Tuesday, August 16, 2011

Manusia Yang Punya Idea 2

Another status dia yang buat cik terfikir hmm hm dan hmmm ~~


Jangan nilaikan aku pada apa yang aku tulis. Aku mahu keriangan yang aku rasa, juga dirasai oleh orang lain.Bagilah aku ruang dan kita gembira sama-sama, bukan aku tempat melepas rasa sedih.


Yang Membezakan Kau dan Aku Hanyalah Nasib dan Masa.


Sendiri, seorang, kita cuba untuk jadi lebih kreatif dan tak menyusahkan orang lain, itu penting.


Scene mengurat "hye Assalamualaikum, tak jawab berdosa" telah semakin pupus, kemunculan internet dapat merancakkan lagi pencarian jodoh secara tersembunyi. Memudahkan juga golongan bercermin mata dan berambut sikat tepi (aku rambut cacak ok) menonjolkan diri.


Status nak marah nak maki, garang sgt org kita ni... .


Kawan datang dan pergi,kekasih pun. Yg kekal family.


Kawan gembira ramai, kawan sedih google pun belum tentu jumpa sorang.


Cinta tu bagi aku benda yang paling mengasyikkan dan menyakitkan. Satu kombinasi padu pada tusukkan hati. Em em. Tak jadi, nanti aku jadi sedih, resdung makin bertambah. Jerawat makin liar membuka franchise.


Gembira kadang- kadang hadir tanpa pakej pasangan



Ada juga Melayu lain yang cakap, kau resign jelah senang. Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan kau yang manusia ni. Aku tarik nafas dalam-dalam sambil reply, ulat dalam batu mana boleh hidup? Batu Caves? Batu Pahat? Batu Nisan?. Cuba tunjuk mai... . 
Sambil patahkan pen dan berlalu pergi...


Nasi kerabu ayam goreng semata RM6.70. Aku bukan kerja kerajaan, tak dapat pun bonus setengah bulan gajinya pun. Kenapa makcik?


"Don't call me Encik, call me Dato' please". Wak lu, lu mati mana ada Marabukha Dato' Hamid!!!



~ Dia ada sesuatu yang cik cari :) hmm,

"Mysterious man, i admire u"

2 comments:

aida-myasara said...

best nye ayat dia nk amik share leh ke?

Mimy Hamid said...

cik apa lagi...stalker dia beb...aku pun suka stp status dia...update lg beb..