Thursday, May 6, 2010

Asthma ke Semput ke Lelah ke Penat....

Pengalaman cik menjadi penghidap asthma. mungkin biasa bagi sesetgh org tapi pengalaman yg tak seberapa ni boleh dikongsi dan dibaca. Redha dan bersyukur sgt dapat teruskan hidup normal setelah beberapa kali nyawa di hujung tanduk.

kesahnye,
cik dapat semput dalam umur 2 tahun gitu. cik ni baby yg sihat sejak lahir. ceritanye cik main air baldi then tertangkup. kepala bwh kaki atas. bape lama ntah. Nasib baik mak cepat angkat, tak kang jadi arwah mcm 'budak lemas dlm akuarium' tu.

Masa tu, ayah cik la paling risau sebab cik ni anak kesayangan dia. selalu lah dia 'On Call' tiap kali sakit. ulang alik hospital kul 3 4 pagi dah bese bagi dia. klu cik tak larat berjalan dia dukung. masa kecik2 la. Gamaknye kesian tgk cik nyawa2 ikan. smpi blaja tinggi pun dia still risau. klu cik masuk wad, dialah org pertama yg cemas. sanggup tido kat spital klu cik kritikal.

Sepanjang hidup cik, kuar masuk wad tah berapa byk. taknak kire kononnye pengalaman pahit gitu. first masuk wad darjah 5. Time tu klu tgk org lain ada pelawat tapi katil cik kosong, mula air mata genang. huhu..

Hospital mana? semua hospital cik dah test. area pahang, huh jgn ckp la. byk kali wehh. Segamat, Melaka, KL, kat jakarta pun cik dah merasa. kire kat mana cik tinggal kat situ lah penginapan hospital. Haha, macam percutian cik bedah pulak! sampai MA hospital P**** cakap " awk ni menakutkan saya lah, nampak je awk dtg kami dah cuak. perkara pertama kena wat kol doktor bertugas. Semput awk tahap blh maut u know". Cik senyum kambing je le

ICU ada la dalam 10 kali. betul2 wat family sanak sedara sakit jantung. lagi pulak doktor berapa kali cakap cik ni hanya hidup 50 50. Takke meraung mak ayah dengor. 'Intubated' dah 5 6 kali kot. tapi tiap kali doktor tanye, cik tipu kata baru 2 kali intubated. Klu cerita hak betul nanti doktor geleng pala.

doc ask: "why so critical ur asthma huh?"
my heart say: ' i also dunno lah doc, its attack suddenly smpi i cant breath. Mcm kena cekik. wat to do.'
sape yg nak sakit teruk2 gini.iyea tak

*intubated tu yg masuk tube pernafasan, mesin bantu kite tuk bernafas. bese letak kat ICU tuk org dah nazak. dan besenye patient tu memang koma lah. jarang patient sedar dia sumbat menatang ni. nak lagi info sila google

pakcik cik pernah ckp, ni masa first time cik bukak mata dari koma. dia kata

pakcik : "xxx, doktor kata ko nie kuat semangat. kuat tuk hidup. cepat bagi tindak
balas. tu ko sedar cepat. macam tu la..." sambil mengesat airmata.

wal lah, mcm dlm drama pulek.. paling lama cik koma 3 hari. Nilah salah satu sebab nape cik nak berat normal. Alhamdulillah, asthma terkawal skrg.

* Motip penceritaan? = sok ada appointment kat IPR (Institut Perubatan Respiratory), yeyeh dapat MC..

end

1 comment:

d said...

cian u cik... syukur, d panjangkan usia..(sy baru jumpe blog u,atkinner gak, walau banyak kantoi) ku teruskan jua.. bru ari ke 6