Wednesday, April 20, 2011

Cik Memilih Kawan... Yes.. Jangan Cakap Kau Jenis Tak Memilih.. GTH

Maksud memilih kawan dalam  kamus cik ialah memilih kawan untuk berkawan dan boleh diterima kepala. Bukan memilih bulu berkawan dengan orang cantik atau berharta... yea.. nampak tak perbezaan disitu.. ??

Serius cik suka berkawan. Tapi cik lebih suka memilih kawan in real life. kawan twitter ke, peminat misteri ke, kawan FB add semata nak jual barang ke. Out of my list. Sebab tu la kawan dalam FB hanyalah kawan kenalan yang cik kenal. Nak accept request cik tanya dia dulu siapa. Kawan dari zaman jepun tonggek, study, keje dan kawan sosial.. kawan alam maya yes ada.. lekat jugak la sorang dua yang kena dengan jiwa. sampai sekarang ada rasa teringin 'one day aku nak jumpa dia ni..'

Mostly kawan cik terdiri dari perempuan. Lelaki pun ada. tapi lelaki ni bila kita niat berkawan dan layan dia dengan baik mula perasan budget-kita-minat-dekat-dia. Konon terfeeling feeling jatuh cinta dekat dia. WTH... weh, tak semua perempuan single datang dekat kau dengan niat ingin menjalin hubungan lebih rapat wokeh.. kau tau tak beza kawan dan makwe. Ke kau yang bermasalah. jenis lelaki semua perempuan kau nak test market. im telling u aaa... dont play play with me. and,,, im not desperate woman pick man who ever cross in front of me.. Nope! cik pemilih.. Yes!.

Cik suka berkawan sebab suka tengok hidup orang lain. cepat boring kalau ruang lingkup cik bercerita dalam dunia yang sama je. Boring tau. ok la, sifat cik memang suka cepat boring. kalau dok kat rumah satu hari tanpa buat apa apa boleh jadi gila dibuatnya. rasa panas punggung je. see.. patut berkawan dan beraktiviti ar tu. taknak jadi gila dok sorang sorang. Cik suka explore apa yang orang buat, apa yang orang pikir dan apa tindakan orang. sebab kadang kadang bagi idea kat cik mewarnai lagi hidup cik yang meriah nie. meriah ker.. heh, boleh la...

Pastu cik suka cuba sesuatu yang baru. kalau boleh semua benda cik nak cuba sebelum mendirikan rumah tangga. supaya bila kawin nanti takde la rasa menyesal in term of freedom.. tak menyesal sebab cik dah rasa masa bujang dulu. no offense k. cik bercakap in term of good thing. kau jangan pikir lak benda benda yang tak elok.itu memang cik tak buat la. kang pikir cik masuk pub la, teguk air setan la, berzina la.. otak orang memang suka pkr yang buruk je..

tanggungjawab masa jadi isteri nanti bukan tak boleh buat apa yang kita suka. boleh. tapi tak sama k buat sesuatu bersama kawan dan suami.. tak sama... ha, kang ada la tu anony band cik.kata cik salah konsep la apa la.. kutuk la hidup cik.. takpe, cik redha.. yang penting cik tau apa yang cik buat...tak salah kann enjoy my single life. buat apa yang kita suka. tak sia sia kan masa hidup kita.

Kalau orang kata 'rajin nya kau kawan banyak banyak tu'.. yes, cik memang rajin. rajin mentelaah sisi hidup orang lain untuk diambil menjadi sempadan dan teladan hidup sendiri. supaya pengalaman itu cik belajar menjadi lebih matang menempuh hidup. dan berfikir keluar dari kotak. dan menjadikan cik unik/pelik dari orang lain. kalau semua orang blame pada sesuatu,. cik pulak belajar memahami isi sesuatu tu. kenapa mengapa dan mesti ada sebab sesuatu itu terjadi.

Tapi dalam berkawan tu cik nasihatkan kena pandai bahagikan mana sahabat susah senang, kawan ketika senang, kawan enjoy, kawan makan kawan. dan kawan easy come easy go.. Dan jangan mati sebab kawan. sebab kawan jugak manusia. Boleh tikam kau bila bila masa. kena la cerdik pilih kawan..

Tagline cik senang je,  'biar orang buat kita. jangan kita buat orang' 'jangan carik musuh, tapi carik la kawan'.. nescaya takkan ada orang bomohkan kau sebab sakit hati dengan kau.. hidup biar ikhlas babe.

:) cheers, enjoy your life
















5 comments:

Anonymous said...

tapi kalau kawan buat taik, memang aku balas taik jugak ahh.. NO No No kite mana boleh dibuli!!


-KuraKura-

N a d i a said...

Betol²..

Kawan susah senang yang paling susah dicari.. =)

Ape pon, masing-masing ada kriteria dia untuk mencari kawan-kawan..

Dan, selalunya orang kata.. siapa kawan-kawan kita tuh dah mencerminkan kita ni macam mana.. hehehe..

terasa lama dah tak mengomen kat sini.. ;p

liha said...

Salam dari Brunei :) saya suka sgt cara awak mengongsi cerita kat sini. At some point, you'd inspired me :D
Memang payah nak cari kawan yg benar benar ikhlas dgn kita tanpa ada 'imbalan' tapi, saya setuju walau apa apa pun biar mereka dengan cara mereka, kita dengan cara kita :) yang penting kita mempunyai niat bersih dalam setiap perjalanan hidup kita kerana itu lebih bermakna...
Have a nice day cik :)

Mimy Hamid said...

bis tu ko kawan aku ke tak ni

N a d i a said...

kalo boleh like statement Mimy Hamid kat atas, dah lama I like!


hehehehehe