Sunday, July 10, 2011

Abang Kakak..



Orang kita terkenal dengan budi bahasa. Tapi kann, kadang kadang guna bahasa pun tak kena.

Kau sedar tak kalau pi mana mana bertemu orang yang tak kenal sangat akan panggil kau KAKAK.. Bila tengok muka. dia lagi tua dari kau wokeh. Ataupun muka sama tala je. Bajet dia tu muda dari kau lar? Tak sesuai dengan perwatakan wokeh.

Kalau setakat MUDA dua tiga tahun atau TUA dua tiga tahun tu tak payah la panggil kakak, adik bagai ni.. Rasa terkongkong pergaulan bila ada title kakak kat depan tu. Aku hormat kau. kau hormat aku. Aku segan kat kau, kau segan kat aku. Then kongsi apa cerita pun tak bley. Di sebabkan barrier title kat depan NAMA tu.

Tapi kes lain nya, kalau kau berpersonalitikan matang. Memang muka nampak kakak kakak. U are deserve untuk aku panggil kau kakak. Tapi kalau kau jenis funky., masih berlagak muda remaja..i deserve call u by name only. So teori hidup cik adalah... JANGAN SEBARANGAN PANGGIL ORANG KAKAK KONON TUNJUK HORMAT.DAN JANGAN PANGGIL KAKAK BERDASARKAN UMUR SESEORANG. See their personality at first.

Ada kes masa mula mula masuk keje dulu. Sorang perempuan ni kategori perempuan brutal. Cik panggil dia Kak Emy. Dia bengang panggilan KAK... 'woih, panggil EMY cukup ar. aku tak kawen dengan abang kau dowh.' hah, see. tak semua orang suka kita panggil dia kakak.

Same goes dengan panggilan ABANG. Honestly cik payah benar panggil orang tu abang kalau takde ikatan kekeluargaan atau atas dasar hormatkan yang lebih tua. Cik lebih selesa panggil nama atau ada ENCIK kat depan. Sound Skema kan. tapi itulah hakikat.

ABANG tu perkataan sensitif yang sukar keluar dari mulut cik. macam ayat I LAP U jugak la. So kalau kawan kawan tu. Cik suka panggil NAMA, atau saya awak, atau kau aku, atau ai You.. Done. Ececeh, konon Abang tu perkataan istimewa la. Tapi abg ipar ke, abg kandung ke.. abg sepupu ke.. Senang pulak kau panggil kannn..

Ada satu peristiwa ni,  abang cik baru kawen. Malam tu cik mintak tolong dia angkat air. So Cik panggil dia "Abang, angkat air". Sekali Bini dia panggil "Abang, masuk bilik jap". Serasakan ada kepelikan di situ. "ABANG?!!". Satu perkataan yang sama membawa 2 maksud berlainan. Macam geli pulak share perkataan dengan bini dia. Sejak hari tu, cik panggil abang by Nama bila bini dia ada sekali. If kat belakang bini dia or by phone cik still panggil dia ABANG.

Tapi kann, kalau baru kawan kawan dah paksa cik panggil diri tu ABANG. Ha itu geli namanya. Memang sampai ke sudah la cik sebut nama dia je. Kau nak dengar ABANG sangat pi suh adik perempuan kau seru selalu.

Tak panggil KAKAK or ABANG tu tak bermakna kita tak hormatkan dia. Biadap ke? tak kannn. Cuma, kadang kadang panggilan tu menjurangkan pergaulan kau dan aku sebagai kawan. Ada orang cik panggil nama je supaya pergaulan tu boleh digaul mesra. kalau aku panggil kau kakak maksudnya kau matang/tua dari pandangan mata ku..

Salah ke pemikiran cik? 

Friday, July 8, 2011

Lembab Dalam Segala Segi


Cik ni kalau selsema mesti cukup pakej dapat kepala tingtong, hilang deria rasa n bau, telinga kurang dengar, lembab dalam pemikiran, rasa diri ini di awang awangan (walaupun dari segi berat tak dapat deh terbang ringan di angkasa). Hai la

Dan bila orang tanya, Kau Sihat.. jawapan cik AKU BLUR.. See, terima lah hakikat bila orang tanya lain Cik jawab lain.   Haritu kutuk sangat manusia manusia yang tak menjawab soalan kann. Hah hambik rasakan sendiri. Insan yang dah ludah jilat balik.

Lepas tu bercakap dalam fon.. "bila nak balik, Sekarang ke? " ..cik jawab "aik, bersayang sayang pulak sekarang ek?".. Bila tau soalan sebenar, cik jadi malu.. Ooo SEKARANG... bukan SAYANG?.. hahah, nampak sangat cik ada feel kat dia kann. Eh?!

Paling blur semalam cik masuk jamban KLCC. Nak terberak. Dah bukak seluar.. termenung 5 minit then baru carik ada pili ke tidak. Kau tau je lah jamban KLCC kann. Mangkuk ada, air ada, paip takde. Paip getah tu mahal agaknya. Tu pasal di designkan tiada salur paip. Adoyai, nasib baik tak uk uk lagi. sarung balik seluar. Cari jamban kat LRT.. haih, wahai kepala kenapa kau tak berfungsi. Macam kan first time kau datang KLCC kann.

Time selsema jugak deria rasa hilang seketika. Kawan cik suruh rasa kek sedap. Dia kata ada peanut butter. Tapi kenapa lidah cik ada rasa pisang. Ah, sudah...Hah, dulu punya cerita, dengan member ni jugak. Time selsema jugak. Makan buah celup celup coklat tu. amek potongan buah tu then celup kat coklat. cik kata 'Sedap rasa peach ni'.. member berkerut. "Manade peach babe. Ini oren la.".. IYEKE? ...hmmm

Redho je la nikmat sense di tarik time selsema. Selsema ni lagi teruk dari demam. At least demam dapat MC. Selsema liat betul doktor nak kasi MC. Pasai jawapan doktor... Selsema je kot!!!..


Rasakan!

Nyah


Tadi pi TBS - Terminal Bersepadu Selatan. First time datang sini. Kalau tak mengenangkan kena teman kawan cik beli tiket rasanya tak jejak kot pi sini. Eh, apesal ek terminal bas menghala ke selatan gabak besar  gini. Puduraya pun tak sebesar nie. Nampak berlaku membazirkan duit rakyat. Even LCCT pun kau tak buat besar besar macam ni kann.. Siapa yang buat terminal canggih tapi takde orang ni weh. Adakah Suara rakyat tidak diambil peduli?..

On the way balik tadi dalam tren ada 2 Nyah dok sebelah cik. Sorang sana sorang sini. Bersembang bahasa Sarawak kuat yang amat. Yang sorang tu berbaju merah, berlegging hitam, berisi, berambut panjang. Yang sorang lagi berskirt singkat, berbaju ketat, kering, berambut curly, dan berspentot merah. Weh, kau kan bajet perempuan. Apesal kau duduk tak kepit. Nampak isi dalam kaler merah.. Kau suke kaler merah macam cik jugak ekkkkk.

Spesis dua alam nie selalunya memiliki badan solid, berbuah dada, kulit cantik, mekap 3 inci, lagi lemah lembik dari perempuan. Cik kalau nampak diorang tak akan terlepas perhati lagak diorang. Dia suka insan normal pandang pandang. bajet hot la tu. Tapi serius cik puji cara diorang menjaga kecantikan. Sanggup ikat perut tuk beli pil pil hormon. Sanggup pakai heel jalan terhencot hencot semata tampak jelita.

Tapi slacknya, kenapa kau tak bedah peti suara ha.. Hadoi mak ai, suara garau gila. terus hancur appearance yang lemah gemalai tu. Apesal kau tak kepit je suara tu 24 jam.. praktis make perfect u know.

Pendapat cik, spesis dua alam ni tak effect dalam kehidupan kita. Sebab dia trang tang tang menunjukkan personaliti sebenar. So kita yang normal ni mintak dijauhkan tuk rapat dengan mereka. Lagipun mereka hidup berkumpulan kann. Unless la kalau kau pengkid or gay yang terpikat dengan kejelitaan palsu diorang.

Pada cik, gay yang appearance normal seorang lelaki sejati tu yang BAHAYA. Gaya seorang jejaka melayu terakhir tapi dalam dia... adeh, plis jangan dekati guwe..

~ Ya Allah, kau tegarkan lah hatiku menjadi seorang wanita :D



Thursday, July 7, 2011

Gangguan Bunyi

Gangguan bunyi ini bermaksud bunyi yang kau dengar berulang kali sehingga tension.

1 - Ringtone ofismate cina yang dari cik masuk keje 3 tahun lepas sampai sekarang tak tukar tukar..
Lagu dia camni " I FEEL NUMB.....lalalala it Felt nothing. lalalalal ". ok bosan. Kenapa la kau tak Silent. tak pun kasi volume dia slow sikit kalau tau ramai nak kol kau time ofis hour..
Lagu ni ada dalam henfon sony ericson je. Huh, Band henfon cap ni. Sampaikan roomate cik pakai lagu ni cik cantas siap siap suh tukar ringtone lain. DONE (taknak nightmare office even dok rumah)

2 - Hon kereta kat parking rumah flat. Eh hello, kalau setiap malam alarm kereta kau tu berdering itu tandanya kereta alarm kau dah rosak. Tak reti reti pi hantar repair. Ouw, kau rela la orang flat sumpah seranah kau dari kau paham paham sendiri yang kau tu telah membuat pencemaran bunyi. Adeh!

3 - Panggil nama anak sampai Keliling flat boleh dengar. Ada budak ni nama Haikal. Duduk umah bawah sekali. Selalu dengar penjaga dia asyik terjerit nama dia. Cik assume budak ni tak makan saman. Nakal punya spesis nie. Ada satu hari tu, Budak ni main hon dalam kereta. Berulang ulang kali. Lepas tu atuk dia kejap kejap jerit "Haikal Haikal... Dah la tu".. jap jap kang dengar balik bunyi hon. pastu atuk dia jerit lagi. Ada la sampai sejam. Eh, atuk.. dah tau budak tu tak makan saman. Kau pi la ambik budak tu bawak masuk rumah then kunci kereta. Settle masalah. Dari kau terjerit sama naik dengan buyi hon tu. Baik kau jimat anak tekak panggil nama dia.

4 - Ini cannot help.. Bunyi kucing sedang mengawan.. Ah gilak. kang cik buat aduan kat DBKL bahagian musnahkan binatang kang... mengganggu tidur malam ku tahu...

Zaman Matriks

Kadang kadang jadi busy body ni best jugak.

Tadi usha Facebook. Ex lecturer masa matriks dulu tengah online. Bila lama lost contact of coz la kau menggedik nak tau hidup terkini dia kann. Instead kau tanya dia soalan general "apa khabar? sihat? pe cite sekarang?" baik kau geledah je gambar dia. ouw dia up gambar pi umrah.. ok la tu

En.Anas ni tak pernah mengajar cik dulu. tapi jadi rapat sebab dia pernah melawat cik kat Hospital. Ada la sikit jatuh cinta. Tapi sayang masa tu cik masih mentah..bangang tak terfikir pun yang dia selalu bagi coklat tu tanda dia suka kat cik..Ececehhh

Ouh, dalam gambar En Anas ni ternampak komen sorang bernama Adnan Bin apa tah.. ini pun lecturer lama nih. Hah klik... usha gambar sat.. Ouw, dah ada anak rupanya. Dapat kembar perempuan lagi. Ouw, En Adnan ni dah tembam rupanya. Dulu masa mengajar dia ni kurus kering naik motor kapcai. Kekeringan dia sampai pakai helmet pun ada space longgar longgar.

En.Adnan ni mengajar business Management. Cik suka dok depan. Jadi segala aksi cik dia boleh perasan. Satu hari tu dia suh kira maturity kot. tekan kalkulator saintific. dah tekan figure panjang panjang pastu tersalah key in pulak. Cik kalau tekan kalkulator tak reti slow slow.. Harus pantas. Pastu dia cakap kat satu kelas

"Hah, tekan kalkulator tu jangan salah. (tayang jari telunjuk dia) Tengok jari saya ni RUNCING.. confirm tekan tekan dapat jawapan "..

Vavi, perli cik la tu. Tau la jari cik chubby chubby.. perlu la kau cite satu kelas.. Heh,..

Berbalik pada Facebook tadi. Ada lak perempuan komen gambar anak kembar En Adnan ni. Nama dia cik Di.. Hah, ini pun lecturer jugak. Ajar ekonomi. Belek gambar dia. Ouh, dah kawen rupanya. Hahhh, dengan orang Pekan?! Eleh dulu kutuk sangat menyampah dok pekan. Alih alih Jodoh ngan orang Pekan jugek. Itu la, telan balik kata kata sendiri.

Cik Di ni si pemoody yang amat. Dulu masa belajar dia ni di alam fasa bercinta tak jadi KOT. Abih dia up cite macam anti lelaki.

" Esok kalau korang bercinta, korang tak payah la cinta yoyo o. Se Hidup Se Mati.. Hah, memang pun. Korang ada masalah.. boyfriend kau lari tah kemana."

See, ayat dia. Nampak kann tengah frust dengan jantan. Ini dia selit masa topik pasal lengkung Penawaran dan Permintaan. Kalau dia selit kes pasal buang anak ke apa taktau nak masuk kat topik mana. Memandangkan Ekonomi bukan subjek kegemaran cik. Dia selalu carik salah cik. Bodo ar. Time tu cik sanggup tipu sakit dari masuk kelas dia. Cik panggil dia ni Kebayan Moden. Tengok muka dia pun dah cuak.

Tengah belek belek lagi nak cari ustaz Asmadi. Dia ni dulu penjaga budak Matriks. Walau pun ustaz tapi rock. Dah la kepala bulat badan pun bulat. jalan macam ayam katik. Jadi cik gelar dia ni ustaz Doraemon. Mana dia ek.

~ Kau kat Facebook kalau nak selamat jangan letak nama penuh. Kalau memang tujuan suruh orang carik kau. hah, letak la nama penuh.. Confirm kawan kawan masa tadika pun boleh carik kau.. Sekali Ah Long pun boleh tau perkembangan kau.. Mau?

Ok la nak sambung Buzy Body balik ni..

bye


Wednesday, July 6, 2011

Simple


Cik baru terajin buat signature tuk blog ni. Orang lain dah tak hadap bendalah ni cik baru nak belajar.

Sebelum ni apa kesah orang nak copy entry ke copy gambar ke pasal cik rasa sape je lah nak baca. Tapi lama lama. Cik perlu buat sesuatu. Start tak bagi orang klik klik kanan tu, lepas tu belajar camne tak bagi orang copy gambar kita. Then hari ni belajar camne letak signature setiap entry. Heh, boleh la dari takde. Cik ni buta tenet. Nama nak godek lama lama carik kecanggihan tidak le. Cik tak kreatif. Tapi kalau kau bagi bahan memasak. Hah, sonang jo tu..

Tapi jangan risau. Blog ini tak kan sarat dengan binatang yang melambatkan kau bukak blog ini. Cik taknak jadi sesetengah blog.. yang menyemakkan mata dengan bermacam aksesori. Apa, kau ingat ini pasar seni. Jual benda bergayut gayut. Semak weh!. Bagi mata pembaca berpinar buat apa. Buat orang menyampah nak masuk lagi blog kau tahu.

Cik suka LESS IS MORE. SIMPLE BUT SWEET. Janji apa yang cik tulis kau boleh baca. Done. Capai matlamat.

bye






Sakit FastFood Femes..


Mata berpinar, panas dalam, hingus meleleh kena hirup setiap 10 saat.. Well Done.. Semalam cik MC. konon gagah lah pi keje hari Isnin. Nan ado. Balik rumah terus collapse. Pastu ada hati lagi lepak makan A&W.. (kau senyap. Diet cik ke laut sekarang nie) tension punya pasal. So esok nye Selasa cik terus tido tak bangun bangun.. Adeh!

Doktor kedekut bagi MC sehari.. Weh, aku demam la DEMAM.. patutnya kau kasi la cik 2 hari paling koman pun. Ini sehari? rehat celah gigi je kot. Lepas tu dia bagi ubat migrain. Owh no.. Cik tak migrain la. Dah demam of coz la menangkap kepala sekali. Sakit kepala tak bermaksud migrain. Nak suruh pulak aku telan pil pil migrain.. Lenkali nape tak bagi terus pil perancang, kan senang.. 

Sekarang ni konsep pi klinik dah berubah. Jumpa doktor sebabkan MC, bukan jumpa mintak ubat. MC sangat bermakna woo kalau kau jenis insan pemalas datang keje. Nak AL sayangkan cuti. Tindakan bijak la jugak cuma kau kena invest sikit uwang ringgit to those yang medical tak dicover. 

ubat ni jangan dimakan sangat. Badan kita dah cukup antibodi tuk heal segala penyakit. Unless la kau ada HIV ke. itu kena hati hati la. Ubat2 ni cik jadikan bahan tontonan atas peti ais. Lepas expired buang tong sampah. Begitulah hayat menjadi ubat ubatan. 

Kau ikut cara cik. Lagi kau batuk selsema demam..kau telan aiskrim.. Sure cepat baik woo.. Dia kasi kau penangan batuk paling azab. Kasi semua kahak lendir lendir bagai keluar. Pastu kau HEAL.. tak caya cakap cik. Kau TRY! esok kau baik datang jumpa cik. Kalau kau masuk spital jangan datang mengadu kat cik pulak. Itu kau punya pasal. eh?..

Berkenaan anti-FASTFOOD. Rasanya sebulan tanpa fastfood berjaya. makan A&W pada tarikh 4hb 7. Assume sebulan dah. So, berjaya la menkuarantinkan diri selama sebulan. Lepas ni nak planning tuk setahun tanpa fastfood pulak. tapi macam mana la nak mengelak dari belanja kat kedai fastfood nie.. Godaan keliling woo.. Dah la kalau bersosial je mesti ada acara makan sampai pengsan. Betul lah Malaysia ni kaya dengan makanan.

Salah satu usaha eat clean food adalah kurangkan fastfood. French fries? burger? ayam goreng? cheesy wedges? air gas? apa tu...! semua FAT tahu FAT.. badan dah berlemak lagi mau tambah lemak lagi ka?.. ok insap diri jap.. kalau pun rindu makan kat fastfood. Jom kita terjah SUBWAY.. 

Sejak dua menjak ni identiti cik sedikit tercalar. Semakin ramai kenal siapa cik xxx. Ni yang nak privatekan blog nih.. Risau la kot kot satgi orang datang umah nak meminang ke apa.. hahaha,

Tapi serius. Cik seriau kalau orang kenal luar dalam cik. Cik ni kan berlemak.. Sape suke orang berlemak jadi fames.. Dah dah la.. kau tak yah la admire cik lebih lebih.. Kita ni sama tala je.. Semua pangkat kawan kawan..kannnnn

Monday, July 4, 2011

Si Bedah yang Perasan


Sakit badan adoi kot iye pun...

takde mood pi keje. Badan bertahan dari demam.. Cepat la hilang anasir anasir lemah gemalai nieh.

Tak daya ku menahannya.. ececeh!!

Cik penat gara gara Sabtu lepas organize event nie.. letih. Tournament bowling je kot tapi penat dia macam buat kenduri kawen. adoiyai!


Kan haritu cakap nightmare dengan baju kann.. memang pun.. baju ni lah buat cik fobia menanti hari kejadian. takut tak muat punya pasal.. Tapi Alhamdulillah.. muat je.. emo perempuan je terlebih. Padahal ok bila sarung..


Alamak, takde pulak gambar sorang.. boleh la tayang gambar ni pun. Kau tengok badan cik camne . Ada gaya gaya tahan nafas tak. tu perut terjojol isi lemak tuh.. Adeh.. Lengan.. hm toksah cakap la.. dah serupa incredible hulk.. kaler green lagi..

Event ni ada member yang datang dari pelusuk negara even singapore pun sanggup turun KL. Ada member baru n lama. Ada down to earth ada poyo nak mamps.. huh, manusia..

Kau nak dengar cerita lawak tak. Ini tahap dewa punya kelakar. Cik dengan kawan cik handle meja hadiah. Tengah dok semak semak barang ada 2 perempuan ni datang tengok trofi. Minah sorang ni ada sponsor untuk Anugerah Juara Longkang. So Dia nak tunjuk kat member yang sorang lagi ni trofi mana yang dia sponsor tu..

Pastu dia tuju kat cik

Bedah : sape ek (sambil hulur tangan nak salam)

Cik : Cik xxx

Bedah : ouw.. kenal tak ni sape (tayang jari kat muka sendiri)

Cik : (kerut kening) sapeee ek?

Bedah : La, bedahhhh (bukan nama sebenar) la. Tak kenal ker? yea la.. kita tak fames kat dalam tu kann.. orang dah tak kenal kita lagi dah.. zaman kita dah berakhir kot ( intonasi gedik sambil bercakap sesama sendiri dengan member dia)

Cik dengan member sorang lagi (comittee) berpandangan kepelikan.

Hallo perempuan. kau tuju kat aku tanye nama and perkenalkan diri bajet orang kenal kau lar?! Motip kau berbuat demikian?

Be realistic girl. Ini hanyalah laman sosial. Jangan ingat semua orang kenal kau. Even kau berpengaruh sekalipun dalam laman sosial tu tak bermakna kau perlu berlagak Semua-Orang-Kenal-Aku-Punyer... jawapan cik AKU TAK KENAL KAU? kau malu tak!

Perlu ke aku kenal kau. Kadang kadang artis pun aku tak kenal ini pulak kau yang nobody. Harap umor je lanjut tapi fikiran tak matang matang. Tapi Do i care orang tak kenal cik? no.. kalau tak kenal cik perkenalkan la diri. Perlu ke kita suruh orang tu teka kita ni siapa.. eh hello, im famous u know!... camtu ke ek!

Serius kalau cik ditempat Bedah sekarang. Pipi cik akan merah sebab cik tak fames dah..

gilak. Fames memes ni dapat duit ke wei. Jalan pun gaya seorang artis. Padahal Whatthehell. Kau kat internet tu letak gambar profile muka pun tak clear lepastu suruh orang teka nama kau. Dah la nama bukan nama dalam IC. so perlu ke aku kenal kau. TIADA KEPENTINGAN.

jadi to those yang blog foya foya fames tu kat luar jangan perasan diva yang ramai kenal kau. Sebab hakikatnya orang tak peduli pun kau siapa..

Grow up la dalam pemikiran.. (ini nak tuju kat Bedah)


Friday, July 1, 2011

Hai la Jimmy Shanley


Satu Malaysia heboh pasal dia nie. Dari tunang gah macam kahwin, Nikah besar besaran, kecoh rumah tangga bergolak, sampai anak lahir pun ada isu nak ditimbulkan. Hari ni pulak kat Kosmo ada cite pasal
DISINI Jimmy tidak akan ceraikan isteri


Pendapat cik la.. Mula mula tu cik bersimpati jugak la kat dia ni pasal ego seorang lelaki tercabar bila kahwin dengan anak orang kaya. Yea la, dia kan artis. Berapa sangat la gaji jadi pengacara tu nak dibandingkan dengan isteri dia yang dari kecik senang dapat duit. Pada cik masalah rumah tangga tu biasa la. Lagi pulak baru nak suaikan diri laki bini. Redah je la masalah tu.

Keluar paper, keluar tv, keluar blog.. Lama lama makin meluat bila dia expose sangat pasal masalah rumah tangga. Kau punya karier lintang pukang, kau punya gosip personal pulak melambak lambak. Lagi tak boleh blah bila konsert live akademi Fantasia pun kau nak jaja perihal diri. Apa masalah kau sebenarnye ni? kau pegi bagitau satu Malaysia yang wife kau begitu begini..

In the end, cik cop dia ni Lelaki manja. Sengaja meraih simpati orang yang dia tak salah. Lelaki budiman.. LELAKI LEMBIK!.. Nak bagi teladan kat semua orang yang hidup rumah tangga ni ada pasang surut KONON. Ha, then.. cerita A to Z kesah kau tu bagus lah buat sempadan tuk orang yang berkahwin. Macamkan kau sorang yang kawin kat Malaysia nie.

Adat la beb. Ini masalah biasa pada cik. Yang luar biasanya dia sendiri bukak pekung di dada masalah sendiri. Kau cerita kat orang tu apesal. Motip? Menagih Simpati?..

Serius menyampah. karier tu hebat sama naik dengan gosip takpe jugak. macam Jozan ke Nabil ke Fasha Sendat ke. At least diorang built karier. Kau apa ada? sekadar mengacara yang kurang aura..

Grow up la!......artis malaysia

~ ha kan cik dah cite pasal artis..ah chai adoyai kot iye pun..

Campur


Ah... malas nak taip. Kepala macam buah tembikai banyak masuk air. Migrain migrain..

Since hujung minggu ni ada big event. So banyak benda kena pikir. Nanti cik up gambar berbaju sarung nangka di tempat kejadian ek. Kau tengok la badan cik macam kungfu panda. ;(

Terima kasih kepada pengomen gambar bersama pelanduk dua serupa tu. Thanks kata body cik tak gemuk and still berbentuk. Kau taktau tu cik sarung apa kat dalam. Kalau tak lemak tersembul sembul jugek!.. (Sama tala je kita) orang gemuk masalah yang sama.

Pape pun cik berjaya kurangkan 3 kilo dalam masa 2 minggu nie. Kau jangan tanye apa yang cik buat. Short term cik nak dapatkan badan fit and lemak tak lembik lembik. And its work. Walaupun perubahan dia sikit at least cik rasa ringan sikit bawak badan. Naik tangga semput tak hinggap. OK done.

The rest, pasal ofis. Makcik kerinting dah resign.. hoyeh!.. Tiada laie kedengaran insan melepaskan virus ke udara. But still MAMAT MENTAL semakin teruk mentalnya.. Kami yang duduk kawasan ini semakin risau dan keadaan amat amat membimbangkan. Mungkin tengah bulan ni cik akan mintak transfer.

Yang lain hidup cik berjalan seperti biasa. Cumanya kepala otak tak cukup ruang untuk berfikir.

Bye