Thursday, April 21, 2011

Dalam Dilema...Antara Hidup Dan Mati..

Diet ke laut.. aah, berat badan cik menjangkau 88 sekarang nie. gilak ah.. tak sedar sedar diri lagi ni.. ouh lupa, 8 kan nombor ONG.. eh, bukan nombor KEOK ke? :p

apa yang cik boleh simpulkan. bukan salah sesiapa. Cik yang kuat makan. lepas tu tak konsisten.. Haih, sape boleh ajar camne nak disiplinkan diri ni.. bodo betul ar..

punca punca berat naik,

1. Semua time nak makan. Time makan cik makan. time stress cik makan. time sedih cik makan. Time gembira lagilah makan.. See! berat melambung naik ah. Harus carik hobi baru untuk melepaskan stress instead of makan. any idea hobi baru yang sesuai tuk cik? kau jangan suruh cik menjahit menyembat mengubah bunga pulak eh. tak IN ar..

2. Terlalu ikutkan nafsu. serius weh. nafsu bergelodak je sekarang ni. Disebabkan nafsu yang lagi satu tu belum boleh buat lagi. hahaha, ok lawak!...jadi semua makanan nampak sedap. semua nak cuba rasa. Sampai kalau cik makan semua orang nak rasa sebab cara cik makan nampak sedap sangat dimata orang. weh, korang tertipu la weh. Memang cik suka menghayati makanan. tak sedap pun jadi sedap. apa yang tak sedap? batu ngan kayu pun cik makan!

3. Acara aktiviti luar semua mengandungi aktiviti makan. Pi meeting makan, pi dating makan, balik kampung makan.. semua nya nak makan. Apa daa aktiviti cik nih.haih,

4. Workout totally out. just turun naik tangga je. itupun sebab kat lrt ada tangga. kalau la cik bawa kereta maunya lagi malas kot bergerak.. Erk?

Camane nak start balik ni. taktau nak start celah mana. Ilmu diet ada tapi tak aplikasi tak guna jugak. Dah la badan cik ni jenis lambat terima signal. Ambik masa gila nak naikkan balik metabolisme. Stamina di tahap bateri kong dah nie.. Pastu nak jaga jaga dengan semput lagi.. fufufufu..k betul la..

Ok, dah sedar salah sendiri. pastu buat apa kann.. start diet balik lor. Dah la malam tadi mimpi ngeri. Nampak diri sendiri kena usung pi kubur. Mati kerana obesiti.. Ya Allah.. taknak ar mati melekat kat kerusi.. waaaaa, taknak la dah matipun menyusahkan orang.. waaaa, insap insap..

Kurakura,

tolong aku weh.. ko tazkirah sikit kat aku yang degil comel nih..

:-s


6 comments:

Mimy Hamid said...

takzirah ko makan la lagi...hehehe sedappppppp

erin zuraini said...

huhuhuhu...kite same la cik...berat dah melonjak naek baru nak sedar...
tp sekadar sedar jela...hahahaha... ilmu diet byk dah blaja...nk praktik jew x tau bl...

lau dah tau ilmu DISIPLIN DIRI sila2 nak share k...huhuhuhu ^_^

Anonymous said...

aku kan.. kalau orang berperangai macam ko ni memang aku rasa nak sepak2 je..

kalau dah memang disiplin zero! pemalas angkat bontot 20kg kau tu, takkan kau nak suruh aku pergi tolong angkat bontot ko???

aku tazkirah laa sampai aku kena sawan kerbau sekalipun, tapi kalau kau ni tergolong dalam spesis pemalas, spesis wanita seribu satu alasan, wanita tau makan je lepas tu komplen bile berat naik, ape lagi yang aku boleh buat?

aku nak ajak kau join hiking pun kau nunnnn jauh tah di mana2.. tapi kalau kau hiking satu hari lepas tu kau pergi sebat segala makanan masuk dalam perut gendut selama 6 hari, bukankah itu dinamakan perbuatan sia2?

arrrrghhhhh aku marah ni! marah! bile kau nak jadi Jue Aziz? kau nak tunggu Jue kertu dulu baru kau dapat body semontok dia?

kau belajar laa banyak mana pasal nutrisi, ada laa segunung dvd exercise, tapi kalau kau dah takde disiplin dan komited, sila angkat tangan lempang bontot 20kg ko tuh!

exercise 3x seminggu, makan benda2 yang sepatutnya badan kite makan, semua tuh harus dijadikan sebahagian rutin kite.. benda yang wajib kite buat..

kalau kau dah sangap sangat nak makan makanan lemak2, boleehhh.. berpada2 laa..

cari laa cara yang mengeluarkan peluh sikit bila kau stress.. jangan duk hadap makanan je..

kau tu lawa.. putih gebu.. tapi apelah guna kalau kau lawa tapi lemak kau bergetar2 masa jalan? apelah guna lawa kat luar tapi jantung kau dah penuh lemak?

salah satu benda yang boleh kurangkan penyakit asma ko tu ialah exercise secara regularly.. makan benda2 yang sihat.. takkan nak tunggu aku hantar kain kapan baru kau nak insaf??


p/s : best tak tazkirah pagi aku.. menyesal tak request? hahahahaha.. serius balik.. aku sayang kau sebagai kawan, aku tak nak kau rosakkan diri sendiri.. berubah laa..


-KuraKura-

myoliza said...

cik,
motivasi diri,

sebelum tidur ckp,
GEMUK ITU HODOH 3x
selepas bangun tidur ckp,
GEMUK ITU HODOH 3X

org kata kalau nk badan sekerempeng,,makan biskut sekeping.
and kalau nak badan besar macm periuk,,makanlah nasi seperiuk.

huhu.APA YG PENTING KITALAH APA YG KITA MAKAN.

betul tak cik,..chaiyok! chaiyok!
cik pasti boleh.

Anonymous said...

peh like nasihat kura2 n kak liza. patotla cik xxx insap sampai mkn tomato aje..

cik. i pun bersaiz xl. 88kg tu okey lg. boleh amat diperbaiki. slow2 aje.. sy dlu pown berat 78kg.. stlh mkn scr sihat n bersenam skrg kat 70kg... cik lagi senang nk diet patotnya sbb blum kawen. sy ni da beranak lemah agak degil taw..

usaha lagi cik!

lil kym

Faizaharis2 said...

ske ngan tazkirah yg panjang tu... ishkkk 100% betulllll.... tetiba rasa insaf....

kene azam yg kuatttt cam ni....