Sunday, July 10, 2011

Abang Kakak..



Orang kita terkenal dengan budi bahasa. Tapi kann, kadang kadang guna bahasa pun tak kena.

Kau sedar tak kalau pi mana mana bertemu orang yang tak kenal sangat akan panggil kau KAKAK.. Bila tengok muka. dia lagi tua dari kau wokeh. Ataupun muka sama tala je. Bajet dia tu muda dari kau lar? Tak sesuai dengan perwatakan wokeh.

Kalau setakat MUDA dua tiga tahun atau TUA dua tiga tahun tu tak payah la panggil kakak, adik bagai ni.. Rasa terkongkong pergaulan bila ada title kakak kat depan tu. Aku hormat kau. kau hormat aku. Aku segan kat kau, kau segan kat aku. Then kongsi apa cerita pun tak bley. Di sebabkan barrier title kat depan NAMA tu.

Tapi kes lain nya, kalau kau berpersonalitikan matang. Memang muka nampak kakak kakak. U are deserve untuk aku panggil kau kakak. Tapi kalau kau jenis funky., masih berlagak muda remaja..i deserve call u by name only. So teori hidup cik adalah... JANGAN SEBARANGAN PANGGIL ORANG KAKAK KONON TUNJUK HORMAT.DAN JANGAN PANGGIL KAKAK BERDASARKAN UMUR SESEORANG. See their personality at first.

Ada kes masa mula mula masuk keje dulu. Sorang perempuan ni kategori perempuan brutal. Cik panggil dia Kak Emy. Dia bengang panggilan KAK... 'woih, panggil EMY cukup ar. aku tak kawen dengan abang kau dowh.' hah, see. tak semua orang suka kita panggil dia kakak.

Same goes dengan panggilan ABANG. Honestly cik payah benar panggil orang tu abang kalau takde ikatan kekeluargaan atau atas dasar hormatkan yang lebih tua. Cik lebih selesa panggil nama atau ada ENCIK kat depan. Sound Skema kan. tapi itulah hakikat.

ABANG tu perkataan sensitif yang sukar keluar dari mulut cik. macam ayat I LAP U jugak la. So kalau kawan kawan tu. Cik suka panggil NAMA, atau saya awak, atau kau aku, atau ai You.. Done. Ececeh, konon Abang tu perkataan istimewa la. Tapi abg ipar ke, abg kandung ke.. abg sepupu ke.. Senang pulak kau panggil kannn..

Ada satu peristiwa ni,  abang cik baru kawen. Malam tu cik mintak tolong dia angkat air. So Cik panggil dia "Abang, angkat air". Sekali Bini dia panggil "Abang, masuk bilik jap". Serasakan ada kepelikan di situ. "ABANG?!!". Satu perkataan yang sama membawa 2 maksud berlainan. Macam geli pulak share perkataan dengan bini dia. Sejak hari tu, cik panggil abang by Nama bila bini dia ada sekali. If kat belakang bini dia or by phone cik still panggil dia ABANG.

Tapi kann, kalau baru kawan kawan dah paksa cik panggil diri tu ABANG. Ha itu geli namanya. Memang sampai ke sudah la cik sebut nama dia je. Kau nak dengar ABANG sangat pi suh adik perempuan kau seru selalu.

Tak panggil KAKAK or ABANG tu tak bermakna kita tak hormatkan dia. Biadap ke? tak kannn. Cuma, kadang kadang panggilan tu menjurangkan pergaulan kau dan aku sebagai kawan. Ada orang cik panggil nama je supaya pergaulan tu boleh digaul mesra. kalau aku panggil kau kakak maksudnya kau matang/tua dari pandangan mata ku..

Salah ke pemikiran cik? 

3 comments:

N a d i a said...

Selalunye kalo takat beza umur 2 -3 tahun ni jarang ahh nak panggil kakak..

Kat opis pun guna Puan / Cik kat depan walau dorang bahasakan diri dorang akak.. hehe

Abang..? Err.. lagi lah tak seswai nak panggil kenalan abg² nih.. hahaha..

Pemikiran Cik tak salah.. masing² ada pendapat dia sendiri kan? =)

Mimy Hamid said...

ntah la pemikiran akulain lak...kita berbahasa...kakak, adik abang...kang panggil nama je tak sesuai...memasing ar.....tapi akujenis tak kisah pun...janji jangan hoi...aku ada nama

Anonymous said...

yup definitely right,i pn xsuka org yg suka bhs kan diri org lain kakak or abg..ape lg klu xknal,n org yg jd mangsa tuh rs mcm tua sgt ke diri ak ni? mcm maknanye first impression org bila tgk kite,mcm kakak2/org yg keliatan lbh tua.ada pulak tuh da bg warning jgn panggil kakak msh lg panggil kite kakak.woi,xreti bahasa ke? ko ingat muka ko muda sgt? i skrg klu org panggil kakak i xjawab ape2 n xbg respon ape2 klu i rs dia xlayak panggil i kakak.knp la xpanggil org cik or encik je.kawen ke xkawen ke ko panggil je cik sbb org yg puan sure xkisah org panggil cik sbb dia akan rs diri dia muda.SO YG SUKA PANGGIL ORG KAKAK BAWAK2 ,MENGUCAP,ISTIKAMAH,ADAKAH AKU LAYAK PANGGIL ORG LAIN KAKAK? sekian.