Thursday, January 6, 2011

Kau Ada Hidap Sakit Kronik Tak?.. Sampai Nyawa Dihujung Tanduk

Setahun yang lepas. Last admited hospital sebab asthma.. ICU.. kau ada semput semput terus dihumban kat ICU? pastu kau koma, mesin bernafaskan tuk kau.. sadis ar..

Masa kecik kecik dulu. First admited darjah 3. Sebelum tu dari umur 2 tahun kalau semput ayah bawak gi ER je. sedut gas pastu boleh balik. Wad kanak kanak je kot. katil pun tuk muat muat badan je. Masa tu mak ayah sibuk kat kedai makan. Orang bisnes ni mana ada masa. Diorang seronok tinggalkan anak sorang kat wad tanpa teman. Pandai la kau nak hidup. Tidur malam sorang sorang la. Makan sorang sorang. Sorang sorang pi bilik air tu biasa. Jumpa hantu tu pun biasa. Bila waktu melawat, sume katil penuh famili. katil cik je kosong. Bergenang woo airmata. Perasaan terpinggir sepi. KONON..

Masuk tingkatan,. pun selalu jugak masuk wad. Bila dah agak agak semput ni ekstrim power. inhaler tak jalan. Siap sedia beg baju dalam keta. kalau masuk wad senang. ayah tak yah ulang alik amek barang. Kat wad kecemasan tu MA (Medical Asistant) dah get ready. Bagi nebulizer 2 kali.. kalau tak jalan jugak kasi enjit. Ni kat tangan cik sampai sekarang ada kesan enjit. dah rasa macam mat gian pun ada.. kalau tak jalan jugak MA panggil doktor ON CALL. Tu petanda kena transfer ke hospital lagi besar.. Ke kuantan lah jawabnya. Jom naik ambulans..

Masuk Matrikulasi. Lagi ekstrim pulak penyakit ni. Faktor utama jadi semput disebabkan berat badan, pemakanan, cuaca dan stress. Bercakap tentang stress. Memang gile gile stress masa matriks. Kalah nak amek SPM. Pastu masuk pulak bendasing seperti entiti hantu.. wah, lagi menjadi la asthma maharajalela.

Tahun tu paling perit dalam hidup cik. Pertama kali asthma sampai pengsan. Biru muka tangan kaki macam dah mati. Kau pikir la cane oksigen tak dapat sedut. Dada ni sempit macam batu belah batu bertangkup. Eh, sape pernah asma tau la camne. Ni tahap kritikal. doktor la kata. Memang rasa nak mati pun masa tu.

Bila sedar sedar cik kat ICU, ada tiup kat mulut cik. rasa dada ada benda asing. bukan cik yang bernafas. tapi mesin tolong. Time kasih Intubator. Doktor kata cik koma 3 hari. Masa koma tak de pulak rasa sakit. Bukak mata baru rasa sakit. Lagi tangan doktor ganas. Rosak paru paru aku dia main cabut je tube tu. Pastu akan di transfer kat CCU tuk pantau jantung pulak. kot kot la rosak jantung kann.

Naik Uni, lagi banyak kali pulak astma menyerang. Pengsan banyak kali jugak. Dari Muadzam mesti transfer ke kuantan jugak. sebab kuantan je ada pakar. Dan Doktor mengesahkan asthma terjadi sebab stress. sebab asal nak exam besar je mesti lepak kat hospital dulu. pernah jugak jawab exam atas katil spital. Wohoho, study takleh stress babe. Alhamdulillah habis jugak study. Ingatkan tak sempat.

Bila dah bekerja ni. Ayah lah insan paling risau. Sebab cik dapat keje kat KL. tau je la KL. cuaca tak menentunya, sedut habuk, stress lagi mungkin kann.. Paling teruk cik asthma setahun yang lepas. Pengsan kat farmasi sorang sorang. sebelum sempat beli ubat asthma. Betul betul pengsan depan apek. Wohoho, sedar sedar kat ICU HKL.. bila tah apek tu panggil ambulans. haha

Lepas adegan itu. Cik muhasabah diri jap. Sampai bila aku nak menyusahkan kaum kerabat, kawan kawan, doktor kat hospital lagi.. Sampai bila nak simpan asthma ni lama lama. Bosan la hidup ngan penyakit nie. Tambah bosan bila hospital jadi rumah kedua kau. Bosan lagi kalau kau duduk lama lama kat wad dan tiada sorang boyfriend pun melawat kau. Eh !

Belek2 gambar lama terjumpa gambar syok sendiri ni

Agak daring sebab takleh bangun. wayar sana sini. gambar noted pada 3 dec 2009

Baju hospital. senang takyah basuh. Ada pulak saiz cik.. Ni lepas pindah dari ICU ke wad biasa. Kencing pun kena tadah lagi time nie. Muahaha, supe nenek 50 tahun. Kalau nak rasa dimanjai nurse nurse dok ar hospital jadi pesakit kronik. ICU paling best service dia.. Kau takyah bergerak. semua nurse buatkan tuk kau.

Bukti nama terpampang
Kenangan betul

Lepas muhasabah diri tu, sikit sikit belajar elakkan punca asthma. Tapi bila tang cuaca. Huh. gerun ar. Risau jadi sekali lagi macam 2009. Bila simpati diri mula beraja di jiwa. Azam 2009 berjaya dimakbulkan iaitu JANGAN MASUK WAD DAH. yeay! berjaya weh..

Cuma masa 28 December tu hampir hampir la pengsan. Doa banyak banyak je jangan jejak hospital. Sebab asal hujung tahun je mesti check in hospital. Yeah, otak ni positif kata jangan. Jadi, apa yang cik buat. aktifkan diri, sosialkan diri. Jangan pikir mengarut ngarut. It works!

Dulu Doktor pernah kata. senang je nak baik asthma ni. Kawin. sure hilang terus.
Ek?!
Takde pulak tersangkut ngan mana mana doktor.
Ada je yang hensem.
Paling cekai MA ke.
Eh.. !
hahaha...

3 comments:

N a d i a said...

Cik,

Tak dapat nak bayangkan camner life Cik darik kecik sampai skrang sebabkan asthma nih.. adek ada sorang sakit asthma tapi tak teruk sangat, tak pernah masuk spital lagi, alhamdulilah..

Cik, jaga diri leklok Okey.. azam 2011 kekalkan tak masuk wad!

ehem,
nanti kalo suamikan doktor jarang jumpa, doktor ada kat spital je.. heheh..

Anonymous said...

ape email ko? nanti ko kasi kat blog aku okay..

-KuraKura-

Mimy Hamid said...

ek sama cam aku lak kes hospital...tapi bukan asthma...nanti aku citer ek