Thursday, August 18, 2011

Manusia Yang Punya Idea 3


Memandangkan Cik tak berapa sempat kerah idea tika dan saat ini. Mari kita layan kata kata pujangga dari Mamat Admire ni. :)

Rupanya dia ni punya peminat.. heh!

Dengar akak² ni berborak " Bapak saudara aku kerja kat Dubai sekrg" Dubai? Negara apa tu? ' Ala Dubai, negara India lah. Oh -_-"


"Kalau lelaki handsome bersedih hati Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on. Kalau lelaki tak handsome bersedih hati Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?"



Semalam, tengah sedap-sedap tambah rakan tiba-tiba mak aku muncul dari belakang, 
"hah mana kau punya girlpren aku nak tengok" Kus semangat, aku urut-urut dada bidang. Cepat-cepat aku google "Lisa Surihani". 



Harapannya aku akan terserempak di perpustakaan sambil aku terlanggar bahu calon isteri/jodoh aku tu, dan buku bersepah dilantai. Aku kutip. Bertukar nama, nombor telefon. Bercinta sakan. Kalaulah jodoh aku semudah itu?. Tapi itulah belum berlaku lagi di alam nyata.


Mencari rakan bersenam adalah nombor dua paling susah selepas mengajak teman ke surau. Bersenam di tempat yang banyak lampu nampaknya sudah tidak berkesan, caj masuk berserta minuman sudah melebihi gaji harian.


Kadang-kadang kita rasa kita sudah cukup tua dalam sesuatu usia, kita sudah terlalu urban dalam sesuatu perkara. Tapi hakikatnya kita ketinggalan dalam ruang yang kita ciptakan sendiri.


Weh malam ni lepak RHB jom" Aku dah pelik, orang kat sini punya style memang suka lepak bank ke malam²?. Aku tanya diri sendiri dalam hati. Malam tu aku pusing² cari RHB tak jumpa². Lalu aku sms kawan aku tu. "Weh aku jumpa maybank je ni ha, mana ada bank lain dah area sini." Kawan aku tu reply. "Apa kau mengarut ni setan, sape nak lepak bank pulak ni. Ni ha datang kat Restoran Hajris Bistro ni, aku meja belah kiri cashier"


Cinta agung kita tak semestinya bersatu


Meluahkan hasrat hati secara berdepan bukanlah lumrahnya seorang aku. Walaupun aku tahu cinta itu hadir apabila nafas terasa tersekat di rongga, jantung berdebar tak selari, senyuman seorang diri yang tak pernah putus, pipi yang sedikit kemerahan. Semua itu hanya mampu dipendam. Sedih. Makan dalam.


Kini aku sudah besar yang selayaknya menjadi ayah. Betapa aku mengerti pengorbanan seorang ibu yang begitu bersusah payah. Pengalaman adalah guru kehidupan. Mak adalah guru terbaik sebuah kehidupan.



What up, babe! 
Tetibe keluar subtitle: apa di atas, bayi! Apa kejadahnya DVD ni tulis sarikata. Dasar 5 ringgit. Walaupun tempat asal aku, Uganda tak menggunakan sangat bahasa antarabangsa ni, tapi ini sudah melampau.


Hari ini, hati aku rasa tak sedap rasa. Nervous lain macam. Macam ada yang tak kena. Duduk rasa menggil, berdiri macam nak koma. Berpeluh menitik nitik. Nak genggam penumbuk pun rasa tak larat.




Sorry Mat Admire, saya selalu copy ayat awak.. :)

~ Cik bajet dia ni tengah kerah otak pilih calon menantu mak dia lar.. hmmm,


3 comments:

Mimy Hamid said...

yeayy ko update status dia....aku suka la weh..dia sinis ..cik tackle dia pls

pearlsweets said...

sapa la dia tu cik???

aku nak tengok gak.. boleh??

aida-myasara said...

cik aida nk copy paste ye...doakan cik dapat takcle si dia ni....heheheh