oleh materialistik itu. Dia mendapatkan saya kerana ingin timbal balik ape yg telah dilaburkan kepada saya selama ini. Dia mengharapkan saya membantunya utk melunaskan segala hutang dan tanggungan. Ya, saya telah temakan budi dia selama ini. dan saya harus menebusnya..
Saya BUTA, usia perkahwinan mereka terlalu muda dan hijau. Saya harus SEDAR kala usia perkahwinan yg masih setahun jagung, banyak dugaan dan cabarannya. Dugaan cabaran itu la yg memupuk rasa persefahaman antara mereka suami isteri.
Saya BUTA segala rintihan hatinya mengenai masalah rumahtangga hanyala sandiwara. Sandiwara untk mengharapkan belas kasih dari saya. Sekadar melembutkan hati saya. Betapa BUTAnya saya.
Tapi saya BUTAKAN juga diri dan mencabar diri saya menjadi penyelesaian masalah rumahtangga mereka. Saya silap caturan.Kehadiran saya dlm rumahtangga mereka hanya menjadi penguat semangat si isteri utk memperbaiki hubungan mereka. Isterinya sangat pandai dan bukan BODOH seperti saya. Isterinya telah memikat semula hati sidia dan kini sidia telah kembali isterinya.
Dan SEKARANG saya terkontang kanting seorang diri dan hanya la pengemis menadah tin kosong. Kekesalan itu tak dapat digambarkan. Sukar diluahkan malah ditelan kerana terlalu berat dan pahit utk mengakui kesilapan sendiri. Saya redha dengan hukuman alam yg saya terima.
Saya seharusnya SEDAR dari awal lagi. Saya patut elak bukan merasa. Tapi Saya BODOH pada diri sendiri, Saya TAKUT pada bayang-bayang sendiri. Saya KEJAM pada diri sendiri.
nukilan,
Apa yg patut ANDA tahu...
No comments:
Post a Comment