Thursday, June 23, 2011

Dylan Dog - Dead of Night


Tengok poster bajet seram la cite ni.. hampeh.

Lawak kelakar lagi ada.

Dalam dunia ni, Manusia tidak lagi asli.. Manusia jugak berkongsi space dengan WereWolf, Vampire, Zombie, dan Mutan (taktau mix apa dengan apa) yang asalnya dulu manusia tapi dah terbahagi dengan pelbagai bentuk.

Werewolf kategori paling berkuasa dan jenis tak kacau hidup orang. Tapi pantang kalau orang lain tuduh dia pembunuh. Siap la kau kena gigit nanti

Vampire, Sukekan berparty. Darah dijual macam dadah. Diorang kalau tak dapat darah jadi macam drug addict, . Once minum darah diorang 10x kuat dari biasa. taring ofcoz wajib ada.. pastu suke cari pasal.

Zombie, insan paling kesian. Lepas manusia mati kena gigit or whatsoever..diorang dibangunkan balik menjadi zombie. Makanan diorang adalah worm, sampah n semua benda benda kotor. Paling best ada kedai jual sparepart (pasaran gelap mungkin) untuk zombie zombie yang nak ganti organ hilang atau buruk. (ok, ini tak terjangkau dek akal, best). Lepas tu ada kelab  zombie if ada yang tak boleh terima hakikat diorang adalah zombie. kelakar gila. Yang pasti zombie tak berfungsi sangat.

Hero cerita ni Dylan, seorang manusia. Jadi tugas DYLAN ni sebagai pendamai (Orang tengah) untuk kesemua makhluk2 ni. siap ada hubungan baik dengan semua makhluk ni. Diorang tak boleh mati sebab akan menjejaskan ekosistem dunia (KONON). So, Manusia, Werewolf, Vampire, Zombie harus hidup normal kecuali diorang ada kelebihan dan kelemahan masing masing.

Kalau kau jenis orang mementingkan realistik. Cerita ni bukan untuk kau. Sebab cerita ni mengarut yang amat. Tapi ia sesuatu yang unik if kau nak tengok apa akan jadi kalau semua ni hidup aman damai.

~Cik suke cerita nie


4 comments:

N a d i a said...

Oh yee? Okay ek cerita nih.. hari tu tak termasuk dalam list plak.

Tengok Henry's Crime..

Boleh lah layan citer ni sementara nak tunggu Transformers nanti.

(^_^)

ariana8733 said...

haah kan, tgk poster nye mcm seram kan..hehehehe..best ye cik, leh tgk ni..suke r bace blog cik ni byk maklumat & info yg bergune leh diambil..harap dapat terus menulis..

ana ni baru je cube2 tulis blog kalau cik sudi, jd r followers ana yg pertama & kalau cik x keberatan leh ajar ana camne nak tulis blog ye..

nice to know u..

ariana8733 said...

thanks cik sbb sudi jd followers & bg nasihat pd ana. ana akan praktik kan pe yg cik nasihat kan..
nak jd cam cik gak, kuat semangat & cekal..

Mimy Hamid said...

tengok wayang lagi ke cik...sorang ke?? lalala