Friday, August 12, 2011

Sisi Hitam Bazar Ramadhan


Hari tu tengok 360 kat tv3. Dia kata makanan yang dibuang ke tong sampah adalah 20 peratus meningkat dari bulan bulan lain. nak nak lagi restoren yang menyediakan buffet dan Basar Ramadhan dan makhluk2 kat rumah.

Maksudnya, Malaysia kaya dengan makanan. Rakyat Malaysia ni pencinta makanan dan kuat nafsu tapi makan secubit je. Bukan setan kena ikat ke. Kenapa manusia mengikut nafsu nih?

Ada wartawan temuramah pembeli kat bazar. Ada kata belanja sehari RM40. Gilo ke hape. Kau makan apa sampai 40 ringgit. itu sehari. Kalau sebulan, kau peruntukkan RM1200 untuk beli makanan kat bazar yang belum tentu sedap dan bersih lagi. Baik hari hari kau bukak pose kat hotel. Lagi sedap, lagi bersih, lagi banyak pilihan.

Minggu lepas cite 360 jugak. Dia tayang peniaga air kat bazar. tukang niaga kata guna air RO (air dah ditapis ek?, macam mineral water tu ek?).. persoalannya: IYEKE? tapi kenapa kepala cik kata kau guna air paip je.. Serius weh. Cik tak lalu langsung tengok air kat bazar tu. Walau pun bermacam macam kaler dan perisa. Tah apa dia letak tah dalam tu. Terjamin ke kebersihan dia tu. Kau ada beli?

Pasal air tebu. Kalau kat kampung, ayah cik pi beli sendiri tebu kat kebun orang. pastu bawak pi bazar suh member dia mesinkan. Pastu bawak balik umah siap tapis bagai lagi sebelum minum. Air tebu tu cik minum. Sebab kami anak beranak tau asal usul tebu tu. Sama jugak dengan soya. Kalau nak minum ayah cik buatkan. Kasi masak sendiri baru puas hati.

Tapi air tebu kat bazar ni kau tau ke tebu tu dia ambik kat mana, di simpan di mana, basuh ke tidak.. Ntah ntah simpan kat stor yang banyak tikus. Tikus kencing kat akar dia. Pastu orang niaga tu mesin pastu bagi kau minum.. berbaloi ke kau spent 3-5 ringgit semata mata air tebu Key Ell...?!

Kau tak ingat ke kes Din beramboi. kena virus kencing tikus. Kau jangan main main. 

Kat KL ni cik tengok kuih muih dia buat tak semunggah lah. Rasanya kuih kat kampung lagi sedap kot. Ada tu nak improvise tapi tah jadi kuih ape je tengok. Kalau kau jenis particular dan perfectionist tentang makanan. Cik confirm kau takkan beli punya.

Lauk? lagi lah.. kau tak pikir ke yang lauk lauk tu kalau semalam punya tak habis dia perhangat tuk jual hari ni? Kau tak pikir ke lauk lauk tu terdedah dek  lalat langau hinggap. Si peniaga buat derk je. Takde tenaga ek jual bulan bulan puasa. sampai nak kibas lalat pun tak larat. Dan kau tak pikir ke yang dia masak pagi pagi buta kasi kau makan untuk jam 730 malam. Apakah itu fresh namanya?.. fikirkan.. ke kau tak kisah

Suratkhabar bila tah cik baca. Satu famili keracunan makanan setelah berbuka dengan makanan di bazar Ramadan. Satu famili masuk ward. Lagi menyedihkan anak dia usia 6 tahun, Mati mata terbeliak dan mulut berbuih kat toilet sejam selepas makan. Ayah dia kata dengar bunyi anak dia macam lembu kena sembelih. Bila wartawan tanya, nak saman ke peniaga tu? ayahnye kata TIDAK. Kalau cik, cik saman. Bawak kes ketengah dan bukak kan mata peniaga peniaga lain.

Inilah jadinya bila peniaga amatur lagak professional di bulan Ramadhan. Orang berniaga kau nak rasa tempias nya jugak. Orang untung kau pun nak untung . Tapi buat tak semunggah. Ada tu sanggup ambil cuti tanpa gaji sebulan semata mata nak berniaga kat bazar. 

Hey, apekejadahnye semua ini..

Hanya orang yang pernah bisnes je tau sisi hitam orang berniaga..

Sebab tu cik cerewet.

OK CHOW




5 comments:

N a d i a said...

mungkin itu pilihan yang ada bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk masak (balik kerja dah lewat sangat kot)


baru sekali ker bazaar tahun ni. tapi, harga mencekik yang amat.. tengok bazaar mane kot Cik.. tak tahu lah nak cakap. huu.

aida-myasara said...

cik pasal 1 family yang keracunan makanan sebab makan otak2 sian anak dia...kalau aida pun sure saman...

aida rasa peniaga sekarang bukan nak cari pahala malah cari dosa...hai la...

baik masak sendiri lagi puas hati...

noradzlina.kamdani said...

dlu ayah akk pun buat air soya sendiri... mmg ssh sket, cerewet...tp puas ati...

bazaar ramadhan - klu nk membeli pun pergi kt org yg biasa kite beli...jgn yg pelik2...

tp akk mmg lbh pd msk kt umah...klu nk beli..mknn atau kuih yg akk xpandai msk...

Ina Jaie said...

betul tu.. setuju dengan kak lin... beli kuih tempat biasa dan beli kuih yang x reti buat..

Mimy Hamid said...

perlu cerewet beb ...bab kesihatan penting..biar kedekut untuk kesihatan..setuju